Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

12
IMAM SYAFIE ANDA BERMAZHAB SYAFIE? Mazhab Syafie Antara perkara yang menyebabkan mudahnya virus "Wahabi", "allamazhabi", neo-salafi dan seribu satu lagi penyakit yang menjalar di kalangan masyarakat adalah kurangnya ilmu agama dari asas, menyebabkan sesetengah golongan yang ingin kembali mendekati Islam mudah terpedaya dengan deretan hadis dan kalam ulamak yang dieksploitasi oleh pembawa virus ini. Ilmu asas yang kurang difahami tersebut, ada yang menyentuh aqidah dan ada yang berkenaan feqh. Apabila ramai yang kurang mantap dalam ilmu aqidah, maka timbullah cemuhan kepada sifat 20 yang mereka tidak fahami, lalu berpegang dengan aqidah salaf kononnya dengan intepretasi sendiri, sedangkan ia jauh dari fahaman salaf mahupun khalaf. Tidak memahami asas feqh pula menyebabkan tiada kefahaman kepada mazhab dan kepentingan mazhab, lantas mencemuh pendapat-pendapat para ulamak mazhab yang terdahulu, dengan sangkaan kononnya pendapat kita lebih tepat kepada hadis berbanding pendapat para ulamak tersebut. Kecelaruan dalam memahami apakah dia Mazhab Syafie dan bagaimana ia berkembang, menyebabkan ada pihak mencemuh masyarakat Malaysia yang berpegang kepada beberapa amalan yang mereka tidak jumpa di dalam kitab induk Al-Umm, lantas memperlekehkan amalan tersebut yang disandarkan kepada pengikut Mazhab Syafie. Oleh itu ana rasakan sewajarnya ana menyebutkan serba sedikit pengenalan ringkas kepada Mazhab yang menjadi panduan kepada masyarakat kita amnya. Imam Syafie Pengasas Mazhab Beliau adalah Muhammad bin Idris Assyafie Almuttalibi. Nasabnya bertemu dengan nasab Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada moyangnya Abdu Manaf. Dilahirkan di Ghaza, Palestin, beliau dibawa kembali ke perkampungan keluarganya di Makkah. Sejak kecil beliau dihantar mempelajari ilmu bahasa Arab dan sasteranya dari qailah-qabilah arab. Seterusnya mempelajari ilmu agama dari ulamak Makkah seperti syaikh beliau Al- Imam Khalid bin Muslim Azzanjy. Al-Fudhail bin 'Iyadh, Sufyan bin Uyaynah dan lainnya. Beliau seterusnya meneruskan safar mencari ilmu di Madinah, dan belajar dengan Imam Malik sehingga menjadi pelajar terbaiknya. Kitab Al-Muwatta' Imam Malik telah dihafalnya dalam tempoh tidak lebih dari 9 hari. Beliau telah belajar dari para ulamak Makkah dan Madinah dengan baik sehingga dalam usianya 18 tahun, beliau sudah layak memberi fatwa. Pakar Bahasa Arab seperti Al-Asma'i juga banyak mengambil manfaat darinya. Beliau seterusnya pergi ke Iraq dan mengambil faedah dari Imam Muhammad bin Al- Hasan Assyaibani murid Imam Abu Hanifah. Di sana beliau mengarang kitabnya Al- Hujjah, dan mengumpulan padanya mazhabnya yang lama (qadim). Di Iraq juga, beberapa Imam besar telah belajar dari beliau, seprti Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abi Tsaur. Setelah itu beliau telah berpindah ke Mesir. Di sana, beliau telah mengubah pelbagai ijtihadnya dan memasyhurkan pendapatnya yang baru (mazhab/qaul jadid). Beliau juga telah menulis kitab agungnya Al-Umm dan kitab Usul Feqh pertama dalam sejarah Islam berjudul Ar-Risalah. Imam Syafie diangkat sebagai Mujaddid kurun ke-2. Beliau telah menghimpukan ilmu antara ahli Hadis serta ahli ra'yi, menggariskan kaeda-kaedah ilmu usul feqh, selain dari ilmunya yang meluas dalam hadis, riwayat-riwayatnya, ahli-ahlinya, qur'an dan ulumnya, sejarah, syiir dan sastera, ilmu bahasa, serta wara' , taqwa lagi zuhud pada dunia. Beliau telah wafat di Kaherah pada tahun 204H. Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyebut: "Imam Syafie seperti matahari bagi dunia

Transcript of Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

Page 1: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

IMAM SYAFIE

ANDA BERMAZHAB SYAFIE?

Mazhab Syafie

Antara perkara yang menyebabkan mudahnya virus "Wahabi", "allamazhabi", neo-salafi dan seribu satu lagi penyakit yang menjalar di kalangan masyarakat adalah kurangnya ilmu agama dari asas, menyebabkan sesetengah golongan yang ingin kembali mendekati Islam mudah terpedaya dengan deretan hadis dan kalam ulamak yang dieksploitasi oleh pembawa virus ini.

Ilmu asas yang kurang difahami tersebut, ada yang menyentuh aqidah dan ada yang berkenaan feqh. Apabila ramai yang kurang mantap dalam ilmu aqidah, maka timbullah cemuhan kepada sifat 20 yang mereka tidak fahami, lalu berpegang dengan aqidah salaf kononnya dengan intepretasi sendiri, sedangkan ia jauh dari fahaman salaf mahupun khalaf. Tidak memahami asas feqh pula menyebabkan tiada kefahaman kepada mazhab dan kepentingan mazhab, lantas mencemuh pendapat-pendapat para ulamak mazhab yang terdahulu, dengan sangkaan kononnya pendapat kita lebih tepat kepada hadis berbanding pendapat para ulamak tersebut.

Kecelaruan dalam memahami apakah dia Mazhab Syafie dan bagaimana ia berkembang, menyebabkan ada pihak mencemuh masyarakat Malaysia yang berpegang kepada beberapa amalan yang mereka tidak jumpa di dalam kitab induk Al-Umm, lantas memperlekehkan amalan tersebut yang disandarkan kepada pengikut Mazhab Syafie. Oleh itu ana rasakan sewajarnya ana menyebutkan serba sedikit pengenalan ringkas kepada Mazhab yang menjadi panduan kepada masyarakat kita amnya.

Imam Syafie Pengasas Mazhab

Beliau adalah Muhammad bin Idris Assyafie Almuttalibi. Nasabnya bertemu dengan nasab Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada moyangnya Abdu Manaf. Dilahirkan di Ghaza, Palestin, beliau dibawa kembali ke perkampungan keluarganya di Makkah. Sejak kecil beliau dihantar mempelajari ilmu bahasa Arab dan sasteranya dari qailah-qabilah arab. Seterusnya mempelajari ilmu agama dari ulamak Makkah seperti syaikh beliau Al-Imam Khalid bin Muslim Azzanjy. Al-Fudhail bin 'Iyadh, Sufyan bin Uyaynah dan lainnya.

Beliau seterusnya meneruskan safar mencari ilmu di Madinah, dan belajar dengan Imam Malik sehingga menjadi pelajar terbaiknya. Kitab Al-Muwatta' Imam Malik telah dihafalnya dalam tempoh tidak lebih dari 9 hari. Beliau telah belajar dari para ulamak Makkah dan Madinah dengan baik sehingga dalam usianya 18 tahun, beliau sudah layak memberi fatwa. Pakar Bahasa Arab seperti Al-Asma'i juga banyak mengambil manfaat darinya.

Beliau seterusnya pergi ke Iraq dan mengambil faedah dari Imam Muhammad bin Al-Hasan Assyaibani murid Imam Abu Hanifah. Di sana beliau mengarang kitabnya Al-Hujjah, dan mengumpulan padanya mazhabnya yang lama (qadim). Di Iraq juga, beberapa Imam besar telah belajar dari beliau, seprti Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abi Tsaur.

Setelah itu beliau telah berpindah ke Mesir. Di sana, beliau telah mengubah pelbagai ijtihadnya dan memasyhurkan pendapatnya yang baru (mazhab/qaul jadid). Beliau juga telah menulis kitab agungnya Al-Umm dan kitab Usul Feqh pertama dalam sejarah Islam berjudul Ar-Risalah.

Page 2: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

Imam Syafie diangkat sebagai Mujaddid kurun ke-2. Beliau telah menghimpukan ilmu antara ahli Hadis serta ahli ra'yi, menggariskan kaeda-kaedah ilmu usul feqh, selain dari ilmunya yang meluas dalam hadis, riwayat-riwayatnya, ahli-ahlinya, qur'an dan ulumnya, sejarah, syiir dan sastera, ilmu bahasa, serta wara' , taqwa lagi zuhud pada dunia. Beliau telah wafat di Kaherah pada tahun 204H.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyebut: "Imam Syafie seperti matahari bagi dunia dan penyembuh bagi badan" dan "Feqh itu terkunci pada ahli-ahlinya sehingga Allah membukanya dengan Assyafie".

Imam Abu Zur'ah pula ada menyebut: Aku tidak mengetahui seseorang yang lebih agung sumbangannya pada ahli Islam daripada As-Syafie.

Semoga Allah merahmatinya dan memanfaatkan kita dengan segala barakah, rahsia, ilmu dan cahaya beliau di dunia dan akhirat. Amiin.

Mazhab Syafie (2) Para Imam Mazhab

Antara murid yang terpenting dalam Mazhab Qadim Imam Syafie adalah Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Tsur, Azza'farani dan Alkarabisi.

Manakala anak-anak murid yang mengambil daripadanya Mazhab Jadid beliau antaranya: Al-Muzani, Al-Buwaiti, Arrabi' Almuradi yang digelar oleh syaikhnya Imam Syafie, sebagai Rawiyatul Mazhab atau perawi mazhab. Mereka ini kesemuanya meninggal dunia pada kurun ketiga hijrah.

Selepas itu menyusul pula generasi-generasi dan lapisan ulamak yang banyak. Antara yang tersohor bagi setiap kurun adalah; Imam Ibn Suraij dan Alqaffal Alkabir pada kurun keempat, kemudian Almawardi, Abu Ishaq Assyirazi, Abu Muhammad Aljuwaini, serta anaknya Imamul Haramain dan Al-Baihaqi pada kurun kelima.

Seterusnya Imam Ghazali Hujjatul Islam, Assyasyi dan Albaghawi pada kurun keenam, kemudian Annawawi dan Arrafi'i (digelar sebagai Syaikhal Mazhab, atau dua Syaikh bagi mazhab ini), serta Ibn Daqiqul 'Aid pada kurun ketujuh.

Selepas itu Attaqi Assubki serta anaknya Attaj, Ibn Jama'ah dan Alhisni pada kurun kelapan, kemudian Alhafiz Ibn Hajar Al-asqalani dan Ibnul Muqri' pada kurun kesembilan. Seterusnya Assakhawi, Assyihab Arramli serta anaknya Assyams, Ibn Hajar Alhaitami, Assuyuthi dan Syaikhul Islam Zakaria Al-ansari pada kurun kesepuluh. Seterusnya Assyarbini, Alqalyubi, Albaijuri, Ibn Qasim, Assyabramallisi, Alkurdi, Assaqqaf, Syato, Almalibari, Bafadhl, Almasyhur, Aljardani, Albujairimi, Ba'Isyn dan ramai lagi para fuqaha' kurun-kurun yang terkemudian.

Para ulamak mazhab ini terlalu ramai untuk disebutkan. Cukuplah bagi kita kitab Al-imam Assubky, Tobaqat Syafi'iyyah Alkubra, setebal 9 jilid, yang menerangkan betapa ramai ulamak mazhab ini, serta khidmat mereka yang sempurna bagi mazhab ini, sehingga ia menjadi satu kelebihan Mazhab Syafie berbanding mazhab lain. Mazhab Syafie juga dipegang oleh para Imam dari pelbagai cabang ilmu Islam.

Di kalangan ulamak Usul Feqh (Usuliyyin), antaranya Al-Juwaini (penulis kitab Al-Burhan) dan Al-Ghazali (Al-Mustasfa).

Di kalangan ulamak hadis (huffaz), antaranya Albaihaqi (sunan), Attaqi Assubki, Ibn Hajar Al-asqalani (Fathul Bari), dan Ibn Katsir (Jami' Sunan Wazzawaid).

Di kalangan ulamak sejarah (muarrikhin), antaranya Ibn 'Asakir (Tarikh Dimasyq), Azzahabi (Siyar A'lam Annubala') dan Assofadi (Al-Wafi).

Di kalangan ahli kalam (mutakallimin), antaranya Alfakhrur Razi (Al-Mutolabatul 'Aliyah Fil

Page 3: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

'Ilmil Ilahi).

Di kalangan ahli tafsir (mufassirin), antaranya Almawardi (tafsir), Alkhazin (Ma'alimut Tanzil) dan Al-Baghawi.

Di kalangan ahli bacaan Al-Quran (Qurra'), antaranya Ibnul Jazari (Annasyr).

Di kalangan ahli bahasa Arab (Lughawiyyin), antaranya Alfairuz abadi (Alqamus).

Di kalangan ahli arifin, antaranya Alqusyairi (Risalah Alqusyairiah).

Selain itu banyak lagi pakar nahu dan sastera Arab serta cabang-cabang ilmu Islam yang lain.

Mazhab Syafie (3) Sejarah Ringkas Mazhab Syafie

Sejarah mazhab ini kita boleh simpulkan dalam empat peringkat.

Peringkat Pertama: Pengasasan (Atta'sis) : Ia berakhir dengan wafatnya Al-Imam Assyafie Radhiyallahu 'Anhu, dan meninggalkan kepada kita kitabnya Al-Umm.

Peringkat Kedua: Menyalin dan Memindahkan (Annaql) : Dilaksanakan oleh para penuntut Imam Syafie dan ashabnya dengan menyebarkan mazhab ini. Antara kitab termasyhur mereka adalah Mukhtasar Al-imam Almuzani.

Peringkat Ketiga: Penyelesaian dan Perungkaian (Attahrir) : Dengan usaha "Dua Syaikh Mazhab" (Syaikhai Mazhab), iaitu Imam Annawawi dan Imam Arrafi'i. Kitab terpenting peringkat ini adalah Alminhaj oleh Imam Annawawi dan Almuharrar oleh Imam Arrafi'i. Selain itu, kitab Al-Majmu' Syarhu Muhazzab Assyirazi oleh Imam Annawawi dan Fathul Aziz bisyarhi Wajiz Alghazali oleh Imam Arrafi'i. Kedua-dua mereka dan ulamak lain pada peringkat ini telah menyelasaikan masalah-masalah feqhiah dalam mazhab ini, dalil-dalilnya dan pentarjihan antara riwayat-riwayat serta pendapat-pendapat yang ada dalam mazhab.

Peringkat Keempat: Penetapan (Al-istiqrar) : Jelas kelihatan dengan usaha dua orang faqih yang hebat, Ibn Hajar Alhaitami pada kitabnya Tuhaftul Muhtaj bisyarhi Minhaj, dan Assyams Arramli pada kitabnya Nihayatul Muhtaj fi syarhil Minhaj. Kedua-dua mereka telah menyelesaikan apa yang tidak disebutkan oleh Syaikhan dari sudut pendapat-pendapat dan riwayat-riwayat mazhab. Mereka juga telah menyebutkan berdasarkan kepada manhaj mazhab, baki masalah furu' (cabang) dan pelbagai masalah dalam pelagai bab feqh.

Oleh kerana Mazhab ini telah ditahqiq oleh Annawawi dan Arrifa'i, dan ditetapkan pula permasalahan-permasalahan lain oleh Ibn Hajar dan Arramli, maka para ulamak yang terkemudian telah bersetuju untuk memberi fatwa berdasarkan kepada kitab-kitab mereka ini.

Masalah yang telah disepakati padanya oleh kedua-dua Syaikh, Annawawi, dan Arrafi'i merupakan hukum yang dipegang (mu'tamad). Jika mereka berbeza pendapat, maka diutamakan pendapat Annawawi, akan tetapi harus berfatwa dengan mana-mana pendapat dari keduanya.

Apa yang disepakati pula oleh Ibn Hajar dan Arramli dalam permasalah yang tidak diperbahaskan sebelumnya, maka ia juga merupakan hukum yang dipegang. Jika mereka berbeza pendapat pula, maka ulamak Hijaz dan Hadhramaut mengutamakan Ibn Hajar, manakala ulamak Syam dan Mesir mengutamakan Arramli.

Adapun lain-lain penyusun kitab feqh Syafie yang banyak seperti Al-Halabi,

Page 4: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

Bamakhzumah, Assyabramallisi, Ibn Qasim, 'Umairah, Almahalli, Ba'isyn, dan lainnya, maka dibolehkan beramal dan berfatwa dengan setiap daripadanya, melainkan yang disepakati bahawa ia merupakan satu kesalahan, keterlupaan atau lemah.

Mazhab Syafie (4) Kitab-kitab Penting

Kitab-kitab penting yang diajar di majlis-majlis ilmu bagi memudahkan para penuntut meningkatkan kefahaman diri secara berperingkat dalam mazhab Syafie adalah seperti berikut:

- Arrisalatul Jami'ah - Ahmad bin Zain Alhabsyi

- Safinatun Najah - Salim Alhadhrami, dan pelbagai syarah baginya

- Alyaqut Wannafis - Assyatiri

- Matan Alghayah Wattaqrib - Abi Syuja', dan pelbagai syarah baginya

- Sofwatuz Zubad - Ibn Ruslan

- Dua Mukhtasar, Al-Kabir (Almuqaddimah Alhadhramiah) dan Assaghir - Bafadhl, dan pelbagai syarah baginya

- Syarhut Tahrir - Syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari

- Busyral Karim - Ba'isyn

- 'Umdatus Salik - Ibnu Naqib

- Attanbih dan Almuhazzab - Assyirazi

Pelbagai komentar (hasyiah) juga amat bermanfaat seperti:

- Hasyiah Albaijuri 'Ala Matn Abi Syuja'

- Hasyiah Syato 'Ala Fathil Mu'in lil Malibari

- Hasyiah Assyarqawi 'Ala Tahrir

- Hawasyi Almadaniah 'Ala Syarh Ibn Hajar limuqaddimah Bafadhl, lilkurdi

dan pelbagi lagi kitab Hasyiah yang lain.

Selain itu, terdapat juga kitab-kitab fatwa yang begitu bernilai seperti:

- Fatawa Al-Imam Subki

- Alhawi lissuyuthi

- Alfatawa Alkubra libni Hajar.

Sebahagian ahli hadis pula telah menyusun kitab bagi menjelaskan dalil-dalil pada mazhab seperti:

- Attalkhis Alhabir - Ibn Hajar Al-'asqalani

Page 5: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

- Albadrul Munir - Ibnul Mulaqqin

Sementara kitab feqh yang dikuatkan dengan dalil-dalil beserta perbincangan ke atas dalil-dalil mazhab seperti:

- Nihayatul Matlab fi Adilllatil Mazhab - Imamul Haramain Aljuwaini

- Almajmu' Syarh Muhazzab - Annawawi

- Fathul 'Aziz bisyarhi Wajiz Alghazali - Arrafi'i

Mazhab Syafie (5) Keistimewaan Mazhab Syafie 1. Penekanan Imam Syafie Rahimahullah sebagai pengasas Mazhab, kepada pengumpulan hadis dan sunnah. Beliau menuntut dengan Imam Sunnah, Malik, dan mengajar pula Imam Sunnah, Ahmad bin Hanbal. Jejak langkahnya diikuti oleh para imam dalam Mazhab ini, sehingga sebahagian mereka menjadi ulamak hadis yang merupakan huffaz agung, seperti Albaihaqi dan Ibn Hajar Al-'asqalani. Ulamak ini telah memberi khidmat yang besar kepada mazhab dengan menguatkan mazhab dengan dalil-dalil. 2. Penekanan pengasasnya Rahimahullah dengan pelbagai bentuk qias dan asas-asas kepada istinbat yang dimahiri oleh Imam Abu Hanifah dan penuntut-penuntutnya, sehingga mampu mengasaskan penulisan ilmu Usul Feqh. Kemudiannya para pengikutnya pula menjadi rujukan utama dalam ilmu ini seperti Imam Aljuwaini dan Imam Alghazali. 3. Mazhab ini merupakan mazhab pertengahan antara Ahlirra'yi dan Ahlilhadis. 4. Bilangan ulamak yang memberi khidmat serta mengembangkan mazhab ini di setiap tempat, sehinggakan kebanyakan mereka mencapai tahap ijtihad seperti Imam Assubki dan Assuyuthi. 5. Bilangan ulamak mazhab ini yang menjadi mujaddid setiap kurun juga ramai seperti Imam Syafie sendiri mujaddid kurun kedua, Imam Ibn Suraij mujaddid kurun ketiga, Imam Al-Ghazali mujaddid kurun kelima, Alfakhurrazi mujaddid kurun keenam, Ibn Daiqil 'Aid mujaddid kurun ketujuh, Assuyuthi kurun kesembilan dan Imam Alhaddad kurun kesebelas. 6. Banyaknya kitab yang ditulis oleh para ulamak dalam mentahqiq mazhab ini serta menguatkannya dengan dalil-dalil serta memudahkan para penuntut pada setiap zaman dalam lipatan sejarah. 7. Pengikutnya yang begitu ramai di merata tempat, tersebar dari Asia Tenggara, sehingga ke benua Hindi, negara-negara Parsi, Iraq dan Syam, kemudiannya Hijaz, Bahrain, Hadhramaut serta Yaman selain Mesir dan beberapa negara Afrika.

Penutup

Penulisan ini hanya bertujuan untuk menerangkan kepada khalayak serba sedikit pengetahuan asas tentang mazhab. Seperti mana yang diketahui umum, telah sepakat keseluruhan ulamak, akan kewajipan bertaqlid bagi seorang yang belum mencapai martabat ijtihad. Maka sewajarnyalah kita mengetahui mazhab yang kita ikuti dalam urusan agama.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk menyeru kepada taksub kepada sesuatu mazhab, tetapi ingin menyedarkan kita betapa bernilai dan mulianya setiap mazhab feqh yang empat di sisi Islam dan sumbangannya kepada Ummat Islam amnya. Tiada kecacatannya jika kita berpegang dengan sesuatu mazhab seperti mana ribuan para ulamak terdahulu yang berpegang dengan sesuatu mazhab.

Semoga virus tidak mahu bermazhab, memperlekehkan pendapat ulamak mazhab, takjub dengan diri sendiri sehingga menyangka pendapatnya lebih benar dari ulamak-ulamak tersebut, mudah menghina para ulamak dan ilmuan Islam, bersangka buruk dengan mereka yang menuntut ilmu agama serta guru-guru agama, serta 1001 lagi virus yang kini cuba disebarkan dalam masyarakat kita dapat dibendung dan dibenteras.

Page 6: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

Doa kita kepada Allah, moga disatukan hati-hati kita semua dalam kebenaran, dilimpahkan kita rahmat dan keberkatan-Nya, dicucurkan kita kebaikan dunia dan akhirat, digolongkan bersama Muqarrabin, dibangkitkan bersama para anbiya' dan solihin. Amiin.

