Perlembagaan Kelab Memanah Skpt 2015

4
PERLEMBAGAAN KELAB MEMANAH SKPT (KEBITARAAN ASRAMA) Perkara 1 : Nama dan Alamat Kelab 1.1 Nama Kelab KELAB MEMANAH SKPT SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA TERENDAM, 08200 SIK, KEDAH D.A Perkara 2: Tuuan 2.1 Tuua! Am: 2.1.1 Membe"# $elua!% &e$a'a (e)#a$ $elaa" u!)u& me!%emba!%&a! $*)e!(# (e+a"a (e#mba!% 'a! me! elu"u- 'alam (e)#a$ a($e&, 'a"# (e%# a(ma!#, "*-a!#, em*(#, #!)ele& 'a! (*(#al. 2.1.2 Pemu$u&a! u!(u" u!(u" !#la# &e$#m$#!a! 'a! (a-(#a- 2.1./ Membe"# $e!'e'a-a! 'a! $e!%alama! &e$a'a &ea'aa! (ebe!a" a%a" (e)#a$ $elaa" 'a$a) me! aa)&a!! a 'alam &e-#'u$a! (e-a"#a!. 2.1. Me!%#(# ma(a la$a!% 'e!%a! &e%#a)a! a!% )e"a!+a!% 'a! be" ae'a-. 2.2 Tuua! K-u(u(. 2.2.1 Mem$e")#!%&a)&a! &ema-#"a! $elaa" 'alam &ema-#"a! MEMANAH. 2.2.2 Me!#!%&a)&a! Ke a&#!a! D#"# $elaa". Perkara !: Kea"l#an . /.1 D#bu&a &e$a'a (emua $elaa" '# Se&*la- Keba!%(aa! Pa a Te"e!'am. /.2 Me"e&a me()#la- me!e"#ma 'a! be"(e)uu be"$e%a!% &e$a' $e"lemba%aa! #!# 'a! a&a! me!%amb#l ba-a%#a! +e"%a( me!a a&a! )uua! )uua! &elab #!#. Perkara $: Me%&uarat A'un' Ta"unan . .1 Pem#l#-a! a3a)a!&ua(a 4A K5 .1.1 Pe"la!)#&a! a3a)a!&ua(a me()#la- '#$#l#- melalu# (a)u Me( ua"a) A%u!% Ta-u!a!. .1.2 Pem#l#-a! -e!'a&la- mela!)#& a3a)a! a3a)a! be"#&u)6 2.1.2.1Pe!%e"u(# 2.1.2.2Na#b Pe!%e"u(# 2.1.2./ Se)#au(a-a

description

perlembahgaan kelab

Transcript of Perlembagaan Kelab Memanah Skpt 2015

PERLEMBAGAAN KELAB

PERLEMBAGAAN KELAB MEMANAH SKPT (KEBITARAAN ASRAMA)Perkara 1:Nama dan Alamat Kelab

1.1 Nama Kelab KELAB MEMANAH SKPT

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA TERENDAM,

08200 SIK, KEDAH D.A

Perkara 2:Tujuan

2.1 Tujuan Am:

2.1.1 Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam setiap aspek, dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

2.1.2 Pemupukan unsur-unsur nilai kepimpinan dan sahsiah

2.1.3 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada keadaan sebenar agar setiap pelajar dapat menfaatkannya dalam kehidupan seharian.

2.1.4 Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang terancang dan berfaedah.

2.2

Tujuan Khusus.

2.2.1 Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam kemahiran MEMANAH.

2.2.2 Meningkatkan Keyakinan Diri pelajar.Perkara 3:Keahlian.

3.1 Dibuka kepada semua pelajar di Sekolah Kebangsaan Paya Terendam.

3.2 Mereka mestilah menerima dan bersetuju berpegang kepad perlembagaan ini dan akan mengambil bahagian cergas menjayakan tujuan-tujuan kelab ini.

Perkara 4:Mesyuarat Agung Tahunan.

4.1 Pemilihan Jawatankuasa (AJK)

4.1.1 Perlantikan Jawatankuasa mestilah dipilih melalui satu Mesyuarat Agung Tahunan.

4.1.2 Pemilihan hendaklah melantik jawatan-jawatan berikut;-

2.1.2.1 Pengerusi

2.1.2.2 Naib Pengerusi

2.1.2.3 Setiausaha

2.1.2.4 Penolong Setiausaha

2.1.2.5 Bendahari

2.1.2.6 Penolong Bendahari

2.1.2.7 Ahli Jawatankuasa ( Wakil Tahun )

4.2 Membentangkan Penyata Kewangan Tahunan.

Perkara 5:Mesyuarat Agung Tergempar.

Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan jika perlu oleh jawatankuasa atau dengan

permintaan ahli-ahli kelab.

Perkara 6:Mesyuarat Jawatankuasa

Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh Guru

Penasihat dan mana-mana guru lain yang telah dilantik oleh Guru Besar bagi maksud itu.

Perkara 7:Yuran./ Derma

Kadar Derman dan tempoh boleh ditetapkan dalam Mesyuarat Agung ( Tertakluk kepada

Persetujuan Guru Besar)

Perkara 8:Laporan.

8.1 Jawatankuasa Kelab MEMANAH SKPT sekolah hendaklah mengemukakan secara

Bertulis kepada Guru Besar. Laporan yang lengkap mengenai perkara-perkara berikut.

8.1.1 Perlembagaan dan peraturan.

8.1.2 Senarai ahli Jawatankuasa Kelab dan

8.1.3 Senarai aktiviti utama persatuan.

Perkara 9:Perubahan Dalam Perlembagaan dan Peraturan Jawatankuasa Sekolah.

9.1 Jawatankuasa Kelab MEMANAH SKPT hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada

Guru Besar. Laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli kelab.

9.2 Laporan ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari( 14 hari) dari tarikh yang laporan tentang perubahan ini dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha Kelab MEMANAH SKPT.

9.3 Guru Besar boleh, menerima atau enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam Perkara 9.1.

Perkara 10:Rekod Kelab MEMANAH SKPT.

Guru Besr hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan satu rekod tentang

Ahli-ahli Kelab MEMANAH SKPT dalam tempoh tiga puluh hari (30 hari) selepas berkuatkuasanya Peraturan-peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

Perkara 11:Penasihat.

Guru Besar hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertindak

sebagai Penasihat atau penasihat-penasihat bagi Kelab ini dan Guru Besar itu hendaklah

menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat

itu dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

Perkara 12:Peranan Jawatankuasa.

12.1 Tujuan jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan aktiviti-aktiviti Kelab.

12.2 Jawatankuasa bertanggungjawab membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab MEMANAH SKPT dengan tidak terkeluar dari Perlembagaan ini dan dasar umum yang ditetapkan oelh Mesyuarat Agung.

12.3 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam satu tahun.

12.4 Ahli jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat jawatankuaa dua kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan digururkan dan dianggap sebagai telah meletak jawatan.

Perkara 13:Tugas- Tugas Jawatankuasa.

13.1 Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua

mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangai peringatan-peringatan menyuarat bersama dengan Guru Penasihat bila telah diluluskan.

13.2 Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

13.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Kelab mengikut peraturan Kelab. Beliau bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua dokumen kecuali dokumen Kewangan. Beliau hendklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan.

13.4 Penolong Setiausaha bertangungjawab membantu Setiausah menjalankan tugas dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

13.5 Bendahari bertangungjawab di atas semua hal Kewangan Kelab dan bertangungjawab di atas kebetulannya.

13.6 Wakil Tahun adalah ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab berkenaan semua hal ahli jawatankuaa yang lain dan hal keahlian Tahun berkenaan.

Perkara 14:Kewangan

14.1. Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab, termasuklah belanja pentadbiran.

14.2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak melebihi daripada RM 5.00 pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah ini mestilah diserahkan di dalam tempoh tujuh hari ( 7 hari) kepada Guru Penasihat.

14.3. Segala pengeluaran wang daripada kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi ( atas ketiadaannya oleh naib Pengerusi dan Setuausaha ( atas keiadaannya oleh Penolong Setiausaha )

14.4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 50.00 sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

14.5. Penyata dari wang diterima dan dibelanja beserta imbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Guru Penasihat dan Pemeriksan Kira-kira dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan-psalinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli Kelab.

14.6. Tahun kewangan bermula pada 1 Januari hingga 31 Ogos tahun berkenaan.

Perkara 15:Pematuhan Pengurusan kelab Sekolah dan sebagainya.

Pendaftar, Guru Besar boleh mengarah mana-mana Kelab Sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan kelab itu.

Perkara 16:Pemeriksa Kira-Kira.

16.1Dua orang ahli yang bukan jawatankuasaKelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan sebagai Pemeriksa Kira- Kira( Guru Bagi Sekolah Rendah) Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.

16.2Pemeriksa-pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung.

Perkara 17:Pembubaran Kelab.

17.1 Pendaftar, Guru Besar boleh secara bertulis mengarahkan mana-mana kelab

dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa Kelab itu digunakan bagi maksud;

a. yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid.

b. Propaganda poliotik yang memudaratkan kepentingan Malaysia dan awam.

c. Yang memudaratkan kepentingan murid; atau

d. Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

17.2Sekiranya Kelab ini hendak dibubarkan maka segala hutang tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung.