Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

14
Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam 2014 1.0 NAMA PROGRAM Klinik Asas Memanah di Stars Archery Sunwat Pyramid Dan Lawatan Sambil Belajar ke Snow Walk i-City Shah Alam anjuran Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Utama, Sungai Besar Selangor. 2.0 PENGENALAN. Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan khas ini. 3.0 MATLAMAT. Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan 1 | Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Utama

description

kertas kerja

Transcript of Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Page 1: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

1.0 NAMA PROGRAM

Klinik Asas Memanah di Stars Archery Sunwat Pyramid Dan Lawatan Sambil

Belajar ke Snow Walk i-City Shah Alam anjuran Program Pendidikan Khas

Integrasi SK Seri Utama, Sungai Besar Selangor.

2.0 PENGENALAN.

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) ini diadakan bertujuan untuk

memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik disamping

menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga

merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik

darjah.

Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana

ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para

pelajar berkeperluan khas ini.

3.0 MATLAMAT.

Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan

terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat

sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.

Melalui lawatan ini pelajar Pendidikan Khas SK Seri Utama akan diberi

pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah

meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan

kehidupan amnya.

Program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti

sukan di sekolah. Selain itu ia juga Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri

dan bersaing sesama sendiri serta memberi pengalaman yang berbeza daripada yang

mereka sering alami di dalam bilik darjah.

1 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 2: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

Membina hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara guru dan pelajar

istimewa melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan

kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan belaian terhadap pelajar istimewa ini.

4.0 SASARAN PESERTA.

4.1 Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Utama.

4.2 Guru-guru Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Utama.

4.3 Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Utama.

5.0 BILANGAN PESERTA.

Seramai 30 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi, 10 orang guru, dan 5

orang Pembantu Pengurusan Murid.

6.0 BUTIRAN PROGRAM.

6.1 Tarikh : 9 April 2014 (Rabu)

6.2 Jangka masa program : 1 hari

6.3 Destinasi program : Sunway Pyramid Petaling Jaya dan i-City Shah Alam.

7.0 OBJEKTIF.

7.1 Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang sukan memanah.

7.2 Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teknik dan peraturan sukan

memanah.

7.3 Menanamkan minat pelajar untuk menceburi sukan memanah.

7.4 Melahirkan pelajar yang layak mewakili sekolah dalam sukan memanah.

2 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 3: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

8.0 PELAKSANAAN PROGRAM DAN LAWATAN.

Aktiviti lawatan ini bermula pada hari Rabu (4 April 2014). Peserta-peserta

lawatan berkumpul di dataran PPKI SK Seri Utama pada pukul 7.30 pagi. Pada jam 8.00

pagi, bas mula bergerak meninggalkan SK Seri Utama. Berikut adalah tentatif program :

Masa Aktiviti7.30 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan SK Seri Utama

Taklimat ringkas Bacaan doa Sarapan pagi

8.00 pagi Bertolak ke Stars Archery Sunway Pyramid10.30 pagi Dijangka tiba di Stars Archery Sunway Pyramid

Aktiviti dijalankan Pengenalan kepada sukan memanah Demonstarsi daripada jurulatih cara memanah Aktiviti memanah

12.30 tengahari Makan tengahari Solat zohor (Masjid Negeri, Shah Alam)

2.30 tengahari Lawatan ke Snow Walk I-City Shah Alam4.00 petang Bertolak balik ke SK Seri Utama6.00 petang Dijangka tiba di SK Seri Utama

9.0 PERBELANJAAN PROGRAM DAN LAWATAN.

Item Kos Sumber

1. Bayaran Masuk

1.1 Bayaran aktiviti memanah

1.2 Bayaran Snowalk I-City

1.1 30 orang x RM 17.00 = RM 510.00

1.2 30 orang x RM 25.00 = RM 750.00

Jumlah 1.1+1.2 = Rm 1,260.00

Pelajar

Pelajar

2. Pengangkutan

2.1 Sewa Bas 2.1 = Rm 1,500.00

Peruntukan

PCG PPKI

3 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 4: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

Jumlah 2.1 = Rm 1,500.00

3. Makan Dan Minum

3.1 Sarapan pagi

3.2 Makan tengahari

3.3 Minum petang

3.1 30 orang x RM 4.00 = RM 120.00

3.2 30 orang x RM 5.00 = RM 150.00

3.3 30 orang x RM 4.00 = RM 120.00

Jumlah 3.1+3.2+3.3 = RM 390.00

Kelab Penyayang

Kelab Penyayang

Kelab Penyayang

Rumusan Sumber Kewangan :

