Perniagaan & Hak Asasi Manusia

16
Perniagaan & Hak Asasi Manusia Persidangan Nasional tentang Tanah Orang Asal 6 7 November 2013 Dewan Tun Fuad Penampang, Sabah Mark Bujang Borneo Resources Institute (BRIMAS)

description

https://www.facebook.com/notes/jaringan-orang-asal-semalaysia-joas/resolusi-tanah-orang-asal/678593068848372

Transcript of Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Page 1: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Persidangan Nasional tentang Tanah Orang Asal6 – 7 November 2013

Dewan Tun Fuad Penampang, Sabah

Mark BujangBorneo Resources Institute (BRIMAS)

Page 2: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

PengenalanKebanyakkan aduan & konflik tanah adat OA

melibatkan syarikat-syarikat perniagaanHak asasi OA sering ditindas atas nama

pembangunanTanah dan hutan yang menjadi sumber

kehidupan OA dieksploitasikan oleh pembalakan, perladangan, perlombongan, pembinaan infrastuktur dsb.

Untung didahulukan, Rakyat dikemudiankanKesan terhadap OA, kehilangan tanah adat,

ancaman terhadap cara hidup, budaya & adat, permindahan secara paksa, diskriminasi semasa bekerja & mendapatkan perkhidmatan, pencabulan hak sivil & politik

Page 3: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Isu-isu utama konflik antara Perniagaan & Hak OA Hak OA ke atas tanah, wilayah & sumber tidak dihormati Polisi kerajaan lebih menitik-berat mengeksploitasi sumber asli

untuk tujuan komersial Tidak mengikuti prinsip mendapatkan Izin berasaskan Makluman

Awal, Bebas & Telus (Izin-MABT) OA dipaksa pindah / penempatan semula Eksploitasi tanah adat untuk membasmi kimiskinan Pembangunan tanah adat OA oleh syarikat-syarikat swasta atau

melalui JV Agensi kerajaan menjadi pemegang amanah hak OA untuk

membangun tanah adat cth: SLDB, LCDA, JAKOA Kurang atau tiada penglibatan OA dalam pengambilan keputusan Tersalah perwakilan (mis-representation) Koridor-koridor pembangunan cth: SCORE, SDC, NCER, IRDC &

ECER mengancam tanah adat OA Syarikat-syarikat swasta tidak menepati janji atau tidak

menunaikan tangungjawab sosial korporat (CSR)

Page 4: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Undang-undang negara yang mengakui hak OAPerlembagaan PersekutuanUndang-undang statut cth:- Akta Orang Asli 1954- Ordinan Tanah Sabah- Kanun Tanah Sarawak 1958Undang-undang “Common Law”Keputusan MahkamahAdat

Page 5: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Instrumen antarabangsa yang menyatakan hak OAUNDRIP- diterima pakai oleh MalaysiaILO Convention 169- belum diratifikasi

Page 6: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Hak kolektif OAHak penentuan diri sendiriHak ke atas tanah, wilayah dan

sumberHak kebudayaanHak untuk mendapatkan Izin-

MABT

Page 7: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Hak penentuan diri sendiri

Hak penentuan diri sendiri termasuk hak untuk OA untuk menentukan secara bebas status politik mereka dan bebas untuk mengecapi pembangunan ekonomi, sosial dan budaya mereka

Hak untuk mengamal dan memperkukuhkan sistem adat

Page 8: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Hak penentuan diri sendiri

Intipati hak penentuan diri sendiri ialah keizinan dan kawalan

Keizinan – kebebasan masyarakat untuk menyatakan ya atau tidak, bersetuju atau menolak mana-mana usulan, projek, program atau polisi, mana-mana aktiviti atau tindakan yang akan memberi kesan terhadap kehidupan individu OA dan kehidupan mereka di dalam komuniti mereka, dan di atas wilayah mereka yang merangkumi tanah dan sumber-sumber yang terdapat di sana

