Perlaksanaan Kajian Tindakan Mohd Iqtaruddin Bin Md Noor Jba1011 Skat

4
LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH NAMA : MOHD IQTARUDDIN BIN MD NOOR SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ANGKATAN TENTERA JBA1011 A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod Tarikh : 21 APRIL 2015 Waktu : 8.30 9.30 pagi Tingkatan/ Kelas : 4 MAJU Tajuk PdP : Keperluan Asas Fotosintesis Objektif PdP : Murid dapat menyatakan keperluan asas fotosintesis dengan betul. Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod) Murid murid yang menjadi subjek dalam kajian tindakan saya ialah murid murid daripada tahun 4 Maju yang terdiri daripada 14 orang murid. Kelas Maju adalah kelas yang berada pada tangga kedua. Dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, kebanyakkan daripada murid murid tidak dapat menyenaraikan keperluan asas Jurulatih Kajian Tindakan Negeri Johor …………..1

description

kajian

Transcript of Perlaksanaan Kajian Tindakan Mohd Iqtaruddin Bin Md Noor Jba1011 Skat

Page 1: Perlaksanaan Kajian Tindakan Mohd Iqtaruddin Bin Md Noor Jba1011 Skat

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA : MOHD IQTARUDDIN BIN MD NOOR

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ANGKATAN TENTERA JBA1011

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh : 21 APRIL 2015

Waktu : 8.30 – 9.30 pagi

Tingkatan/ Kelas : 4 MAJU

Tajuk PdP : Keperluan Asas Fotosintesis

Objektif PdP : Murid dapat menyatakan keperluan asas fotosintesis dengan betul.

Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod)

Murid–murid yang menjadi subjek dalam kajian tindakan saya ialah murid–murid daripada tahun 4

Maju yang terdiri daripada 14 orang murid. Kelas Maju adalah kelas yang berada pada tangga

kedua. Dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, kebanyakkan daripada murid–murid tidak dapat

menyenaraikan keperluan asas fotosintesis dengan betul. Hal ini disebabkan murid – murid

terkeliru dan cuai dalam menamakan keperluan asas.

Jurulatih Kajian Tindakan Negeri Johor …………..1

Page 2: Perlaksanaan Kajian Tindakan Mohd Iqtaruddin Bin Md Noor Jba1011 Skat

Berdasarkan penyoalan lisan yang diajukan kepada murid, didapati bahawa terdapat 7 orang

murid tidak dapat menyenaraikan kesemua keperluan asas. Untuk menunjukkan masalah ini

benar-benar wujud, satu lembaran kerja diberikan untuk setiap murid. Setelah disemak, hanya 4

orang murid dapat menjawab semua soalan dengan betul.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah, saya akan menggunakan lagu yang ditukar

liriknya dengan lirik baru. Namun, lagu ini masih menggunakan melodi yang sama. Lagu yang

akan saya gunakan ialah lagu ”Putih-putih Melati” yang seringkali kita dengari. Lirik lagu tersebut

telah diubahsuai dengan diletakkan keperluan asas fotosintesis di dalam lirik tersebut. Jadi, murid

akan menyanyi lagu tersebut menggunakan lirik yang baru dengan panduan guru.

LAGU APAKAH FOTOSINTESIS?

Apakah dia fotosintesia?

Siapa pernah dengar tentang ini?

Sesungguhnya ia sangat-sangatlah penting,

Ia cara pokok kita makan...ooo

Kalau ada cahaya ia kuat,

Kalau ada klorofil ia warna hijau,

Ada CO2 untuk ia bernafas,

Ada air untuk minuman...ooo

Jurulatih Kajian Tindakan Negeri Johor …………..2

Page 3: Perlaksanaan Kajian Tindakan Mohd Iqtaruddin Bin Md Noor Jba1011 Skat

Duhai fotosintesis,

Kau gunakan cahaya,

Tak lupakan klorofil, air dan CO2..

Link lagu: https://www.youtube.com/watch?v=Ax6dFIigtI8

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah

Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah kesemua murid dapat menyenaraikan keperluan asas

fotosintesis dengan lebih mantap. Hal ini kerana, murid – murid akan lebih seronok untuk belajar

apabila bernyanyi. Mereka akan lebih mudah mengingati dan memahami keperluan asas

fotosintesis dengan menggunakan lagu yang telah diubahsuai.

Jurulatih Kajian Tindakan Negeri Johor …………..3