PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

12
PERKEMB PERKEMB PERKEMB PERKEMB PERKEMBANGAN ANGAN ANGAN ANGAN ANGAN KEPENGGUNA KEPENGGUNA KEPENGGUNA KEPENGGUNA KEPENGGUNAAN AN AN AN AN SEP SEP SEP SEP SEPANJANG 5 ANJANG 5 ANJANG 5 ANJANG 5 ANJANG 50 T 0 T 0 T 0 T 0 TAHUN AHUN AHUN AHUN AHUN PERKEMB PERKEMB PERKEMB PERKEMB PERKEMBANGAN ANGAN ANGAN ANGAN ANGAN KEPENGGUNA KEPENGGUNA KEPENGGUNA KEPENGGUNA KEPENGGUNAAN AN AN AN AN SEP SEP SEP SEP SEPANJANG 5 ANJANG 5 ANJANG 5 ANJANG 5 ANJANG 50 T 0 T 0 T 0 T 0 TAHUN AHUN AHUN AHUN AHUN ISO 26000 – PANDUAN BAGI TANGGUNGJAWAB SOSIAL PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007 KEROSAKAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM) KONSEP JUAL BELI SECARA ISLAM KEPENTINGAN AIR DALAM BADAN TIP MENANGANI PEMANASAN GLOBAL ISO 26000 – PANDUAN BAGI TANGGUNGJAWAB SOSIAL PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007 KEROSAKAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM) KONSEP JUAL BELI SECARA ISLAM KEPENTINGAN AIR DALAM BADAN TIP MENANGANI PEMANASAN GLOBAL

Transcript of PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

Page 1: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

PERKEMBPERKEMBPERKEMBPERKEMBPERKEMBANGANANGANANGANANGANANGANKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAANANANANAN

SEPSEPSEPSEPSEPANJANG 5ANJANG 5ANJANG 5ANJANG 5ANJANG 50 T0 T0 T0 T0 TAHUNAHUNAHUNAHUNAHUN

PERKEMBPERKEMBPERKEMBPERKEMBPERKEMBANGANANGANANGANANGANANGANKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAANANANANAN

SEPSEPSEPSEPSEPANJANG 5ANJANG 5ANJANG 5ANJANG 5ANJANG 50 T0 T0 T0 T0 TAHUNAHUNAHUNAHUNAHUN

ISO 26000 – PANDUAN BAGI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007

KEROSAKAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA

PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)

KONSEP JUAL BELI SECARA ISLAM

KEPENTINGAN AIR DALAM BADAN

TIP MENANGANI PEMANASAN GLOBAL

ISO 26000 – PANDUAN BAGI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007

KEROSAKAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA

PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)

KONSEP JUAL BELI SECARA ISLAM

KEPENTINGAN AIR DALAM BADAN

TIP MENANGANI PEMANASAN GLOBAL

Page 2: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

Dunia semakin panas. Musim sudah tidak menentu lagi. Sekejap hujan, sekejappanas. Demikianlah akibat daripada pemanasan global yang sedang berlakupada masa ini.

Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Adakah ia disebabkan dunia yangtelah tua sehingga boleh disamakan dengan keadaan manusia yang telah`nyanyok’?

Hakikatnya, masalah pemanasan global ini berlaku disebabkan sikappenghuninya sendiri. Pencemaran dilakukan secara berleluasa. Penggunaanperalatan yang mengandungi kloroflourokarbon (CFC) terus digunakan.Kenderaan kian banyak melata di jalan raya sehingga menghasilkan banyakkarbon dioksida dan karbon monoksida.

Terdapat banyak konvensyen dan protokol telah diwujudkan berkaitan alamsekitar, seperti Protokol Montreal, Protokol Kyoto, Konvensyen Kerangka kerjaPerubahan Iklim Bangsa Bersatu dan sebagainya. Malaysia sendiri meraktifikasisemua konvensyen dan protokol ini. Umpamanya, Malaysia memberikankomitmen untuk mengharamkan pengguna bahan berasaskan klorofluorokarbonmenjelang tahun 2010, berdasarkan kepada keperluan Protokol Montreal.

Namun bagaimana pula kita sebagai pengguna? Kita juga mempunyai perananbagi memastikan kesan pemanasan global ini tidak berterusan. Jangan lakukanpembakaran terbuka, gunakan kenderaan apabila perlu, kitar semula dansebagainya merupakan amalan secara individu. Didik anak-anak kita tentangamalan tidak mencemarkan alam sekitar.

Mungkin kita merasakan bahawa telah terlambat untuk membetulkankeadaan. Keadaan cuaca bumi telah tenat. Tanggapan ini perlu dibetulkan. Kitamasih mempunyai boleh membantu untuk membetulkan keadaan ini. Mulakandaripada sekarang! Elakkan daripada berlakunya sebarang pencemaran udara.Berikan ingatan kepada mereka mencemarkan udara atau melaporkan kepadapihak berkuasa. Ini juga peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan olehpengguna. Bersama-samalah kita menjaga kesejahteraan bumi kita.

Tidak ada maknanya jika semua keperluan hidup dapat dinikmati, tetapihidup dalam keadaan alam sekitar tercemar. Penyakit selalu mengundang hidupkita. Akhirnya semua kenikmatan itu tidak dapat dikecapi sepenuhnya.

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. En. Mohd Zain Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGIsamil bin Jantan

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNorliana bte Ismail

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA MINDMINDMINDMINDMINDA EDITA EDITA EDITA EDITA EDITOROROROROR

SENDA PENGGUNA

Hai! Nakgoreng pisangpun kena Q?

Tolong sabarlah Encik ... minyakmasak mana cukup, kena goreng

satu demi satu ... susahnya!

Page 3: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

Sejak tamatnya pemerintahan British pada 31 Ogos 1957,sebagai sebahagian agenda nasional, telah memberikankeutamaan kepada kebajikan dan perlindungan pengguna.

Pada awal kemerdekaan, ekonomi Malaysiaberasaskan kepada pertanian semata-mata. 70 peratusdaripada penduduk Malaysia tinggal di kawasan luarbandar dan sebahagian besarnya adalah golongan miskin.Oleh itu, kepentingan pengguna lebih tertumpu kepadamemenuhi keperluan asas, seperti tempat tinggal,makanan, kemudahan air, kesihatan dan pendidikan.Undang-undang perlindungan pengguna pada peringkatawal, seperti Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta KawalanBekalan 1961 adalah bertujuan memastikan keperluanasas pengguna dilindungi.

