Perpaduan Kaum

9
KEBERKESANAN LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN DAN MASYARAKAT DALAM USAHA MEMELIHARA PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI. 1.0 Pengenalan Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh sebab masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum, perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri.” Keadaan ini telah menunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Intergrasi national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah untuk mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan menyatupadukan seluruh negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni .

description

perpaduan kaum

Transcript of Perpaduan Kaum

Page 1: Perpaduan Kaum

KEBERKESANAN LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN DAN MASYARAKAT

DALAM USAHA MEMELIHARA PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI.

1.0 Pengenalan

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang

mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh sebab masyarakat

Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu

perkara yang mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan perpaduan di

kalangan masyarakat sering menghadapi masalah mendapat kerjasama masyarakatnya

yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai.

Secara umum, perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang

menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya

setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin

Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada

pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu

sendiri.” Keadaan ini telah menunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di

kalangan masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang

boleh menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah

negara yang aman dan maju.

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Intergrasi

national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat

melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan kebanyakan masyarakat,

terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah

negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan

rakyatnya.” Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses

menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai perbezaan

kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional.

Integrasi nasional Malaysia adalah untuk mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di

antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan menyatupadukan

seluruh negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni .

Page 2: Perpaduan Kaum

Keadaan ini telah menunjukkan bertapa pentingnya wujud perpaduan dan intergrasi

nasional di dalam konteks Malaysia. Maka kerajaan Malaysia dan masyarakat Malaysia

telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan usaha mencapai

perpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadi sebuah

negara aman dan maju.

2.0 Usaha Dan Strategi Kerajaan Dalam Memelihara Perpaduan Kaum.

Perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting bagi semua negara

bebas, merdeka dan berdaulat. Ia adalah satu jaminan yang terpenting bagi keutuhan

nergara dan pentadbirannya. Negara kita iaitu Malaysia merupakan sebuah negara yang

kompleks, bukan sahaja daripada struktur pemerintahannya tetapi juga dari segi

penduduknya yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan

beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan kaum di dalam negara. Usaha

dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan kaum di dalam negara

dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan

kebudayaan.

i. Politik

Sebagai sebuah negara persekutuan, Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri

dari pelbagai kaum dan kumpulan etnik yang berbeza dari segi agama, pekerjaan,

kebudayaan dan juga kepentingan-kepentingan lain. Oleh itu,tugas utama kerajaan kita ialah

mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat majmuk di negara ini dapat

hidup aman dan tenteram. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly

(2006) “satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus

atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas

pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya”. Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen

Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima

tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan

menjadi pemerintah negara. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok

Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi

berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen

adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai

Page 3: Perpaduan Kaum

kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu.”

Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi

yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik

yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India

yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan

Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan

intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari

pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri

daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan

pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam

konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan

Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional

akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan

perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National bukan lagi hanya

diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik kaum lain yang

pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah

Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di

bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta

menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.

ii. Ekonomi

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan

masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran

yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri

daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Ini telah menyebabkan

perpaduan kaum susah dipupuk. Jadi, satu proses perkembangan ekonomi iaitu Dasar

Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka oleh kerajaan Malaysia untuk membolehkan semua

kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan

Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar

Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk

menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu

pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan

serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula

supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30%

daripada jumlah hakmilik tersebut.” Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah

menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu

Page 4: Perpaduan Kaum

melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas

diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan

diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dasar Ekonomi Baru

ternyatalah amat berkesan dalam memupuk perpaduan kaum kerana dengan terhapusnya

perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam

kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi

Negara. Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung

telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia.

Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu

setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan

istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program

tertentu.

iii. Sosial

Negara Malaysia mempunyai rakyat dari pelbagai bangsa, keturunan, suku kaum

dan golongan etnik yang amat berbeza di antara satu sama lain. Penempatan, pekerjaan

dan kebudayaan yang berbeza telah menyebabkan perpaduan kaum di Malaysia susah

dipupuk. Jadi, bagi menghapuskan jurang perbezaan ini, kerajaan kita telah banyak

merangka dan melaksanakan program-program bagi mewujudkan perpaduan sosial di

kalangan kaum yang pelbagai ini. Program-program sosial telah ditumpukan kepada bidang

pendidikan, perumahan, kesihatan dan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan

raya, pembentukan persatuan-persatuan masyarakat dan sebagainya. Kerajaan juga

melaksanakan program penempatan semula yang boleh memberi peluang kepada semua

kaum untuk hidup bersama dalam suatu penempatan yang lengkap dan sempurna.

Program-program ini amat berkesan kerana apabila kaum yang berlainan hidup dalam suatu

penempatan yang sama, adat resam dan budaya kaum akan lebih mudah difahami dan

dihormati.

Selain itu, Rukun Negara penting dalam membina perpaduan kaum kerana ia

merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan

hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk

rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Menurut Yani Yahaya dan Mary

Tan Swee Ee (2004), “Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi

iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.”

Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu

melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-

Page 5: Perpaduan Kaum

prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem

kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan

mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan

masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan

menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke arah

perpaduan intergrasi nasional.

iv. Pendidikan

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “Pendidikan

adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di

kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah.” Ini adalah

penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa

depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat

pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk

perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956,

tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan sistem sekolah

berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Perpaduan masyarakat

melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang

sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta

Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Dasar

Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan

menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.” Kerajaan melalui

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat

perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti

Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Perkara 152 Perlembagaan

Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia

selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu.

Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan

penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa”

dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.” Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan

Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan

Page 6: Perpaduan Kaum

intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar

semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam

Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi

dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan

pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara percuma

kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya semua orang

mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan

membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar

lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk

memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan.

v. Kebudayaan

Menurut (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/) “Kebudayaan

merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi

Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara

yang stabil dan bersatupadu.” Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan

memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa

persefahaman, toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan

tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang

berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting

dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang

sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan

akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik

dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti

memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun

Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam

Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa,

kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat

mengenali budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan

perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan rakyat. Dengan ini, kita dapat tahu bahawa

Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini amat berkesan dalam menjadi titik pertemuan dan asas

perpaduan ke arah mewujudkan satu identiti nasional bangsa Malaysia.

Page 7: Perpaduan Kaum

3.0 Usaha Dan Strategi Sekolah dan Masyarakat Dalam Memelihara Perpaduan Kaum.

i. Sekolah

Sekolah juga memainkan peranan yang besar dalam memelihara perpaduan kaum.

Keadaan ini berlaku kerana sekolah merupakan asas kepada pembentukan seseorang

insan yang boleh mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Sekolah jenis

kebangsaan adalah lebih berkesan dalam usaha memupuk perpaduan kaum. Hal ini

demikian kerana dengan adanya sistem  pendidikan berteraskan kebangsaan yang bersifat

terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar,

hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid

berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di

sekolah rendah lagi, usaha  untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang

bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang

berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan

aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi

Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan.

Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya,

generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum

menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.

ii. Masyarakat

Aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memupuk

perpaduan. Hal ini demikian kerana aktiviti masyarakat merupakan aktiviti yang memerlukan

setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat

memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan

menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.

Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang

hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk

semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus

dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk

menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek

kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat

Page 8: Perpaduan Kaum

perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk

mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

4.0 Penutup

Intihanya, langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan dan masyarakat dalam

memelihara perpaduan kaum adalah sangat berkesan. Tetapi, perpaduan kaum di Negara

kita masih belum dalam keadaan yang stabil. Jadi, semua pihak perlu sedar akan

pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya,

sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan

menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan

tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai

usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk

yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya

perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan

dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak

sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.