Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian Penyelidikan Sarjana Di Sekolah Rendah
-
Upload
asnida-ismail -
Category
Documents
-
view
218 -
download
2
description
Transcript of Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian Penyelidikan Sarjana Di Sekolah Rendah
Asnida binti Ismail
Sekolah Kebangsaan Penaga,
13100 Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang
__________________________________________________________________________________________
Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang.
(U/P: Unit Perhubungan dan Pendaftaran) 31 Mac 2014
Tuan,
Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian Penyelidikan Sarjana Di Sekolah Rendah
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya adalah pelajar separuh masa di Universiti Sains Malaysia (USM) ingin memohon kebenaran untuk menjalankan kajian penyelidikan peringkat sarjana di sekolah rendah di daerah Utara, Pulau Pinang.
3. Maklumat permohonan saya adalah seperti berikut:
Nama Asnida binti IsmailNo. Kad Pengenalan : 811225-07-5126No. Fail Peribadi : 38194Alamat Sekolah Bertugas : Sekolah Kebangsaan Penaga
13100 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Tajuk Kajian : Kesan pembelajaran berasaskan taman terhadap amalan pemakanan sayuran murid Tahun 5
Sekolah Kawalan Yang Dicadang : Sekolah Kebangsaan Permatang JanggusSekolah Eksperimen Yang Dicadang
: Sekolah Kebangsaan Penaga
4. Untuk pengetahuan pihak tuan, kajian penyelidikan sarjana diperlukan bagi memenuhi keperluan bagi pengijazahan Sarjana Pendidikan yang ditetapkan oleh pihak USM.
5. Bersama-sama ini, disertakan surat pengesahan pelajar dari USM dan surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari Sektor Penyelidikan dan Penilaian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk rujukan pihak tuan.
6. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan agar permohonan kebenaran ini dapat diluluskan demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara masa kini dan memenuhi keperluan pengijazahan yang ditetapkan oleh pihak USM. Segala perhatian dan keprihatinan pihak tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian, terima kasih
Yang benar,
____________
(ASNIDA BINTI ISMAIL)
Pelajar Separuh Masa
Ijazah Sarjana Pendidikan USM