Program pemodenan kerajaan, yang kemudiannyadiikuti oleh pembangunan ekonomi berasaskan modaldiwujudkan pada tahun 1970-an. Pola pembangunan initelah menukar demografik pengguna di Malaysia. Iamenyebabkan munculnya kelas menengah peringkatperbandaran.

Peningkatan dalam pendapatan telah turutmenyebabkan kenaikan secara dramatik penggunaanbarangan dan perkhidmatan. Ini membawa kepada anjakanbaru kepada pengguna dan peniaga kerana masih belumwujudnya standard dan pengeluaran barangan sertaperkhidmatan secara besar-besaran.

Menyedari keadaan ini, kerajaan telah mengambilbeberapa langkah, iaitu:

(1) Memperkenalkan beberapa statut perlindunganpengguna

(2) Meningkatkan keupayaan institusi dalampenguatkuasaan undang-undang perlindunganpengguna

(3) Memperakui kepentingan garis panduanperlindungan pengguna Pertubuhan Bangsa Bersatu1985.

Namun bagi, impak yang paling besar ialah penubuhanKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

KEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAAN DAN DAN DAN DAN DALALALALALAMAMAMAMAM555550 T0 T0 T0 T0 TAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAAAAA

APRIL 2007 > 3

Pengguna pada tahun 1990, yang salah satu peranannyauntuk meningkatkan perlindungan dan menjaga kebajikanpara pengguna di Malaysia.

Terdapat beberapa sejarah penting dalam pembangunankebajikan dan perlindungan pengguna dalam tempoh 50tahun yang lalu.

PerundanganSebelum kemerdekaan, terdapat beberapa undang-

undang perlindungan pengguna yang diwujudkan olehpemerintah kolonial, seperti Akta Kawalan Harga 1946.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, kerajaan telahmenggubal beberapa peraturan bagi memberikanperlindungan lebih baik kepada rakyatnya. Pada hari initerdapat lebih daripada 30 undang-undang yangmengandungi elemen perlindungan pengguna. Sebahagiandaripadanya seperti Akta Kawalan Bekalan, Akta SewaBeli 1967, Akta Perihal Dagangan dan Akta JualanLangsung dikuatkuasakan oleh Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada 30 undang-undang yang berkaitan dengan penjualan barangan danpenyediaan perkhidmatan adalah berasaskan kepadaprinsip caveat emptor. Prinsip ini meletakkan bebanankepada pengguna agar berwaspada daripada ditipu ketikaberurusniaga. Selama dua dekad, Gabungan PersatuanPengguna Malaysia (FOMCA) telah melobi agar digubalsebuah perundangan mengenai perlindungan penggunayang menyeluruh. Hasilnya Akta Perlindungan Penggunatelah diwartakan pada Oktober 1999.

Dasar Pengguna NegaraKerajaan menyedari bahawa dasar kepenggunaan perlu

diintegrasikan dengan dasar pembangunan nasional bagimeningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sekali lagi FOMCA telah memainkan peranan yang

Perkembangan KepengunaanSemenjak Merdeka

Bersambung ke muka 4

Page 4: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

4 < APRIL 2007 STSTSTSTSTANDANDANDANDANDARDARDARDARDARD

penting dalam pembangunan Dasar Pengguna Negara ini,yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteriketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Julai2002.

Dasar Pengguna Negara memberikan tumpuan kepadapembentukan dasar ekonomi dan sosial negara berasaskankepada peningkatan kebajikan pengguna danmeningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Mekanisme TebusrugiSelain itu, kerajaan telah mewujudkan beberapa

institusi sebagai mekanisme bagi pengguna mendapatkantebus rugi, iaitu:

Tribunal Tuntutan Pengguna malaysia (ditubuhkandi bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999).Tuntutan dihadkan tidak melebihi RM25,000.Mahkamah Tuntutan Kecil. Maksimum tuntutansebanyak RM5,000Skim Ombusmen Industri seperti Biro PengantaraanKewanganTribunal Tuntutan Pembeli Rumah bagimengendalikan kes berkaitan perumahan tuntutantidak melebihi RM25,000.

Kerajaan, Etika dan kawalan KendiriSejak empat dekad yang lalu, kerajaan telah

memberikan penekanan bahawa sektor perniagaan perlumempunyai tanggungjawab sosial dan moral terhadappengguna bagi memastikan pengguna diberi layanan secarayang adil dan selamat di pasaran. Sebagai tambahankepada pelbagai undang-undang yang digubal, kerajaanjuga menggalakkan amalan kawalan kendiri di kalanganmasyarakat perniagaan dengan mewujudkan kod amalandan etika dalam pelbagai sektor perniagaan dan badanprofesional.

Lantaran itu, wujud beberapa kod amalan yangdiwujudkan oleh sektor perniagaan, di antaranya:

Kod Etika Perniagaan MalaysiaKod Kandungan Komunikasi dan MultimediaMalaysiaKod Amalan Am Pengguna Industri Komunikasi danMultimedia MalaysiaKod Amalan DSAMKod Amalan Periklanan Malaysia

Perakuan terhadap Hak-hak PenggunaMalaysia telah mengiktiraf lapan hak-hak pengguna

yang mendefininasikan perlindungan dan kebajikanpengguna. Malaysia merupakan salah satu daripadabeberapa buah negara yang menyambut Hari Penggunaperingkat kebangsaan. Pada 15 Mac 1992, Malaysiameraikan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. Ketika berucapmerasmikan sambutan tersebut, Perdana Menteri ketika

itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamed (kini Tun Dr. Mahathir)telah menyentuh tentang lapan hak-hak pengguna.

Sambutan Hari Pengguna Malaysia telah diadakan pada26 Julai setiap tahun. Pada hari tersebut, KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunamemberikan anugerah kepada pertubuhan pengguna, kelabpengguna dan pemimpin pengguna.

Pendidikan PenggunaKaedah terbaik dalam memberikan perlindungan

kepada pengguna, ialah pendidikan pengguna. Ini keranaia membantu membina kemahiran bagi membolehkanpengguna berfungsi sebagai pengguna yang mempunyaitanggungjawab sosial. Kesedaran terhadap pendidikanpengguna mencakupi daripada sistem pendidikan formalsehingga pendidikan tidak formal.

