Perniagaan Itu Ibadah: KOMPONEN PENGURUSAN...

download Perniagaan Itu Ibadah: KOMPONEN PENGURUSAN …hjzubair.blogspot.com/2010/02/normal-0-false-false-false...2015-09-16Berikut adalah beberapa komponen utama yg perlu anda urus dalam kehidupan/niaga

If you can't read please download the document

Transcript of Perniagaan Itu Ibadah: KOMPONEN PENGURUSAN...

Perniagaan Itu Ibadah: KOMPONEN PENGURUSAN DALAM PERNIAGAAN

Perniagaan Itu Ibadah

"Hingga Ketemu Allah"

About Me

Hj Zubair Shafie

Dream,Determination,Drive,Direction & Development.

View my complete profile

Followers

Visitors

Shoebuy.com Promotional Codes

Demi Masa

Blog Archive

2010

(5)

March

(1)

February

(1)KOMPONEN PENGURUSAN DALAM PERNIAGAAN

January

(3)

2009

(22)

December

(11)

November

(11)

Tazkirah

Wednesday, February 17, 2010

KOMPONEN PENGURUSAN DALAM PERNIAGAAN

Berikut adalah beberapa komponen utama yg perlu anda urus dalam kehidupan/niaga anda.

Komponen Pengurusan yg utama tersebut ialah :

Pengurusan Diri SendiriPengurusan Masa

Pengurusan Pasaran dan Klien

Pengurusan Operasi

Pengurusan Kewangan

Pengurusan System syarikat

Pengurusan Sumber luaran

Perinciannya :

Pengurusan Diri Sendiri- PERNIAGAAN DAN TAUKENYA (LEADERSHIP)

Komponen penting dalam perniagaan ialah;

a. Barangan (produk/servis)

b. Pelanggan,

c. Modal,

d. Pekerja (anda sendiri atau menggaji orang lain)

e. Sistem pengurusan syarikat anda. Tapi, komponen paling penting adalah peniaga itu sendiri (iaitu diri anda). Syarikat itu adalah tidak bermakna tanpa tuannya, barangan itu tidak bermakna jikalau tiada yg menjualnya, pelanggan mesti dijaga (semua itu mati), tetapi yg hidup untuk menjalankannya adalah diri anda sendiri/taukenya. Ada seorang kawan saya pernah berkata kita boss, apa perlu risau, kita buka perniagaan, cari pekerja, mereka akan jalankan perniagaan kita. Kita boleh jalan sana sini, keliling dunia. Kalaulah sesenang ini, ramai rakyat Malaysia dah kaya, memang banyak peluang perniagaan yg ada. Sebenarnya dimana-mana pun, untuk menjalankan sesuatu, mesti ada leadernya. Sebab itu Allah S.W.T. berfirman setiap kamu adalah pemimpin. Semua perkara mesti dipimpin.

Bagaimana berniaga bermaksud bagaimana pemimpin perniagaan itu hendak membawa perniagaannya.

Jadi, kualiti sebagai pemimpin adalah ciri utama untuk berniaga, antara ciri-cirinya ialah:

a. Berani

b. Berkeyakinan

c. Mahir dalam bidang yg nak diceburi

d. Berdisiplin

e. Berkerja kuat, lama kelamaan akan bekerja smart

f. Berkorban

g. Istiqamah (tidak putus asa)

h. Membuat perubahan kepada lebih baik (development)

i. Berinovasi (penambahbaikan kepada produk/servis)

Tapi, ramai yg bertanya saya, Katanya,saya mempunyai semua ciri diatas kecuali ciri (c) , saya baru nak mula berniaga, macamana nak mahir dlm bidang yg nak diceburi ni? . Saya akan mengulasnya dalam tahap-tahap pernigaan kelak.

2. Pengurusan Masa Pengurusan masa menjadi cabaran untuk semua manusia, samada ianya seorang menteri, professor, peniaga, eksekutif, suri-rumah,dll. Setiap orang mempunyai masa yg sama, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 30/31 hari sebulan. Kemahuan dan pengurusan boleh membuatkan seseorang mampu melakukan berbagai perkara. Bergantung kepada kemahuan, impian dan cita-cita maka mereka akan merancang dan mengurus masa dengan baik.

