Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

17
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA PENDAHULUAN Kewujudan sesuatu bangsa mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan asal-usul bahasa. Malah sesebuah tamadun sesuatu bangsa tidak akan lengkap sekiranya bahasa tidak wujud. Oleh yang demikian kedua-duanya; bangsa dan bahasa, saling melengkapi antara satu sama lain. Tamadun dan Bahasa Melayu dikatakan telah wujud sejak abad ke-2 masihi lagi (Mangantar Simanjuntak, 1995). Ini dibuktikan dengan penemuan sebuah Kerajaan Melayu Champa di Vietnam Tengah. Bahasa perantaraan yang digunakan oleh kerajaan ini ialah bahasa Melayu. Peredaran zaman menyebabkan bahasa ini mengalami proses evolusi sehingga terhasilnya bahasa Melayu moden yang digunakan pada dekad ini. Proses evolusi tersebut dibahagikan kepada beberapa peringkat atau zaman, iaitu zaman bahasa Melayu Purba, zaman bahasa Melayu Kuno, zaman bahasa Melayu Klasik, zaman bahasa Melayu Peralihan atau Pramoden dan zaman bahasa Melayu Moden. (Asmah Haji Omar, 1993). Bahasa Melayu telah tersebar luas sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu sejak abad yang lalu. Menurut sejarah, Kerajaan Sriwijaya mula-mula rnemperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan bahasa 1 |

description

Penulisan Ilmiah

Transcript of Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Page 1: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SELEPAS MERDEKA

PENDAHULUAN

Kewujudan sesuatu bangsa mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan asal-

usul bahasa. Malah sesebuah tamadun sesuatu bangsa tidak akan lengkap sekiranya

bahasa tidak wujud. Oleh yang demikian kedua-duanya; bangsa dan bahasa, saling

melengkapi antara satu sama lain. Tamadun dan Bahasa Melayu dikatakan telah

wujud sejak abad ke-2 masihi lagi (Mangantar Simanjuntak, 1995). Ini dibuktikan

dengan penemuan sebuah Kerajaan Melayu Champa di Vietnam Tengah. Bahasa

perantaraan yang digunakan oleh kerajaan ini ialah bahasa Melayu.

Peredaran zaman menyebabkan bahasa ini mengalami proses evolusi sehingga

terhasilnya bahasa Melayu moden yang digunakan pada dekad ini. Proses evolusi

tersebut dibahagikan kepada beberapa peringkat atau zaman, iaitu zaman bahasa

Melayu Purba, zaman bahasa Melayu Kuno, zaman bahasa Melayu Klasik, zaman

bahasa Melayu Peralihan atau Pramoden dan zaman bahasa Melayu Moden. (Asmah

Haji Omar, 1993).

Bahasa Melayu telah tersebar luas sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu

sejak abad yang lalu. Menurut sejarah, Kerajaan Sriwijaya mula-mula

rnemperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan bahasa kerajaan

sejak abad yang ke-7 Masihi hingga abad ke-14 Masihi lagi (Wan Salleh Tamin,

1984:226; Teeuw, 1967:5). Bukti kewujudan dan penyebaran luas ini pernah

dicatatkan oleh pengembara I Tsing yang telah singgah di Sriwijaya pada tahun 672

Masihi, sewaktu perjalanan dari China ke India.

Kebangkitan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-15 telah

memberi nafas baru kepada perkembangan bahasa Melayu selanjutnya. Melaka yang

terkenal dengan pusat perniagaan untuk kawasan Kepulauan Melayu dan menguasai

lalu lintas Selat Melaka juga termasyhur sebagai pusat pengembangan dan penyebaran

agarna Islam. Perkembangan agama Islam telah membawa pengaruh dan perubahan

yang ketara terhadap bahasa Melayu waktu itu. Kesan pengaruh ini jelas dapat dilihat

1 |

Page 2: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

melalui sistem tulisan yang baru sama sekali iaitu dalam bentuk tulisan jawi yang

merupakan penyesuaian huruf-huruf Arab ke Bahasa Melayu.

