Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10...

24
Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 3 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola Tampar Noor Dayana Abd Halim, Lee Boon Kiat, & Nor Farhah Saidin 3.1 PENGENALAN Perkembangan teknologi multimedia dilihat semakin memberi impak yang positif dan semakin mempengaruhi kehidupan kita, terutamanya dalam bidang pendidikan. Multimedia ialah gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, bunyi, animasi, dan video dalam bentuk perisian yang mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang interaktif dan pelajar pula boleh mencuba dan membuat perubahan seterusnya dapat mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran (Rosnaini et al., 2007). Menurut Zin et al., (2012) pengintegrasian teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilihat mampu meningkatkan prestasi pelajar ke tahap yang lebih baik khususnya pelajar yang lemah dalam akademik mereka. Dengan adanya elemen teknologi dan multimedia yang seimbang dalam sesebuah P&P, ia semestinya mampu membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di samping beberapa manfaat lain seperti pengurangan kos dan penjimatan masa (Mcvay et al., 2008). Namun, pengintegrasian yang dibuat hendaklah melalui proses pembangunan yang sistematik dan juga mengimplementasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, agar kesan yang diperoleh adalah lebih positif dan menggalakkan (Shariffuddin, 2009). Terdapat beberapa jenis media yang sering digunakan dalam proses pengintegrasian teknologi multimedia terhadap

Transcript of Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10...

Page 1: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3 Persepsi Guru Terhadap Reka

Bentuk Perisian Pengajaran

Kemahiran Bola Tampar Noor Dayana Abd Halim, Lee Boon Kiat,

& Nor Farhah Saidin

3.1 PENGENALAN

Perkembangan teknologi multimedia dilihat semakin memberi

impak yang positif dan semakin mempengaruhi kehidupan kita,

terutamanya dalam bidang pendidikan. Multimedia ialah

gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, bunyi, animasi, dan

video dalam bentuk perisian yang mampu menghasilkan gaya

pembelajaran yang interaktif dan pelajar pula boleh mencuba dan

membuat perubahan seterusnya dapat mengambil bahagian

secara aktif dalam proses pembelajaran (Rosnaini et al., 2007).

Menurut Zin et al., (2012) pengintegrasian teknologi multimedia

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilihat mampu

meningkatkan prestasi pelajar ke tahap yang lebih baik

khususnya pelajar yang lemah dalam akademik mereka.

Dengan adanya elemen teknologi dan multimedia yang

seimbang dalam sesebuah P&P, ia semestinya mampu membantu

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di samping

beberapa manfaat lain seperti pengurangan kos dan penjimatan

masa (Mcvay et al., 2008). Namun, pengintegrasian yang dibuat

hendaklah melalui proses pembangunan yang sistematik dan juga

mengimplementasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai, agar kesan yang diperoleh adalah lebih positif dan

menggalakkan (Shariffuddin, 2009).

Terdapat beberapa jenis media yang sering digunakan

dalam proses pengintegrasian teknologi multimedia terhadap

Page 2: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 46

P&P seperti audio, video, media interaktif serta perisian

berasaskan CAI (Computer Aided Instruction) (Guishen Yu,

2010). Menurut beliau, perisian berasaskan CAI adalah sebagai

alat yang digunakan oleh guru bagi mencapai matlamat, tujuan,

serta objektif yang telah ditetapkan oleh mereka diawal sesi P&P.

Perisian ini dibina sepenuhnya bagi kegunaan guru unutk

meningkatkan keberkesanan pengajaran itu sendiri selain

menjadikan ia lebih interaktif dan menarik untuk diterima oleh

pelajar.

3.2 SOROTAN KAJIAN

Penggunaan teknologi berasaskan komputer telah diaplikasikan

bagi menjadikan sesi P&P khususnya dalam kelas lebih mudah,

menarik dan interaktif (Omidinia et al., 2012). Terdapat banyak

modul interaktif telah dibina dan dibangunkan oleh penyelidik

terdahulu namun masih kurang yang memberi tumpuan terhadap

perisian multimedia yang interaktif bagi kegunaan guru untuk

mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, khususnya

bagi topik pembelajaran Bola Tampar (Xiang-Fu, 2009). Oleh

yang demikian, penyelidik ingin memberi fokus yang lebih

mendalam terhadap pembinaan dan integrasi perisian multimedia

bagi topik ini.

