Perpaduan M

download Perpaduan M

of 10

Transcript of Perpaduan M

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN________________________________________________________________

GURU DAN CABARAN SEMASA(EDU 3093)

________________________________________________________________

NAMA PELAJAR : NICHOLAS AMID

KUMPULAN/UNIT: PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2011

NO MATRIX: 6995

NAMA PENSYARAH : DR HJ NORDIN BIN BULA

TARIKH SERAHAN: 15 SEPTEMBER 2014

1

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:

Nama Penulis:NICHOLAS AMID

Tarikh:6 SEPTEMBER 2013

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUANiISI KANDUNGANiiPENGHARGAANiii1.0 PENGENALAN12.0 MORFOLOGI23.0 SINTAKSIS134.0 GRAFIK BIDANG KAJIAN MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU285.0 POLA AYAT DASAR, AYAT DASAR, AYAT TERBITAN DANPENERBITAN AYAT306.0 ASPEK BENTUK KATA, PROSES PEMBENTUKAN KATA DAN PENGGOLONGAN KATA367.0 RUMUSAN478.0 PENULISAN REFLEKTIF489.0 BIBLIOGRAFI50

PENGHARGAANSyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya peluang untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Sesungguhnya tanpa izin Tuhan pasti hasil kerja ini tidak mampu saya siapkan dalam masa yang telah ditetapkan Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah pembimbing kami Encik Dr Haji Nordin Bin Bula kerana telah memberikan kami tunjuk ajar yang telah banyak membantu saya dalam proses melengkapkan Kerja Kursus ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga saya kerana telah memberikan saya sokongan moral dan mental walaupun banyak kekangan yang berlaku atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Sesungguhnya tanpa mereka, saya tidak mungkin dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan kerja kursus ini. Budi baik anda adalah amat saya hargai dan tidak boleh dibalas.