Pada zaman kegemilangan Melaka, banyak karya daripada bahasa Arab telah

diterjemahkan atau disadurkan ke dalam bahasa Melayu, antaranya Hikayat Muhamad

Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Pada zaman

itu jugalah tradisi persuratan telah berkembang sehingga bukti-bukti perkembangan

bahasa Melayu lebih ketara. Selain terdapat beberapa kitab terjemahan dalam bahasa

Melayu, beberapa naskah undang-undang Melayu lama telah ditulis dalam bahasa

Melayu.

DEFINISI KONSEP

Sejarah

Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca

daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain

pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories

yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.

Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian

untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan

peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah

merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk

kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-

peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang

kukuh.

Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau

suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada

masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa

yang telah lepas dan benar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba

menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang

disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan

2 |

Page 3: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang

berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa

yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh

dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.

Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau

berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia

memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih

cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok

masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut

terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada

masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah boleh

dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu

sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa

secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga

bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan

persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu

(dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi

pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di

sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu

bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei dan

Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di

Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada

keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk

Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika

Selatan.

3 |

Page 4: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan

Naffi Mat (2009:39), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu

Purba (2500 masihi), Bahasa Melayu kuno (abad ke-7 masihi), Bahasa Melayu Klasik

(abad ke-12 masihi), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu atau

moden (abad ke-19). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari

Moain (2006:26), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan

perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah

difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang

dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960,

1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu

semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) menetapkan Bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut

disokong oleh Awang Sariyan (2002).

Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960

Bahasa Melayu telah mula distandardkan setelah persetujuan persahabatan

antara Malaysia dengan Indonesia telah ditandatangani pada tahun 1956. Sistem

Kongres telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan pada tahun

1956. Hasil daripada perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan

Malindo telah dilahirkan. Sistem Malindo tidak dilaksanakan. Malah, sistem ini telah

dikaji semula dan tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.

Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan

merupakan titik permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu.  Kongres Bahasa

dan Persuratan Melayu III mengusahakan penstandardan untuk memperkembang

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran

Kebangsaan.  Namun, timbul permasalahan apabila sukar untuk mengesan konsep

standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu standard, yang paling penting ialah

dalam menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan perbendaharaan kata. Dari

4 |

Page 5: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

aspek pembakuan bahasa Melayu, konsep-konsep  seperti “Bahasa Melayu Tinggi”

atau “bahasa Surat” atau bahasa Sekolah telah digunakan.

Pada tahun  lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan

secara khusus oleh golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa

Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh

Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu.   Dalam aspek penulisan Bahasa Melayu,

usaha-usaha untuk merubahnya adalah dari aspek penyempurnaan dan penyatuan

Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia dan mempengaruhi aspek perkembangan

bunyi-bunyi bahasa.

Konsep bahasa Melayu standard sebelum merdeka, dapat diselaraskan untuk

mewujudkan satu norma yang melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan

pertuturan orang-orang Melayu di Tanah Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk

mewujudkan satu norma yang boleh menyelaraskan bahasa Melayu Malaysia dengan

bahasa Melayu Indonesia. (Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd. Dain, 1992). Seorang

ahli bahasa yang terkenal iaitu Za’ba telah membezakan bahasa Melayu yang

dituturkan oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang

bukan Melayu.

Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu III telah memupuk usaha yang berterusan dalam penstandardan

bahasa Melayu. Dalam hal ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan, menubuhkan Maktab

Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perjanjian

Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termeterai. Perjanjian

ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli

linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan dalam penulisan tentang bahasa

Melayu.

Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa

Malaysia dengan bahasa Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan

peristilahan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan tatabahasa dan sebutan tidak

disentuh. Tatabahasa Asmah dan Za’ba masih digunakan kerana bahasa Melayu tidak

banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam tempoh lima puluh tahun kebelakangan

5 |

Page 6: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

ini. Yang jelas, perubahan yang berlaku hanya dari perbendaharaan kata. Tatabahasa

Za’ba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa baru dilakukan.

Perkembangan Bahasa Melayu Tahun 1970 hingga 1980

Pada tahun 1970, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar

utama di sekolah-sekolah, sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa

perhubungan awam. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan berlipat ganda untuk

melengkapkan bahasa. Isu yang wujud pada tahun 1970-an ialah bahasa Melayu

menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Inggeris yang

menggantikan bahasa Inggeris. Selain itu, isu yang wujud pada tahun ini juga ialah

semua kuliah yang diajar di universiti-universiti tertentu telah dikuliah dalam bahasa

Malaysia. Misalnya, Universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang (Universiti Sains

Malaysia). Di samping itu, perancangan bahasa juga telah berlaku dalam tempoh

1970-an. Perancangan yang dilaksanakan adalah seperti pembinaan istilah-istilah

baru, sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus telah diterbitkan dalam sepanjang

tempoh ini.