Page 9: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Hak penentuan diri sendiriKawalan- Lebih daripada mendapatkan kebebasan

untuk bertindak secara positif atau negatif kepada inisiatif-inisiatif orang lain

- OA harus boleh membuat keputusan mereka sendiri bekenaan model pembangunan yang mereka inginkan

- OA harus boleh memertabatkan kedaulatan kehidupan mereka sebagai sebuah komuniti, terhadap wilayah, tanah dan sumber-sumber di dalamnya

Page 10: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Hak ke atas tanah, wilayah dan sumber-sumberHak untuk memiliki, membangun dan

mengawal tanah, wilayah dan sumber-sumber yang OA miliki melalui kaedah pemilikan secara tradisi atau pendudukan atau penggunaan secara tradisi

Negara harus memperakui secara sah dan melindungi tanah, wilayah dan sumber-sumber tersebut

Tiada permindahan akan dilaksanakan tanpa mendapatkan Izin-MABT masyarakat OA terbabit

Page 11: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Prinsip Izin-MABTIzin: Masyarakat yang terlibat membuat

keputusan secara kolektif dan bebas setelah melalui proses pembuatan keputusan mereka sendiri

Makluman: Hak untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang mencukupi di dalam perkara pembuatan keputusan

Awal:Hak untuk melaksanakan proses pembuatan keputusan mereka sendiri berkenaan dengan mana-mana projek sebelum ia dilaksanakan

yang melibatkan masyarakat OA tersebutBebas: Proses pembuatan keputusan yang

bebas dari manipulasi, paksaan and pengaruh yang tidak wajar

Page 12: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Pendekatan Hak Asasi Manusia di dalam perniagaanKonsep pendekatan HAM di dalam

perniagaan masih baruKini kerajaan dan sektor perniagaan

mengakui kewujudan UNDRIP dan piawaian antarabangsa & skim pensijilan yang lain seperti RSPO, FSC, MTCC, VPA-FLEGT

Perlu diperbaiki dan ada komitmenCSR juga perlu diperbaiki & ada

komitmen

Page 13: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Prinsip-prinsip Panduan PBB berkenaan dengan Perniagaan dan HAM

Majlis HAM (HRC) bersetuju untuk menerima pakai Prinsip-prinsip Panduan PBB berkenaan dengan Perniagaan dan HAM pada tahun 2011

Sebuah piawaian dunia menyeluruh yang pertama

Mandat untuk “memberi perhatian khusus kepada mereka yang hidup di dalam situasi yang boleh menjejaskan kehidupan mereka” – seperti OA

Page 14: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Prinsip-prinsip PanduanKewajipan sedia ada kerajaan untuk

menghormati, melindungi dan memenuhi kebebasan asasi dan HAM;

Peranan perusahaan perniagaan sebagai badan-badan khas masyarakat yang boleh melaksanakan fungsi-fungsi khusus, harus mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dan untuk menghormati HAM;

Keperluan untuk menyelaraskan hak dan kewajipan supaya penyelesaian efektif yang wajar dapat dilaksanakan apabila hak-hak tersebut dicabuli.

Page 15: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

Syor-syor Kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan untuk

menggunakan pendekatan HAM di dalam projek pembangunan yang melibatkan tanah, wilayah dan sumber OA

Menerima pakai Prinsip-prinsip Panduan PBB berkenaan dengan Perniagaan dan HAM

Menitik-beratkan proses MABT di dalam perancangan dan perlaksanaan projek pembangunan

CSR yang bermakna untuk OA Syarikat-syarikat perniagaan mempunyai etika

perniagaan yang mengambil kira hak OA Masyarakat OA terlibat di semua peringkat

pengambilan keputusan OA harus diiktiraf sebagai pemegang hak dan bukan

dianggap sebagai pihak-pihak berkepentingan sahaja

Page 16: Perniagaan & Hak Asasi Manusia

TERIMA KASIH