Perkembangan Matematik Di Malaysia

27
1. PERKEMBANGAN MATEMATIK DI MALAYSIA 1.1 SEJARAH KURIKULUM DI MALAYSIA DARI SEBELUM MERDEKA HINGGA KINI KSSR. Sejarah kurikulum matematik formal di Malaysia bermula pada tahun 1968. Encik Abu Hassan Ali telah menerajui suatu projek khas yang dikenali sebagai Projek Khas Kementerian Palajaran Malaysia. Projek ini telah memberi fokus terhadap penambahbaikan mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden. Kaedah berpusatkan guru telah diperkenalkan melalui projek ini manakala kaedah inkuiri-penemuan telah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian rintis bagi projek ini telah dilancarkan pada tahun 1970 yang melibatkan 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Program ini kemudian diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sebelum digantikan dengan Matematik KBSR. Program Matematik Moden telah diperkenalkan di sekolah pada awal tahun 70an oleh Panitia Kurikulum Matematik. Sukatan ini telah dirancang selepas kajian dilakukan terhadap kurikulum British School Mathematics Project dan Scottish Mathematics Group. Pada tahun 1972,

description

-

Transcript of Perkembangan Matematik Di Malaysia

Page 1: Perkembangan Matematik Di Malaysia

1. PERKEMBANGAN MATEMATIK DI MALAYSIA

1.1SEJARAH KURIKULUM DI MALAYSIA DARI SEBELUM MERDEKA HINGGA KINI

KSSR.

Sejarah kurikulum matematik formal di Malaysia bermula pada tahun 1968. Encik

Abu Hassan Ali telah menerajui suatu projek khas yang dikenali sebagai Projek Khas

Kementerian Palajaran Malaysia. Projek ini telah memberi fokus terhadap

penambahbaikan mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan

perkembangan matematik moden. Kaedah berpusatkan guru telah diperkenalkan

melalui projek ini manakala kaedah inkuiri-penemuan telah digalakkan dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian rintis bagi projek ini telah dilancarkan

pada tahun 1970 yang melibatkan 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Program

ini kemudian diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke

semasa sebelum digantikan dengan Matematik KBSR.

Program Matematik Moden telah diperkenalkan di sekolah pada awal tahun 70an

oleh Panitia Kurikulum Matematik. Sukatan ini telah dirancang selepas kajian dilakukan

terhadap kurikulum British School Mathematics Project dan Scottish Mathematics

Group. Pada tahun 1972, topik-topik yang terkandung British School Mathematics

Project telah diguna pakai bagi pendidikan Matematik di Tingkatan 4 dan 5. Panitia

berkenaan mendapati bahawa topik-topik yang ada dalam British School Mathematics

Project sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C.

Perubahan kurikulum matematik di Malaysia berlaku sekali lagi apabila Kurikulum

Baru Berasaskan sekolah ( KBSR ) diperkenalkan pada tahun 1983. Melaluinya,

Page 2: Perkembangan Matematik Di Malaysia

kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang lebih besar berbanding

Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama yang berlaku ialah mengurangkan

kandungan matematik supaya bersesuaian dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran

telah dibaagikan kepada dua iaitu aras 1 dan aras 2. Kurikulum ini diwujudkan bagi

menyediakan peluang yang sama kepada murid-murid untuk memperolehi

pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang dilancarkan pada tahun 1994 sekali

lagi membawa perubahan kepada kurikulum di Malaysia. Kurikulum di sekolah

menengah turut mengalami perubahan daripada Kurikulum Berspadu Sekolah

Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.pada tahun 1998.

Matlamat utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah terhadap Pendidikan Matematk

ialah memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas

mengira.

Pendidikan matematik di Malaysia pada perngkat awalnya hanya mementingkan

kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna

pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-

pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan.

Pelancaran Sekolah Bestari pada tahun 1995 telah membuka lembaran baru

kepada kurikulum matematik di Malaysia. Sukatan matematik sekali lagi telah disemak

semula demi memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat

dalam cabaran visi 2020. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 dilakukan

bertujuan untuk mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat

Page 3: Perkembangan Matematik Di Malaysia

mengaplikasikannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan

bertanggung jawab mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan

tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara

hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas,

perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus

dan graf.