Menurut Mukhtaruddin (1982), mulai daripada tahun 1970, PENA telah

menggesa supaya semua darjah Satu dan darjah Dua sekolah-sekolah jenis

kebangsaan Inggeris menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di

samping itu, jumlah waktu mata pelajaran bahasa Melayu ditambah. Selain itu, pada

peringkat sekolah menengah pula, PENA juga telah menggesa supaya bahasa

pengantar di kelas peralihan ditukar daripada Inggeris kepada bahasa Melayu.

Tambahan itu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan mengambil ujian

lisan sebagai sebahagian daripada penentu untuk lulus Bahasa Kebangsaan dan mulai

tahun 1971. Kertas Am Bahasa Kebangsaan diisyaratkan lulus untuk Sijil Tinggi

Persekolahan. Di samping itu, maktab digesa mengambil lebih ramai murid aliran

kebangsaan memasuki maktab seperti Maktab MARA, Maktab Teknik dan Maktab

Tentera manakala bagi maktab-maktab perguruan pula bahasa Melayu digunakan

sebagai bahasa pengantarnya dan pelajar-pelajar yang lulus haruslah mampu

menguasai dan mengajar dalam bahasa Melayu. Pada peringkat universiti, bahasa

Melayu telah diwajibkan dalam menyampaikan kuliah. Pada tahun 1976, semua

6 |

Page 7: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

kuliah telah dijalankan dalam bahasa Melayu di Universiti Malaya dan Universiti

Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia).

Terdapat dua kesan daripada gejala pengintensifan bahasa Melayu ini, iaitu

yang pertama ialah melalui usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh semua pihak, iaitu

bahasa Melayu yang pada mulanya kurang digunakan telah menjadi bahasa yang

mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza dan digunakan juga dalam bidang yang

berbeza dalam masa yang singkat. Kedua ialah perkembangan yang terlalu pesat itu

telah membawa kesan-kesan negatif yang boleh mengakibatkan pencemaran bahasa.

Oleh itu, bagi mengelakkan pencemaran bahasa semakin banyak berlaku, pihak yang

bertanggungjawab telah mewujudkan dan melaksanakan pelbagai kempen-kempen

kesedaran bahasa yang akan mengangkat martabat bahasa kita dengan lebih tinggi

lagi.

Tahun 1970-an merupakan satu era baru bagi sejarah perjuangan bahasa dan

kesusasteraan Melayu di Malaysia. Pergerakan bahasa tidak lagi berkisar pada soal

politik tetapi lebih tertumpu pada usaha memperkaya dan mengembangkan bahasa itu.

Tahun-tahun 1980-an boleh dianggap sebagai zaman taraf kesempurnaan hampir

tercapai. Istilah-istilah teknik dapat diperoleh dengan mudah. Gaya bahasa juga telah

dikembangkan untuk membolehkan bahasa Melayu memperkatakan sesuatu dengan

tepat dan sempurna. Penutur-penutur terutamanya dalam kalangan generasi muda

dapat mengeluarkan buah fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bahasa

Melayu.

Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1990 hingga 2000

Masyarakat Malaysia masih tidak tahu perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa

Malaysia. Sebenarnya kedua-dua bahasa tersebut walaupun pada zahirnya sama, ianya

tetap berbeza dari segi pendefinisian maksud dan latar belakang sejarah. Menurut

Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata

penggunaan istilah bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada

7 |

Page 8: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

ilmu bahasa, sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil

kira sejarah, akademik dan hakikat ilmu.