1

1.0PENDAHULUAN

Kerja kursus EDU 3093 adalah salah satu kerja kursus bagi subjek Guru dan Cabaran Semasa yang mana bertujuan untuk menilai 3 hasil pembelajaran iaitu membincangkan tanda tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya, menganalisis punca ganguan emosi guru dan juga menyediakan pelan tindakan untuk menguruskan perubahan dalam bidang pendidikan.Objektif kerja kursus ini pula mengingikan pelajar untuk membuat nota dan pengurusan grafik pada bahagian bahagian tajuk yang sesuai berdasrkan tajuk di dalam tugasan kerja kursus ini. Selain itu, pelajar juga perlu membuat kajian pemerhatian dan juga mengumupul data atau maklumat berkaitan dengan emosi dan perubahan dalam pendidikan. Obkejtif kerja kursus yang terakhir ialah pelajar perlu menganalisis kajian tentang emosi, inovasi dalam pendidikan dan pengurusan perubahan dalam pendidikan.Dalam kerja kursus ini, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bagi tugasan bahagian pertama, pelajar perlu mencari atau mengakses maklumat berkaitan langkah langkah dalam menangani tekanan emosi yang dihadapi oleh guru dan juga murid di sekolah. Selepas itu, pelajar perlu menghasilkan satu penulisan ilmiah dan juga pengurusan grafik mengenai tekanan emosi yang dihadapi oleh guru sekolah umumnya dan guru serta murid khasnya. Bagi tugasan kedua pula, pelajar juga perlu mengkases maklumat berkaitan dengan cabaran inovasi dan perubahan yang sedang berlaku di dalam sistem pendidikan di negara kita pada masa kini. Selepas itu, pelajar perlu membuat satu penulisan ilmiah berkaitan dengan inovasi dan perubahan dalam bidang pendidikan dalam membentuk guru yang kreatif dan mempunyai inovasilatar. Akhir sekali, pelajar dikehendaki untuk membina atau menghasilkan satu bentuk persembahan powerpoint yang mempunyai kepanjangan 8 hingga 10 slaid untuk dibentangkan kepada kelas. Tugasan pembentangan powerpoint ini menjurus kepada analisis tentang pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan pada masa kini. Dalam pada itu, persembahan powerpoint tersebut juga perlu merangkumi tentang kesan inovasi dan perubahan pendidikan terhadapa sistem pendidikan di negara kita pada masa kini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Titik penilaian yang terdekat yang telah ditentukan oleh mantan perdana menteri sebelum ini iaitu Tun Dr Mahathir meletakkan tahun 2020 sebagai satu cabaran kepada seluruh rakyat Malaysia. Cabaran yang dilihat sangat relevan itu kemudiannya diteruskan dan dijadikan satu cabaran bagi perdana menteri yang seterusnya yang mana kini telah masuk ke perdana menteri yang kedua selepas Tun Dr Mahathir Mohammad. Dibawah kepimpinan perdana menteri yang terkini, sektor pendidikan juga mengalami perubahan bukan sahaja dalam bentuk infrastuktur malah dalam bentuk struktur pendidikan itu sendiri. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia dimulakan dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mana menggunakan pendekatan kesamarataan peluang kepada semua murid dan juga sekolah. Dalam pelan ini, banyak sekolah telah mendapat bantuan dari segi infrastuktur dan juga kursus peningkatan kualiti profesion keguruan telah dijalankan bagi mengurangkan jurang pendidikan yang berlaku di negara ini. Dibawah enam teras pendidikan yang dijalankan semasa pelaksanaan PIPP ini, pembangunan modal insan juga telah dititikberatkan dalam pelan yang mana sangat baik dalam permulaan pembangunan sistem pendidikan di sekolah yang mana bukan sahaja membangun dari segi infrastuktur semata-mata malah turut membangun dari segi individu. Malahan bukan sahaja murid yang mendapat kebaikannya, pihak guru dan juga sektor pengurusan pendidikan turut mendapat impak yang baik dibawah teras melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang mana membawa kepada penghargaan terhadap kecemerlangan guru dan pengurusan yang diberkan melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang mana telah ditambahbaik dan juga sistem kenaikan pangkat dan kenaikan gaji yang mana telah diperbaiki dan diperhalusi supaya dapat memberikan semangat kepada guru dan juga pihak pentadbiran yang lain.Teras stratergik PIPP yang kedua dan keempat itu sendiri telah membawa kepada cabaran kepada guru untuk membentuk modal insan dan juga merapatkan jurang pendidikan walaupun dengan kekurangan bahan dan alatan dengan cara yang berbeza tetapi masih memberikan pendidikan yang berkualiti dan bermakna tidak kira di tengah hutan pencakar langit, di pinggir kota, di perkampungan mahupun di dalam hutan yang tidak mempunyai akses jalan raya sekalipun agar mencapai matlamat PIPP itu sendiri iaitu pendidikan berkualiti untuk semua. Cabaran yang wujud semasa PIPP tidak berhenti selepas pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang akan dilaksanakan dari tahun 2013 hingga tahun 2025 malah semakin mencabar bagi para guru terutamanya.Secara logiknya, PPPM adalah satu penambahbaikan daripada PIPP dan juga satu lanjutan kepada perkembangan pembangunan pendidikan di Malaysia. Cabaran yang diberikan oleh PPPM adalah juga lanjutan daripada PIPP yang mana telah diperkemaskan lagi dan membawa kepada cabaran yang lebih spesifik iaitu perkembangan pemikiran murid yang mana memerlukan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dan juga satu perkara yang sangat penting iaiu inovasi yang mana akan meningkatkan nilai tambah murid yang mana akan secara tidak langsung membina modal insan yang berfikiran jauh untuk membina negara bangsa pada suatu hari nanti. PPPM yang turut terbina berdasarkan 3 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir dan juga kemahiran memimpin menyediakan murid dengan pemikiran yang berinovasi yang mana tidak didedahkan secara terus kepada murid pada zaman sebelum ini. Berbekalkan 11 anjakan dan juga 3 aspirasi murid yang telah digariskan di dalam PPPM, guru pada masa kini perlu mengubah cara pengajaran kepada sesuatu yang lebih membuka minda murid dan membawa kepada inovasi bukan sahaja didalam pengajaran guru semata-mata malah inovasi yang diterokai oleh murid itu sendiri. Cabaran yang terbina daripada PIPP dan dikembangkan lagi dalam PPPM ini sangat penting untuk perkembangan Malaysia untuk mencapai gagasan Wawasan 2020 yang ingin dicapai oleh negara kita Malaysia ini. Penting untuk diingati bahawa untuk mencapai Wawasan 2020 dalam zaman globalisasi ini adalah mencabar kerana kita bukan sahaja bersaing dalam negara Malaysia malah dengan seluruh dunia kerana kebanyakan sumber ilmu kini boleh diperolehi di hujung jari. Pendidikan Malaysia bertaraf dunia hanya boleh dikecapi jika sistem pendidikan di Malaysia mampu melahirkan modal insan yang mampu bersaing dengan modal insan di peringkat antarabangsa dan mengukir nama di persada dunia.