Saya ingin memberi contoh disini. Masa kecil-kecil dulu saya selalu bersama bapak saya pergi kekebunnya. Didalam kebun tersebut beliau menanam berbagai jenis pokok, kecil, sederhana dan besar. Ada pokok durian, pokok nangka, pokok rambutan, jambu, limau, ciku, mangga. Pokok sederhana seperti jagung, pisang, kacang tanah. Pokok kecil ialah sayur-sayuran seperti bendi, kacang panjang, terung, timun dan sawi. Inilah pengurusan orang-orang tua dulu. Mereka menanamnya dalam bentuk pengurusan. Menanam serentak, kerana setiap hari mereka keladang, sambil-sambil menanamnya, sambil menjaganya, membuang rumput, meracun, mengairi. Setiap hari sayur-sayuran boleh dipungut, kemudian jagung dan kacang boleh dipetik, kemudian setiap musim buah-buahan sudah boleh dimakan. Begitu juga dalam hidup/berniaga. Pengurusan yg baik boleh menghasil banyak perkara bila ianya dirancang, disusun dan dilakukan dengan baik. Sila rujuk artikel pengurusan masa pada pakarnya (kursus motivasi, buku-buku, majallah, akhbar, internet dll)

3. Pengurusan Pasaran dan 'Client' Untuk berniaga, anda mesti mempunyai pasaran barang-barang/perkhidmatan anda. Anda mesti membuat market survey untuk mengetahui dimana barangan yg anda nak jual dan kepada siapa. Contoh; Kueh tart sesuai dipasarkan untuk hari raya, kurma sesuai dipasarkan sebelum bulan Ramadan hingga pertengahan Ramadan, serunding sesuai pd musim haji, dll. Ada barangan bermusim dan ada barangan boleh dijual sepanjang tahun. Contoh, produk kesihatan boleh dijual sepanjang tahun, tetapi anda mesti tahu pasarannya iaitu golongan berpendapatan tinggi yg mementingkan kesihatan. Mengenal pembeli/individu (orang) juga menjadi factor penting dalam perniagaan, jikalau pembeli puas hati dengan produk kita, dia akan memberitahu orang lain, cara ini nampak remeh tetapi berkesan. Luangkan masa anda untuk mengenali pembeli, kebanyakan peniaga hanya hendak menjual barang tetapi tidak hirau/kenal akan pembeli. Jika produk anda tidak banyak beza (neach) dengan orang lain, maka anda patut utamakan perkhidmatan pelanggan. Manusia ada hati, jadi anda berniagalah dengan hati juga.

4. Pengurusan Operasi( pekerja,produk) Setelah anda ada produk dan pelanggan, maka anda perlu memperkemaskan operasi syarikat. Pelanggan akan meninggalkan produk anda jika ia lambat dihantar, kualiti tidak baik, harga tidak berpatutan atau, barangnya /perkhidmatan tidak sampai, lambat, tidak siap atau rosak. Pengurusan operasi ini juga banyak cabarannya, kerana semua ini adalah dijalankan oleh manusia, kecuali anda boleh menggunakan 100% machine (ini pun perlu manusia untuk maintain machine).

Ramai peniaga hanya mementingkan jualan, keuntungan, operasi pengeluaran syarikat sahaja, lupa untuk melihat faktor manusia ini. Lama-kelamaan syarikat tidak mampu bertahan kerana peningkatan kos dari tahun ketahun, tetapi tiada peningkatan efisien. Anda bukan berniaga seorang sahaja, ramai peniaga lain yg menawarkan perkhidmatan yg sama, harga berpatutan, perkhidmatan baik dll. Jadi cabaran persaingan membuatkan anda mesti meningkatkan mutu perkhidmatan dengan kos yang setara. Pengurusan manusia adalah sesuatu yg unik dalam perniagaan (juga kehidupan), dengan itu anda perlu ada kemahiran mengurus manusia atau mengadakan pengurusan ini (mengupah orang lain). Pengurusan produk juga tidak kurang cabarannya. Anda juga mesti memastikan produk anda up to date, manusia sekarang dinamik, jadi produk/servis anda juga perlu dinamik untuk menarik manusia yg dinamik.

5. Pengurusan Kewangan Ramai yg mengambil ringan tentang pengurusan kewangan syarikat, sedangkan tujuan utama berniaga adalah untuk mendapat keuntungan. Jikalau tidak tahu untung-rugi bagaimana anda hendak membuat sesuatu keputusan dalam perniagaan ? Contoh; perniagaan kedai runcit keluarga, setiap hari anda mendapat wang jualan, setiap hari anak datang ambil Rm2/ untuk belanja sekolah, isteri datang ambik RM 20/ nak beli makeup, suami ambik rokok sekotak setiap hari. Hujung bulan, tak cukup duit bayar gaji pekerja (mungkin diri sendiri pun takde gaji), tak boleh bayar bil-bil, sewa dll. Barang baru tak boleh diisikan semula dalam kedai kerana pembekal nak wang tunailama kelamaan kedai kosong, orang datang takde barang nak jual. Ini contoh betapa perlu mengurus kewangan perniagaan/syarikat. Tambahan lagi mengurus perniagaan berjuta-juta ringgit. Keputusan setiap hari perlu dibuat, jikalau tiada system untuk mengetahui aliran tunai syarikat, bagaimana nak membuat sesuatu keputusan.