Istilah bahasa Melayu tidak mempunyai mandatnya lagi. Bahasa Melayu

diganti dengan istilah bahasa Malaysia kerana ianya dikatakan bersifat majmuk dan

sesuai bagi menggambarkan bahasa yang diterima pakai secara meluas oleh rakyat

Malaysia. Isu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia mula ditimbulkan kerana

kehadiran sesetengah pihak yang tidak faham maksud Bahasa Melayu. Golongan

tersebut terus mengunci bahawa “Melayu” dan Bahasa Melayu tersebut merujuk

kepada kaum melayu. Bahkan dalam kotak fikiran mereka “bukankah kita sudah

merdeka dan hidup berbilang kaum, maka pengunaan frasa Bahasa Melayu adalah

tidak wajar untuk masyarakat Malaysia”. Sesetengah golongan tersebut cuba

menyatakan bahawa Bahasa Melayu bahasa anti perkauman.

Bahasa Melayu sebenarnya tidak merujuk kepada kaum Melayu, ianya adalah

bahasa untuk semua orang. Bahasa Melayu tidak perlu dihukum sebegitu rupa kerana

bahasa Melayu adalah warisan milik masyarakat Malaysia. Jika tidak, mengapa

Bahasa Melayu digelar sebagai “lingua Franca” pada zaman dahulu. Menurut Ahmad,

bahasa melayu merupakan bahasa yang berhubung secara meluas merentas etnik

negara Malaysia. Tidak seharusnya kita menganggap bahasa melayu sebagai unsur

perkauman sedangkan masyarakat di luar sana mengunakan bahasa inggeris tanpa

merasakan unsur perkauman. Malah, di Australia walaupun mempunyai bahasa

mereka sendiri, bahasa Inggeris digunakan seperti biasa tanpa wujud sentimen

perkauman antara kaum asli Maori dengan kaum yang lain. Selain itu, di Singapura

yang merupakan negara majoriti kaum Cina, namun bahasa Melayu dijadikan sebagai

bahasa kebangsaan negara tersebut.

Bahasa sememangnya merupakan alat atau elemen yang penting dalam

memajukan tamadun manusia. Dalam erti kata yang lain, bahasa adalah alat budaya

sesuatu bangsa. Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah

berkata bahawa “maju bangsa Melayu majulah Bahasa Melayu”. Konteks pengerak

pembangunan negara yang dinyatakan disini ialah pembangunan negara daripada segi

ekonomi, politik dan sosial.

8 |

Page 9: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Kebanyakan negara yang tidak mengunakan bahasa Ibunda sebagai bahasa

utama, menghadapi masalah dalam memajukan negara mereka. India misalnya,

mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama selama 300 tahun dan Filipina

selama 60 tahun dalam pentadbiran dan pendidikannya, tidak membantu dalam

memajukan negara mereka. (Abdullah Sani, 2007) Berbanding Malaysia yang telah

merdeka selama 53 tahun semakin maju dengan pengunaan bahasa Melayu.

Isu pengunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga hangat diperkatakan

dan banyak mengundang kontroversi. Isu mula timbul apabila pada tahun 1993,

Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman

bahawa semua kuliah sains dan teknologi di universiti hendaklah disampaikan dalam

bahasa Inggeris. Pada tahun 2002, Perdana Menteri yang sama iaitu Tun Dr. Mahatir

telah membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah

akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.

Pada tahun 2003, setelah PPSMI atau nama penuhnya Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan salah

satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan

bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara dalam mata pelajaran Sains dan

Matematik di semua peringkat pendidikan, banyak permasalahan yang timbul

sepanjang pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik. Pelbagai

bantahan dan bentuk respon oleh masyarakat Malaysia terhadap isu tersebut.

Segelintir warga pendidik mempersoalkan usaha memperkenalkan dasar baru

tersebut. Guru yang berfikiran terbuka menerima dasar tersebut sebagai satu

pendekatan yang baik dan cabaran untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia.

(don, 2007), Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa melayu

apabila bekas perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir menyarankan pengunaan

bahasa inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di

Malaysia. Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah

penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pada 8 Julai 2009, Menteri

Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan

mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.

9 |

Page 10: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Menurut SHURA atau Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)

menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan

kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Setiausaha Agung Shura

Mohd Azmi Abd Hamid berkata sejak PPSMI dilaksanakan pada tahun 2002, ia telah

menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam

sistem pendidikan negara. Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas

menghantar Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor

Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah di sini hari ini. (BERNAMA, 10

JUN 2009).