Pada bulan Januari 2003 kurikulum matematik mengalami sedikit perubahan yang

mana Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah.

Perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat dalam Bahasa

Inggeris untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan

teknologi maklumat.

Melalui transformasi pendidikan, Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR)

telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula

pada tahun 2011. Tujuan KSSR diperkenalkan adalah bagi memastikan murid-murid di

sekolah rendah dapat dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan

seiring perubahan serta keperluan semasa. KSSR juga diharap dapat meningkatkan

penguasaan murid di sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik,

efektif dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan kedua-dua bahasa tersebut

serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek

Matematik dan Sains sejajar matlamat kerajaan.

Page 4: Perkembangan Matematik Di Malaysia

1.2FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KURIKULUM DI

MALAYSIA

Kurikulum di Malaysia sentiasa berubah mengikut perkembangan dan keperluan

semasa. Pelbagai faktor telah diambil kira sebelum sesuatu dasar perubahan

kurikulum yang baharu disemak dan digubal. Ini bagi memastikan perubahan ini

selari dengan asas keperluan dan kehendak semua serta relevan dengan

perubahan keadaan semasa. Antara faktor yang boleh kita lihat ialah :-

1.2.1 Falsafah pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak

sistem pendidikan di Malaysia. Intipati yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan adalah seperti berikut :

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara "

Page 5: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap

pembentukan kurikulum KBSR dan KBSM di negara ini. Antara perubahan-perubahan

yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ;

a. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek

kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti

penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan

( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.

b. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia diserapkan

dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

c. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

d. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.

e. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.

f. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

g. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

h. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.

i. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu

pengetahuan.

j. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

k. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap

berdikari.

Page 6: Perkembangan Matematik Di Malaysia

1.2.2. Kehendak masyarakat

Kehendak masyarakat merupakan suatu faktor yang menyebabkan kurikulum

pendidikan digubal dan mengalami penambahbaikan. Masyarakat memainkan peranan

dalam menentukan sama ada sesuatu kurikulum itu bersesuaian atau tidak digunakan

di sekolah. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan

masyarakat yang kompleks. Ini kerana banyak lagi aspek yang perlu diambil kira

sebelum sesuatu kuriklum itu diubah atau dilaksanakan di sekolah.

Justeru perubahan kurikulum yang digubal telah memberikan tumpuan terhadap

aspek pembelajaran utama iaitu

i. murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca,

menulis dan mengira;

ii. konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan

ekonomi;

iii. serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat,

seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan

pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.

Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah telah digubal dengan tujuan untuk

membolehkan murid-murid :-

a) menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan,

b) menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis,

Page 7: Perkembangan Matematik Di Malaysia

c) menguasai kemahiran mengira,

d) menguasai Bahasa Inggeris,

e) membina dan memupuk akhlak yang mulia,

f) meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam,

g) dapat bergaul dalam masyarakat,

h) mengembangkan bakat dan daya kepimpinan.

1.2.3 Faktor politik

Kurikulum pendidikan di sekolah telah menjadi saluran penting bagi setiap badan

pemerintahan di sesebuah negara dalam memperkasakan pengaruh mereka. Dasar

Pendidikan Negara juga sering digubal sejajar dengan hasrat pemerintah yang

memerintah negara pada ketika itu.

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning” menyatakan :

"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with

people and their various power bases and their views of what makes for good

education"

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to

Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan

perkembangan sesuatu kurikulum.

Page 8: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Ketika zaman penjajahan British, dasar pelajaran yang ditekankan hanya bertujuan

menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa

mereka. Aspek pendidikan yang menyatupadukan perpaduan rakyat berbilang kaum di

negara ini tidak berlaku pada zaman penjajahan British. Setelah mencapai

kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar

Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan

aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja.

Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk

keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah

perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh

Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan

bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

1.2.4. Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia

Perkembangan dan pembangunan sesebuah negara amat berkait rapat dengan

kemajuan kurikulum pendidikan di negara tersebut. Dalam memenuhi cita-cita untuk

menjadi sebuah negara yang terkemuka dalam pelbagai bidang, kerajaan telah

menggubal kurikulum pendidikan dalam merealisasikan hasratnya pada masa hadapan.

Kepelbagaian pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran diterapkan dalam

penggubalan kurikulum pendidikan negara agar sentiasa relevan mengikut peredaran

masa dan kemajuan sains dan teknologi semasa serta masa hadapan.

Page 9: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah

membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu

perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan

perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata

pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir

diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

1.2.5 Faktor perubahan sosial

Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat yang kompleks juga menjadi faktor

sesuatu kurikulum pendidikan itu digubal. Ini bertujuan agar masalah sosial yang

berlaku dapat ditangani dari peringkat sekolah lagi. Sekiranya usaha ini tidak dilakukan

dengan segera, negara pasti akan berdepan dengan masalah sosial yang lebih berat di

kalangan penduduknya pada masa hadapan.

Antara masalah sosial yang mendapat perhatian daripada kerajaan ialah peluang

pekerjaan. Masyarakat yang tidak menguasai dan mementingkan bahasa Inggeris telah

menyebabkan kebanyakan graduan tidak mendapat tempat dalam pasaran kerja yang

membabitkan penggunaan bahas Inggeris. Justeru pada suatu ketika dahulu, kerajaan

telah menggubal kurikulum matematik dan sains ke dalam bahasa Inggeris dengan

hasrat membolehkan masyarakat Malaysia pada masa akan datang menguasai bahasa

Inggeris dengan baik.

Page 10: Perkembangan Matematik Di Malaysia

1.2.6 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum

Bahagian perancang dan pelaksana kurikulum negara merupakan bahagian yang

bertanggung jawab dalam membentuk dan menentukan hala tuju pendidikan negara.

Mereka bertanggungjawab sepenuhnya mengkaji dan merancang keperluan yang perlu

diberikan dalam pendidikan pelajar di sekolah.

Tindakan dan keputusan yang diambil secara semberono boleh menyebabkan

sesuatu dasar kurikulum yang dilaksanakan itu menemui kegagalan. Pelbagai aspek

perlu diambil kira, dikaji, diteliti dan diperhalusi agar dasar kurikulum yang bakal

dilaksanakan itu relevan dengan keperluan murid, ibu bapa, masyarakat dan negara

pada masa hadapan.

Menurut Kamaruddin Hj. Husin,

“Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru

sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat

diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan

masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula

bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid

harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang

cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa

yang mereka kemukakan kepada murid-murid ”.

Page 11: Perkembangan Matematik Di Malaysia

1.2.7 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat

Murid-murid di sekoalah merupakan klien utama dalam bidang pendidikan.

Keupayaan mereka dalam menguasai sesuatu perkara dan pelajaran juga berbeza

antara satu sama lain. Minat dan keperluan mereka juga berbeza-beza. Justeru itu,

sistem kurikulum yang digubal juga banyak dipengaruhi oleh faktor murid, kehendak

dan keperluan masyarakat.

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta

mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor keupayaan, minat dan

perkembangan individu yang berbeza dari sudut kognitif, psikomotor dan afektif perlu

dititik beratkan semasa sesuatu dasar kurikulum yang baharu dibentuk.

Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota

masyarakat. Oleh itu, kurikulum yang digubal haruslah dapat menyediakan murid-murid

ini dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan

juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

1.2.8 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya

Sejarah kehidupan manusia sebelum ini telah menceritakan tentang perkembangan

ilmu dan kepentingannya dalam memajukan kehidupan manusia. Kurikulum yang

dibentuk memainkan peranan dalam perkembangan ilmu masyarakat di sesebuah

negara. Sebagai contohnya, kemajuan bidang sains dan teknolgi yang berlaku dalam

kehidupan kita sekarang ini banyak berkait rapat dengan pembentukan kurikulum yang

Page 12: Perkembangan Matematik Di Malaysia

pernah dilaksanakan suatu ketika dahulu. Bidang matematik dan sains teknolgi menjadi

fokus utama para penggubal dasar kurikulum sesebuah negara pada ketika itu.

