Perkembangan Profesional Di Kalangan Guru
-
Upload
sri-maheswary -
Category
Documents
-
view
243 -
download
0
description
Transcript of Perkembangan Profesional Di Kalangan Guru
PERKEMBANGAN PROFESIONAL DI KALANGAN GURU
1.0 PENDAHULUAN
Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana
kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang
profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan
sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang
sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder
Sigh, 2007)
Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme
sepanjang karier seseorang. Iamelibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek
deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif,perkembangan profesional
merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil
tempatatau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif
menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme
sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993).
Day(1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu
proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang
hayat. Proses ini melibatkan penyemakan semula,pembaharuan dan
peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap
tujuan pengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu
proses yang intensif, berterusan dansistematik untuk meningkatkan
pengajaran, pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner,1985).
Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran
dalaman yangmembawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk
menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).
Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang
berterusan berserta latihan yang membina yang membolehkan guru
menyelesaikan pelbagai masalah dalam pendidikan. Ia jugamembolehkan
guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan dengan cabaran
hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya
nanti pada tahap yang membanggakan(AFT, 2000).
Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai
pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi
mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka
danmasyarakat (Ramaiah, 1992).
Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan professional
guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan
pembelajaran.Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai
perkembangan dalam aspek penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka,
mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan
secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang
mereka ajar danmenambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat
sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 1980).
Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu
proses yang intensif, berterusandan bersistematik yang bertujuan
untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana
sekolah.Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga,
guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan skil dalam
kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan inidiharap dapat
meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah
di seluruh dunia.