Perkembangan bahasa Melayu memerlukan pinjaman bahasa asing dalam

mengukuhkan fungsinya yang merangkumi banyak bidang ilmu. Tidak dapat

dinafikan Bahasa Melayu telah mengalamai perkembangan yang terancang dari tahun

1950 sehinggalah sekarang yang banyak digerakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pendidikan,

pengantar, pentadbiran serta mencakupi banyak bidang ilmu. Disamping itu juga,

Bahasa Melayu tidak lari daripada berhadapan dengan isu-isu terutamanya selepas

1990-an, bermula kepada konsep asas, iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia,

peranan dalam pembangunan negara, persaingan dengan Bahasa Inggeris dalam

pendidikan dan bnayak lagi yang disifatkan menggugat kedudukan Bahasa Melayu

berikutan penelitian status di mata masyarakat selepas 53 tahun merdeka.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

Setelah Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,

maka bahasa Melayu telah termaktub sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di

bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, yang antara lain menyebut;

152. Bahasa Kebangsaan

(1) Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis

dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan

undang-undang oleh Parlimen...

10 |

Page 11: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

(Perlembagaan Persekutuan, 1970:171)

Selepas Perlembagaan Persekutuan ini termaktub, terdapat beberapa akta

tambahan yang diluluskan oleh Parlimen berhubung dengan Dasar Bahasa

Kebangsaan seperti yang terkandung dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Akta

Bahasa Kebangsaan (Tambahan No. 18) 1963 pula membuat tambahan dalam hal;

maksud rasmi, terjemahan, perlanjutan dalam penggunaan bahasa Inggeris (termasuk

undang-undang tertulis sebelum 1.9.1967), bahasa mahkamah, tulisan bahasa

kebangsaan, berbentuk angka dan borang. Akta tambahan ini bertujuan untuk

melengkapkan peruntukan dalam perlembagaan (Abdullah Hassan, 1989b : 52).

Namun begitu, usaha pertama ke arah pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi hanya berlaku pada tahun 1967 iaitu selepas sepuluh tahun

merdeka, setelah Akta Bahasa Kebangsaan 1967 diluluskan dan dikuatkuasakan pada

1 September 1967 bagi Semenanjung Malaysia. Akta tersebut kemudiannya disemak

dan disatukan dengan akta bahasa Kebangsaan 1963 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai

1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Akta ini dengan jelas

memperuntukkan bahawa, selepas 1 September 1967, bahasa kebangsaan iaitu bahasa

Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes

tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan

dengan dunia luar dan sebagainya (Nik Safiah Karim, 1985:2)

Setelah bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan negara dan

mengambil alih tugas-tugas bahasa Inggeris setelah 10 tahun merdeka, maka bahasa

ini menjalani satu proses pengembangan supaya mampu memikul tanggungjawab

baru. Badan yang bertanggungjawab mengembang dan memperjuangkan bahasa

Melayu seterusnya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah ditubuhkan

sebagai satu jabatan dalam Kementerian Pelajaran pada tahun 1956.

Proses pengembangan sesuatu bahasa perlu melalui beberapa peringkat

tertentu. Menurut Ferguson (1968), proses perkembangan sesuatu bahasa vernakular

hingga menjadi bahasa kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa rasmi perlu ditinjau

menerusi peringkat-peringkat berikut;

a) Penentuan ejaan (graphization)

11 |

Page 12: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

b) Penyeragaman (standardization)

c) Pemodenan (modernization)

Dengan itu, sebagai sebuah badan perancang bahasa, Dewan Bahasa dan

Pustaka ditugaskan meninjau persoalan-persoalan penyeragaman, pemodenan dan

pembakuan bahasa Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan penyeragaman dan

pembakuan ialah peringkat pembentukan sesuatu variasi bahasa yang diterima umum

sebagai bentuk terbaik yang dijadikan ukuran dan norma. Tahap pemodenan ini

memperlihatkan kemampuan bahasa Melayu untuk berfungsi sebagai alat penyampai

fikiran sebanding dengan bahasa-bahasa lain yang telah mencapai pemodenan yang

tinggi tarafnya. Pada peringkat ini, bahasa Melayu seharusnya mencapai keupayaan

‘saling menterjemah’ dengan bahasa-bahasa lain dalam memperkatakan berbagai-

bagai perkara dalam berbagai-bagai wacana (Nik Safiah Karim, 1981:54).

