Persekitaran Lebih Mempengaruhi Pembentukan Keluarga Bahagia

3
3.4 Pengaruh Persekitaran 3.4.1 Selain daripada baka, terdapat satu lagi pengaruh yang sangat dominan dalam mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. pengaruh tersebut ialah pengaruh persekitaran atau nuture . Memang tidak dinafikan bahawa baka memberi pengaruh, tetapi baka hanya mempengaruhi pertumbuhan, tidak perkembangan. Sedangkan persekitaran mempengaruhi kedua-duanya sekali. 3.4.2 Dalam Kamus Dewan (2009) terdapat beberapa takrifan diberikan dalam memberi makna kepada persekitaran antaranya ialah (i) kawasan di sekeliling sesuatu tempat, (ii) kawasan sekitar; (iii) konteks tempat sesuatu (masyarakat, organisma, fahaman, dsb) berkembang; (iv) (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yang menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya akan dapat hidup dalam persekitarannya itu dan cen- derung membiak dengan banyak; .(5) 3.4.3 Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula mendefinisikan peresekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. Manakala W. Edgar Vinacke mengatakan persekitaran itu ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. 3.4.4 Berdasarkan takrifan di atas, persekitaran merujuk kepada suasana di sekeliling individu yang meliputi (R) kawasan tempat tinggal (suasana yang aman) , sosioekonomi, sosiobudaya, (A) pergaulan (family & kawan & jiran) , (A) pendidikan (didikan dan asuhan) , pemakanan , (R) alam sekitar (keselamatan dan kesihatan) , rakan sebaya (jiran), media massa dan sebagainya. Suasana ini dialami setiap hari dari semasa ke semasa. Justeru sudah pastilah persekitaran memberi pengaruh yang sangat besar kepada pertumbuhan dan perkembangan individu.

description

sqwdsfghbn

Transcript of Persekitaran Lebih Mempengaruhi Pembentukan Keluarga Bahagia

Page 1: Persekitaran Lebih Mempengaruhi Pembentukan Keluarga Bahagia

3.4 Pengaruh Persekitaran

3.4.1 Selain daripada baka, terdapat satu lagi pengaruh yang sangat dominan dalam mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. pengaruh tersebut ialah pengaruh persekitaran atau ‘nuture’. Memang tidak dinafikan bahawa baka memberi pengaruh, tetapi baka hanya mempengaruhi pertumbuhan, tidak perkembangan. Sedangkan persekitaran mempengaruhi kedua-duanya sekali.

3.4.2 Dalam Kamus Dewan (2009) terdapat beberapa takrifan diberikan dalam memberi makna kepada persekitaran antaranya ialah (i) kawasan di sekeliling sesuatu tempat, (ii) kawasan sekitar; (iii) konteks tempat sesuatu (masyarakat, organisma, fahaman, dsb) berkembang; (iv) (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yang menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya akan dapat hidup dalam persekitarannya itu dan cenderung membiak dengan banyak; .(5)

3.4.3 Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula mendefinisikan peresekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. Manakala W. Edgar Vinacke mengatakan persekitaran itu ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

3.4.4 Berdasarkan takrifan di atas, persekitaran merujuk kepada suasana di sekeliling

individu yang meliputi (R) kawasan tempat tinggal (suasana yang aman), sosioekonomi, sosiobudaya, (A) pergaulan (family & kawan & jiran), (A) pendidikan (didikan dan asuhan), pemakanan,

(R) alam sekitar (keselamatan dan kesihatan), rakan sebaya

(jiran), media massa dan sebagainya. Suasana ini dialami setiap hari dari semasa ke semasa. Justeru sudah pastilah persekitaran memberi pengaruh yang sangat besar kepada pertumbuhan dan perkembangan individu.

Page 2: Persekitaran Lebih Mempengaruhi Pembentukan Keluarga Bahagia

Teori Hierarki Keperluan Maslow

3.4.7 Cara Didikan dan Asuhan

3.4.7.1 Cara seseorang individu itu dididik dan disauh juga merupakan elemen penting yang mempengruhi pertumbuhan dan perkembangannya. Didikan awal yang diterima oleh seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi tingah laku dan perkembangannya. Imam Al Ghazali, seorang tokoh pemikir dan sarjana Islam yang terkenal sangat menitik beratkan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau nenegaskan kanak-kanak perlu dididik sejak dilahirkan dengan nilai-nilai dan akhlak yang mulia. Melah beliau meletakkan syarat penjaga yang menjaga bayi hendaklah mempunyai akhlak mulia. Antara anjuran yang dikemukakan oleh Imam Al Ghazali dalam proses pendidikan kanak-kanak ialah menjauhi daripada rakan-rakan yang jahat untuk mengelakkan daripada terpengaruh, bersukan bagi menguatkan otot, tubuh badan dan menambah kecerdasan serta menyediakan peluang berehat selepas belajar.

3.4.7.2 Dr. Wayne Dennis dalam Dr Hassan Ali(1997), telah membuat satu kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan sekumpulan kanak-kanak yang dipelihara di tiga buah rumah anak yatim. Dalam kajiannya, sekumpulan kanak-kanak di bawah dua bulan dipelihara selama tiga tahun tanpa diangkat, kecuali semasa diberi makanan tidak boleh duduk dengan betul, malah tiada seorang pun yang boleh berjalan berbanding dengan kanak-kanak di rumah kedua. Sebagai pengukuhan, kanak-kanak dari rumah pertama tersebut dipindahkan ke rumah ketiga. Di sana mereka diberi rangsangan oleh pengasuh dan alat-alat permainan. Didapati kanak-kanak yang mundur dalam rumah pertama telah berkembang dengan pesatnya.

Page 3: Persekitaran Lebih Mempengaruhi Pembentukan Keluarga Bahagia

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