Cabaran inovasi yang dihadapi guru pada masa kini adalah cabaran untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam pelan pendidikan yang telah dirancang terutamanya. Cabaran untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran yang membina dan mengembangkan pemikiran murid menjadi kiritis, kreatif dan inovatif bagi membentuk modal insan yang setanding dengan murid-murid daripada luar negara. Pembelajaran dengan cara yang menarik perlu dijalankan oleh guru dengan membuat pembelajaran yang inovatif. Dalam erti kata lain, pembelajaran yang belum pernah dialami oleh murid. Murid mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Oleh yang demikian, sekiranya pengajaran yang disampaikan guru adalah menarik dan menghiburkan, perasaan ingin tahu murid akan meningkat dan membuatkan murid tersebut mendalami lagi tentang sesuatu yang telah diajarkan oleh guru tersebut. Melalui sikap ingin tahu ini, murid akan mengakses lebih banyak bahan seperti buku dan juga bahan internet yang mana selepas itu akan membuatkan murid akan melebihi tahap pengetahuan murid yang biasa dan kadang kala melebihi daripada apa yang ada di dalam kurikulum yang telah disediakan. Oleh yang demikian, guru perlulah menguasai apa yang diajarkannya dan menyediakan pengajaran yang lebih kreatif dan bukan seperti pengajaran kelas tradisional dimana murid hanya diberikan maklumat tanpa pemahaman yang tinggi dan juga aplikasi. Penggunaan bahan bantu yang menarik dan lebih mesra pengguna adalah sangat perlu dan penting untuk memberikan peluang untuk murid berkembang dengan lebih pantas dan mengembangkan pemikiran murid dalam cara yang berbeza dan pelbagai. Bukan sahaja melalui bahan sedia ada, guru perlu memberikan cabaran kepada murid untuk mengalami sendiri apa yang diajarkan adalah yang terbaik bagi setiap murid. Kerja rumah biasanya adalah berbentuk lembaran kerja atau di dalam buku aktiviti yang mana hanya melibatkan soalan yang telah diberikan dan tidak lebih daripada itu. Cabaran guru tidak habis setakat di dalam kelas. Cabaran guru dalam membentuk murid yang berfikiran kritis dan kreatif juga perlulah menjangkaui apa yang diajarkan didalam kelas. Kerja rumah dalam bentuk projek atau suatu tugasan yang kreatif adalah sangat baik dalam pembentukan pemikiran murid. Cabaran inovasi yang seterusnya adalah kesan ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah, rumah dan dimana sahaja. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik perbualan yang sering diperkatakan. Pendidikan abad ke-21 melakarkan cabaran demi cabaran yang sangat mencabar. Kewujudan alat komunikasi yang sangat pantas seperti cendawan selepas hujan juga boleh dimanfaatkan oleh guru. Kewujudan telefon pintar yang sedang pesat berkembang boleh dimanipulasikan oleh guru. Sebagai guru yang kreatif dan berinovasi, teknologi terkini perlulah digunakan dengan sepenuhnya untuk membuatkan murid tidak leka dengan permainan-permainan yang ada dan tidak menyalahguna kemudahan jalur lebar dan teknologi yang semakin hebat. Tugasan melalui laman sesawang atau melalui aplikasi bual(chat) boleh digunakan selain tugasan secara lisan dan juga lembaran atau bahan. Dalam melaksanakan anjakan ke-7 dalam PPPM iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pendidikan, guru juga boleh memberikan tugasan atau projek kepada murid dalam bentuk multimedia atau menggunakan ICT yang mana akan memahirkan murid dalam bidang ICT dan membawa murid kepada tahap pengetahuan tanpa sempadan dan juga tanpa batas. Tugasan atau projek dengan menggunakan ICT bukan sahaja mengembangkan pemikiran murid dan meningkatkan kemahiran ICT mereka semata-mata malah secara tidak langsung akan memberikan murid