Contohnya; banyak syarikat bumiputera menjalankan perniagaan kontraktor. Dapat projek berjuta-juta ringgit, hujung bulan overhead beratus ribu, pembayaran pekerja binaan 3 bulan tertangguh, perbelanjaan machine juga tertangguh, dapat wang pendahuluan beli kereta baru untuk pengarah, isteri-isteri dan anak, beli rumah dsbnya. Akhirnya bila semua yg sepatutnya dibayar ia tak membayarnya, kerja akan lewat, bila kerja lewat, kena denda dari klien, akhirnya projek ditamatkan(terminate). Wang masuk berjuta, rasa-rasa macam wang sendiri punya, sebenarnya mungkin 10% saja duit syarikat, yg lain semua perlu dibayar kepada peniaga lain. Sindrom ini banyak berlaku dalam perniagaan Melayu Malaysia.

Pengurusan dengan bank; Pertama kali anda berjumpa bank, hendak meminjam satu juta ringgit.Pegawai akan lihat anda atas-bawah, tersenyum simpul dan dengan sopan bertanya, Tuan ada akaun disini ? (Jawapannya sila jawab sendiri). Kemudian,sila bawa profail syarikat, salinan penyata akaun bank untuk 3 bulan lepas, aliran tunai projek, kembalikan borang permohonan yg telah diisi dsbnya. Selepas disediakan semua dokumen dan dihantar kebank, dalam semunggu anda pun pergi jumpa pegawai tersebut, dan bertanya bila permohonan akan diluluskan ?. Dia menjawab saya akan proses, selama 2 minggu dan hantar ke ibu-pejabat di Kuala Lumpur, disana bergantung pada giliran. Berapa lama giliran tu ?, Tanya saya. Lebih kurang sebulan jawabnya. Tungu punya tunggu sebulan, saya berjumpa lagi pegawai tersebut dan bertanya adakah permohonan saya akan berhasil. Dia berkata beri saya sebulan lagi. Saya pun bersabar dan selepas tunggu sebulan, saya jumpa dia lagi dengan jawapan yg sama, tunggu lagi sebulan. Lepas bulan ketiga saya pergi berjumpanya, didapati pegawai tersebut telah ditukarkan ketempat lain. Saya bertanya,siapa yg menggantikan pegawai tersebut, katanya pegawai baru belum dilantik, ahh.berapa lama pula Masyallah, apa akan jadi dengan projek yg saya dapat ni, apa boleh dibuat, masa berlalu, projek mesti dibuat dan diteruskan, wang tak adainilah scenario peniaga kita.

Iktibar dari kisah ini, maka perancangan awal perlu dibuat sebelum memasuki projek-projek bersaiz ini, dan hubungan dengan bank mesti dijalin dalam jangkamasa satu tahun sebelum mula meminjam.

Contoh pengurusan dan aktiviti yg perlu dibuat adalah :

a. Membina hubungan dengan bank

b. Membina diri anda

c. Membina syarikat anda

Penjelasan;

a. Membina hubungan dengan bank

i. Pertama buka akaun dicawangan mana berdekatan dengan anda atau cawangan yg anda kenal sesiapa disana yg boleh menolong anda.

ii. Berkenalan dengan credit officer

iii. Memperkenalkan syarikat anda, tujuan dan keadaan semasa syarikat iv. Memohon kredit secara berkala. Mula dengan jumlah yg berpatutan. Sesiapa pun tidak akan memberi pinjaman dengan jumlah yg terus-terus banyak, ianya akan bermula dengan jumlah bersesuaian dgn saiz syarikat anda sekarang. Jadi anda perlu berjinak-jinak dengan bank semasa anda tidak memerlukannya. Jangan pergi pada masa terdesak, orang yg terdesak tidak akan mendapat deal yg baik. Bila pinjaman yg pertama anda dah bayar dan tidak banyak masalah dengan bank, baru jumlah pinjaman seterusnya akan diberi. Dan juga seterus-seterusnya jumlahnya akan menaik.