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan ke atas

pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya dalam melihat

keberkesanan pengintegrasian teknologi dalam sesi P&P,

terutamanya dalam subjek Pendidikan Jasmani. Sebagai contoh,

kajian yang telah dijalankan oleh Antoniou et al., (2003)

mendapati bahawa pelajar yang mengikuti sesi P&P berasaskan

perisian multimedia CAI dalam topik undang-undang Bola

Keranjang lebih cemerlang daripada pelajar yang mengikuti sesi

P&P secara tradisional.

Sebuah sekolah di Naperville, Illionois, iaitu Madison

High Junior telah mengimplementasikan teknologi dalam P&P

bagi subjek Pendidikan Fizikal mereka (Walker, 2006). Jelas

Page 3: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

47 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

Walker (2006), pelajar telah diminta untuk mencatatkan tahap

kecergasan fizikal mereka seperti keupayaan, tekanan darah,

komposisi badan, tahap kolestrol dan sebagainya menggunakan

sistem teknologi yang dibangunkan. Seterusnya, data yang telah

diisi menggunakan komputer akan dicetak dan dianalisis

bersama-sama dengan guru-guru mereka bagi memudahkan

proses merekodkan data dan menarik minat pelajar untuk belajar

dengan lebih mendalam khususnya dalam menentukan tahap

kesihatan tubuh badan mereka yang sebelum ini sering diabaikan

(Walker, 2006).

Di Malaysia juga terdapat beberapa perisian yang

dibangunkan bagi memudahkan pelajar untuk belajar subjek

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Antaranya ialah E-Sports

Courseware yang dibangunkan oleh Shariffudin et al., (2011)

bagi pengajaran kemahiran psikomotor. Perisian berasaskan CAI

ini telah membantu guru untuk mengajar dengan lebih berkesan

dan hasil kajian juga menunjukkan bahawa minat pelajar juga

semakin meningkat. Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa

kriteria perlulah diberi perhatian sekiranya sesebuah perisian

bagi tujuan P&P ingin dibangunkan agar dapat mencapai

matlamat serta objektif pembelajaran secara berkesan.

Oleh yang demikian, menurut Baharuddin et al., (2011),

perisian multimedia yang interaktif perlulah memenuhi lima

kompenan asas, iaitu teks, video, audio, animasi dan grafik serta

hendaklah disesuaikan dengan matlamat pengajaran dan

pembelajaran. Kesemua elemen ini hendaklah diintegrasikan

dengan baik agar mampu mewujudkan interaksi yang seimbang

antara perisian yang dibina, guru dan juga pelajar. Berikut adalah

lima garis panduan yang disenaraikan oleh Baharuddin et al.,

(2011) dalam membangunkan sebuah perisian multimedia.

(i) Pembangun perisian hendaklah menentukan terlebih

dahulu jenis media yang ingin digunakan dan haruslah

sesuai dengan kemahiran serta mampu mencapai matlamat

pembinaan perisian.

(ii) Pembangun hendaklah menentukan objektif P&P dan

Page 4: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 48

memilih modul yang sesuai untuk diintegrasikan dalam

perisian yang ingin dibina.

(iii) Kandungan mata pelajaran hendaklah dirangka serta

diolah kembali agar ianya lebih menarik dan lebih

interaktif. Sebagai contoh, isi kandungan yang ingin

dimuatkan ke dalam perisian hendaklah ringkas, padat

serta mudah difahami dan tidak diambil secara

menyeluruh daripada isi kandungan buku teks. Pembinaan

isi kandungan juga hendaklah dibahagikan kepada aras-

aras tertentu seperti aras mudah, sederhana dan sukar.

(iv) Pemilihan bentuk interaksi antara perisian dengan

pengguna hendaklah ditentukan sesuai dengan isi

kandungan agar pembelajaran berlangsung dengan lebih

bermakna.

(v) Aktiviti hendaklah dirancang dan dimuatkan ke dalam

perisian seperti kuiz dan latihan agar setiap pengajaran

yang telah dijalankan boleh diulang kembali oleh

pengguna.

Lima prinsip di atas adalah antara asas yang perlu diberi

perhatian oleh pembangun sesebuah perisian sebelum mereka

memulakan proses pembangunan agar ianya dapat menepati

kehendak pengguna dan selaras dengan objektif pembelajaran

yang dirancangkan. Terdapat banyak lagi faktor lain yang harus

ditekankan seperti siapakah pengguna, apakah ciri-ciri pengguna,

dan lain-lain perkara yang harus ditentukan sebelum sesebuah

perisian multimedia dibangunkan.