Dalam sukatan pelajaran di sekolah Malaysia,pendidikan pengguna dimasukkan dalam beberapa matapelajaran seperti Matematik dan bahasa. Di peringkatpengajian tinggi pula, undang-undang pengguna danpendidikan pengguna ditawarkan sebagai kursus.

Selain itu, aktiviti pendidikan pengguna tidak rasmiadalah penubuhan kelab pengguna sekolah, seminar,penerbitan dan bahan penerbitan multimedia olehKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna. 70 peratus daripada sekolah menengah diMalaysia telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah.

Pembangunan Persatuan PenggunaBagi negara seperti Malaysia, selain isu-isu berkaitan

tenaga buruh, masyarakat juga memerlukan saluran untukmenyampaikan keprihatinan terhadap kualiti kehidupan.Salah satu persatuan yang paling awal ditubuhkan bagimemperjuangkan hal-hal berkaitan kepenggunaanpersatuan pembayar cukai di beberapa buah bandar. Diantara perkara yang sering menjadi perhatian mereka ialahperkhidmatan perbandaran, kemudahan awam, sistemperkhidmatan dan sebagainya.

Biarpun begitu, persatuan ini tidak terlalu tertumpukepada isu-isu kepenggunaan. Ini menyulitkan kerajaanuntuk mendapatkan pandangan yang berkaitan hal-halkepenggunaan. Oleh itu, pada 4 Mac 1965, kerajaan telahmengeluarkan pekeliling yang meminta agar semulaSetiausaha Kerajaan Negeri mengarahkan semua pegawaidaerah menubuhkan persatuan pengguna.

Namun arahan tersebut tidak menjadi kenyataan.Sebaliknya usaha menubuhkan persatuan seumpama inilahir daripada rakyat sendiri apabila pada tahun 1965,Persatuan Pengguna Selangor telah ditubuhkan, diikutidengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang pada tahun1969 dan beberapa persatuan pengguna negeri yang lain.Pada tahun 1973, beberapa persatuan pengguna ini telahmengadakan perbincangan menubuhkan sebuah gabunganyang kemudiannya melahirkan Gabungan PersatuanPengguna Malaysia pada 23 Jun 1973 di Alor Setar, Kedah.

dari muka 3 ...

Page 5: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

STSTSTSTSTANDANDANDANDANDARDARDARDARDARD

Tanggungjawab SosialISO atau Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa telah

membuat keputusan untuk melancarkan pembangunanstandard antarabangsa sebagai panduan untuktanggungjawab sosial (social responsibility) atau lebihdikenali sebagai SR.

Standard garispanduan ini dijangka akan diterbitkanpada tahun 2009 sebagai ISO 26000 dan kegunaannyasecara voluntary atau sukarela. ISO 26000 tidakmenggariskan sebarang keperluan. Oleh itu, ia tidakbertujuan untuk digunakan bagi pensijilan.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapattentang pendekatan yang harus diambil semasapembangunan standard ini. Kumpulan kerja untuk ISO26000 ini inginkan satu pendekatan yang bolehmenghasilkan standard garis panduan yang akanmenggalakkan tanggungjawab dan sifat hormat-menghormati berdasarkan dokumen rujukan yang telahmendapat persetujuan pelbagai pihak.

Tugas kumpulan kerja yang ditubuhkan untukpembangunan standard ini untuk mendapatkan komitmenkepada tanggungjawab sosial secara sukarela danmenghasilkan garis panduan umum tentang konsep,definisi dan kaedah-kaedah penilaian.

Perlukah Garispanduan untuk TanggungjawabSosial?

Dalam era globalisasi dan peningkatan persaingan dipasaran global dan tempatan, terdapat peningkatan dalamkeperluan untuk semua jenis organisasi untukmenunjukkan bahawa mereka mempunyai tanggungjawabdari segi sosial.

Pengguna inginkan penghasilan produk danperkhidmatan yang tidak memberikan impak negatifterhadap alam sekitar, masyarakat dan pekerja sesebuahorganisasi. Contohnya pembuatan permaidani Parsi tidakharus menggunakan tenaga kerja kanak-kanak atau buruhpaksaan. Pemberian tender haruslah secara telus danmemberikan peluang yang saksama kepada semua pihak.Pembinaan empangan tidak harus mengancam cara hiduporang asli. Sesebuah organisasi bukan kerajaan tidakharus menyokong sebarang pihak dan melaksanakan

tanggungjawabnya kepada peningkatan kualiti hidupkumpulan sasarannya.

Pada masa ini terdapat pelbagai perakuan danpengistiharan badan-badan korporat berkaitan dengantanggungjawab sosial mereka atau Tanggungjawab SosialKorporat (Corporate Social Responsibility) atau dikenalisebagai CSR. Masalahnya terletak kepada pengguna ataupelanggan sesebuah organisasi perniagaan yang akanmengesahkan sama ada perlaksanaan tanggungjawabsosial mereka mengikut garis panduan yang diiktiraf. Satulagi kebimbangan pengguna atau pelanggan adalah samaada pengisytiharan dan perakuan CSR telah disahkan olehpihak ketiga.

Ini kerana terdapat kes-kes tentang sesebuahorganisasi yang bertanggungjawab sosial di sebuah negaratetapi bertindak sebaliknya di negara lain. Contohnya,sebuah syarikat petroleum Amerika Syarikat mempunyairekod tanggungjawab sosial yang baik di Amerika Syarikat,tetapi mengambil kesempatan ke atas perang saudara diSomalia semata-mata untuk mendapatkan minyak danmenyalurkan minyak mentah ke negara jiran tanpamemberikan apa-apa keuntungan untuk penduduk Somalia.

Beberapa syarikat Malaysia juga telah memindahkanoperasi mereka ke negara-negara di benua Afrika danIndonesia untuk mengambil kesempatan ke atasperundangan alam sekitar atau penguatkuasaan yanglemah di negara tersebut.

Pelancaran pembangunan ISO 26000Keperluan standard untuk tanggungjawab sosial telah

bermula sejak tahun 2001. Pada tahun 2004, satukumpulan kerja bagi tanggungjawab sosial telah ditubuhkandi bawah Badan Pengurusan Teknikal ISO (atau ISOTechnical Management Board) atau lebih dikenali sebagaiISO TMB. Kerja-kerja pembangunan standard ini dimulakanpada tahun 2005.

