Aplikasi Dlm Pembuatan

11
APLIKASI SISTEM PNEUMATIK DALAM TEKNOLOGI PEMBUATAN Pada masa kini, kebanyakan industri telah menggunakan pelbagai teknologi canggih dan berkembang dengan maju berikutan dengan kemajuan sains dan teknologi. Sistem pneumatik juga telah banyak digunakan dalam teknologi pembuatan di Malaysia. Dalam teknologi pembuatan ini, kebanyakan komponen-komponen pneumatik biasanya digunakan dalam sistem-sitem automasi dan juga pada pelbagai proses pengeluaran. Komponen-komponen tersebut biasanya dilakukan automasi pada proses-proses pengeluaran seperti pergerakan bahan, pembuatan komponen mesin, pemasangan serta digunakan juga pada sistem robotik. Di samping itu, bagi proses-proses pengeluaran yang dijalankan secara manual juga ada menggunakan alatan pneumatik untuk sistem-sistem kawalan dan keselamatan kerja. Perubahan daripada sistem manual kepada sistem pneumatik telah memberi kesan yang banyak kepada industri terutama dari segi kos, pengeluaran dan tenaga buruh. Gambarajah di bawah menunjukan perubahan dari sistem manual kepada sistem pneumatik. Gambarajah A. Gambarajah A menunjukkan kaedah mengangkat bahan kerja secara manual dari satu bahagian ke satu bahagian. Kaedah ini biasanya memakan masa yang agak lama.

Transcript of Aplikasi Dlm Pembuatan

Page 1: Aplikasi Dlm Pembuatan

APLIKASI SISTEM PNEUMATIK DALAM TEKNOLOGI PEMBUATAN

Pada masa kini, kebanyakan industri telah menggunakan pelbagai teknologi canggih

dan berkembang dengan maju berikutan dengan kemajuan sains dan teknologi. Sistem

pneumatik juga telah banyak digunakan dalam teknologi pembuatan di Malaysia. Dalam

teknologi pembuatan ini, kebanyakan komponen-komponen pneumatik biasanya digunakan

dalam sistem-sitem automasi dan juga pada pelbagai proses pengeluaran. Komponen-

komponen tersebut biasanya dilakukan automasi pada proses-proses pengeluaran seperti

pergerakan bahan, pembuatan komponen mesin, pemasangan serta digunakan juga pada

sistem robotik. Di samping itu, bagi proses-proses pengeluaran yang dijalankan secara manual

juga ada menggunakan alatan pneumatik untuk sistem-sistem kawalan dan keselamatan kerja.

Perubahan daripada sistem manual kepada sistem pneumatik telah memberi kesan yang

banyak kepada industri terutama dari segi kos, pengeluaran dan tenaga buruh. Gambarajah di

bawah menunjukan perubahan dari sistem manual kepada sistem pneumatik.

Gambarajah A.

Gambarajah A menunjukkan kaedah mengangkat bahan kerja secara manual dari satu

bahagian ke satu bahagian. Kaedah ini biasanya memakan masa yang agak lama.

Page 2: Aplikasi Dlm Pembuatan

Gambarajah B.

Gambarajah B pula menunjukkan kaedah dengan menggunakan kereta sorong beroda dua

(trolley). Bahan kerja masih lagi perlu diangkat satu demi satu dan harus dinaikkan dan

diturunkan dari trolley. Kaedah ini masih memakan masa yang agak lama tetapi lebih mudah

jika hendak dibandingkan dengan kaedah A.

Gambarajah C.

Gambarajah C pula menunjukkan kaedah yang menggunakan kereta tarik beroda empat untuk

mengangkat bahan kerja sekaligus. kaedah ini masih membebankan lagi pekerja namun

pelaksanaanya lebih cepat. Bahan kerja masih lagi perlu diselenggara secara manual.

Page 3: Aplikasi Dlm Pembuatan

Gambarajah D

gambarajah D pula menunjukkan traktor digunakan untuk menarik beberapa kereta tarik

sekaligus. Kaedah ini hanya mengurangkan masa dan usaha untuk memindahkan bahan kerja

tetapi tidak praktikal.