3.3 METODOLOGI KAJIAN

Perancangan yang sistematik perlu dititikberatkan

sebelum perisian pembelajaran dibangunkan. Bagi tujuan ini,

pembangun memilih model ADDIE sebagai model instruksi bagi

membangunkan perisian pembelajaran topik Bola Tampar dalam

subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Umumnya, model ini

Page 5: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

49 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

mengandungi lima fasa utama, iaitu Analisis (Analysis), Reka

Bentuk (Design), Pembangunan (Development), Perlaksanaan

(Implementation) dan Penilaian (Evaluation). Model ini dipilih

berdasarkan kepada kesesuaiannya dalam proses pembinaan

sesuatu yang baru (Clinton dan Hokason, 2011; Bahrudin et al.,

2011). Selain itu, model ini juga mudah diikuti dan mempunyai

komponen yang tersusun dari satu fasa ke satu fasa yang lain.

Turutan yang bersistematik ini menjadikan proses pembangunan

perisian menjadi lebih teratur dan terancang. Pengubahsuaian

juga dapat dilakukan di setiap fasa agar pembangun dapat

membangunkan perisian untuk mencapai matlamat yang

dirancangkan.

3.3.1 Fasa Analisis (Analysis)

Daripada dapatan kajian terdahulu, pembangun mengenal

pasti bahawa pelajar yang kurang bermotivasi semasa sesi P&P,

khususnya bagi topik Kemahiran Bola Tampar apabila buku teks

digunakan oleh guru. Pelajar mempunyai kesukaran untuk

mempelajari tiga kemahiran utama dalam permainan bola

tampar, iaitu Spike, Digging dan Serve. Pembelajaran tradisional

yang hanya berpandukan buku teks yang mempunyai gambar

statik menyukarkan pelajar untuk melihat dengan lebih jelas tiga

kemahiran ini dengan teknik yang betul.

3.3.2 Fasa Reka Bentuk (Design)

Di peringkat ini, pembangun menentukan teori

pembelajaran serta media yang digunakan untuk diintegrasikan

dalam perisian agar matlamat yang ditetapkan di awal kajian

tercapai. Tiga fasa reka bentuk, iaitu reka bentuk interaksi, reka

bentuk antaramuka dan reka bentuk informasi telah dijalankan

dalam fasa ini. Di akhir fasa ini, satu carta alir dan juga papan

cerita bagi perisian telah dihasilkan sebagai panduan semasa

Page 6: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 50

proses pembangunan.

3.3.3 Fasa Pembangunan (Development)

Semasa fasa ini, pembangun membangunkan perisian

dengan memindahkan setiap maklumat yang telah direka bentuk

dari carta alir dan papan cerita ke dalam bentuk digital. Bagi

tujuan pembangunan, beberapa perisian telah digunakan

sebagaimana dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1 Diskripsi penggunaan perisian Perisian Diskripsi Penggunaan

Adobe Flash CS3 Perisian Adobe Flash CS3 digunakan untuk

membangunkan perisian multimedia ini. Perisian

ini juga membolehkan pembangun membina

beberapa butang interaktif dan butang hyperlink

untuk navigasi dalam perisian.

Adobe Photoshop CS6 Perisian ini digunakan untuk mengolah grafik

serta mereka bentuk latar belakang perisian.

Sound Forge 9.0 Perisian Sound Forge 9.0 digunakan untuk

membuat suntingan bunyi bagi menarik perhatian

pengguna dengan elemen bunyi yang sesuai

dengan isi kandungan. Elemen bunyi juga

digunakan sebagai tindak balas terhadap tindakan

pelajar ke atas perisian multimedia ini.

AVS Video Editor AVS digunakan untuk membuat suntingan kepada

format video.

3.3.4 Pelaksanaan (Implementation) dan Penilaian

(Evaluation)

Pembangun telah menjalankan fasa pelaksanaan dan

penilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka bentuk

informasi, navigasi dan antaramuka perisian ini. Dapatan kajian

telah dibincangkan dengan lebih lanjut di sub topik 3.4.3.

Page 7: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

51 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

3.4 DAPATAN KAJIAN

3.4.1 Aplikasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam

Perisian

Menurut Baharuddin et al., (2002), konstruktivisme boleh

diterjemahkan oleh individu yang dapat menjana sesuatu

pengetahuan baru mereka sendiri dengan membandingkan

maklumat dan pengetahuan sedia ada mereka. Mereka

menyatakan bahawa terdapat beberapa prinsip konstruktivisme

yang boleh diintegrasikan ke dalam perisian khusus untuk

meningkatkan pemahaman pengguna. Selain itu, mereka juga

berpendapat bahawa sesuatu perisian yang baik harus

berkembang mengikut prinsip-prinsip pedagogi. Jadual 3.2

menerangkan prinsip-prinsip teori konstruktivisme yang

diintegrasikan dalam perisian yang telah dibangunkan.