Penglibatan Malaysia di ISO WG SR (KumpulanKerja ISO bagi Tanggungjawab Sosial)

Jabatan Standard Malaysia atau STANDARDS

ISO 26000– Panduan bagiTanggungjawab Sosial

APRIL 2007 > 5

Bersambung ke muka 8

Page 6: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

Pertandingan Kepenggunaan bersempena Hari PenggunaMalaysia 2007 anjuran FOMCA dengan kerjasamaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna (KPDNHEP) telah berlangsung pada 5 April 2007hingga 30 Jun 2007.

Objektif utama penganjuran PertandinganKepenggunaan ini adalah untuk memberi maklumanmengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia yangdisambut pada 26 Julai setiap tahun.

Lebih daripada itu, program ini juga melibatkan anggotamasyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat untukturut serta dalam menjayakan program Hari PenggunaMalaysia ini. Pertandingan ini melibatkan sebilangan besarpelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, kanak-kanakpra sekolah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, guru –guru, pensyarah dan masyarakat awam di seluruh Malaysiasecara umumnya.

Pihak penganjur mensasarkan lebih daripada 50,000penyertaan daripada penglibatan semua pihak dalam kesemua pertandingan ini. Semua peserta yang menyertaipertandingan ini akan menerima sijil penyertaan peringkatnasional.

Bersempena dengan Sambutan Hari PenggunaMalaysia, FOMCA selaku penganjur telah menganjurkanlapan pertandingan di peringkat nasional. Di antaranya ialahpertandingan

A) Pertandingan Mengarang Esei 4 bahasauntuk pelajar sekolah rendah, menengah danawam

Pertandingan Mengarang Esei dipertandingkan dalam4 kategori bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Panjang esei yangditetapkan adalah mengikut kategori umur untuk pelajarberumur 10-12 tahun panjang esei adalah tidak melebihi300 patah perkataan. Manakala bagi para pelajar yangberumur 13 hingga 17 tahun, panjang esei tidak melebihi1500 patah perkataan dan kategori umum berumur 19

hingga 29 tahun, panjang esei tidak melebihi 2,000 patahperkataan.

Peserta digalakkan untuk mengaitkan isu-isu terkinidalam penulisan esei dan memberikan contoh disampingmemberikan cadangan serta idea yang boleh memberimanfaat kepada pengguna.

B) Pertandingan Mengarang Esei 2 bahasauntuk guru, pensyarah dan warga emas

Pertandingan Mengarang Esei untuk guru,pensyarahdan warga emas dipertandingkan dalam 2 bahasa iaituBahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Syarat penulisanesei hendaklah di taip menggunakan tulisan Arial 12 poindan panjang esei tidak melebihi 2,000 patah perkataan.Kategori ini memberi peluang kepada warga pendidik untukturut terlibat dalam program Hari Pengguna Malaysia disamping membantu pelajar meningkatkan pengetahuankepenggunaan.

c) Pertandingan Melukis Poster untuk pelajarsekolah rendah dan menengah

Pertandingan ini terbuka 2 kategori iaitu kategori A bagipelajar yang berumur 8 tahun hingga 12 tahun dan kategoriB untuk pelajar yang berumur 13 tahun hingga 17 tahunsahaja. Saiz lukisan yang dicadangkan adalah bersaiz37.5cm x 27cm atau kertas “drawing block” (untuk kategoriA) dan saiz A2 atau 420mm x 594mm (untuk kategori B).Peserta bebas menggunakan sebarang bahan pewarna danlukisan yang dihasilkan mestilah idea dan ciptaantersendiri. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakangrafik dan adaptasi menggunakan komputer. Pesertadisarankan untuk memberi gambaran yang menarikberdasarkan topik-topik yang disenaraikan oleh penganjur.

d) Pertandingan Melukis Kartun untuk amaturPertandingan ini terbuka kepada amatur sahaja.

Pemilihan permukaan dan penggunaan teknik lukisan adala

ISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNA

PertandinganKepenggunaanHari PenggunaMalaysia 2007

6 < APRIL 2007

Page 7: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

APRIL 2007 > 7

bebas. Penyediaan lukisan dalam satu bingkai “1 frame”dengan menggunakan dakwat atau cat air. Saiz lukisanadalah dalam saiz A3 atau 420mm x 297mm. Pesertadigalakkan untuk melukis kartun berkonsepkan humor,menarik dan mempersembahan penyampaian denganberkesan.

e) Pertandingan Fotografi untuk amatur“Alah membeli menang memakai” merupakan tema bagi

pertandingan fotografi pada kali ini. Penggunamenunjukkan kebijaksanaannya melakukan sesuatuperkara yang memberikan manfaat kepada diri dankeluargannya. Maksud “membeli” dan “memakai” dalamkonteks ini bukannya tertumpu kepada dalam hal jual belibarangan. Pertandingan ini terbuka kepada peserta amaturberumur 18 tahun ke atas. Peserta hendaklah menghantarsaiz gambar bercerak berukuran 8 in x 10 in (8R) tanpabingkai bersama CD dalam format JPEG/TIFF/BITMAP.

f) Pertandingan Buku Skrap dan Folio untukKelab Pengguna Sekolah

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk menggalakkanpeserta membuat penilaian dan pemerhatian terhadappersekitaran dan keadaan yang berlaku dalam kehidupanseharian. Pertandingan Buku Skrap terbuka kepada parapelajar sekolah berumur 10 hingga 12 tahun. Manakalapertandingan Folio pula hanya untuk pelajar sekolahmenengah berumur 13 hingga 17 tahun. Penyertaan dariahli Kelab Pengguna Sekolah amat digalakkan.

g) Pertandingan Filem Pendek untuk orangawam

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepadawarganegara Malaysia termasuk pelajar Institut PengajianTinggi Awam, Swasta tempatan dan luar negara. Temapertandingan ini adalah “Pengguna Bijak dalam konsep 8hak pengguna”. Filem mestilah menggunakan BahasaMalaysia dan tempoh 3 hingga 5 minit sahaja. Tarikh tutuppenyertaan adalah pada 8 Julai 2007.

h) Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanakdan pelajar sekolah rendah

Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak berumurdari 5 tahun hingga 12 tahun. Pertandingan ini akandiadakan semasa hari Majlis Penyampaian Hadiahberlangsung iaitu pada 4 Ogos 2007. Peserta yangberminat boleh mendaftar sebelum 13 Julai 2007. Disamping itu, penganjur juga turut mengadakanpertandingan mewarna di pasaraya besar GIANT padatarikh seperti berikut:-

