perpaduanEDU

20
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. [ Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan- sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung- agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah. Kaedah Membentuk Integrasi Kaum Di Sekolah 1

description

edu

Transcript of perpaduanEDU

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum

Perpaduanialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.[Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.Kaedah Membentuk Integrasi Kaum Di Sekolah

Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara kaum. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya semua kaum atau kaum berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau kaum dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.

Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan integrasi di antara kaum. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara kaum pada hari ini, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara kaum di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara kaum di sekolah. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya.

Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara kaum di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walau bagaimanapun masih banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara kaum di sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses integrasi di sekolah. Oleh pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara kaum yang terbaik.

Definisi Integrasi Dan Kaum

Kaum atauetnosdalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. MengikutKamus Dewan pula, kaum merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan kaum-kaum atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri di kalangan mereka.

Cara Memupuk Integrasi Kaum Di Sekolah

Memantapkan Lagi Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai kaum secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara kaum dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain.

Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai kaum yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana pada waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara kaum kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenarkan sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai.

Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an.

Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara kaum perlu disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.

Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan

Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan kaum tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.

Satu sistem persekolahan yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan kaum lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain.

Pendidikan juga dapat memupuk integrasi kaum di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara kaum di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang kaum.

Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan kaum perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan kaum hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan kaum.

Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara kaum Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh kaum Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah.

Pelajar-pelajar dari pelbagai kaum tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.

Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan kaum lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan kaum masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara kaum.

Perlaksanaan Sekolah Wawasan

Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antara kaum di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara murid yang berlainan kaum dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri disamping urusan pentadbiran dan penguruasan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan kaum menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap sekolah akan diwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai kaum walaupun berlainan aliran persekolahan

Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan pelbagai kaum, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara.

Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan kaum dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan kaum ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai kaum secara kerap dan ini mewujudkan integrasi kaum dengan cepat.

Perlaksanan Sekolah Satu Aliran

Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara kaum di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai kaum yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara kaum di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.

Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain kaum.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain kaum yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya kaum atau kaum lain.

Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara kaum yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman atau kaum pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.

Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau kaum akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai kaum yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai kaum demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.

Penutup

Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara kaum. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang kaum dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia.

Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara kaum di sekolah dengan berkesan.

Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara kaum. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan kaum tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara kaum di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara kaum. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi kaum terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Ini adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.

Senarai Rujukan:

Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,

Tanjung Malim.

Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,

Thinkers Library Sdn. Bhd, Selangor

Sanusi Osman, 1989, Ikatan Kaum dan Kelas di Malaysia, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996

Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25

Dewan Masyarakat, Januari 2001, m/s 50-51

Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.

Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.

Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13

CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGANPELAJARKata-katahikmatyangberbunyibersatuteguh,bercerairobohjelas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kepada sesebuah negara.Tanpa perpaduan, negara bukan sahaja tidak stabildan maju, malah akanmengalam ikeruntuhan.Sebagai contoh, pada awal kurun ke-16, oleh sebab perpecahan dalam kalangan rakyat, Kesultanan Melayu Melakasemakin merosot sehingga akhirnya ditawan oleh orang Portugis.Walaupun Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi dengan adanyaperpaduan,kitatelahberjayamencapaikemerdekaandaripada penjajahBritishtanpapertumpahandarah.Pemimpinpelbagaikaummenunjukkan semangat muhibah dan perpaduan yang tidak berbelah bahagisehingga berjaya meyakinkan pihak penjajah tentangkebolehan rakyat negarakita untuk mentadbirkan negara sendiri.Untuk memastikan negara kita terus majudan makmur, perpaduan rakyatmestidikekalkan.Satutempat yang sesuai untuk menyemaikanbenihperpaduan ialah sekolah.Pelajar yang menuntut di bawah satu bumbung harus disemaikansemangatmuhibahdanperpaduanagarapabiladewasa kelak,tenagamerekadapatdigemblengtanpamengirakaumuntukmembawa negara ke mercu kecemerlangan. Pengenalan Rukun Negara merupakan satu daripada usahakerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.Para pendidik hendaklahberusahasedayaupayaagarparapelajardapatmenghayatiprinsip-prinsip Rukun Negara danmengamalkan prinsip-prinsip dalam kehidupan sehari-hari . Perpaduan hanya dapat dipupuk sekiranya semua kaumberpeluang bercampur gaul dengan mesra.Oleh itu, guru dan pihak sekolah perlu merancang aktiviti-aktiviti untuk penyertaan pelbagai kaum. Sebagai contoh,guru boleh menetapkan kumpulan perbincangan yang terdiri daripadapelbagai kaum.Pihak sekolah pula boleh dari semasa ke semasa mengadakanprojek gotong-royong yang melibatkan pelbagai kaum.Aktiviti kokurikulumyang dilaksanakan sebaik-baiknya melibatkan pelbagai kaum agar interaksikaum dapat dicapai.Misalnya, pelajar Melayu dan India harus digalakkanmenyertai pasukan bola keranjangmanakala pelajar Cina dan Indiadigalakkan menyertai kelab sepak takraw.Peribahasa Melayu adamengatakan tak kenal maka tak cinta.Melalui interaksi antara kaum, kitadapat memahami adat resam dan pantang larang kaum lain dan seterusnyasikap prasangka terhadap kaum laindapat dikikis.Selain itu, dalam aspek pengajaran, setiap subjek yang diajarkan harusmenekankan nilai-nilai murniseperti hormat-menghormati,bertoleransi,bertolak ansur, dan bersopan santun.Jika semua kaum dapat mengamalkannilai-nilai murni ini, perpaduan pasti dapat dicapai.Kesimpulannya,perpaduankaummerupakankuncikemajuandankemakmuran negara.Langkah-langkah tersebut di atas harus dijalankandengan sungguh-sungguh danbukan sekadar melepaskan batuk ditanggaagar benih perpaduan dapat disemaikan dalam kalangan pelajar.Huraikan limalangkah ke arah menwujudkan perpaduan di kalangan pelajar.Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan.Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan.Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh birlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Dapat disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan perpaduan dikalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak yang lainjuga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.Rujukan:1.Bunn Nagara (2005).Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas.(Online).http://www.malaysia-today.net-04042.Sekolah Wawasan Lurah Bilut Berkesan.(Online).http://www.cikgu.net.my3.My Wawasan 2020.(Online).http://www.groups.msn.com.html4.Sekolah Wawasan. (Online).http://www.emoe.edu.myPAGE 9