Jadual 3.2 Prinsip-prinsip teori pembelajaran Konstruktivisme

yang diintegrasikan dalam perisian Prinsip Konstruktivisme Implementasi dalam Perisian

Kandungan perisian hendaklah

berstruktur dan mudah untuk

difahami

Kandungan telah disusun secara

berasingan mengikut kemahiran dan

setiap kemahiran tersebut disertakan

dengan video yang menerangkan

langkah-langkah secara terperinci, nota

mudah dan gambar-gambar sebagai

panduan untuk mempelajarinya.

Perisian yang dibangunkan

berdasarkan kepada pendekatan

yang mengetengahkan pelajar

Kandungan dalam perisian kursus ini

adalah tidak linear, bermaksud

pengguna bebas untuk memilih topik

pelajaran mengikut kehendak mereka.

Perisian terdiri daripada aktiviti

yang sahih

Video yang diintegrasikan ke dalam

perisian adalah daripada video yang

dirakamkan semasa sesi permainan

bola tampar yang sebenar yang jelas

menunjukkan tiga jenis kemahiran yang

utama dalam permainan ini, iaitu Spike,

Digging dan Serve.

Page 8: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 52

Perisian ini perlu direka untuk

memudahkan proses ekstrapolasi di

kalangan pengguna

Gambar dan video bagi setiap

kemahiran bola tampar dapat membina

pengetahuan pengguna kerana gambar

dan video yang digunakan adalah

dirakam dan diambil daripada pemain

bola tampar yang berpengalaman.

3.4.2 Paparan perisian kursus

Perisian yang dibangunkan menekankan tiga jenis

kemahiran asas bola tampar, iaitu Spike, Digging dan Serve yang

diterangkan dalam bentuk video. Rasional penggunaan video

adalah untuk menunjukkan secara jelas tiga kemahiran ini

dengan gambaran situasi sebenar. Selain itu, penjelasan tentang

peraturan bola tampar juga disertakan bersama-sama dengan

beberapa video dan gambar sebagai demonstrasi kepada langkah-

langkah untuk melaksanakan kemahiran tersebut. Berikut adalah

reka bentuk paparan perisian bola tampar yang telah

dibangunkan.

3.4.2.1 Paparan Ruangan Utama

Dalam perisian ini, gambar bola tampar digunakan sebagai

latar belakang bertujuan untuk memberi gambaran kepada

pengguna bahawa perisian ini dibangunkan khusus untuk

pembelajaran kemahiran bola tampar. Terdapat tiga menu utama,

iaitu Info, Skill dan Exercise pada paparan menu perisian (rujuk

Rajah 3.1).

Page 9: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

53 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

Rajah 3.1 paparan utama perisian

3.4.2.2 Paparan ruangan Info

Pada ruangan Info, terdapat dua pilihan, iaitu Rules &

Regulations dan Equipments (rujuk Rajah 3.2). Walau

bagaimanapun, dalam bahagian Rules & Regulations, terdapat

empat sub topik yang menerangkan tentang anatomi gelanggang,

corak permainan, sistem skor dan penggunaan bola untuk

permainan sukan bola tampar (rujuk Rajah 3.3).

Page 10: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 54

Rajah 3.2 Halaman Info

Rajah 3.3 Halaman Rules of the Game

Page 11: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

55 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

3.4.2.3 Paparan Ruangan Skill

Dalam ruangan ini, terdapat tiga menu untuk setiap

kemahiran bola tampar, iaitu Spiking, Serve dan Digging (rujuk

Rajah 3.4). Sebagai contoh, apabila pengguna memilih menu

Serve, pengguna akan terus dibawa ke halaman yang mempunyai

penerangan dan video untuk kemahiran tersebut. Walau

bagaimanapun, sebelum pengguna boleh menonton video yang

disediakan, pengguna akan diberikan maklumat berkaitan teknik

untuk melakukan kemahiran tersebut. Gambar di sebelah kiri

penerangan akan membolehkan pelajar melihat dengan jelas

posture badan seperti cara memegang bola, sudut ketinggian

tangan dan sebagainya (rujuk Rajah 3.5).

Rajah 3.4 Halaman Skill

Page 12: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 56

Rajah 3.5 Halaman Service

Setelah selesai penerangan yang diberi pengguna akan

diperkukuhkan dengan tayangan video yang disediakan (rujuk

Rajah 3.6). Video yang disediakan mempunyai kelajuan normal

pada kali pertama tayangan dan seterusnya pada kali kedua dan

ketiga, gerak perlahan digunakan. Hal ini bertujuan untuk

memberi pengguna gambaran jelas bagaimana kemahiran

tersebut dilakukan semasa bermain bola tampar. Selain itu,

terdapat bar navigasi di sebelah kiri yang bertujuan untuk

memudahkan pengguna untuk melayari halaman bagi kemahiran

lain pada bila-bila masa (rujuk Rajah 3.5 dan Rajah 3.6).