• GIANT Superstore, Sunway City Tambun Ipoh Perakpada 12 Mei 2007

• GIANT Sri Manjung Perak pada 19 Mei 2007

• GIANT Bayan Baru Pulau Pinang pada 26 Mei 2007

• GIANT Plentong, Johor Bharu pada 16 Jun 2007

• GIANT Kelana Jaya Selangor pada 23 Jun 2007Mereka yang berminat boleh mendaftar sebelum tarikh-

tarikh yang dimaklumkan atau menghadirkan diri pada jam10.00 pagi di lokasi tersebut dengan membawa peralatanbersama dan hanya PENSEL WARNA sahaja dibenarkan.

i) Pertandingan Debat Kepenggunaan antaraInstitut Pengajian Tinggi, Swasta dan InstitusiPerguruan

Pertandingan Debat Kepenggunaan terbuka kepadasemua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam, Swastadan Maktab-maktab perguruan. Peserta akan mewakiliInstitusi masing-masing untuk merebut hadiah utamabernilai RM 7,000. Pertandingan Debat Kepenggunaanakan diadakan di Universiti Tenaga Nasional, Bangi(UNITEN) pada 23 Jun hingga 27 Jun 2007. Penyertaanmasih dibuka dan peserta yang berminat boleh mendaftarsebelum 8 Jun 2007.

Untuk keterangan lanjut,boleh layari laman webwww.mypengguna.com

atau hubungi

Sekretariat PertandinganKepenggunaan Hari PenggunaMalaysia 2007di talian 03-7876 2009/ 03-7877 6362atau email:[email protected].

Page 8: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

Kerosakan Kenderaandi Lebuhraya

RURURURURUANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCC

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < APRIL 2007

NCCC telah menerima satu aduan daripada seorangpengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang kenderaan beliautelah mengalami kerosakan disebabkan oleh objek kerasdi atas lebuhraya. Antara kerosakan yang dialami ialahkerosakan di bawah enjin, bumper depan patah, bahagiandalaman enjin dan beberapa kerosakan lain. Akibatdaripada kerosakan itu, urusan perniagaan pengadu telahtergendala dan kesihatan anaknya terganggu. Pengadu

menyatakan bahawa PLUS seharusnya bertanggungjawabmemastikan keselamatan lebuhraya. Pengadu telahmeminta bantuan NCCC untuk menuntut pampasandaripada PLUS.

TINDAKAN NCCCNCCC telah menulis surat rasmi kepada pihak PLUS

dan mengemukakan aduan yang dibuat oleh penggunatersebut. Pihak NCCC memberi tempoh 7 hari kepadapihak PLUS untuk memberikan maklumbalas terhadaptuntutan tersebut. Beberapa hari selepas itu, pihak PLUStersebut telah bersetuju untuk menyelesaikan masalahtersebut dengan membayar ganti rugi sebanyakRM2,300.00. Jumlah tersebut telah dipersetujui pengguna.

NASIHAT NCCCPengguna seharusnya berani untuk membuat aduan

dan tuntutan ganti rugi pada pihak yang berkenaan. Iniadalah kerana, pengguna mempunyai hak untuk berbuatdemikian. Pengguna seharusnya tidak menanggung sendirikerugian dan kerosakan yang berlaku akibat daripadakesilapan dan kelalaian pihak lain.

MALAYSIA telah melibatkan diri secara aktif dalampembangunan standard ini sejak dari mula lagi (tahun2001). Delegasi Malaysia yang diketuai olehSTANDARDS MALAYSIA mempunyai wakil dalamsemua Kumpulan Kerja atau TG. Terdapat 6 TG untukpenjanaan dana dan penglibatan pihak berkepentingan,komunikasi, prosedur, skop, konteks dan prinsip SR,panduan perkara-perkara asas SR dan panduan bagiorganisasi untuk implementasi SR.

Semua pihak berkepentingan diwakili dalam delegasiMalaysia iaitu, industri, badan-badan bukan kerajaan(pengguna, alam sekitar, pekerja atau labour), kerajaandan SSRO (perkhidmatan, sokongan, kajian dan lain-lain).

STANDARDS MALAYSIA juga telah menubuhkansebuah jawatankuasa mirip ISO WG SR di Malaysia(National Mirror Committee on SR). Antara ahli-ahlijawatankuasa ini adalah SIRIM Berhad, PersatuanPengguna-Pengguna Standard Malaysia, TM, MalaysianEmployers’ Federation (MEF). Sekretariat jawatankuasaini adalah SIRIM Berhad.

Isu-isu untuk dipertimbangkan dan memerlukanpenjelasan mendalam sehingga sekarang dalampembangunan ISO 26000

Berdasarkan situasi di Malaysia, penglibatan industrikecil dan sederhana (IKS) harus dicapai sejak permulaanpembangunan ISO 26000. IKS merangkumi 92%daripada industri di Malaysia. Apabila ISO 26000 telahdibangunkan, perlaksanaannya akan menjejaskan caraoperasi IKS Malaysia dan negara-negara membangundan kurang membangun yang lain.

Maklumat lanjutUntuk maklumat lanjut layari laman web SR Malaysia

di http://www.standardsusers.org/mysr.html atau lamanweb STANDARDS MALAYSIA diwww.standardsmalaysia.gov.my . Anda juga bolehhubungi Persatuan Pengguna-Pengguna StandardMalaysia di e-mel [email protected], telefon 037874 1622 atau faks 03 7877 1076.

dari muka 5 ...

Page 9: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

Insurans Depositdan Anda

Insurans deposit ialah satu sistem yang melindungi pendepositdaripada kehilangan deposit mereka yang diinsuranskan di institusianggota, sekiranya institusi tersebut mengalami kegagalan dan tidakberupaya untuk membayar balik deposit tersebut. Contohnya, dalamkes kegagalan bank, sesebuah bank mungkin tidak dapat membayarbalik deposit yang dituntut oleh pendeposit dan di sinilah sisteminsurans deposit dapat memainkan peranannya sebagai salah satuinisiatif perlindungan pengguna.

APRIL 2007 > 9

Pada tahun 2001, Pelan Induk Sektor Kewangan mengesyorkanpenubuhan sistem insurans deposit bagi memperkasa rangka kerjaperlindungan pendeposit di Malaysia. Sebuah pasukan petugasinsurans deposit telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untukmengkaji dan membentuk sistem insurans deposit Malaysia. Pasukanini telah membuat perbandingan dengan, dan mengguna pakai amalanterbaik sistem insurans deposit yang mantap di negara-negara lain,serta mengambil kira keperluan dan ciri-ciri tempatan.