Hasilnya lahirlah masyarakat yang maju dari sudut sains dan teknologi pada hari ini.

Namun begitu, dasar kurikulum ini sentiasa berubah seiring kemajuan ilmu yang dicapai

oleh masyarakat. Dasar kurikulum yang digubal sering kali merujuk kepada keperluan

generasi baharu sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan cabaran

perkembangan ilmu yang lebih mencabar pada masa hadapan.

1.2.9 Pengaruh psikologi pendidikan

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato

dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu

aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai

pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh

kanak-kanak.

Ahli ` fahaman perkaitan’ mengaggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit

kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman

ini telah menghasilkan startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil

untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini terhadap

sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi.

Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan

matematik sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas

kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas

Page 13: Perkembangan Matematik Di Malaysia

tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus

membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.

Nik Aziz Nik Pa, 1992 menyatakan;

“Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matetamatik yang memberikan

tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan

pada penghujung tahun 70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan

pembelajran Matematik ditekankan kepada fahaman binaan ( konstuktivisme ) dan

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis”.

Page 14: Perkembangan Matematik Di Malaysia

2 KURIKULUM NEGARA LAIN

2.1PERBANDINGAN KURIKULUM-KURIKULUM NEGARA LAIN.

2.2PENGARUH KURIKULUM NEGARA LAIN TERHADAP KURIKULUM MATEMATIK

DI MALAYSIA.

Perubahan sejarah pendidikan dunia bermula apabila negara-negara barat

seperti Great Britain dan Amerika Syarikat berasa gusar dan terancam kerana

ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Hal ini berlaku apabila Soviet Union

dalam tahun 1957 telah melancarkan kapal angkasa lepasnya yang diberi nama

Sputnik 1. Sehubungan dengan itu berlakulah revolusi dalam sistem pendidikan

khususnya dalam subjek matematik dan sains. Kesannya telah menyebabkan berlaku

banyak projek yang membawa kepada perubahan sistem kurikulum di negara mereka.

Hubungan akrab Malaysia dalam bidang pendidikan dengan negara-negara luar

telah memberi impak terhadap sistem kurikulum matematik di negara ini. Antara projek-

projek luar yang telah memberi pengaruh besar terhadap kurikulum matematik di

Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project ( NMP ), Scottish Mathematics Group

Page 15: Perkembangan Matematik Di Malaysia

( SMG ), School Mathematics Project ( SMP ) dan School Mathematics Study Group

( SMSG ).

2.2.1 Pengaruh Kurikulum Matematik Negara Britain, Nuffield Mathematics Project

( NMP )

Merupakan projek yang dijalankan di Britain pada tahun 1964 atas pembiayaan

Nuffield Foundation dan Kementerian Pelajaran Britain. Nuffield Foundation merupakan

sebuah organisasi swasta.

Kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah

telah diperkenalkan oleh Nuffield Mathematics Project. Teori Pembelajaran Piaget

merupakan panduan mereka dalam menghasilkan kaedah-kaedah pembelajaran yang

baru. Mereka telah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui

pengalaman konkrit. Ini kerana Piaget mengatakan bahawa pembelajaran kanak-kanak

yang berumur antara 6 hingga 12 tahun akan berlaku sekiranya ada interaksi dengan

bahan konkrit. Proses pengajaran dan pembelajaran mengutamakan aplikasi

pemusatan pelajar dan bahan beserta kaedah inkuiri penemuan. Pelajar akan belajar

dalam kumpulan kecil melalui pelaksanaan projek yang melibatkan penyelesaian

masalah.

Kandungan sukatan pelajaran juga disusun dengan teliti agar bermula dari yang

mudah kepada yang lebih sukar, dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan

pengalaman biasa kepada luar biasa.

Page 16: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Hasil dari projek ini telah memberi impak kepada perubahan kurikulum

matematik di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1970 telah

melancarkan Projek Khas hasil daripada kejayaan projek ini di Britain.