Page 13: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

57 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

Rajah 3.6 Demonstrasi video

3.4.2.4 Paparan Ruangan Exercise

Perisian ini juga turut mempunyai ruangan latihan di

bahagian Exercise (rujuk Rajah 3.7). Latihan tersebut bertujuan

menilai tahap pemahaman pengguna terhadap subjek bola

tampar. Pengguna boleh klik pada butang Start untuk memulakan

sesi latihan. Bagi setiap jawapan yang betul, perisian ini akan

menunjukkan paparan "Congratulation, your answer is correct"

(rujuk Rajah 3.8). Sebaliknya, paparan "Sorry, your answer is

wrong" akan tertera apabila pengguna memberikan jawapan yang

salah.

Page 14: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 58

Rajah 3.7 Halaman Exercise

Rajah 3.8 Maklum balas kepada soalan

Page 15: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

59 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

3.4.3 Penilaian terhadap perisian

Proses penilaian terhadap perisian ini telah dijalankan

terhadap 10 orang guru subjek Pendidikan Jasmani. Penilaian

dibuat berdasarkan persepsi guru terhadap reka bentuk informasi,

navigasi dan antaramuka perisian ini. Jadual 3.3, 3.4 dan 3.5

menunjukkan dapatan kajian yang diperoleh di mana setiap

bahagian reka bentuk (informasi, navigasi dan antaramuka)

tersebut mempunyai 10 item soalan yang dianalisis secara kaedah

analisis deskriptif iaitu min. Instrumen yang telah digunakan

adalah soal selidik yang mempunyai jumlah sebanyak 30 item

dan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.

3.4.3.1 Analisis Deskriptif untuk Reka Bentuk Informasi

Setiap item yang telah dijawab telah dinilai dan dianalisis

menggunakan min. Jadual 3.3 menunjukkan nilai min setiap item

dan juga purata min keseluruhan untuk reka bentuk informasi.

Merujuk Jadual 3.3, nilai min yang diperoleh bagi setiap item

menunjukkan nilai min yang lebih daripada 4.00. Hal ini

menunjukkan guru-guru bersetuju dengan kebanyakan

pernyataan yang diberikan. Nilai min yang tertinggi yang

dicatatkan oleh guru ialah 4.90 iaitu bagi item nombor 1 dan 2.

Walaupun semua item mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu

melebihi 4.00 tetapi, nilai skor min terendah dicatatkan oleh item

bernombor 9. Secara keseluruhannya, purata min yang dicatatkan

adalah tinggi, iaitu 4.51.

Page 16: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 60

Jadual 3.3 Min reka bentuk informasi

No. Item Min

1 The content meets the goals and objectives 4.90

2 The content is structured in a clear and

understandable manner 4.90

3 The content is easy for users to understand 4.60

4 The content is enough to inform users about

volleyball skills 4.30

5 The vocabulary is relevant to learners’

ability 4.50

6 The content is presented through a variety

of methods (graphic, text and video) 4.40

7 The content is able to maintain users’

attention throughout the courseware 4.30

8 The video is able to enhance the level of

understanding of volleyball skills 4.50

9 The video demonstrates relevant

content/skills to users 4.20

10 The content is able to increase the

knowledge of volleyball to the users 4.50

Purata Min 4.51

3.4.3.2 Analisis Deskriptif untuk Reka Bentuk Navigasi

Daripada data yang dipaparkan dalam Jadual 3.4, purata

min yang dicatatkan ialah 4.37 Nilai ini menunjukkan bahawa

guru-guru berpuas hati dengan navigasi perisian ini. Walaupun

nilai purata min menunjukkan nilai min yang tinggi tetapi

terdapat dua nilai min dari item 4 dan 5 mencatatkan nilai min

kurang dari 4.00. Nilai min yang tertinggi pula dicatatkan oleh

item ke-10, iaitu dengan nilai min 4.9.

