peristilahan

13
1 PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut: 1. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu 2. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun 3. Kosa Kata Bahasa Asing Tatacara Pembentukan Istilah BM Tatacara pembentukan istilah ditentukan berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM (1975) yang bersumberkan: MINGGU 8

Transcript of peristilahan

Page 1: peristilahan

1

PEMBAKUAN ISTILAH

Sumber Istilah

Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut:

1. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu2. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun3. Kosa Kata Bahasa Asing

Tatacara Pembentukan Istilah BM

Tatacara pembentukan istilah ditentukan berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM (1975) yang bersumberkan:

MINGGU 8

Page 2: peristilahan

2

1. Kata dalam BM yang lazim digunakan2. Kata dalam BM yang sudah tidak lazim

digunakan.3. Kata dalam bahasa serumpun yang lazim

digunakan4. Kata dalam bahasa serumpun yang sudah

tidak lazim digunakan5. Kata dalam bahasa Inggeris6. Kata dalam bahasa asing yang lain7. Pilih sumber terbaik (antara 1-6)

Mengikut Asmah Haji Omar (1981:39), sesuatu istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri khusus, iaitu:

• Keringkasan bentuk• Ketepatan makna• Keserasian konsep• Kemungkinan ditakrifkan dengan mudah• Kesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik

dan tatabahasa yang berkenaan

Page 3: peristilahan

3

Prinsip Peristilahan

Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas.

Oleh itu, untuk menghasilkan istilah yang tepat,

istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep dan

bukan berdasarkan simbol perkataan. Mengikut

Sulaiman Masri (1986: 785-796), antara prinsip

peristilahan ialah:

i. Konsep

ii. Sifat konsep

iii. Ciri

iv. Perhubungan konsep

v. Sistem konsep

vi. Definisi

vii. Penjelasan

viii. Syarat Pendefinisian

ix. Istilah

x. Hubungan konsep dan istilah

Page 4: peristilahan

4

Konsep

Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran.Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan hubungan.

Sifat Konsep

Konsep adalah unsur pemikiran yang mengandungiciri yang biasa kepada sejumlah benda. Agregat ciri konsep dikenali sebagai intensi.

Ciri

Ciri konsep penting untuk membantu penjelasan Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk Tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk Melihat hubungan benda dengan benda adalah Menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, Kedudukan, dan kegunaannya.

Page 5: peristilahan

5

Perhubungan Konsep

Dua konsep boleh mempunyai hubungan

Secara lojik, misalnya: bangunan (genus)

rumah(jenis). Dua konsep ini boleh

diselaraskan, misalnya rumah sebuah

dengan rumah berkembar.

Sistem Konsep

Konsep yang berkedudukan selari, misalnya

Rumah sebuah, rumah berkembar, dan

rumah teres mempunyai taraf yang sama

dengan kepelbagaian ciri daripada jenis

yang sama (sebuah, berkembar, dan lain-

lain).

Page 6: peristilahan

6

Definisi

Definisi bermaksud penjelasan sesuatu konsep oleh

konsep lain yang berkaitan. Definisi merupakan

titik bermulanya kerja peristilahan. Dua bentuk

definisi yang sesuai untuk kerja peristilahan ialah

intensional dan ekstensional.

Penjelasan

Penjelasan diberikan tentang sesuatu benda atau

objek sekiranya definisi yang sempurna belum

diperoleh.

Page 7: peristilahan

7

Syarat Pendefinisian

i. Konsep yang digunakan hendaklah sama dalam mana-mana penerbitan lain.

ii. Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan.

iii. Apabila konsep digunakan dalam bidang yang terhad hendaklah dinyatakan yang istilah tersebut digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja.

iv. Definisi hendaklah ringkas.

v. Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang diberi.

vi. Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan.

Page 8: peristilahan

8

Istilah

Istilah boleh terdiri daripada kata atau gabungan kata

yang menerangkan makna, konsep, keadaan atau ciri sesuatu benda atau objek.

Hubungan Konsep dan Istilah

Ada beberapa proses pembentukan kata yang di-gunakan bagi membentuk kata-kata baru dalam sesuatu bahasa:

i. Proses pengimbuhan: menggunakan kata akar atau kata dasar yang diimbuhkan denganimbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau bentuk yang lain.

ii. Proses penambahan: memberi penambah kepada kata akar. Proses ini tidak lagi produktif kerana kata atau istilah yang terbentuk melalui proses ini sukar dikenali.

Page 9: peristilahan

9

iii. Proses Penggabungan: dibentuk dengan menggabungkan satu, dua atau lebih kata akaratau kata dasar. Kata gabungan ini diberikanpengertian atau konsep tertentu yang berlainandengan makna asal.

iv. Proses Analogi: kata yang dibentuk dengancara mengkiaskannya dengan sesuatu bentukkata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasaitu sejak dahulu lagi.

v. Proses Pemberian Makna Khusus: sesuatu kata atau istilah itu dibentuk dengan mengambil sesuatu kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa yang berkenaan, dan diberikan makna yang baru, contohnya kata surih, setinggan, rumah haram, sel, dan sebagainya.

Page 10: peristilahan

10

vi. Proses Penciptaan: sesuatu kata atau istilah itu dicipta berdasarkan hasil penemuan atau penciptaan.

vii. Proses Akronim: bermaksud singkatan beberapa kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar, misalnya UPM, MARA, Felda dan sebagainya.

viii. Proses Penggemblengan: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggemblengkan dua kata atau lebih dengan menggugurkan sebahagian atau beberapa bahagian pada setiap kata yang digembleng, contohnya tekal (tetap kekal), hakis (habis kikis), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar), dan sebagainya.

Page 11: peristilahan

11

ix. Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata: kata atau istilah yang dibangunkan menjadi satu dengan meleburkan fonem dan/suku kata yang sama.

x. Proses Pembentukan Mengundur: kata atau istilah jenis ini dibentuk daripada kata lain yang telah sedia wujud yang merujuk kepada orang atau pembuat sesuatu pekerjaan.

xi. Proses Peluasan Peraturan Pembentukan Kata: proses ini banyak digunakan dalam penciptaan istilah bahasa Inggeris, misalnya react (reaction), exam (examination), divide (division).

xii. Proses Penyingkatan: melalui proses ini, kata atau istilah dibentuk dengan cara menyingkatkan kata yang panjang, misalnya panggilan untuk benda atau orang ( panggilan kekeluargaan atau pangkat).

Page 12: peristilahan

12

xiii. Proses Peluasan Makna: kata yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau telah wujud dengan meluaskan maknanya.

xiv. Proses Penyempitan Makna: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada tetapi disempitkan maknanya kepada pengertian yang lebih terbatas.

xv. Proses Perubahan Makna: proses ini dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau wujud, sama ada dalam bentuk kata pinjaman atau daripada kata jati bahasa itu sendiri tetapi pengertiannya diubah.

Page 13: peristilahan

13

xvi. Proses Pinjam Terjemah: sesuatu bahasa yang tidak mempunyai istilah atau kata tentang sesuatu benda atau objek akan mengambil atau meminjam kata atau istilah daripada bahasa asing sebelum diterima dan diserapkan dalam bahasa tersebut, diterjemahkan terlebih dahulu dengan kata-kata yang sedia wujud dalam bahasa itu.

xvi. Proses Peminjaman Kata: membentuk kata atau istilah melalui proses ini, sama ada daripada bahasa asing atau daripada dialek bahasa itu sendiri.

www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman