Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

33
8 Julai 2012/ 18 Sya’ban 1433 Kuliah Khas untuk Peniaga- Peniaga Ramadhan al-Mubarak 1433 Surau Al-Amin, Bandar Tun Husein Onn, Cheras, Selangor Usaha Halal & Baik Perniagaan Berkat

Transcript of Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Page 1: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

8 Julai 2012/ 18 Sya’ban 1433

Kuliah Khas untuk Peniaga-Peniaga

Ramadhan al-Mubarak 1433Surau Al-Amin, Bandar Tun Husein Onn,

Cheras, Selangor

Usaha Halal & Baik Perniagaan Berkat

Page 2: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

oleh

Ismail Bin AhmedMBA, ADBM, Dip. Translation, MMIM, Dip. Shariah, Dip. Arabic Language

Imam 3 Masjid Sg. Kembong Hilir, Bangi

& Guru Agama Bertauliah Wilayah

Persekutuan & Selangor

Page 3: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

بسم الله الرحمن الرحيمنحمده ونصلى على رسوله الكريم

Page 4: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Kemuliaan Usaha & Perniagaan Halal

Mencari rezeki yang halal

adalah wajib setelah menunaikan yang fardhu. Ath-Thabarani & Al-Bayhaqi

Tiada makanan yang lebih baik

daripada hasil usaha tangan sendiri.

Al-Bukhari

Page 5: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Kemuliaan Usaha & Perniagaan Halal

Mata pencarian terbaik adalah hasil perniagaan yang bersih dan hasil usaha sendiri

Al-Bazzaar & Ahmad

Antara sekian banyak dosa, ada dosa yang tidak dapat dihapus dengan pahala solat, sedeqah atau haji. Namun, ia dapat ditebus dengan susah payah dalam mencari nafkah.

Ath-Thabarani

Page 6: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Islam & Perniagaan Perniagaan adalah suatu

‘Ibadah Memenuhi Tuntutan Fardhu ‘Ain

Memenuhi Tuntutan Fardhu Kifayah

90% daripada sumber rizeki Mendatangkan keuntungan

di Duniadi Akhirat

Page 7: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A. bahawa Rasulullah S.A.W.

bersabda:

Wمين دوق األ التاجر الص Wديقين عW النبيينW وWالص Wم

دWاء Wه Peniaga yang jujur danوWالشamanah akan (berada di dalam syurga) bersama para nabi, para siddiqin

dan para syuhada

Page 8: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Para Sahabat Rasulullah SAW Yang Berniaga

Saydatina Khadijah, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, Zubair bin al-’Awwam, Shuhaib bin Sinan, Abu Dzar al-Ghiffari, ‘Uthman bin ‘Affan, Abu Bakar Al-Siddiq, ‘Umar Al-Khattab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu Maa’liq al-Ansari, Talhah bin ‘Ubaidullah .

Page 9: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Etika Perniagaan di dalam Islam

Page 10: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Maksud Etika

mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak

boleh dilakukan serta dipraktikan

Page 11: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Menguasai ilmu niaga Telah diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. pada

suatu ketika pernah menyuruh seorang lelaki membuat tinjauan di pasar. Beliau berkata kepadanya, jika ada sesiapa yang berniaga di pasar tidak mengetahui mengenai undang-undang jual-beli maka hendaklah kamu mengusirnya.

‘Umar r.a. sendiri sering membuat rondaan di pasar-pasar dan jika beliau terjumpa kedai yang baru dibuka beliau akan segera memeriksa sama ada tuan punya kedai tersebut telah belajar selok-belok perniagaan atau tidak. Jika belum beliau akan menyuruh peniaga berkenaan ke masjid untuk mempelajari ilmu perniagaan dan perdagangan terlebih dahulu.

‘Umar r.a. pernah merotan orang yang berniaga tanpa mengetahui hukum-hakam perniagaan sambil berkata: Tiada siapa pun dibenarkan berniaga jika tidak mengetahui mengenai riba.

Page 12: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

SYARAT-SYARAT BERJUAL BELI1. Produk yang dijual bukan najis seperti babi, arak dan sebagainya. Ini termasuk makanan yang diperbuat atau dicampur dengan salah satu daripada bahan yang najis walaupun sedikit. 2. Produk yang dijual hendaklah bermanfaat kepada pembeli. Tidak sah dijual seperti semut, beras sebutir dan sebagainya.3. Produk yang hendak dijual milik mutlak penjual sendiri dan bukan milik orang lain kecuali sekiranya dia diwakilkan untuk menjualkannya.4. Produk itu sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas seperti rupanya, warnanya, jumlahnya dan sebagainya.5. Hendaklah pembeli menerima suatu yang hendak dibelinya dengan sempurna.

Page 13: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Etika Niaga Islam1. Bebas dari Benda/ Aktiviti Haram2. Jujur & Amanah3. Memenuhi Janji4. Tidak Bersumpah Palsu5. Layanan Baik/ Tolak Ansur/ Ihsan6. Hutang Mesti di Lunas7. Pentingkan Kualiti8. Tiada Penindasan & Bersikap Adil9. Tiada Aktiviti Menyorok10.Tidak lalai dpd menunaikan ‘ibadah

Page 14: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

1. Bebas dari Benda/Aktiviti Haram

“Wahai orang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan cara yang batil, kecuali dengan berjual beli atas dasar suka sama suka…..” (An-Nisaa’:29)

Page 15: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Orang yang makan riba tidak akan bangkit di akhirat kelak melainkan seperti orang yang kerasukan syaitan. Keadaan mereka yang sedemikian adalah disebabkan mereka berkata bahawa jualbeli itu sama dengan riba. Pada hal Allah menghalalkan jual-beli tetapi mengharamkan riba. Al-Baqarah: 275

Siksaan terhadap pemakan riba

Page 16: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

daripada Nu’man Bin Bashir R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Perkara yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas, di antara

kedua-duanya itu terdapat perkara-perkara syubhat yang

tidak ramai manusia mengetahuinya

ن، وبينهما أمور مشتبهات ال يعلمهن ن وإن الحرام بي إن الحالل بيبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه، ومن قى الش اس، فمن ات كثير من الن

اعي يرعى حول الحمى بهات وقع في الحرام، كالر وقع في الشيوشك أن يرتع فيه، أال وإن لكل ملك حمى، أال وإن حمى الله

ه، وإذا محارمه، أال وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله، أال وهي القلب فسدت فسد الجسد كل

Page 17: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Kita hendaklah mengelak daripada perkara yang tidak halal

Tidak boleh

Diambil melalui jalan tidak halal

Kebaikan

Keuntungan

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Page 18: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

2. Jujur dan Amanah

Maksud Hadith Nabi SAW.Tidak halal bagi seseorang penjual sesuatu barang kecuali hendaklah dia terangkan mengenai mutu barang itu dengan sejelas-jelasnya dan tidak halal bagi orang yang mengetahui [aib pada barang itu] kecuali dijelaskannya.

Al-Hakim & Al-Bayhaqi

" Satu sungai di dalam neraka jahannam itu disediakan bagi orang yang hina. Mereka yang apabila membeli barangan dari orang lain mereka akan melebihkan sukatan atau timbangan untung mereka . Tetapi apabila mereka menyukat atau menimbang sesuatu yang mereka jual, dikurangkan sukatan atau timbangan. "

Page 19: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Peristiwa di zaman Nabi (s.a.w.)Sesuatu hari ketika Rasulullah sedang berjalan-jalan baginda terpandang seorang penjual makanan lalu baginda mendekatinya. Kemudian makanan tersebut disentuh dengan jarinya. Terasa oleh baginda, bahagian bawah makanan itu basah. Lalu baginda bertanya kepada penjual itu:

“Kenapa makanan ini basah?”

“Ia terkena hujan,” jawab penjual itu.

Baginda lantas berkata, “Kenapa tidak engkau letakkan yang basah di sebelah atasnya supaya pembeli mudah melihatnya?”

Rasulullah SAW menyatakan:Sesiapa yang menipu kami maka dia bukan dari golongan

kami (yakni baginda tidak mengaku bahawa orang yang menipu itu dari umatnya].

Page 20: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

3. Memenuhi Janji

34 : اإلسراء

Page 21: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

4. Tidak Bersumpah Palsu Ada tiga golongan manusia yang

Allah tidak sudi berkata, melihat atau menyucikan mereka pada hari kiamat; Diantara ialah orang yang menjual barang dagangan dengan sumpah palsu.

Muslim

Sumpah itu [memang] melariskan barang dagangan, tetapi menghilangkan keberkatan.

Al-Bukhari

Page 22: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

5. Layanan baik/tolak ansur/ihsan

البقرة : 263

Maksud Hadith:

Allah kasih kepada seseorang yang baik layanannya sama ada menjual, membeli atau membuat pembayaran

Al-Bukhari

Page 23: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

6. Hutang Mesti di Lunas

Maksud Hadith:Segala dosa orang yang mati syahid akan terhapus kecuali

hutang-hutangnya

Page 24: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Islam mengharuskan perniagaan secara hutang dengan syarat:

1.Tempoh yang tetap, jelas dan tidak meragukan.

2.Dicatat dengan jelas segala syarat.3.Dilantik pencatat untuk mencatatkan

semua urusan hutang piutang.4.Orang yang berhutang mesti

melafazkan syarat dan ketentuannya.5.Saksi mestilah menyaksikan perjanjian

(2 lelaki atau 1 lelaki & 2 perempuan).6.Pencatat dan saksi tidak boleh

dibebankan masalah berkaitan jual beli.7.Sebahagian harta sebagai cagaran

perlu diberi kepada pemberi hutang jika tiada pencatat.

Page 25: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

7. Titik Beratkan Kualiti Maksud Hadith:

Sesungguhnya Allah suka seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan itqan (berkualiti)

Abu Ya’ala & Ibnu Asakir

Page 26: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

8. Tiada Penindasan

المائدة : 8Maksud Hadith:

Bayarlah upah pekerja sebelum kering keringatnya.

Ibnu Majah & al-Tirmidzi

Page 27: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

9. Tidak Menyorok/ Menimbun Barang

Maksud Hadith:

Peniaga dikurniakan rezeki sedangkan penimbun barang (orang yang menyorok barang keperluan masyarakat dengan

tujuan untuk menaikkan harga) dilaknati Allah.

Page 28: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Menurut fuqaha, menimbun barang itu haram apabila:

1. Orang yang menimbun itu sengaja menunggu saat harga melambung tinggi supaya memperolehi untung yang banyak.

2 Kegiatan menimbun itu dilakukan pada saat orang ramai sangat memerlukan barang berkenaan, khususnya barang keperluan asasi. Tetapi jika barang yang ditimbun itu bukan merupakan keperluan maka hukumnya tidak berdosa.

Page 29: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

10. Tidak Lalai daripada Menunaikan ‘Ibadah

10 ::الجمعة

37النور :

Page 30: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

Penutup

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan

membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah

berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu

Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah

usahakan,” Al-A’araf : 96

Page 31: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

SESI SOAL JAWAB

Page 32: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik
Page 33: Perniagaan Berkat - Usaha Halal & Baik

أعلم واللهورحمة عليكم والسالم

وبركاته الله