Persekutuan Tanah Melayu

11
Persekutuan Tanah Melayu, 1948 Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu . Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka . Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi. Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri- negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi. Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan. Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi

description

persekutuan

Transcript of Persekutuan Tanah Melayu

Page 1: Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu, 1948

Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka. Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi. Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi. Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan.

Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi warganegara;

1. Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.2. Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam

Persekutuan selama 15 tahun terus-mencrus.3. Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan

atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.4. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu

serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.5. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua

ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.

Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya;

Page 2: Persekutuan Tanah Melayu

1. dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan

2. Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.

Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris dengan baik.

Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.

Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.

Penubuhan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah menimbulkan tentangan yang semakin menghangatkan lagi perkembangan politik di Tanah Melayu. Terdapat usaha-usaha yang dilakukan di beberapa buah negeri di Semenanjung yang hendak membebaskan dirinya dariapad Persekutuan Tanah Melayu. Antara gerakan pemisahan yang pernah berlaku ialah Pulau Pinang I (1948-1949), Pulau Pinang II (1953-1957), Johor dan Kelantan (1955-1956). Gerakan pemisahan Pulau Pinang dan Johor mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mengikut jejak Singapura dan berada terus di bawah pentadbiran British. Manakala gerakan pemisahan di Kelantan bertujuan untuk memulihkan keagungan agama Islam, bahasa Melayu dan adat istiadat Melayu (Kassim Thukiman, 2002).

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan

Beberapa langkah telah diambil oleh pihak berkuasa di Tanah Melayu untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu antaranya ialah memperkenalkan Sistem Ahli. Sistem ini telah dijalankan pada 1 Februari 1951. Sistem Ahli ialah satu sistem mini-cabinet dengan ahli-ahlinya bersifat ‘Menteri’. Mereka mengetuai beberapa jabatan yang diletakkan di bawah tanggungjawab mereka. Antara mereka yang dilantik memegang potfolio tertentu adalah seperti di bawah,

Page 3: Persekutuan Tanah Melayu

Jabatan Ahli Dalam Negeri Dato’ Onn Jaafar

Jabatan Ahli Ekonomi O.A. Spencer

Jabatan Ahli Pertanian &Hutan Tunku Yaakob Sultan Abdul Hamid

Jabatan Ahli Kesihatan DR.Lee Tiang Keng

Jabatan Ahli Pelajaran E.E.C. Thuraisingam

Jabatan Ahli Perindustrian J.D.Hodgkinson

Jabatan Ahli Tanah,

Perlombongan & Perhubungan Dato’ Mahmud Mat

Jabatan Ahli Perumahan dan

Kerjaraya J.D. Mead

Pihak British juga telah memulakan proses pilihanraya di Persekutuan Tanah Melayu. Peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Persekutuan Tanah Melayu pada suatu masa yang sesuai. Seorang sejarawan tempatan menyatakan kemahuan untuk mengadakan pilihanraya ini bukan dimulakan dan didesak semata-mata oleh Konvensyen Kebangsaan Perikatan UMNO-MCA. Ia adalah kesedaran semua pihak orang Melayu yang telah terlibat dalam gerakan nasionalisme, politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Semasa berucap merasmikan pembukaan Konvensyen Kebangsaan ini, Tunku Abdul Rahman telah meminta pihak British mengadakan pilihanraya peringkat Persekutuan. Menurut Tunku Abdul Rahman,

Pilihanraya pertama di Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada peringkat bandaran. Buat permulaannya pilihanraya Majlis Bandaran Pulau Pinang telah diadakan pada 1 Disember

“The people feel that it is time that they are given bigger roles to play in the political affairs of the country… I feel that independence of Malaya can only be brought about by constitutional changes and such constitutional changes can only be affected by a change in the Federal Legislature. There is no option left for us but to demand for an early election.”

Page 4: Persekutuan Tanah Melayu

1951. Dalam pilihanraya ini parti UMNO, Parti Radikal Pulau Pinang dan Parti Buruh Pulau Pinang telah bertanding. Parti Radikal Pulau Pinang telah memenangi enam daripada sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pilihanraya peringkat Majlis Bandaran berikutnya diadakan pada peringkat Majlis Bandaran Kuala Lumpur. Pada peringkat ini UMNO telah membentuk Perikatan dengan MCA. Keputusan pilihanraya ini memihak kepada Perikatan UMNO-MCA, di mana Perikatan UMNO-MCA telah memenangi sembilan kerusi daripada dua belas buah kerusi, dua kerusi dimenangi oleh IMP dan satu kerusi dimenangi calon bebas.