Tumpuan seterusnya diberikan terhadap aspek penyeragaman dan pemodenan

melalui kegiatan pembinaan peringkat pengajian tinggi dan menjadi milik bersama

seluruh rakyat Malaysia kini.

Dalam konteks sejarah bahasa yang berliku dan penuh cabaran ini, kita

menemui beberapa pengajaran dan fakta penting tentang bahasa Melayu. Pertama;

bahasa Melayu tidak akan bangkit menjadi bahasa yang megah dan tidak akan

terungkap menjadi bahasa yang tinggi jika tidak kerana pengaruh Islam. Islamlah

yang telah mengangkat taraf bahasa daripada hanya menjadi bahasa pinggiran kepada

bahasa ilmu, yang menibicarakan soal-soal yang tinggi dan ilmiah sifatnya. Kedua;

Bahasa adalah jiwa bangsa. Hilang bahasa hilanglah bangsa. Bahasa memancarkan

semangat sayangkan bangsa dan sayangkan negara. Untuk menjadi bangsa yang

bermaruah, kita sewajarnya menunjukkan kecintaan terhadap bahasa Malaysia (Fatini

Hj. Yaacob, 1987:9).

Kini, bahasa Melayu telah bangkit menjadi bahasa untuk semua kaum. Sistem

pendidikan telah berjaya melahirkan generasi yang terdidik melalui pengantar bahasa

Melayu di samping menjadi bahan pengajaran hingga ke peringkat tertinggi iaitu di

institusi-institusi pengajian tinggi sejak tahun 1983.

12 |

Page 13: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

PENUTUP

Kedudukan bahasa Melayu menjadi semakin tinggi kerana pengaruh bahasa-

bahasa dari luar terutama dari barat seperti Inggeris dan Belanda, yang mula meresap

ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-19. Pengaruh-pengaruh ini membuahkan hasil

yang amat baik kepada bahasa Melayu dalam alaf baru ini (menjelang abad 21)

Bermula dari pertengahan abad ke-19, pengaruh-pengaruh luar telah mempengaruhi

kosa kata dan istilah-istilah Melayu yang akhirnya menjadikannya bahasa moden.

Tidak dapat dinafikan bahawa pertengahan abad ke-19 membawa ke abad 20

merupakan era yang amat penting dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu.

Zaman ini yang lebih dikenali dengan Zaman Pramoden atau Peralihan merupakan

titik-tolak yang menjadikan bahasa Melayu hari ini sebagai bahasa lingua franca dan

bahasa ilmu pada abad ini.

(3,382 Patah Perkataan)

RUJUKAN

13 |

Page 14: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

1. Kamus Dewan . 1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Maganatar Simanjuntak. 1995. Pengutamaan Bahasa Melayu Dalam Semua

Bidang, Termasuk Sains & Teknologi, Menjamin Potensinya Sebagai

bahasa Ilmu Dan Bahasa Supranasional, Di Samping Menjamin

Pembangunan Negara Yang Maksimum. Dlm. Kertas Kerja Kongres Melayu

Sedunia. Kuala Lumpur. Ogos 1995

3. S. Othman Kelantan (pngr.) 1992. 100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera

Melayu 1888 - 1988. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal. 7

4. Asmah Haji Omar. 1993. Susur Galur Bahasa Melayu Dalam Gelombang

Tamadun. Dlm Ismail Hussien, A.Aziz Deraman & Abd. Rahman Al-

Ahmadi (pngr.) Tamadun Melayu Jilid Dua (536-553). Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Amat Juhari Moain. 1994. Sejarah Bahasa Melayu dalam Linguistik Melayu

oleh Zaharani Ahmad. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

6. Abdullah Hassan. 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dan Esei-Esei

Lain. Shah Alam : Penerbitan Fajaar Bakti Sdn. Bhd.

7. Abdullah Hassan, 1987, Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

8. Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain, 2006, Sejarah Bahasa Melayu,

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.

9. Ibrahim Ahmad, 1994, Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. James T.Collins, 2005, Bahasa Melayu, Bahasa Dunia: Sejarah Singkat,

Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

14 |

Page 15: Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka

11. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid

Mahmood, 2004, Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

12. Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2009, Perkembangan Pembentukan

Istilah Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia: Kimli Malang.

15 |