ruang untuk menilai dan menghayati nilai yang ada di alam maya yang mana mempunyai baik dan buruknya. Pada masa yang sama juga, kemahiran ICT ini bukanlah menjurus kepada murid sahaja malah kepada semua warga pendidik baik muda atau tua.Guru perlu menguasai kemahiran ICT lebih daripada murid. Penggunaan ICT yang menarik dalam pengajaran boleh membuatkan percambahan pemikiran yang lebih baik dan menarik. Selain itu juga, murid akan cuba menguasai kemahiran ICT disesbabkan prestasi guru yang baik dan ini akan membuatkan murid lebih terdedah kepada sumber ilmu yang lebih banyak di dalam laman sesawang yang berbeza dan murid akan menilai yang terbaik dengan bimbingan guru dan juga ibu bapa kerana tatkala berada di rumah mereka sendiri, ibu bapalah yang akan mengawal pergerakan anak-anak mereka. Dengan ini murid akan mencerap lebih banyak maklumat dengan usaha mereka sendiri dan bukannya mendapat maklumat atau kemahiran di dalam kelas sahaja. Tanpa menguasai kemahiran ICT, usaha kerajaan dalam memberikan pendidikan bertaraf dunia akan menjadi gajah putih. Laman sesawang Frog VLE yang berharga jutaan ringgit akan menjadi sia-sia jika tidak digunakan dengan sebaiknya oleh guru. Di bawah belanjawan 1 Bestari Net, Frog VLE ini adalah satu ruang maya dimana murid dapat mengakses bahan seperti nota dan latihan dan juga latihan interaktif yang disediakan oleh guru dan boleh diakses secara atas talian dan dapat diakses dari dimana sahaja. Jika guru hanya memberikan tugasan atau nota dalam bentuk penulisan atau soalan, laman sesawang yang sepatutnya menarik itu akan menjadi sia-sia dan membosankan. Oleh yang demikian guru perlulah kreatif dalam menyediakan bahan dan juga membuat kelaianan dalam pengajaran yang menjadikan lebih mudah untuk murid memahami inti pengajaran guru dalam suasana yang menarik.Guru berinovasi tidak bermaksud guru semata-mata. Anjakan ke-9 membawa kepada kerjasama mampan guru dan juga ibu bapa atau pihak sekolah dengan ibu bapa. Cabaran ini juga sangat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif oleh guru. Guru dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan murid melaksanakan dan memahami tugasan atau pengajaran yang diberikan dan diajarkan kepada murid. Ibu bapa boleh menjadi mata dan telinga guru di rumah dan sebaliknya apabila berada di sekolah. Dalam mencapai dan melaksanakan anjakan pendidikan ini, kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah sangat penting dalam menghadapi cabaran pendidikan berinovasi dan melaksanakannya. Menurut Buzan (2002), inovasi merupakan satu pendekatan dalam melakukan sesuatu yang baharu atau membaharui yang lama dengan cara atau jalan yang baharu. Bagi Syed & Ahmad (2013), inovasi pula merupakan pembangunan teknologi baharu atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Tatkala semua pihak menjalankan inovasi dalam bidang masing-masing seperti perubatan dan teknologi, bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam menjalankan inovasi dalam bahan dan amalan yang digunakan oleh guru dan murid. Inovasi ini adalah sangat penting dalam menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa yang terdapat dalam anjakan PPPM yang pertama. Guru perlu membuat inovasi dalam bahan dan juga amalan yang digunakan bagi menyahut cabaran anjakan PPPM yang pertama bagi memberikan peluang pembelajaran yang bermutu tinggi.Kesimpulannya, cabaran yang wujud dalam pelan pendidikan dan juga kemajuan teknologi akan terus membentuk dan merubah bahan dan amalan guru yang mana akan menjadi lebih kreatif dan berinovasi supaya tidak ketinggalan dek zaman dan melahirkan murid yang akan sentiasa dapat bersaing dengan murid lain di peringkat antarabangsa.