Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 Dan 12
-
Upload
mohd-razif -
Category
Documents
-
view
247 -
download
12
description
Transcript of Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 Dan 12
5.7 Perkara 11: Kebebasan Beragama
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada
Fasal(4),mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas
kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak:-
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama dan akhirat.
c) Memperoleh dan mempunyai harta dan memegang atau mentadbirkannya mengikut
undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang
yang menganuti agama Islam.
5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana
undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau
prinsip moral.
Ini memberi pengertian setiap orang berhak memeluk dan mengamalkan agamanya.
Kebebasan beragama pula ini tidak bolehmelanggar undang-undang am tentang keamanan,
kesihatan atau kebaikan akhlak awam. Di sinilah terletaknya had kebebasan beragama. Sekiranya
ada kumpulan yang percaya bahawa agamanya memaksa mereka membunuh orang dan membuat
beberapa perbuatan keji, sudah tentu Perlembagaan tidak akan membenarkan agama seperti
inidiamalkan kerana ia mengganggu keselamatan awam.
Perkara 11 menyatakan “tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,”
tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk
“mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam
kalangan orang yang menganuti agama Islam.” Perkara 3 menyatakan “Islam ialah agama bagi
Persekutuan” dan bahawa “Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-
peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.” Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan
orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil umumnya
menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah Syariah dalam kes-kes yang berkaitan dengan
keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar
daripada agama Islam.
Perlembagaan mengenalpasti raja-raja sebagai “Ketua Agama Islam” di negeri mereka
masing-masingdan Yang Di Pertuan Agong bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja.
Pendaftar Pertubuhan, di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menentukan sama ada
sesebuah pertubuhan agama itu boleh didaftarkan untuk layak menerima bantuan kewangan dan
faedah-faedah lain daripada kerajaan. Pihak Pendaftar tidak mempunyai dasar yang konsisten
untuk mengenalpasti pelbagai pertubuhan agama ataupun kriteria yang digunakan untuk membuat
penentuan tersebut. Kumpulan-kumpulan tersebut telah mendaftarkan pertubuhan mereka bawah
Akta Syarikat seperti Jehovah’s Witnesses dan Church of Jesus Christ of Latter-day Saints
(Mormon).
Di samping itu, terdapat juga peruntukan dalam Perkara 11 yang menyebut
bahawa seseorang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai sekiranya pendapatan
yang diperolehi daripada cukai tersebut akan digunakan semua atau sebahagian daripadanya untuk
maksud agama yang lain daripada agamanya. Segala hak ini tidak terganggu atau tersekat
walaupun agama Islam adalah agama rasmi, melainkan tentang pengembangan agama kepada
orang-orang Islam sahaja. Di sini badan perundangan bagi setiap negeri di Tanah Melayu berhak
membuat undang-undang untuk menyekat pengembangan agama kepada orang-orang Islam.Bagi
tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan
menyekat penyebaran agama-agama lain dalam kalangan orang Islam, contohnyanya negeri
Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987.
Kedah, Melaka dan Selangor juga turut meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun
1988. Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan
menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk menukar
agama, menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama
Islam, mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara
tentang agama bukan Islam, menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam
kepada seorang Islam dan mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam
kepada orang Islam di tempat awam.
Kerajaan mengharamkan 56 ajaran yang dianggap sebagai “sesat” di dalam Islam kerana
membahayakan keselamatan negara dan boleh memecahbelahkan masyarakat Islam. Kumpulan
yang diharamkan termasuk Ahmadiyyah, Ismailiah, Syiah, dan Baha’i. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia membuat garis panduan persekutuan tentang apa yang dikatakan kelakuan atau
kepercayaan yang “sesat.” Pihak berkuasa negeri lazimnya menurut garis panduan ini dalam
memutuskan hal-hal yang berkaitan dengan perkara tersebut. Dengan kebenaran mahkamah
Syariah, kerajaan boleh menangkap dan menahan anggota kumpulan “sesat” bagi “pemulihan” ke
“jalan sebenar Islam.” Kumpulan Qadiani, satu cabang gerakan Ahmadiyah yang sudah bergerak
aktif sejak empat tahun dan telah isytiharkan sesat kerana mempunyai doktrin Islam yang berbeza
dengan tafsiran rasmi dengan kumpulan tersebut percaya pengikutnya hendaklah mengerjakan Haji
di India. Kerajaan mengharamkan dan merampas bahan-bahan agama yang didapati menyeleweng
atau menghina. Kerajaan turut mengharamkan 57 buah buku bertemakan agama, termasuk Muslim
Women and the Challenge of Islamic Extremism (Wanita Islam dan Cabaran Ektremisme Islam)
karya Norani Othman, pengasas bersama Sisters In Islam (SIS) yang merupakan sebuah
pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang memperjuangkan hak asasi wanita. Pihak berkuasa
kastam merampas enam judul buku kanak-kanak Kristian yang mengandungi perkataan yang
dianggap eksklusif untuk agama Islam. Penggunaan perkataan “Allah” (Tuhan), “Baitullah” (Rumah
Tuhan), dan “Solat” (sembahyang) dihadkan penggunaannya bagi orang Islam oleh Bahagian
Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mendakwa
perkataan-perkataan ini di bawah bidang kuasa masyarakat Islam.
Perkara ini dilihat amat relevan kerana ianya memberi kebebasan kepada masyarakat
terutama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang terdiri daripada tiga bangsa utama iaitu
Melayu,Cina dan India untuk mengamalkan agama masing-masing.Dengan adanya perundangan
ini,maka setiap individu dapat melaksanakan tuntutan agama masing-masing tanpa halangan dan
ini akan mewujudkan negara yang aman dan harmoni.Perkara ini juga menunjukkan bahawa hak
asasi seseorang itu amat penting dan dititikberatkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Contoh Kes Berkaitan Dengan Perkara 11.