Penyelia pilihanraya T.E Smith telah mengumumkan penamaan calon bagi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ini akan diadakan pada 15 Jun 1955, manakala pengundian telah ditetapkan pada 27 Julai 1955. Proses pendaftaran pengundi telah dimulakan sejak 18 Ogos 1954 di seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali bagi Terengganu di mana pendaftaran hanya bermula pada 28 Oktober 1954. Pada pilihanraya ini telah ditetapkan pengundi mestilah berumur 21 tahun ke atas, bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu lebih enam tahun.

Calon yang bertanding pula seramai 159 orang, merebut 52 kerusi. Terdapat seorang calon wanita iaitu Cik Halimaton Abdul Majid yang bertanding di kawasan Ulu Selangor. Beberapa buah parti dan calon bebas telah bertanding dalam pilihanraya ini. Pilihanraya ini telah menjadi latihan kepada anak-anak tempatan untuk menimba pengalaman dan mengamalkan demokrasi.

PARTI YANG BERTANDING DALAM

PILIHANRAYA 1955

Nama Parti Melayu Cina India Jumlah

Perikatan 35 15 2 52

Parti Negara 29 1 - 30

Parti Islam Sa Tanah Melayu(PAS)

11 - - 11

Parti Kebangsaan Perak

8 1 - 9

Parti Buruh - 2 2 4

Liga Melayu Perak 3 - - 3

Page 5: Persekutuan Tanah Melayu

Parti Progresif Perak

1 - 1 2

Calon Bebas 16 1 1 18

Jumlah 103 20 6 129

Sumber : Smith, Report on the First Election of Members

to the Legislative Council of the Federation of Malaya,

1958:18

Agihan kerusi mengikut negeri adalah seperti berikut menurut laporan T.E. Smith, 1958. Report on the First Election of Members to the Legislative Council of the Federation of Malaya. Kuala Lumpur: Government Press.

Perak 10 KerusiJohor 8 KerusiSelangor 7 KerusiKedah 6 KerusiKelantan 5 KerusiPulau Pinang 4 KerusiNegeri Sembilan 3 KerusiPahang 3 KerusiTerengganu 3 KerusiMelaka 2 KerusiPerlis 1 Kerus

Page 6: Persekutuan Tanah Melayu

Keputusan pilihanraya tahun 1955 adalah seperti berikut,

KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1955

Nama Parti Calon Menang

Jumlah Undi

Peratusan

Perikatan 52 51 818013 79.6

Parti Negara 33 - 78909 7.6

PAS 11 1 40667 3.9

Parti Kebangsaan Perak

8 - 20996 2.0

Liga Melayu Perak

3 - 5433 0.5

Parti Progresif Perak

2 - 1081 0.1

Parti Buruh 4 - 4786 0.4

Bebas 18 - 31642 3.0

Sumber : Smith, Report on the First Election of Members

to the Legislative Council of the Federation of Malaya

1958:18

Pada bulan September 1955, Perikatan telah menghantar satu rombongan kemerdekaan ke London dengan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Beberapa siri perundingan dan persidangan telah diadakan di antara perwakilan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British. Hasil daripada perundingan ini, satu suruhanjaya perlembagaan dibentuk untuk merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu merdeka berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut,

i. Supaya kerajaan pusat itu kuat dan berkuasa ke atas kerajaan negeri.

ii.Kedudukan Raja-raja Melayu.

iii.Mengadakan seorang Ketua Negara yang dipilih daripada Raja-raja Melayu.

iii.Satu rupa bangsa bagi seluruh Tanah Melayu.

iv.Kedudukan Istimewa orang Melayu.

Page 7: Persekutuan Tanah Melayu

“Bagi memeriksa aturan2 perlembagaan yang ada di-seluroh Persekutuan Tanah Melayu dengan mengambil perhatian tentang kedodukan dan marwah Yang Maha Mulia baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan membuat shor bagi satu bentuk perlembagaan federal bagi seluroh negeri ini sebagai kesatuan yang merdeka, memerentah sendiri dalam Commonwealth yang di-asaskan atas democracy berparliament dengan dua majlis undangan…”

Suruhanjaya Perlembagaan ini merupakan sebuah badan bebas yang diketuai oleh Lord Reid, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perlembagaan. Anggota-anggotanya ialah Sir Ivor Jenning dari United Kingdom, Sir William Mackell dari Australia, Sir B. Malik dari India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya ini dilantik atas nama Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Yang Maha Mulia Raja-raja. Tugas suruhanjaya ini ialah,

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.

Page 8: Persekutuan Tanah Melayu

Cadangan Suruhanjaya Reid

Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua (berperanan seperti Gabenor).

Corak pemerintah telah dipersetujui untuk menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan.

Pindaan laporan Suruhanjaya Reid

Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah diterima.

Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas menganut agama sendiri.

Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.

Akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Page 9: Persekutuan Tanah Melayu

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu oleh

Tunku Abdul Rahman