Page 17: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

61 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

Jadual 3.4 Min reka bentuk navigasi No. Item Min

1 The button is easy to understand 4.60

2 There is a content map key to ease seeing

the list of options available 4.60

3 The courseware has consistent tools for

navigation 4.30

4 It is easy to find the button for moving

forward and backward in a lesson 3.90

5 The courseware can be exited at any time 3.90

6 The instructions in this courseware are clear 4.40

7 The help button is useful to explain the

function of each button 4.20

8 The user is able to access the menu page at

any time 4.20

9 The courseware is easy to navigate with

buttons 4.70

10 The button (link) is free from error 4.90

Purata Min: 4.37

3.4.3.3 Analisis Deskriptif untuk Reka Bentuk Antara Muka

Dalam pembinaan perisian, reka bentuk antara muka yang

baik dapat memberi keselesaan kepada pengguna untuk belajar

menggunakan perisian. Secara keseluruhan, purata min guru

mencatatkan nilai 4.25 yang menunjukkan bahawa guru berpuas

hati dengan reka bentuk antara muka perisian ini. Nilai min

tertinggi dicatatkan oleh item nombor 5, iaitu bersetuju bahawa

video mempunyai kebolehan untuk meningkatkan mutu

penyampaian sesuatu maklumat. Selain itu, terdapat tiga item

yang menunjukkan nilai min kedua tertinggi, iaitu nilai min 4.50.

Nilai tersebut menunjukkan bahawa guru bersetuju tulisan dan

grafik dalam perisian ini dikombinasikan dengan baik, saiz dan

jenis serta kualiti font yang digunakan pada skrin perisian ini

Page 18: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 62

juga sesuai dan jelas. Sebaliknya, item nombor 9 mencatatkan

nilai min paling rendah, iaitu hanya sebanyak 3.20, iaitu guru

kurang bersetuju dengan kualiti audio yang diintegrasikan dalam

perisian ini (Rujuk Jadual 3.5)

Jadual 3.5 Min reka bentuk antara muka

No. Item Min

1 Screen is well laid-out with a combination

of texts and graphics

4.50

2 Effective use of colors and design elements 4.30

3 The design uses proper fonts (style and size) 4.50

4 The presentation of information can attract

the attention of users

4.00

5 The quality of the image is clear 4.50

6 The use of graphics support meanings to the

text

4.40

7 The video enhances the presentation of

information

4.60

8 Video is suitable with the information

provided

4.30

9 Sound is good in quality 3.20

10 The integration of multimedia features

(graphic, text, video and audio) is well

coordinated

4.20

Purata Min: 4.25

3.5 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang

diperoleh dengan lebih lanjut. Perbincangan ini dimulakan

dengan dapatan kajian bagi persepsi guru terhadap reka bentuk

informasi perisian ini. Dapatan kajian meunjukkan bahawa guru

bersetuju reka bentuk informasi perisian ini sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran bola tampar. Purata keseluruhan

min yang dicatakan, iaitu 4.51 menunjukkan bahawa kebanyakan

Page 19: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

63 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

guru bersetuju bahawa kandungan perisian ini mencapai objektif

utama perisian ini, iaitu untuk mengajar pengguna tiga

kemahiran asas bola tampar (Spike, Digging dan Serve). Selain

itu, nilai min tertinggi dari bahagian ini, iaitu 4.90 menunjukkan

bahawa guru bersetuju kandungan perisian ini adalah berstruktur,

jelas dan mudah difahami. Menurut Jamalludin et al., (2001),

untuk membangunkan sesuatu perisian dan menyampaikan

informasi kepada pengguna, reka bentuk dan cara untuk

menyampaikan informasi melalui perisian itu mestilah dipilih

dan direka terlebih dahulu agar informasi dapat disampaikan

kepada pengguna dengan jelas.

Bagi dapatan kajian persepsi guru terhadap reka bentuk

navigasi perisian ini, purata min yang dicatatkan ialah 4.37.

Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa

navigasi perisian ini adalah mudah dan dan tidak menyesatkan

guru semasa mereka menggunakannya. Jamalludin et al., (2001)

menyatakan bahawa kebolehupayaan sesuatu perisian itu untuk

beinteraksi dengan pengguna menunjukkan kualiti sesuatu

teknologi itu dalam sistem multimedia. Pernyataan ini turut

disokong oleh Baharuddin et al., (2001) yang menyatakan

bahawa perisian yang baik akan memberi kemudahan kepada

pengguna untuk mengawal kandungan perisian yang digunakan.

Oleh yang demikian, pengguna akan lebih mudah memahami

kandungan perisian tersebut. Guru juga berupaya untuk

meningkatkan pengetahuan secara langsung apabila mereka

mengajar menggunakan perisian bola tampar ini. Oleh itu,

dapatan kajian menunjukkan bahawa guru berpuas hati secara

keseluruhannya dengan reka bentuk navigasi perisian ini kerana

reka bentuk navigasi yang disediakan mudah difahami dan

membenarkan pengguna untuk melawati ke semua topik dengan

mudah.