Sistem insurans deposit Malaysia dilancarkan pada 1 September2005. Sistem ini diurus dan ditadbir oleh Perbadanan Insurans DepositMalaysia (PIDM), sebuah badan berkanun bebas yang ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005. Selarasdengan keunikan sistem perbankan di Malaysia, yang terdapat duasistem yang berjalan serentak, iaitu sistem perbankan konvensionaldan Islam, PIDM mentadbir insurans deposit konvensional dan insuransdeposit Islam di bawah satu sistem. Selain daripada itu, PIDM jugamenyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistemperbankan dan turut menyumbang ke arah kestabilan sistemkewangan negara.

Dalam sistem ini, PIDM menginsuranskan semua deposit yanglayak sehingga RM60,000 (jumlah pokok dan faedah atau pulangan)bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota. Deposit yang layakdiinsuranskan termasuk deposit dalam akaun simpanan, akaunsemasa, simpanan tetap deposit pelaburan serta cek diperakui, drafbank atau arahan bayaran yang dibuat terhadap akaun deposit.Institusi anggota PIDM merupakan semua bank perdagangan yangdilesenkan di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989dan institusi perbankan Islam yang dilesenkan di bawah Akta BankIslam 1983.

PIDM menyediakan perlindungan sehingga RM60,000 secaraberasingan bagi deposit konvensional, deposit Islam, akaun bersama,akaun amanah dan akaun yang dipegang oleh perniagaan milikpersendirian, perkongsian dan praktik profesional. PIDM tidakmengenakan caj atau bayaran kepada para pendeposit untukmendapatkan perlindungan ini.

Sejarah Insurans DepositInsurans deposit pertama diwujudkan di Amerika Syarikat berikutan krisis perbankan semasa kemelesetan

ekonomi negara itu pada tahun 1934. Satu siri kegagalan bank dari tahun 1921 - 1930 menyebabkan ramaipendeposit menuntut untuk mengeluarkan deposit mereka. Setelah semakin banyak bank mengalami kegagalanmembayar semula deposit yang dituntut dan terpaksa ditutup, para pendeposit menjadi semakin sensitif terhadapkhabar angin. Keyakinan dalam sistem perbankan mula merosot dan insiden pengeluaran deposit secara besar-besaran menjadi lebih rutin.

Penggubalan Banking Act 1933 oleh Kongres dan penubuhan Federal Deposit Insurance Corporation di AmerikaSyarikat telah memulihkan semula keyakinan awam dan mengurangkan insiden pengeluaran deposit. Semenjakitu, lebih 90 negara telah melaksanakan sistem insurans deposit yang berjaya memberi perlindungan kepadapara pendeposit.

Insurans deposit biasanya diuruskan oleh bank pusat, badan berkanun atau sebuah agensi awam. Insuransdeposit tidak berkaitan dengan, atau diurus oleh, syarikat insurans nyawa atau insurans am.

Di beberapa buah negara, kegagalan bank bukan lagi perkaraasing. Dalam landskap perbankan di Malaysia yang stabil, Bank NegaraMalaysia merupakan badan pengawalan dan penyeliaan sistemperbankan negara, berganding bahu dengan PIDM bagi memastikansistem kewangan di negara ini kekal kukuh. Namun begitu, bak katapepatah, sediakan payung sebelum hujan, dan inilah perumpamaanyang tepat untuk menggambarkan fungsi utama insurans depositsebagai pelindung tambahan kepada pendeposit bank.

Sistem insurans deposit Malaysia dibiayai dengan premium yangdibayar melalui dua kumpulan dana institusi anggota yang ditadbiroleh PIDM. Dua dana yang ditadbir secara berasingan itu ialah DanaInsurans Deposit Islam (dibiayai melalui premium yang dikutip atasdeposit Islam) dan Dana Insurans Deposit Konvensional (melaluipremium yang dikutip atas deposit konvensional).

Bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pentadbir sisteminsurans deposit negara, PIDM menjalankan secara aktif pelbagaiprogram dan aktiviti penerangan dan kesedaran awam tentangkewujudan sistem perlindungan pendeposit ini. Kesedaran awamamat penting untuk menjayakan sistem ini kerana pengetahuan tentanginsurans deposit merupakan asas untuk membina keyakinan terhadapkestabilan sistem kewangan. Pendek kata, pendeposit yangberpengetahuan tidak akan khuatir mengenai keselamatan depositmereka di institusi anggota sekiranya institusi tersebut mengalamikegagalan kerana mereka yakin bahawa PIDM berupaya membayarsemula deposit yang diinsuranskan.

Untuk maklumat lanjut mengenai insurans depositdan PIDM:• Hubungi pusat panggilan bebas tol PIDM :

1-800-88-1266 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang,Isnin – Jumaat (kecuali cuti am)

• Layari laman web PIDM : http://www.pidm.gov.my• E-mel kepada: [email protected]• Tulis kepada:

Bahagian Komunikasi dan Perhubungan AwamPerbadanan Insurans Deposit MalaysiaTingkat 22 Dataran Kewangan Darul TakafulNo. 4 Jalan Sultan Sulaiman50000 Kuala LumpurTel : +603-2260 7436Faks : +603-2260 7432

Page 10: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

KEWKEWKEWKEWKEWANGANANGANANGANANGANANGAN

10 < APRIL 2007

Jual beli membawa maksud pertukaran harta dengan harta,atau sesuatu dengan sesuatu atau pertukaran barang denganharta. Akad jual beli boleh dilakukan secara bertulis ataubersurat. Ia memerlukan katakan tawaran yang dikenalisebagai ijab dan qabul sama ada dalam bentuk lisan, tulisanataupun dalam bentuk bahasa isyarat.

Untuk menjadikan sesuatu akad jual beli itu sah, ia perlulahmemenuhi rukun jual beli meliputi penjual, pembeli, akad ijab(penawaran) dan qabul (penerimaan), subjek kontrak iaitubarang untuk dijual dan harga barangan tersebut. Akad jualbeli ini yang juga dipanggil kontrak jual beli atau perjanjianjual beli yang dipraktikkan pada masa sekarang.