Gambarajah E

gambarajah E menunjukkan perubahan daripada menggunakan kereta tarik kepada sistem

conveyor (alatan pembawa). Conveyor ini akan menghubungkan dua bahagian kerja dan

kerja-kerja dapat dijalankan dengan cepat. Namun begitu kaedah ini masih memerlukan

pekerja untuk menaikkan dan menurunkan bahan kerja.

Page 4: Aplikasi Dlm Pembuatan

Gambarajah F

gambarajah F pula, ia menunjukkan sistem pneumatik digunakan untuk menaikkan dan

menurunkan bahan kerja dari conveyor. Sistem ini akan dikawal oleh seorang pekerja.

Dengan menggunakan sistem ini kerja-kerja di dalam sesuatu industri dapat dijalankan

dengan cepat dan berkesan disamping dapat menjimatkan tenaga buruh.

Perubahan daripada sistem manual kepada sistem pneumatik seperti dalam gambarajah

di atas telah banyak diaplikasikan di dalam teknologi pembuatan di Malaysia terutamanya di

dalam industri pembuatan. Ini kerana dalam industri pembuatan ia melibatkan bahan kerja

yang besar dan memerlukan sistem pengurusan bahan kerja yang cekap. Diantara industri-

industri yang mengaplikasi sistem pneumatik dalam proses pengeluaranya ialah:

1. Industri Petreloum

Digunakan untuk membantu peralatan diloji dan perkhidmatan yang biasa dimakmal

untuk industri kimia.

2. Industri Pembuatan Plastik dan Getah

a. Pengeluaran Plastik

Digunakan untuk mengawal sistem penghantaran bahan mentah dan pengagihan

serta pengoperasian injap.

b. Pemprosesan Plastik

Digunakan untuk melaras pusingan , operasi pemotongan, operasi alatan

keselamatan seperti pintu pada mesin dan loji, mesin pemotongan dan peralatan

kimpalan.

c. Pemprosesan Getah

Digunakan untuk alatan keselamatan, mengawal bagi menghubungkan alatan

pengangkut (conveyor) dan unit pengeluaran serta pengujian peralatan.

Page 5: Aplikasi Dlm Pembuatan

3. Industri Pembuatan Kertas

Digunakan untuk melaras pusingan, menekan gear dalam mesin kertas dan unit

longgokan.

4. Industri Pakaian

Diaplikasikan untuk injap bagi operasi pembersihan dan pengudaraan. Ia juga

digunakan untuk membantu peralatan dalam mesin jahit di industri dan pemotongan.

5. Industri Pembuatan Logam

Diaplikasikan untuk membantu peralatan dalam pusingan menggerigi, operasi dalam

mesin tuangan (casting), pemotongan dan menebuk.

6. Industri Automotif

Digunakan pada robot dalam pembuatan kereta. Robot telah membawa satu dimensi

baru dalam dunia pembuatan. Robot merupakan pengendali pelbagai kegunaan yang

boleh diaturcara dan mempunyai cirri-ciri kepandaian dan kebolehubahsuaian. Robot

ini digunakan untuk mengimpal bahagian-bahagian pada kereta.

Gambarajah dibawah menunjukkan mesin-mesin yang menggunakan sistem pneumatik yang

digunakan dalam proses pembuatan.

Milling Machine Drilling Machine

Page 6: Aplikasi Dlm Pembuatan

Milling and Drilling Machine CNC- Drilling-Tapping and Milling Machine

Milling and Cutting Machine

KEBAIKAN SISTEM PNEUMATIK DALAM TEKNOLOGI PEMBUATAN

1. Kos yang rendah dalam operasi

Sistem pneumatik berkos yang rendah dalam operasi kerana ia hanya menggunakan

udara sebagai tenaga untuk menggerakkan bahan kerja jika hendak hendak

dibandingkan dengan sistem-sistem yang lain seperti hidraulik dan elektrik.

2. Mengurangkan kos tenaga buruh

Penggunaan sistem pneumatik secara tidak langsung dapat mengurangkan kos tenaga

buruh. Tenaga buruh dapat diminimumkan kerana beberapa orang buruh sahaja akan

digunakan untuk mengawal sistem ini.

3. Memudahkan pergerakan bahan kerja.

Page 7: Aplikasi Dlm Pembuatan

Bahan kerja yang berat adalah lebih mudah dikendalikan berbanding menggunakan

tenaga manusia. Bahan kerja dapat dipindahkan dari satu bahagian ke bahagian yang

lain tanpa sebarang kesilapan.