Selain itu, guru berpuas hati dengan reka bentuk antara

muka perisian ini dengan nilai purata min yang tinggi, iaitu

sebanyak 4.25. Hal ini menunjukkan bahawa guru bersetuju

video yang mempersembahkan kemahiran bola tampar dapat

meningkatkan proses dan kualiti pengajaran. Dapatan kajian ini

Page 20: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 64

menunjukkan bahawa, nilai min paling rendah ialah sebanyak

3.20, iaitu guru kurang bersetuju dengan kualiti audio di dalam

perisian ini. Menurut Baharuddin et al. (2001), audio membantu

dalam mempertingkatkan keberkesanan penyampaian sesuatu

persembahan itu. Oleh yang demikian, kualiti audio yang baik

adalah penting dalam pembangunan sesuatu perisian. Secara

keseluruhannya guru berpuas hati dengan reka bentuk informasi,

navigasi dan antara muka perisian perisian ini. Mereka berseuju

bahawa perisian ini dapat membantu proses pengajaran dan

pembelajaran serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

bermain bola tampar.

Melalui penilaian daripada pensyarah-pensyarah yang

mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi pula, mereka

bersetuju bahawa perisian multimedia yang telah dibangunkan

ini mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran teori konstruktivisme.

Sebagaimana yang telah diketahui umum, teori konstruktivisme

terbukti dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran

(Norazilawati et al., 2013). Pengetahuan yang disampaikan

melalui teori ini akan diserap secara aktif oleh pelajar dan akan

disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk

suatu pengetahuan yang baru. Hal ini dapat dilihat melalui ciri-

ciri yang terdapat dalam perisian ini seperti kandungan perisian

ini yang berstruktur dan mudah difahami. Perisian ini disusun

secara teratur, iaitu dimulakan dengan penerangan asas

permainan bola tampar di ruangan Info dan diikuti dengan

ruangan Skill yang memuatkan video dan cara-cara permainan

bola tampar. Di samping itu, untuk mengukuhkan lagi

pemahaman pengguna, ruangan Exercise disediakan sebagai

pengukuhan kepada kemahiran yang telah pengguna pelajari.

Selain itu, kelebihan perisian multimedia ini adalah untuk

menunjukkan setiap kemahiran bola tampar seperti Spike,

Digging dan Serve melalui pengintegrasian video yang sebenar.

Hal ini memudahkan pengguna untuk mendapat gambaran

bagaimana teknik yang betul untuk bermain bola tampar dalam

dunia yang nyata dan seterusnya memberikan kefahaman yang

lebih mendalam kepada pelajar. Menurut Shaharuddin dan

Ahmad Khairi (2011), pembelajaran melalui video dapat

Page 21: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

65 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

meningkatkan kefahaman pelajar dan seterusnya memperbaiki

mutu pembelajaran dan kefahaman ke tahap maksimum.

Perisian multimedia ini juga mempunyai kandungan yang

tidak linear yang membolehkan pengguna bebas untuk memilih

halaman atau topik yang mereka kehendaki. Oleh itu, pengguna

akan lebih bebas menggunakan perisian ini mengikut kehendak

mereka dan seterusnya dapat membantu meningkatkan

pemahaman serta memperbaiki kelemahan masing-masing dalam

menguasai teknik permainan bola tampar.

Antara kelebihan lain perisian ini ialah, perisian ini

menyediakan kelajuan normal pada kali pertama tayangan video

dan pada kali kedua dan seterusnya, tayangan yang digunakan

adalah secara gerak perlahan. Hal ini secara langsung dapat

membantu pengguna mendapat gambaran jelas bagaimana setiap

kemahiran itu dilakukan semasa bermain bola tampar. Selain itu,

kesemua video yang diintegrasikan telah dirakam semasa sesi

permainan bola tampar yang sebenar oleh atlet-atlet yang

berpengalaman. Seterusnya, video ini akan memudahkan proses

ekstrapolasi dalam kalangan pengguna dan juga melengkapkan

ciri-ciri yang diperlukan dalam prinsip teori konstruktivisme

yang diperlukan oleh sesuatu perisian yang telah dibangunkan

seperti yang dinyatakan oleh Baharuddin et al., (2002).