Aisyah Bokhari vs Pejabat Agama Johor Bahru
Nor'Aishah berumur 25 tahun dan sejak lulus Diploma In Banking, dari Institut Teknologi
Mara (ITM) dia bekerja di sebuah bank di Jalan Ampang dan tinggal dengan kakaknya di Lembah
Keramat, Kuala Lumpur. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang
sepatutnya. Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui
telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan.
Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga
tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke
peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya
imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin.
Dalam erti kata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua
dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan
Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.
Nor'Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang
menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan
memakai nama Aishah Felicia Bokhari. Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas
kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri mengenai
perkara itu. Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga
Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam
Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember 1997. Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang
pada 30 Disember dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.
Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana
mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa
kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
Pada bulan Ramadan 1997, pada hari pertama umat Islam berpuasa, sedang ayah Nor
Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih di Masjid Taman Rimba Terjun, sekumpulan
Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia. Mereka berjaya membawa
Aishah lari ke Singapura sehelai sepinggang, menyeberang tanpa passport, kemudiannya terus
terbang ke Australia, sehingga ke hari ini Aishah tetap murtad dan berada di Australia.
5.8 Perkara 12: Hak–Hak Berkenaan Pelajaran
Hak-hak berkenaan dengan pelajaran adalah Perkara 12 bahagian 2 Perlembagaan
Malaysia. Terdapat 5 fasal yang termaktub dalam Perkara 12 ini. Fasal (1) ialah dengan tidak
menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana jua
warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Fasal (1) ini juga
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Fasal 1(a) dan Fasal 1(b).
Fasal 1(a) menerangkan bahawa dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang
diselenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam, dan khususnya tentang kemasukkan murid-murid
atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran manakala Fasal 1(b) pula menyatakan tentang
peruntukan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihak berkuasa awam untuk menanggung
murid-murid atau untuk pelajaran murid-murid atau pelajar-pelajar dimana-mana yayasan pelajaran
(samada diselenggara atau tidak diselenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awamdan sama ada
dalam atau luar persekutuan).
Perkara 12 (2) pula menyatakan bahawa tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak untuk
menubuhkan dan menyelenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama
kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam
mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-
mana undang-undang itu tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan
atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau mengadakan membantu dalam
mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang
perlu bagi maksud itu.
Perkara 12 (3) pula menyatakan bahawa tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima
ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau
sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Perkara 12 (4) menyatakan
bahawa ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan
oleh ibu bapa atau penjaganya.
Perkara 12 (1) menerangkan bahawa setiap orang mempunyai hak berkenaan pelajaran
tanpa mengira agama,kaum, keturunan dan tempat lahir. Hal ini menunjukkan bahawa semua
rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan pelajaran kerana mereka berhak untuk
mendapatkannya seperti yang telah dinyatakan dalam Perkara 12 (1). Oleh yang demikian, pihak-
pihak berkuasa awam yang terlibat tidak boleh mempunyai sikap diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir terutama sekali apabila
melibatkan kemasukkan pelajar-pelajar ke sekolah atau universiti dan juga diskriminasi terhadap
bayaran dalam menuntut pelajaran bersesuai an dengan fasal 1 (a) dan tiada diskriminasi terhadap
mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir apabila
melibatkan peruntukan bantuan kewangan dari pihak berkuasa awam untuk menanggung pelajaran
para pelajar dimana-mana yayasan pelajaran bersesuaian dengan fasal 1 (b) yang telah termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 12 (2) pula menerangkan bahawa tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk
menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu
sendiri. Hal ini bermaksud, mana-mana agama mempunyai kebebasan dan hak untuk menubuhkan
dan menyelenggara institusi pendidikan untuk kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri. Mereka
boleh menubuhkan seberapa banyak institusi pendidikan yang mereka mampu selagi pekara ini
tidak mengganggu ketenteraman masyarakat dan juga negara.
Perkara 12 (3) pula menyatakan bahawa tiada sesiapa boleh diwajibkan menerima ajaran
atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara agama selain dari agamanya sendiri. Hal ini
bermaksud tiada sesiapa pun yang boleh dipaksa untuk mengikuti atau menerima ajaran serta
mengambil bahagian dalam mana-mana upacara keagamaan negara lain. Hal ini menunjukkan
bahawa setiap individu mempunyai hak untuk memilih pelajaran yang ingin dipelajarinya dan
sesiapa tidak boleh menentukan pelajaran yang perlu diambil olehnya melainkan dirinya sendiri.
Perkara 12 (4) pula menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang berumur kurang
daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau panjaganya. Hal ini bermaksud
seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun haruslah mengikut pelajaran agama
yang telah ditetapkan oleh ibu bapa dan penjaga mereka. Hal ini demikian kerana, agama yang
dianuti mereka adalah bergantung kepada ibu bapa dan penjaga sehinggalah berumur lapan belas
tahun.
Perkara ini menjelaskan bahawa setiap masyarakat terutama kanak-kanak yang berumur
seawal 7 tahun wajib didaftarkan dan perlu menerima pendidikan di sekolah.Perkara ini
menunjukkan peri pentingnya pendidikan kepada sesebuah Negara agar matlamat melahirkan
modal insan yang mampu mendukung cita-cita Negara untuk mencapai Negara maju seiring
dengan wawasan 2020.