Permulaan Kitab [2]by KITAB FATHUL QARIB on Saturday, January 9, 2010 at 1:55am

..kelanjutan dari note sebelumnya [permualaan kitab fathul Qarib ]

BISMILLAHI AR-RAHMANI AR-RAHIMIDengan menyebut asma Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka aku memulai (pembahasan) kitabku ini, dan lafadz ALLAH (الله) adalah sebuah nama bagi Dzat yang wajib adanya (wajibul wujud). Adapun lafadz “ar-Rahman” (الرحمن) itu lebih luas (maknanya) daripada lafadz “ar-Rahim” (الرحيم). Sedangkan lafadz (ALHAMDULILLAH) adalah sebuah pujian bagi Allah Ta’alaa dengan kebaikan untuk tujuan pengagungan, lafadz “RABBI” (Memelihara) maksudnya yang Maha Menguasai. “Al-‘Alamiyn”, dengan Lam yang dibaca fathah, adapun lafadz (‘Alamiyn), sebagaimana yang dituturkan oleh Imam Ibnu Malik, merupakan sebuah isim jama’ yang khusus untuk orang yang memiliki akal tetapi Jama’. Sedangkan kata mufradnya adalah ‘Alamun, dengan Lam yang dibaca fathah, karena sesungguhnya “Alamun” adl nama yang umum yang digunakan untuk selain Allah dan isim Jama’ Khas (jama’ yang khusus) hanya digunakan bagi orang yg berakal.

Page 7: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

Washallahahu wa sallam ‘alaa Sayyidina Muhammad an-Nabiy, artinya “semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada Sayyidina Nabi Muhammad”. Adapun lafaz “An-Nabiy” dengan menggunakan hamzah, dan jika dibuang hamzahnya, adalah manusia yang diberi wahyu dengan sebuah syariat, untuk dijalankan dan tidak diperintahkan untuk menyampaikan syariat tersebut. Adapun jika diperintahkan untuk menyampaikannya, maka dinamakan Nabi sekaligus Rasul. Mengenai makna “Washallahahu ‘alaa Sayyidina Muhammad an-Nabiy” maksudnya semoga Allah melimpahkan (mendatangkan) rahmat dan keselamatan kepada Nabi Muhammad SAW.

..dan lafadz “MUHAMMAD”, adl isim ‘alam yang dipindah dari isi maf’ul yang diberi tanda tasydid pada ‘ayn fi’ilnya. Sedangkan lafadz “an-Nabiy”, merupakan ‘badal’ dari lafadz “Muhammad” atau juga ‘athaf bayan dari lafadz “Muhammad”.

dan semoga (shalawat serta salam) tercurah kepada keluarga Nabi Muhammad yang suci, adapun mereka (alihi ath-thahirin) sebagaimana yang dituturkan oleh Imam asy-Syafi’I adl kerabat-kerabat Nabi Muhammad yang mukmin dari keturunan bani Hasyim dan bani Muththalib. Qilaa (sebagian pendapat ulama) yang telah dipilih pendapatnya oleh al-Imam an-Nawawi, sesungguhnya yang dimaksud dengan “alihi” adalah tiap-tiap Muslim, dan kemungkinan perkataan mushonnif ini tentang “ath-Thahirin” diambil dari firman Allah, “…dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” (QS. al-Ahzab ayat 33)

dan semoga (shalawat serta salam) tercurah kepada sahabat-sahabat Beliau SAW, adapaun lafaz “shahabatihi” adl jama’ dari lafadz “shabihin Nabiy”, dan perkataan mushannif tentang lafadz “Ajma’in/seluruhnya”, adl taukid (penguat) dari kata “shahabatihi”.

..kelanjutan dari note sebelumnya [permualaan kitab fathul Qarib]

Page 8: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

kemudian mushannif menuturkan, bahwa sesungguhnya telah diminta untuk menyusun kitab Mukhtashar, dengan berkata (sa’alniy ba’dla al-ashdiqa-i), artinya “sebagian sahabat-sahabatku telah meminta kepadaku”, lafadz Ashdiqa’ adl jama’ dari lafadz shadiq. dan juga perkataan mushannif, (hafidzahullahu ta’alaa), semoga Allah menjaga mereka –ashdiqa’-, ini adl jumlah yg bersifat da’iyyah (do’a).

maka aku (mushonnif) harus mengerjakan kitab Mukhtashar, adapun yang dinamakan Mukhtashar adl sesuatu yang lafadznya sedikit namun maknanya sangat luas. (fil Fiqh, didalam –menjelaskan ilmu- Fiqh), Fiqh menurut lughah (bahasa) adl al-fahm (paham), adapun menurut istilah adl ilmu hokum-hukum syara’ amali (yang berkaitan dengan perilaku mukallaf sehari-hari,-pen) yang dipetik dari dalil-dalil yang rinci (dalil tafshili).

(menjelasan ilmu fiqh) menurut pendapat Imam Madzhab, Mujtahid yang sangat agung, Nashiris sunnah wad Din (penolong as-Sunnah dan Agama) yaitu Abi Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafi’ asy-Syafi’iyah, dilahirkan di Ghaza pada tahun 150 Hijriyah dan wafat pada tahun 204 Hijriyah pada hari Jum’at akhir dari bulan Rajab –Semoga Allah senantiasa merahmati dan meridhoi beliau-.

dan mushonnif memberikan sifat pada Mukhtashar dengan beberapa sifat, diantaranya Ghayah al-Ikhtishar wa Nihayah al-Ijaz, adapun makna lafadz Ghayah dan Nihayah hampir sama yaitu ringkasan, demikian juga dengan lafadz Ikhtishar hampir sama dengan al-Ijaz. Sifat lainnya yaitu (Yaqrubu ‘ala muta’allim) mempermudah pelajar –yang belajar cabang-cabang ilmu Fiqh- dlm mempelajarinya, dan mempermudah bagi pemula untuk meresapinya, maksudnya bisa menghujam kepada hati bagi orang yang senang memahami (meresapi) mukhtashar dalam ilmu Fiqh.

Page 9: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

.. dan juga sebagian dari sahabat-sahabatku (mushannif) meminta kepadaku untuk memperbanyak kitab mukhtashar ini dalam beberapa bagian untuk hokum-hukum fiqhiyyah dan memperbanyak meringkas perkara-perkara yang wajib, sunnah dan yang lainnya.

Maka aku (mushannif) memenuhi permintaan sahabat-sahabatku sebagaimana yang telah disebutkan diatas untuk mencari pahala dari Allah subhanahu wa ta’alaa sebab adanya balasan daripada penyusunan kitab mukhtashar ini dan senang kepada Allah yang Maha Suci lagi Maha Tinggi yang telah memberikan pertolongan untuk menyempurnakan kitab mukhtashar ini dan telah memberikan taufik kepada kebenaran (Shawab), “shawab” adl kebalikan dari khatha’ (salah), karena sesungguhnya Allah maha Kuasa atas apa yang dikehendaki dan Maha lembut (belas kasih) lagi Maha mengetahui tingkah laku hamba-hamba-Nya.

Adapun yang pertama, diambil dari firman Allah, “Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya”, dan kedua dari firman-Nya, “dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”. Lafadz “lathif” dan lafadz “Khabir”, keduanya merupakan bagian dari nama-nama Allah, adapun makna dari yang pertama, adl Maha mengetahui terhadap perkara sekecil apapun dan perkara yang sangat samar, dan juga dikatakan dapat bermakna belas kasih kepada hamba-hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui mengenai hamba-hamba-Nya dan juga apa-apa yang diperlukan oleh hamba-Nya dan juga Maha belas Kasih terhadap hamba-Nya, adapun makna yang kedua (lafadz kedua), juga hampir sama dengan makna yang pertama dan dikatakan dalam sebuah ucapan, aku memberi tahu kepada seseorang – yaitu aku memberi khabar tentang sesuatu. Maka, dengan khabar itu aku “khabir” (tahu), maksudnya “’Alim” (mengetahui)

Kitab Ahkamu ath-Thaharahby KITAB FATHUL QARIB on Saturday, January 9, 2010 at 3:49pm

Alhamhdulillah kita sudah masuk pembahasan mengenai "Thaharah". Semoga apa yang kita pelajari dapat memberikan kemanfaatan, amin.

Page 10: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

Mushannif (pengarang kitab) rahimahullah berkata ;

Inilah kitab yang menjelaskan mengenai hokum-hukum thaharah (bersuci).

“Kitab” menurut bahasa, adl mashdar yang memiliki makna “adl-Dlamm” (berkumpul) dan “al-Jam’u” (berkumpul). Menurut istilah, adl nama untuk sebuah jenis dari beberapa hokum.

adapun “Bab”, adl nama untuk sebuah bagian dari bagian yang masuk berada dibawah jenis.

Dan “thaharah”, dengan huruf tha’ yang dibaca fathah, menurut bahasa berarti “an-Nadhafah” (bersih-bersih), adapun menurut syara’, terdapat banyak penafsiran mengenai makna thaharah, sebagian ulama mengatakan, (thaharah adalah) “suatu pekerjaan yang menjadi sebab diperbolehkannya shalat”, yang dimaksud adl wudhu’, mandi, tayammum dan menghilangkan najis.

adapun “thuharah” dengan tha’ yg dibaca dhomma, maka berarti nama untuk air sisa.

dan air merupakan alat untuk bersuci, maka mushonnif akan memulai bahasan mengenai macam-macam air. Maka mushonnif berkata, air-air yang boleh (sah) digunakan untuk bersesuci ada 7 macam air, (1) air langit, maksudnya air yang turun dari langit yaitu hujan.

Page 11: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

dan (2) air laut, yaitu air asin, (3) air sungai, yaitu air tawar, (4) air sumur, (5) air sumber (6) air salju (7) air embun. Dan berkumpul 7 air tadi dalam perkataan kalian, “air yaitu yang berasal dari langit maupun yang berasal dari bumi dimana sifat airnya masih asli ”

Kitab Ahkamu ath-Thaharah ; Pembagian Air 4 Macamby KITAB FATHUL QARIB on Thursday, February 18, 2010 at 2:15pm

"kemudian air-air tersebut (yang disebutkan sebelumnya) dibagi menjadi 4 macam, (1) air yg suci dengan sendirinya dan bisa mensucikan terhadap yang lainnya, tidak makruh dalam menggunakannya, air ini dinamakan air Mutlak dari tambahan yg tetap, dan tambahan yang jatuh tidak akan membahayakan, seperti air sumur yang berada didalam tempatnya, air sumur termasuk air mutlak. "

Page 12: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

"dan yang ke (2), air yang suci dengan sendirinya, bisa mensucikan terhadap selainnya (selain air) namun makruh menggunakannya untuk tubuh tapi tidak makruh untuk digunakan untuk pakaian, itu adl air Musyammas (yang dipanaskan), yaitu air yang dipanaskan karena terkena sinar matahari".

"dan sesungguhnya makruh menurut syara’ terhadap air yang dipanaskan didalam tempat yang dicetak kecuali tempat yang terbuat dari emas perak sebab emas perak itu murni. Adapun jika sudah dingin maka gugur hokum makruhnya, al-Imam Nawawi memilih berpendapat tidak makruh secara mutlak. Dan juga dimakruhkan air yang sangat panas dan sangat dingin".

"dan pembagian yang ke (3), air suci dengan sendirinya namun tidak mensucikan terhadap yang lainnya, itulah yang dinamakan air Musta’mal, yaitu air yang sudah digunakan untuk menghilangkan hadats dan menghilangkan najis namun tidak merubah (sifat) air dan ukuran air tidak bertambah setelah air tersebut terpisah dari benda yang telah dihilangkannya sesuatu yang ada dibenda yang dibasuh dengan air tersebut. Dan air yang berubah, maksudnya adl air yang berubah karena salah satu dari sifat air krn ada yang tercampur dengan sesuatu (benda) yang suci, sehingga menghilangkan kemutlakan nama air tersebut, maka air yang seperti ini adl suci namun tidak mensucikan, baik perubahan tersebut nampak maupun tidak nampak (dikira-kirakan), seperti air yang bercampur dengan benda yang sesuai dengan sifat air contohnya air mawar yang berbau, dan air yang sudah digunakan tapi tidak menghilangkan kemutlakan nama air, dimana perubahan air karena benda yang suci yang sedikit atau benda yang sesuai dengan sifat air dan diperkirakan ada perbedaan dan tidak membuat air tersebut berubah, maka benda tersebut tidak merusak terhadap sucinya air, jadi air tersebut mensucikan terhadap yang lainnya (bisa digunakan untuk bersuci)."

"dan (mushonnif) mengecualikan terhadap perkataan (mushonnif) tentang “Khalathahu (benda yang mencampuri), dari benda yang berdekatan dengan air, maka air tersebut tetap suci, namun jika ada

Page 13: Permulaan Kitab Matan Ghayah Wa Attaqrib

perubahan yang banyak, demikian juga berubah karena ada benda yang mencampuri, dimana pada air tersebut tidak terdapat banyak benda campuran, seperti lumpur, lumut dan benda yang memang ada didalam tempat air, juga tempat mengalirnya air dan juga perubahan yang terjadi karena lama didiamkan, maka air itu suci."

"dan pembagian air yang ke (4) air Najis, maksudnya air mutanajjiz , dibagi menjadi 2 macam ;"

"Pertama, air sedikit, yaitu air sedikit yang didalamnya terdapat najis, baik (sifat) air berubah maupun tidak, dimana air tersebut kurang dari 2 kulah, kecuali kemasukan bangkai yang tidak memiliki darah yng bisa mengalir jika bangkai itu dibunuh maupun hanya didiamkan, seperti lalat dan tidak (sengaja) diceburkan lalat kedalam air dan tidak membuat air berubah (sifatnya). Demikian juga dengan najis yang tidak terlihat oleh mata. Maka setiap bangkai dan najis tidak akan membuat najis kepada benda yang cair (air yang banyak). Dan juga dibedakan tentang “shuro”, yang dituturkan didalam banyak kitab yang lebih mumpuni."

"dan (mushonnif) memberikan isyarat mengenai pembagian yang ke-empat, mengenai perkataan (muhsonnif) yaitu ; atau air yang ada itu sebanyak 2 kulah atau lebih dari 2 kulah, maka air itu berubah walaupun sedikit atau pun banyak. "

"Dan yang disebut 2 kulah adalah kira-kira 500 rithl berdasarkan ukuran wilayah Baghdad, menurut qaul yang Ashoh. Adapun 1 Rithl dalam ukuran Baghdad menurut al-Imam an-Nawawi 820 Dirham dan 4/7 Dirham".

"Dan yang dituturkan (mushonnif) mengenai pembagian ke-(5) adl, air suci yang haram “thahir al-haram”, seperti berwudlu dengan air hasil ghasab (curian) atau dengan air yang disediakn untuk minum."