Di dalam Islam, kontrak jual beli yang sah ialah kontrakatau perjanjian yang memenuhi rukun dan sifat-sifatnya yangsempurna dari segi penawaran dan tidak melibatkan hak oranglain dan akan melahirkan kesan undang-undang. Manakalaakad yang tidak sah pula ialah akad yang tidak memenuhisebahagian daripada rukun-rukun dan syaratnya dan akadjual beli yang tidak sah adalah tidak memenuhi sifat-sifatakad dan tidak akan melahirkan kesan undang-undangterhadap dua pihak yang berakad iaitu dua pihak atau lebihyang terlibat di dalam perjanjian tersebut.

Sebagai contohnya, seseorang menjual sesuatu yangtidak ditentukan seperti menjual rumah dari rumah-rumah yangada di suatu taman perumahan tanpa dinyatakan nomborrumah, tanah lot dan sebagainya, maka akad jual belitersebut tidak sah kerana tiadanya ketentuan yang pasti darisegi subjek kontrak . Akad jual beli ini membawa perpindahanhak milik jika pembeli menerimanya dengan persetujuanpenjual namun hak milik tersebut boleh jadi di dalamkedudukan khiyar kerana kedua-dua pihak mempunyai hakuntuk membatalkan akad itu dalam tempoh masa yangdiputuskan di dalam kontrak atau perjanjian tersebut.

Harga jual beliIa merupakan kadar yang dipersetujui oleh kedua belah

pihak yang berakad dalam kontrak jual beli untuk menjadisuatu harga kepada barang yang diakadkan ketika akad jualbeli dijalankan. Akad jual beli mestilah diketahui ketetapanharganya. Jika jual beli tidak diketahui harganya maka iniboleh membawa akad itu terbatal.

Harga juga perlu memenuhi syarat berikut iaitu :i. Harga yang menjadi bayaran itu mesti dijelaskan sama

ada ia dibayar dengan mata wang atau dalam bentukbarangan. Jika bayaran dalam bentuk matawang makamestilah diberitahu jenis matawangnya sama adaRinggit Malaysia, Pound Sterling dan lain-lain.

ii. Jika bayaran itu dalam bentuk barang, ia mestilahdijelaskan jenis barang, kadar sukatan dantimbangannya seperti jual beli gandum mestilahdijelaskan kuantiti dan grednya dari jenis baik atau

kurang baik.iii. Harga mestilah dipersetujui kadarnya terutamanya jika

melibatkan pembayaran dengan barangan. Ia mestilahdijelaskan secara terperinci kadar sukatan dantimbangannya. Harga barangan mestilah dibayar danditerima dalam majlis akad sebelum kedua-dua pihakyang berakad meninggalkan majlis akad.

Pilihan (Khiyar) dalam Jual beliIa merupakan satu hak membuat pilihan yang sabit bagi

pihak yang berakad untuk memilih sama ada untukmeneruskan akadnya atau membatalkannya berdasarkansyarat yang telah ditetapkan dalam akad. Dalam transaksijual beli, pihak pembeli atau penjual mempunyai pilihan untukmenentukan sama ada mereka benar-benar akan membeliatau menjual barang yang ditawarkan. Pilihan untukmeneruskan atau membatalkan dan menetapkan pilihan diantara barang yang ditawarkan boleh dilakukan jika di dalamtransaksi itu terdapat aspek-aspek yang mengharuskan untukmemilih.

Di sini, peranan khiyar diperlukan dalam urusniaga bagimemelihara kepentingan kemaslahatan (kebaikan) dankerelaan kedua-dua belah pihak yang melakukan kontrakserta melindungi mereka dari bahaya yang memungkinmenimbulkan kerugian bagi mereka.

Dengan adanya khiyar, jika berlaku kecacatan maka pihakyang membeli berhak membatalkan atau meneruskantransaksi sekiranya didapati barang yang diakadkan itu cacat.Misalnya, jika jika orang yang membeli buku mendapatibahawa kandungan buku tersebut tidak lengkap makapembeli mempunyai hak untuk membatalkan jual beli danmemulangkan semula buku itu kepada penjual.

Objektif Kontrak Jual beli dalam IslamMengelak umat Islam daripada terlibat denganmuamalah riba.Amalan riba dalam urusan muamalah harian adalahdilarang sama sekali dalam Islam kerana ia bolehmembebankan dan menindas golongan miskin. Ini akanmewujudkan ketidakstabilan sosial dan ekonomi di dalammasyarakat.Memberi kemudahan pembiayaan kepada yangmemerlukanPengharusan kontrak jual beli dalam Islam ini memberikemudahan pembiayaan kepada mereka yang berhajatkepada sesuatu barangan keperluan harian sebagai asetperniagaan, tetapi mempunyai masalah kewangan. Iamembolehkan barangan boleh dimiliki terlebih dahulu

Konsep Jual BeliSecara Islam

Bersambung ke muka 11

Page 11: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

APRIL 2007 > 11KESIHAKESIHAKESIHAKESIHAKESIHATTTTTANANANANAN

Kita sering mendengar nasihat daripada doktor ataupunahli keluarga kita yang menyarankan ̀ minum lebih banyakair’, terutamanya apabila kita jatuh sakit. Akan tetapi, tabiatmeminum air seharusnya diterapkan dalam kehidupanseharian kita, bukan sahaja pada masa kita sakit. Dalamiklim tropika dan cuaca panas di Malaysia, adalah amatmustahak untuk kita meminum air yang mencukupi untukmemelihara kesihatan.

Mengapa air sangat penting?Air merupakan komponen terbesar dalam badan

manusia. Antara fungsi utamanya adalah untuk membuangtoksin daripada badan menerusi perpeluhan danperkumuhan. Kita juga kehilangan air dalam prosesrespirasi semasa kita bernafas. Tubuh kita memerlukanair untuk penghadaman dan penyerapan zat. Air jugaberfungsi mengekalkan kekenyalan dan kelembapan kulitkita dari dalaman. Air juga menghidratkan badan semasakita menjalankan aktiviti yang aktif dan melindungi ototserta sendi.

Berapa banyak air yang badan kita perlukan?Kebanyakan pakar memberi saranan untuk meminum

8 hingga 10 gelas air sehari untuk mengekalkan kesihatan.Akan tetapi, saranan ini hanyalah setakat jangkaan keranapengambilan air bukan sahaja tertakluk kepada meminumair kosong. Secara keseluruhan, kita hanya perlumenggantikan kandungan air yang hilang dari tubuh badankita; dan dengan demikian, ia adalah berbeza mengikutindividu bergantung kepada usia, keadaan fizikal, tahapaktiviti, dan cuaca. Amalan yang sebaiknya adalahmeminum air ketika berasa dahaga dan minum lebihbanyak bila kita berasa tidak cukup.

Dalam tubuh individu yang sihat, badannya akanmenghantar isyarat 'dahaga' apabila badan telah kehilangan1% atau 2% air. Akan tetapi, apabila kita menghidapipenyakit seperti demam dan cirit-birit, isyarat tersebut akanterjejas. Oleh itu, kita perlu meminum lebih banyak airsemasa kita sakit untuk membuangkan toksin dalambadan. Keadaan fizikal dimana badan kita kekurangan airadalah seperti tekanan darah rendah, otot yang lemah,kekejangan dan insomnia. Kehilangan air yang serius akanmenyebabkan koma dan membawa kepada kematian.

Adakah anda tahu?Pengurangan 4-5% air dalam badan akan membawakepada kejatuhan dalam prestasi kerja.Retensi (penyimpanan) air berlaku apabila air dalambadan tidak mencukupi, dan badan akanmenyimpan air untuk mengekalkan keseimbangan.

Kepentingan AirKepada Badan

sebelum pembayaran dibuat sepenuhnya.Mengelakkan penindasan dan menyuburkanta`awun (semangat tolong-menolong)Akad secara Islam, misalnya al-murabahah dapatmengelakkan penindasan sesama manusia. Malahia akan meningkatkan semangat bekerjasama danbertolak ansur dalam memikul tanggungjawab secarabersama.Meningkatkan pengeluaranKontrak jual beli secara Islam, contohnya berasaskanprinsip al-murabahah digunakan dalam membiayaikeperluan modal kerja atau modal fizikal sepertipembelian mesin atau jentera. Ia secara tidaklangsung akan meningkatkan produktiviti dan kualitipengeluaran di mana ini akan memberi faedah bukansahaja kepada pengusaha, tetapi juga pengguna.Kepelbagaian pengeluaran akan dapat meningkatkanpenawaran, memenuhi permintaan, menstabilkanharga dan seterusnya menyumbang kepadapeningkatan ekonomi negara.

Oleh Fadillah Mansor, Universiti Malaya

Dari muka 10

Ironisnya, retensi air ada masanya dapat diatasidengan meminum lebih air dan bukannya kurangminum air.Kebanyakan orang berpendapat bahawa terdapatmasalah dengan air apabila bau busuk terasa,ataupun ia nampak kotor. Akan tetapi, terdapatpelbagai jenis bahan pencemar membahaya larutyang biasanya tidak menyebabkan air berbau busukatau kotor.Air meninggalkan bahagian perut dalam tempoh limaminit selepas diminum.Meminum hanya air masin sahaja akanmenyebabkan halusinasi (berkhayal) dan membawakepada kematian.

Page 12: PERKEMBANGAN KEPENGGUNAAN SEPANJANG 50 TAHUN

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

PENGGUNA LESTPENGGUNA LESTPENGGUNA LESTPENGGUNA LESTPENGGUNA LESTARIARIARIARIARI

12 < APRIL 2007

Sejak 100 tahun yang terakhir ini, rata-rata suhu bumitelah meningkat sebanyak 0.6O Celcius, dan suhu inidijangkakan akan meningkat antara 1.4 sampai 5.8O

Celcius pada 2050. Kenaikan suhu ini, akanmengakibatkan kecairan ais di bahagian kutub akibatpeningkatan suhu lautan dan muka air laut juga akanmeningkat. Penyebab utama pemanasan global iniadalah pembakaran bahan bakar fosil terutamaminyak dan gas asli yang melepas karbondioksida(Co2) dan gas-gas lain yang disebut sebagai gasrumah hijau dalam alam sekitar kita.

Gas rumah hijau ini diakibatkan oleh pelbagaipunca termasuk penggunaan tenaga yangberleluasa. Budaya dan perilaku pengguna terbuktimenjadi salah satu punca utama pemanasan global.Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkansebagai pengguna bijak dan lestari dalam membantumengelakkan berlakunya pemanasan global yangmendadak:

Berkongsi kenderaan seboleh mungkinRamai pengguna di Malaysia mempunyaikenderaan sendiri serta menanggung beban yangbesar membayar minyak dan tol untuk berulangalik dari rumah dan pejabat. Berkongsi kenderaanwalaupun di antara suami dan isteri yang telah lamadisarankan oleh kerajaan. Perkongsian kereta olehdua orang akan menjimatkan lebih kurang 356 kgkarbon dioksida yang dihasilkan jika setiap orangmenggunakan kenderaan berasingan setiaptahun.

Pastikan anda menukar penapis udara sertamemastikan tayar mempunyai angin yangsecukupnya.Jika anda tidak dapat berkongsi kenderaan,sekurang-kurangnya cuba pastikan penapis udarakereta anda ditukar pada setiap bulan. Ini akanmenjimatkan 360 kg karbon dioksida sertamemastikan tayar kereta anda mempunyai anginyang mencukupi akan menjimatkan 113 kg karbondioksida setiap tahun.

Belilah barangan yang mempunyaipembungkusan yang minimumSejak kebelakangan ini barangan yang terdapatdipasaran mempunyai pembungkusan yangbanyak. Beli barangan yang mempunyaipembungkusan yang sedikit kerana cara ini dapatmengurangkan 10% daripada sampah yangdihasilkan. Seterusnya ia juga menjimatkan 2667kg karbon dioksida yang akan dihasilkan untukpelupusan sampah tersebut.

Amalkan guna semula kertas di pejabatSemasa di pejabat, cuba amalkan penggunaansemula kertas sehingga kedua-dua belah kertasdigunakan kerana ia boleh mengurangkanpemanasan global melalui penggunaan kertasyang rendah. Setiap satu rim kertas A4 akanmenjimatkan 2250gram karbon dioksida.

Buka suis barangan elektrik ketika tidakdigunakanWalaupun kita telah mematikan suis baranganelektrik selepas digunakan, namun masih terdapattenaga elektrik yang akan mengalir. Amalkan sikapmembuka suis kabel elektrik tersebut daripadaplug selepas menggunakan sesuatu baranagnelektrik. Ini dapat menjimatkan 450 kg karbondioksida setahun.

Jadilah pengguna yang prihatin melalui pengamalancara hidup yang lestari.

Sumber: www.StopGlobalWarming.org

Tip MenanganiPemanasanGlobal