1. Sumber dari peruntukkan PCG PPKI = Rm 1,500.00

2. Sumber dari Kelab Penyayang = Rm 390.00

3. Sumber dari sumbangan pelajar = Rm 1,260.00

Jumlah keseluruhan (1+2) = Rm 3,150.00

10.0 BATASAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI.

Tiada masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini. Pelajar perlu diberi

perhatian sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada

sebarang bahaya. Pelajar ini tidak mengenal erti bahaya. Walaubagaimanapun, segala

masalah dapat dihadapi dan diselesaikan dengan baik.

11.0 CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM.

Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang

ditetapkan. Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan

pemantauan berterusan banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi

meningkatkan tahap pengurusan yang lebih cemerlang dalam program akan datang

adalah dicadangkan seperti tugasan guru perlu diperincikan agar setiap guru dapat

menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. Diharap juga

semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan mematuhi setiap

4 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 5: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih kerap

didedahkan dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan

peraturan lawatan.

12.0 KEBERKESANAN PROGRAM KEPADA PELAJAR.

Pelajar dapat mengenal dunia luar seperti bentuk muka bumi setiap daerah dan

nama daerah yang dilalui. Sekaligus pelajar dapat menimba pengetahuan baru yang hanya

boleh dipelajari daripada matapelajaran dunia sains.

Selain itu, melalui program ini pelajar dapat pendedahan tentang komunikasi

antara sesama mereka serta orang luar. Pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiran

yang dipelajari dalam mataelajaran Matematik seperti penggunaan wang ketika membeli-

belah dan membayar harga makanan. Ini dapat membina keyakinan diri bila berhadapan

dengan orang luar. Pelajar mula berkeyakinan untuk menggunakan wang dengan sendiri

dalam aktiviti seharian mereka selepas pulang dari lawatan tersebut. Pelajar juga

didedahkan kepada menghormati orang yang berada disekeliling mereka.

Kerjasama antara pelajar juga terserlah apabila saling bantu-membantu mengurus

diri rakan mereka yang lemah. Setiap tempat yang dilawati, pelajar dapat menimba ilmu

serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

13.0 SEKITAR PROGRAM DAN LAWATAN.

5 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 6: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

Membaca doa sebelum bergerak ke destinasi.

Guru dan pelajar berkumpul di Stars Archery Sunway Pyramid dan mendengar taklimat daripada

Jurulatih Stars Archery.

6 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 7: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

7 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 8: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

Aktiviti memanah yang telah dijalankan.

Semua perserta klinik asas memanah bergambar di hadapan

pintu masuk Stars Archery.

8 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 9: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

Bersolat zohor di Masjid Negeri.

Antara aktiviti yang dijalankan di Snow Walk i-City Shah Alam.

9 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 10: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

Bergambar kenangan di Snow Walk i-City Shah Alam.

14.0 PENUTUP.

Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara

guru, ibu bapa dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga

memupuk semangat pelajar untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan

menimba ilmu baru serta menikmati persekitaran yang indah sekaligus menghargai

persekitaran sekeliling mereka. Harapan kami selaku warga pendidik Program

Pendidikan Khas Integrasi agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan

datang demi kebaikan anak-anak pendidikan khas.

10 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a

Page 11: Laporan Program Memanah Dan Snow Walk

Program Klinik Asas Memanah Dan Lawatan Sambil Belajar Ke i-City Shah Alam

2014

PERAKUAN

JAWATAN TANDATANGAN

DISEDIAKAN OLEH ;

TARIKH :

PENYELARASPROGRAM

SEK. KEB SERI UTAMA …………………………….....EN. HAFIZAN BIN MUNIER

DISEMAK OLEH ;

TARIKH :

GURU PENOLONG KANAN PROGRAM PEND. KHAS

INTEGRASISEK. KEB SERI UTAMA

………………………………EN. FIRDAUS BIN BAKRI@HASHIM

DISAHKAN OLEH ;

TARIKH :

GURU BESARSEK. KEB SERI UTAMA

………………………………EN. MOHAMAD BAHARIN BIN

HAMID

11 | P r o g r a m P e n d i d i k a n K h a s I n t e g r a s i S K S e r i U t a m a