2.2.2 Pengaruh Kurikulum Matematik Scotland melalui Scottish Mathematics Group

( SMG )

Sekumpulan ahli matematik Scotland telah menulis sesiri sembilan buah buku

teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools. Tajuk-tajuk buku ini seperti Sets,

Numbers Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation, Inequalities,

Linear Programming dan Matrices telah dicetak dan perkenalkan antara thun 1965 dan

1969. Pengaplikasian tajuk-tajuk berkaitan penyelesaian masalah seharian merupakan

salah satu ciri utama yang terkandung dalam sukatan ini. Sukatan ini telah menjadi

bahan rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah

Rendah Malaysia dan dilancarkan pada tahun 1970.

2.2.3 Pengaruh Kurikulum Matematik melalui School Mathematics Project ( SMP )

School Mathematics Project ( SMP ) pada mulanya merupakan suatu kajian

untuk menimbang perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik di Britain

berikutan pelancaran Spuntik 1 oleh Soviet Union. Kajian ini telah dipengerusikan oleh

Bryan Thwaites dari Universiti of Southampton pada tahun 1961.

Pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah

digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu. Para pelajar telah diaja dengan

Page 17: Perkembangan Matematik Di Malaysia

tajuk-tajuk yang berbeza secara bersepadu. Buku teks yang dihasilkan oleh SMP telah

digunakan secara meluas di Great Britain, namun dapatan mendapati kandungannya

terlalu akademik dan abstrak. Sukatan ini telah diputuskan tidak sesuai untuk pelajar

yang lemah dalam matematik. Namun yang demikian, bahan SMP telah menjadi

sumber rujukan yang penting untuk buku teks Matematik Moden di Malaysia.

2.2.4 Pengaruh Kurikulum Matematik Amerika Syarikat melalui School Mathematics

Study Group ( SMSG )

Pada tahun 1985, sekumpulan ahli fikir akademik Amerika telah menubuhkan

sebuah kumpulan dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik

selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union. Kumpulan ini

diketuai oleh Edward G. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundaton.

Peningkatan mutu matematik di sekolah rendah standing Russia menjadi objektif utama

projek ini. Kumpulan ini telah membina dan melaksanakan kurikulum matematik

sekolah rendah dan sekolah menengah di Amerika Syarikat sehingga ia ditamatkan

oada tahun 1977.

New Mathematics merupaka hasil usaha yang dilakukan oleh kumpulan ini.

Kumpulan ini yang ahlinya terdiri daripada ahli matematik, guru-guru, pakar psikologi

dan nazir sekolah telah berjaya membawa perubahan dalam pendidikan matematik di

Amerika. News Mathematics menitik beratkan penjelasan struktur matematik dalam

konsep abstrak sepeti teori set dan asas nombor selain daripada asas 10. Penggunaan

bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu konsep juga turut

dititikberatkan.

Page 18: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Projek yang telah dilaksanakan oleh SMSG telah memberikan idea-idea yang

berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai langkah meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran matematik pada ketika itu.

Projek atau kajian yang telah dilaksanakan oleh negara luar sememangnya

banyak mempengaruhi perubahan sistem kurikulum matematik di Malaysia. Malaysia

mengaplikasikan projek dan kajian yang dilakukan oleh negara luar dalam usahanya

meningkatkan mutu pendidikan matematik di negara ini. Oleh yang demikian,

perubahan yang dilakukan berasaskan contoh kajian dan projek tersebut memberi

impak kepada kemajuan bidang matematik di negara ini khususnya terhadap sistem

kurikulum matematik di sekolah.

Page 19: Perkembangan Matematik Di Malaysia

3 MENCARI DAN MENGANALISA PANDANGAN SECARA AKADEMIK TENTANG

PERKARA BERIKUT:

3.1KURIKULUM YANG DIGUNA PAKAI SEKARANG

3.2KEKURANGAN DAN KELEBIHAN KURIKULUM YANG DIGUNA PAKAI

SEKARANG SERTA PENAMBAHBAIKAN DAN CADANGAN JIKA ADA.

Page 20: Perkembangan Matematik Di Malaysia

SUMBER RUJUKAN.

http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/

http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-

matematik-di-malaysia/

http://mujahid.tripod.com/math4.html