b. Membina diri anda Faktor diri adalah utama dalam segala urusan. Dalam urusan bank, mereka melihat personaliti dan character anda. Walaupun syarikat yg meminjam, tetapi yg menjalankannya juga diri anda. Soalannya adakah anda bernilai 1 juta ringgit ? (jika nak pinjam 1 juta), Tanya diri anda sendiri. Tips; anda perlu berkeyakinan, kemas, terurus, tidak kalut, boleh menceritakan terperinci tentang operasi syarikat anda, tahu keseluruhan akaun syarikat anda, tahu baca audited akaun syarikat anda dll.

c. Membina syarikat anda. Pinjaman dilakukan atas nama syarikat, jadi keadaan syarikat mesti dalam keadaan baik untuk menanggung 1 juta tersebut. Maklumat syarikat akan dipantau oleh bank, mereka akan mengkaji keadaan syarikat melalui pihak luar dan mereka tidak hanya mendengar dari pihak anda sahaja.

Perkara yg perlu dibina oleh syarikat (yg dilihat dari pihak bank):

i. Audited akaun (selama 3 tahun berturut-turut)

ii. Jumlah baki akaun bank setiap bulan

iii. Aliran tunai syarikat

iv. Pengalaman-pengalam lepas. Dimana anda meminjam dan track record anda dalam membayar pinjaman tersebut.

v. Juga, mereka akan menganalisa akaun pribadi anda (pengarah syarikat)

6. Pengurusan Sistem Syarikat Bila perniagaan berkembang, anda memerlukan jumlah pekerja yg ramai untuk mengendalikan perniagaan anda. Mungkin sebelum ada pekerja atau seorang-dua pekerja, urusan syarikat adalah tidak memerlukan banyak dokumen. Bila pekerja ramai, system pengurusan dan operasi mesti dibina. Ia untuk memudahkan pengahihan kerja, kutipan bayaran, penghantaran produk dll. Tugas-tugas perancangan, pengurusan dan pemantuan perlu dilakukan oleh anda, jadi anda memerlukan lapuran dari pekerja-pekerja anda. Pengurusan ini memerlukan system untuk membantu anda. Pengurusan kewangan/akaun: Ia adalah pengurusan yg paling penting dalam perniagaan. Apa tujuan perniagaan jika anda tidak tahu untung/rugi. Anda perlu tahu aliran tunai dan akaun untung/rugi syarikat sebelum membuat keputusan, samada untuk membeli asset, melabur dll. Jika anda tiada data ini, bagaimana anda hendak membuat keputusan ? Jadi meneka keadaan syarikat adalah perbuatan yg tidak bertangung-jawab dan boleh membuatkan perniagaan anda dalam keadaan tertekan. Untuk membuat pinjaman bank atau mencari pelabur lain, mereka juga akan melihat faktor pengurusan kewangan ini. Maklumat ini akan ternyata dalam audited akaun dan penyata bulanan akaun anda. Perkara ini tidak boleh disembunyikan, kecuali anda menggunakan cara yg salah untuk berurusan dengan bank. Ingatkata- kata hikmat permulaan yg benar akan mendatangkan hasil yg benar atau permulaan yg benar sudah menentukan 50% kejayaan. Teringat contoh itik emas semasa bersekolah dulu. Seekor itik hanya boleh mengeluatkan sebiji telur emas dalam sehari (setelah dibesarkan dan dijaga dengan betul). Jika anda ingin mendapatkan lebih dari sebiji dalam sehari, ada tidak akan mendapatkannya, jika disembelih untuk mendapatkan seketul besar emas, ini kerja sia-sia, Jadi untuk mendapatkan banyak telur emas, anda perlu memelihara banyak itik dan menjaganya engan betul, Insyallah sunnahnya akan berlaku.

7. Pengurusan Sumber-sumber luaran yg berkaitan (pembekal, forwarder, sub-kontraktor, konsultant dll) Dalam perniagaan ada komponen pembekal, pengguna dan rangkaian maklumat. Semua sumber ini penting untuk memakmurkan syarikat anda. Contoh; pembekal untuk barangan mentah anda, jika anda menjaganya, maka dia akan juga menjaga perniagaan anda. Semua orang menjalankan perniagaan bertujuan mendapatkan wang, jika wang mereka tidak dibayar kepada mereka, maka hubungan perniagaan akan terhenti. Begitu juga sumber seperti kawan-kawan, persatuan anda, saudara dsbnya. Mereka ini memberi maklumat, pertolongan, nasihat dan sebagainya. Maka mereka ini juga perlu dijaga dan diappreciate untuk kesinambungan perniagaan anda.

Wallahuaklam

Posted by

Hj Zubair Shafie

at7:29 AM

1 comment:

Nur IkhsanApril 25, 2013 at 4:24 PM

Sangat memberansangkan penerangan ini, terima kasih, tuan

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)