Perkembangan Seni Visual Selepas Kemerdekaan

download Perkembangan Seni Visual Selepas Kemerdekaan

of 35

description

Sejarah perkembangan PSV

Transcript of Perkembangan Seni Visual Selepas Kemerdekaan

Slide 1

PERKEMBANGAN SENI VISUALSELEPAS KEMERDEKAANERA SELEPAS MERDEKA Pada tahun 1956, Mohd Hoessein Enas, Idris Salam, Zakaria Nor, dan kumpulannya telah membentuk Majlis Kesenian Melayu. Majlis ini menghasilkan karya yang menonjolkan imej figuratif Melayu. Majlis kemudian ditukar nama menjadi Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) pada tahun 1958. The Thursday Art Group ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957 dengan tujuan untuk memperkenalkan konsep baru, mengadakan kelas lukisan, sesi perbincangan, dan pameran.ERA SELEPAS MERDEKA.

Pada waktu menjelang kemerdekaan, seni telah menjadi suatu simbol yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Alam seni Malaysia mula berubah kepada bertaraf antarabangsa. Terdapat kesedaran baru, sikap tanggungjawab, dan pembangunan seni lukis. Penubuhan Balai Seni Lukis Negara (1958) sangat bermakna bagi pelukis tanah air. Pelukis-pelukis tempatan mula mendapat sokongan yang positif serta pengiktirafan.TAHUN 1960-ANPenubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas (1960), memberi peluang kepada guru-guru yang berpengalaman umtuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni.Penuntut yang menunjukkan bakat besar kemudiannya akan dihantar menghadiri kursus penuh di luar negara.Kakitangan akademik seni Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh, dan tokoh-tokoh lain seperti Ismail Zain dan kumpulannya.

TAHUN 1960-AN..

Gaya catan beraneka adaripada aliran realisme impressionisme abstak impressionisme. Pilihan subjek juga pelbagai.Karya-karya lebih matang dan bermutu tinggi. Pelukis-pelukis dijemput menyertai pelbagai pameran yang besar di luar negara.Penubuhan Institut Teknologi Mara-ITM (1967) telah melahirkan tenaga baru pendidik seni serta usahawan Melayu. Misalnya, Syarifah Fatimah Syed Zubir, Ruzaika Omar Basree, Amron Omar, Ponirin Amin dan lain-lain.

TAHUN 1970-ANPada tahun 1970-an, pensyarah-pensyarah ITM telah mengambil alih tempat avant-garde (bahasa perancis). Antara tokoh-tokoh penting ialah Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Joseph Tan. Mereka mengejutkan pelukis tempatan dengan melakukan banyak pembaharuan. Pada tahun 1974, Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dikalangan ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis Se-Malaysia.

TAHUN 1970-AN

Kumpulan Utara ditubuhkan pada tahun 1977, telah membolehkan kemunculan sekumpulan pelukis muda yang dapat menegaskan suara individu di utara Semenanjung Malaysia. TAHUN 1980-ANPersatuan Pelukis Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1980 bertujuan untuk memenuhi kehendak pelukis tempatan dalam mewujudkan sebuah badan yang benar-benar mewakili pelukis, menjaga dan meningkatkan kedudukan pelukis, serta bekerjasama dengan kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan seni. Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia (1984), telah melahirkan guru-guru berijazah sebagai tenaga pengajar di institut, maktab, dan sekolah.

TAHUN 1980-AN..

Institut dan akademi swasta ditubuhkandi seluruh negara memberi sumbangan dalam melahirkan tenaga seni dalam pelbagai bidang.Subjek seni : peristiwa yang berlaku dalam negara, warisan budaya, sosial dan politik, seni Islam dan sebagainya.

TAHUN 1990-AN

Era 1990-an merupakan era pluralis yang kaya dengan karya-karya pelbagai stail, pendekatan dan makna, dan menjelmakan ciri-ciri stail aliran global lain.Perkembangan seni meliputi bidang seni halus, seni arca, dan seni cetakan.Muncul pelukis-pelukis muda yang berbakat seperti Din Omar, Tan Chin Kuan, Ahmad Shukri Mohamed, Bayu Utomo Radjikin, dan lain-lain.

SENI PLASTIKIstilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi.Cheong Soo PiengTropical Life ( 1959)

Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar, ukiran, tenunan senjata dan sebagainya.Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik.Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Gaya avant-garde yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi penghargaan.Hoessein Enas Gadis Melayu (1959) Oil on canvas

Syed Ahmad JamalUmpan (1959) Oil on canvasSekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk menerapkan ciri nasional atau keaslian seni plastik moden. Seniman pada sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media, bahan dan proses berkarya.

Redza PiyadasaHaji Faily (1986)mixed mediaSENI ARCAArca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan, warna, struktur dan rupa. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru berbanding dengan catan.Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan hal-hal yang menghubungkan catan dengan arca.

Syed Ahmad JamalPerhubungan (1964)kayuArca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karya-karya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca Djin Api (1959), Forest (1968) dan Ecstacy (1986)Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun 1976 satu pameran Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau, Chan Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.

Anthony LauDjin Api (1959)kayuAnthony LauHutanBesiKajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar Ismail, Wan Ahmad Wan Mohamod, Ham Rabeah Kamarun, Ramlan Abdullah, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja Shahriman dan Bayu Utomo.Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas kelihatan awal dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil, sama ada secara konvensional, bersifat galeri, pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran.

SENI BINASebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri, senibina Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat berbilang kaum.Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi:Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.Bangunan-bangunan awam seperti masjid, hospital, perpustakaan, muzium dan sebagainya.Bangunan-bangunan kerajaan.Bangunan-bangunan perniagaan.Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang, menara, tugu peringatan dan sebagainya.Taman-taman dan kawasan rekreasi.

Menjelang era pasca- merdeka, suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandar-bandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial, anglo-Indian, elektik dan sebagainya.Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri, bangunan parlimen (1963), bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959), Stadium Negara (1964), Muzium Negara, Masjid Negara, Bank Bumiputra, Dayabumi, Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom.

Masjid NegaraParlimenKomplek DayabumiMenara Berkembar Pertonas

Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. Dari semasa ke semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dan keperluan masyarakat.Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley, Baharuddin Kassim, Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley (arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor setempat ke dalam rekabentuk moden.

Seni Bina Putrajaya

KESIMPULANDalam masa yang singkat, alam seni lukis Malaysia telah mengalami perubahan yang meluas dan memdadak, daripada suasana kedaerahan dan berentak perlahan pada awal tahun 1950-an kepada suasana aktif serta beraneka kaedah dan corak pada tahun 1990-an.TERIMA KASIH