Peringkat Perkembangan Guru

download Peringkat Perkembangan Guru

of 9

description

ppt.

Transcript of Peringkat Perkembangan Guru

Peringkat perkembangan guru

Peringkat perkembangan guru Guru mahir (expert)Jangkaan terhadap guru mahir Bersedia mengambil alih peranan membina polisi dan amalan tempat bekerja dan mempromosikan kejasama berpasukan agar polisi dapat dilaksanakan. Membuat kajian dan penyelidikan serta menilai amalan mengajar. Seterusnya membuat laporan bertulis tentang dapatan kajian dengan tujuan memaklumkan amalan bekerja sendiri serta amalan bekerja rakan sejawat. Mempunyai pemahaman kritikal tentang kebanyakan strategi mengajar, belajar dan pengurusan tingkah laku yang berkesan. Contohnya, membuat pilihan atau menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat menyediakan peluang kepada semua murid untuk mencapai potensi mereka.

Mengetahui bagaimana untuk menambahbaikan keberkesanan amalan penilaian di tempat bekerja termasuk bagaimana menganalisis maklumat statistical untuk menilai keberkesanan mengajar dan belajar merentasi sekolah. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang sangat meluas tentang bidang mata pelajaran dan pedagogi. Mempunyai kemahiran mengajar yang membawa kepada keputusan cemerlang Menunjukkan amalan pedagogi dan inovatif yang cemerlang. Menunjukkan keupayaan mentaksir dan menilai yang cemerlang. Menunjukkan keupayaan cemerlang untuk memberikan maklum balas Bekerjasama dengan pasukan kepimpinan sekolah, mengambil peranan sebagai pemula dalam membina, melaksana dan menilai polisi dan amalan yang menyumbang kepada penambahbaikan sekolah. komunikasi Memainkan peranan ke arah pembentukan budaya penyayang.Guru yang mahir berkomunikasi terjelma dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan dan juga melalui penggunaan alat-alat tertentu seperti computer, telefon, dan sebagainya.Dapat menghasilkan suasana yang dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran tertentu akan diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan. Guru dapat memberi motivasi yang berkesan, murid menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan. suasana pembelajaranGuru harus mahir membentuk suasana pembelajaran yang positif supaya bilik darjah menjadi tempat belajar yang kondusif.Pelajar yang dipimpin perlukan penghargaan dan pengikhtirafan terhadap apa yang telah dilakukan.Mahir menggunakan komunikasi serta pendekatan penyayang dengan menghadiahkan senyuman sebagai tanda penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Tindakan ini membuktikan bahawa guru mahir menguruskan suasana yang memberangsangkan untuk murid terus mengambil bahagian dalam pengajaran yan dijalankan.

Teladan Guru mahir menguruskan aktiviti dan tingkah laku murid. Segala peraturan dan arahan yang diberikan haruslah jelas bagi mengurangkan tingkah laku negatif. Bertujuan membangunkan murid. Kawalan kelasIngat bahawa bukan semua murid merupakan punca masalah. Jika tidak mempunyai kawalan yang baik, jumlah murid bermasalah akan bertambah, seterusnya akan menimbulkan ketidakselesaan guru dan menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran.

Membuat jangkaan Contoh: mengurangkan kadar ponteng kelas dan permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Mengurus situasi kelas (bilangan murid yang ramai): kemahiran mengatur kedudukan meja, mengorganisasikan murid sebagai sebuah pasukan yang mantap, Guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia, pengawal dan menggunakan pelbagai pendekatan dalam P&P. Pengendalian aktiviti Guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengendalikan aktiviti dalam sesuatu P&P. Memulakan pengajaran dengan cara yang menarik.Cara disesuaikan dengan situasi murid ketika itu. Memang betul guru telah merancang set induksi, namun sebagai guru yang mahir, perlulah menilai keadaan semasa terhadap kesesuaian set induksi berkenaan dengan keadaan semasa murid. Penggunaan contoh untuk pengajaran haruslah berdasarkan pengalaman dan situasi semasa murid. Gunakan pelbagai rangsangan untuk menarik minat murid dalam aktiviti yang dijalankan. Pengesan Guru perlu berupaya mengesan pencapaian atau kelemahan seseorang murid. Hal ini boleh dilakukan dengan melakukan penilaian melalui pemerhatian dan soalan ujian. Ketika menggubal soalan, guru perlu menyediakan soalan dari pelbagai aras. Setiap item yang dibina mesti mempunyai keesahan yang tinggi. Setelah selesai penilaian, guru haruslah mengenal pasti kelemahan murid untuk tindakan susulan yang sesuai.