4. Memudahkan kawalan proses pengeluaran.

Melalui sistem pneumatik ini, sebarang pengubahsuaian hanyalah berlaku pada sistem

ini sahaja. Sebaliknya, jika tenaga manusia digunakan pengubahsuaian perlu diikuti

dengan latihan.

5. Mengurangkan kerosakan pada produk akhir

Dengan menggunakan sistem ini, kerosakan pada produk akhir dapat dikurangkan

berbanding dengan menggunakan tenaga manusia.

6. Proses pembuatan yang lebih produktif dan berkesan.

Dengan menggunakn sistem ini, proses pembuatan menjadi lebih produktif dan

berkesan. Ini kerana proses pembuatan akan berjalan dengan lancar dan setiap bahan

kerja akan dihantar ke satu bahagian sepertimana yang ditetapkan.

7. Kepelbagaian pergerakan

Dalam sistem pneumatik ini pelbagai pergerakan dapat dihasilkan. Sebagai contoh

dalam pembuatan kereta, pelbagai gerakan yang dapat dihasilkan oleh robot untuk

mengimpal bahagian-bahagian pada kereta.

8. Mudah untuk diselenggarakan.

Sistem ini juga mudah untuk diselenggarakan berbanding dengan sistem-sistem yang

lain.

KELEMAHAN SISTEM PNEUMATIK DALAM TEKNOLOGI PEMBUATAN

1. Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkanya

Walaupun kos rendah dalam pengoperasianya tetapi sistem ini memerlukan kos yang

tinggi untuk menghasilkanya. Ini kerana banyak komponen yang terlibat untuk

menghasilkan sistem ini.

2. Menghasilkan pencemaran bunyi.

Sistem ini biasanya akan menghasilkan bunyi yang agak kuat ketika beroperasi. Ini

akan menyebabkan pencemaran bunyi. Selalunya penyenyap ataupun penyerap bunyi

akan dipasangkan bagi mengurangkan bunyi ini.

Page 8: Aplikasi Dlm Pembuatan

3. Kerosakkan kecil akan mengakibatkan seluruh pengeluaran dan pembuatan terhenti

Jika berlaku kerosakkan kecil ia akan mengakibatkan seluruh pengeluaran terhenti. Ini

akan melumpuhkan sistem pengeluaran dan seterusnya mengakibatkan kerugian

kepada industri.

4. Peralatan pada sistem pneumatik cepat mengalami kehausan.

Ini disebabkan kurangnya pelinciran antara komponen sistem tersebut yang bergesel.

Untuk mengurangkan masalah ini, sistem pneumatik memerlukan sedikit bahan

pelincir.

5. Memerlukan pembersihan udara. Ini kerana tidak semua udara yang dimampat itu

bersih. Jika udara yang dimampat itu kotor maka ia akan memberi kesan kepada alatan

yang akan digunakan.

KESIMPULAN

Aplikasi sistem pneumatik di dalam teknologi pembuatan khususnya di Malaysia telah

membawa satu dimensi baru. Ini kerana pengaplikasian sistem ini telah membawa banyak

kebaikannya dan dapat menyelesaikan masalah terutama dalam bidang pembuatan.

Pengaplikasian sistem ini tidak terhad kepada proses pembuatan secara besar-besaran

malahan proses pengeluaran yang berskala kecil juga telah menggunakan sistem ini dalam

proses pembuatannya. Pelaksanaan sistem pneumatik ini akan menjadi tren pada masa akan

datang khususnya di negara-negara maju yang menghadapi desakan penawaran tenaga buruh.

Desakan perubahan struktur permintaan dan persaingan pasaran yang memerlukan kecekapan,

cepat dan bolehubah (flexibel) turut menyumbang kepada penggunaan sistem ini. Malaysia

sebagai sebuah negara yang berwawasan untuk meningkatkan tahap persaingan dalam

teknologi pembuatannya sudah mula menceburi dalam sistem ini untuk bersaingan dengan

negara maju yang lain. Walau bagaimanapun, ianya haruslah diimplimentasikan secara

berperingkat agar mencapai pulangan yang optima.