3.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, diharapkan agar perisian bola

tampar yang dibangunkan dapat digunakan oleh pelajar untuk

mempelajari teknik kemahiran bola tampar, iaitu Spike, Digging

dan Serve. Perisian yang mengimplementasikan prinsip dari teori

pembelajaran konstrukvisme dan juga mengintegrasikan elemen

video dapat membantu pelajar menguasai ketiga-tiga kemahiran

tersebut sendiri tanpa bantuan guru. Selain itu, perisian ini juga

boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar kepada guru bagi

subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selain bergantung

kepada buku teks semata-mata.

Page 22: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 66

RUJUKAN

Antoniou, P., Derri, V., Kioumourtzoglou, E. & Mouroutsos, S.

2003. Applying multimedia computer-assisted instruction to

enhance physical education students’ knowledge of

basketball rules. European Journal of Physical Education.,

8(1), 78-90.

Baharuddin, A., Mohammad, B. A., Jamalludin H. & Zaidatun T.

2001. Sistem Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing.

Baharuddin, A., Rio, S. & Manimegalai, S. 2002. Reka Bentuk

Perisian Multimedia. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

Bahrudin, I. A., Muhammad, M., Nawawi, M. I. A., Saharudin, I.

N., Din, H. M., Ali, M. A. & Abdullah, M. E. 2011.

Development of Interactive Courseware for Learning Basic

Computer System Components. American Journal of

Economics and Business Administration 3 (1): 132-138

Clinton, G. and Hokanson, B. 2011. Creativity in the training and

practice of instructional designers: the Design/Creativity

Loops model. Education Tech Research Dev 60: 111-130.

Dunning, J. H. 1994. Multinational Enterprises and the Global of

Innovatory Capacity. Research Policy, 23, 67-88.

Guishen Yu. 2010. The Application of Multimedia Technology

in Action-oriented Instruction of Volleyball Course of Sports

Majors in Institutions of Higher Learning. 2010 International

Conference on E-Health Networking, Digital Ecosystems and

Technologies, 59-61.

Jamalludin, H., Baharuddin, A. & Zaidatun, T. 2001 Pembangunan

Perisian Multimedia – Satu pendekatan Sistematik. Ampang:

Venton Publishing.

Mcvay, G. J., Murphy, P. R. and Yoon, S. W. 2008. Good

Practices in Accounting Education: Classroom Configuration

and Technological Tools for Enhancing the Learning

Environment. Accounting Education: An International

Journal, Vol. 17, No. 1, 41-63, March 2008.

Norazilawati, A., Abdul Talib, H., Rosnidar, M., Noraini, M., &

Norul Haida, R. 2013. Konstruktivisme : Dari Kaca Mata

Page 23: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

67 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola

Tampar

Guru Sains Dan Matematik. International Conference on

Social Science Research, ICSSR 2013 (pp. 1231-1242).

Omidinia, S., Masrom, M. & Selamat, H. 2012. Adopting ICT

for interactive learning: smart school case in Malaysia.

International Journal of Academic Research Part B; 2012;

4(4), 107-115.

Rosnaini, H., Mohd. Arif, H., & Arba’at, H. 2007. Pembangunan

Perisian Kursus Multi Media Interaktif Acad R14 :

Penghasilan Lukisan Persembahan. MEDC Volume 1,

December 2007, 71-82.

Shaharuddin, M., & Ahmad Khairi, M. 2011. Pembangunan

WebE-Pembelajaran Menggunakan Elemen Video Dalam

Topik 'Work And Energy' Berasaskan Teori

Konstruktivisme Sosial. Thesis Universiti Teknologi

Malaysia.

Shariffuddin R. 2009. Instructional Design and Innovations

Using Technology: Theories In to Practice. Skudai: Ingreen

Focus Sdn Bhd, 2009.

Shariffuddin, R. S, Mislan, N., Wong, C. K. & Julia G. C. H.

2011. Teaching Psychomotor Skills with E-Sports

Courseware, International Journal of e-Education, e-

Business, e-Management and e-Learning, 2011, Vol. 1, no4.

Walker, S. B. 2006. Technology use among physical education

teachers in Georgia public schools. ProQuest Dissertations

and Theses.

Xiang-Fu H. 2009 Analysis of Present Situation of Physical

Education in Colleges and Universities, Journal of Yangtze

University(Social Sciences Edition), , no.2, pp. 271–272.

Zin, M. Z., Syahiran, M. A. L., Bhari, A., Sulaiman, R., Rahman,

A. A., Mahdi, A. F. & Jamain, M. S. 2012. Education Quality

Enhancement via Multimedia Technology. Canadian Center

of Science and Education, Vol. 8, No. 10.

Page 24: Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran ... · PDF filepenilaian terhadap 10 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat persepsi mereka terhadap reka

Implementasi Media Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran 68