PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

download PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

of 6

Transcript of PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

  • 8/18/2019 PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

    1/6

     

    197

    PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL

    1 Ali Suradin, 2Mohd Noraidil Salehuddin, 3Mohamad Zaid Mustafa, 4 Abdul Rasid Abd. Razzaq, 5 Ahmad Rizal Madar, dan 6Mohd Yusop Ab. Hadi

    Fakulti Pendidikan TeknikalUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi ibu bapa terhadap pendidikanvokasional. Objektif kajian ini adalah untuk Menilai apakah persepsi ibu bapaterhadap pendidikan vokasional samada positif atau negatif, untuk menilaitahap pengetahuan ibu bapa terhadap pendidikan vokasional dan menilaisejauh mana penerimaan ibu bapa terhadap pendidikan vokasional. Kajian ini

     juga dijalankan adalah untuk menjelaskan kepentingan aliran vokasional dalammenuju kearah negara maju. Kajian ini akan dijalankan melalui kaedah soalselidik dan mendapatkan maklum balas responden terdiri daripada ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail dan Sekolah MenengahDato Menteri yang berada di tingkatan tiga dan akan menduduki peperiksanPenilaianMenengah Rendah (PMR). Data-data kajian akan dianalisis dalambentuk skor min dengan menggunakan perisian SPSS. Penyelidikmenjangkakan hasil kajian dapat mencapai objektif kajian iaitu untuk menilai persepsi ibu bapa terhadap pendidikan vokasional serta menilai tahap pengetahuan dan penerimaan ibu bapa terhadap pendidikan vokasional.

    PENDAHULUAN

    Pendidikan Teknikal bertujuan untuk memberi pendidikan asas dalam bidangsains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadapbidang tersebut dan mengekalkan kecenderungan ini supaya membolehkanmereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusipengajian tinggi. Pendidikan Teknikal menawarkan tiga kursus iaituKejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Awam dan kejuruteraan Elektrik.

    Objektif Pendidikan Vokasional ialah menyediakan pelajar dengan pengetahuan

    asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan industri danpertanian serta membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalambidang teknikal dan vokasional. Terdapat lapan kursus yang ditawarkan dalam jurusan Pendidikan Vokasional ini iaitu Elektrik. Elektronik, Amalan BengkelMesin, Kimpalan & Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan. Penyejukandan Penyaman Udara dan Pengurusan Perniagaan.

    Pendidikan Latihan Kemahiran adalah kursus yang terbuka kepada pelajaryang pencapaian rendah yang memilih untuk meneruskan pelajaran dalambidang kemahiran. Pelaiar-pelajar akan mengikuti latihan kemahiran dalamkursus-kursus Awam, Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik mengikut sukatan

    pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan selaras denganpiawaian Sijil MLVK. Pelajar dalam aliran ini akan berpeluang rnenceburkan diri

  • 8/18/2019 PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

    2/6

     

    198

    dalam pekerjaan di sektor swasta. Mereka juga berpeluang melanjutkan latihankemahiran dalam bidang tertentu di Institut Latihan Kemahiran dan sijil akandikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

    Pendidikan teknik dan vokasional mempunyai peranan untuk memperkenalkan

    konsep dunia pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Adalah lebih tepat sekalibahawa pendidikan vokasional perlulah memberi pendedahan secukupnyakepada alam pekerjaan. Kurikulum disekolah vokasional merangkumikemahiran asas dalam pelbagai bidang yang melibatkan kemahiran.

    Dalam mencapai Wawasan 2020 seperti yang disarankan oleh Tun Dr MahathirMohamad, Negara memerlukan generasi-generasi yang berpendidikan tinggiserta memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang untuk menjadi Negara majuseterusnya merialisasikan matlamat Wawasan 2020. Pelbagai langkah telahdiambil oleh pihak kementerian untuk memperkasakan pendidikan vokasional.

    Tetapi terdapat segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadappendidikan vokasional, ini kerana kurangnya pemahaman dan penerimaanterhadap pendidikan vokasional. Ramai yang berpendapat bahawa pendidikanvokasional adalah untuk pelajar yang lemah didalam akademik dan pelajar-pelajar yang tercicir. Jika persepsi ini tidak diubah, maka matlamat Wawasan2020 tidak akan tercapai. Sekarang merupakan zaman teknologi dan sains, jikatenaga mahir tidak ada maka Negara kita akan mundur.

    PERNYATAAN MASALAH

    Dewasa ini terdengar masih terdapat golongan masyarakat yang masihmembincangkan tentang pendidikan vokasional. Memandang rendah terhadapkemampuan pendidikan ini, olek itu persoalan yang timbul ialah untukmengetahui persepsi masyarakat (ibu/bapa) terhadap penerimaan pendidikanvokasional. Adakah mereka mengetahui dan mengikuti dari masa ke semasaperkembangan pendidikan vokasional ini. Dalam pada masa yang sama inginmengetahui adakah pendidikan ini mempunyai hala tuju dan manfaat dari segipeluang pekerjaan. Kajian dan tinjauan akan dapat membantu melihat sejauhmana persepsi masyarakat (ibu/bapa) terhadap penerimaan dan pengetahuanterhadap pendidikan vokasional dan golongan mana yang mengambil peluangyang disediakan oleh pihak kerajaan.

    Sikap memandang rendah pada pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagaigagal akademik masih menebal di kalangan masyarakat. Ramai juga ibubapa,terutama Pegawai Tinggi Kerajaan kurang menggalakkan anak-anak merekayang berminat dalam bidang kemahiran untuk meneruskan pengajian dalambidang teknik dan vokasional (Yahya, 1993). Perasaan ini timbul kerana dimasa lalu murid-murid yang memasuki sekolah nasional adalah terdiri daripadamereka yang berkelulusan rendah dalam peperiksaan SRP atau kini PMR dangagal untuk meneruskan pengajian ke Tingkat Empat di sekolah akademik.Selain daripada itu, pendidikan ini dikaitkan dengan pekerjaan kolar biru hasildaripada mereka yang gagal meneruskan pengajian akademik bagi mencapai

    cita-cita mendapat pekerjaan berkolar putih.

  • 8/18/2019 PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

    3/6

     

    199

    Satu kajian awal telah dijalan kan di Sekolah Menengah Vokasional Kluang,melalui temubual yang dijalankan terhadap En Saat Bin Abd Rahman yangmerupakan Guru Kanan Vokasional mengatakan persepsi ibu bapa terhadappendidikan vokasional masih belum terbuka.

    PERSOALAN KAJIAN

    Beberapa persoalan ingin dikaji melalui persepsi masyarakat terhadappendidikan vokasional antaranya seperti berikut:

    i. Apakah persepsi persepsi ibu bapa terhadap pendidikan vokasional.ii. Adakah terdapat perbezaan persepsi ibu bapa melalui taraf pendidikan.iii. Apakah persepsi berbeza antara lelaki dan perempuan.

    OBJEKTIF

    Berdasarkan tujuan kajian di atas, maka objektif kajian ini adalah ;

    i. Untuk menilai persepsi ibu bapa terhadap pendidikan vokasional.ii. Untuk menilai perbezaan persepsi ibu bapa melalui taraf pendidikan.iii. Untuk menilai perbezaan persepsi berdasarkan jantina.

    KAJIAN LITERATUR

    Persepsi

    Persepsi ialah proses dimana manusia memilih, menerima, menyelaras danmenterjemahkan maklumat daripada persekitaran mereka (Schermerhorn, Hunt& Osborn). Persepsi manusia menjurus kearah realiti di mana minda manusiadipengaruhi oleh situasi semasa bergantung kepada pendedahan tentangsesuatu keadaan. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi persepsi,antaranya ialah:

    i. Kontek situasi iaitu persepsi hasil daripada pembentukan fizikal;ii. pembentukan sosial dan pembentukan organisasi;iii. Ciri  –ciri penerima iaitu keterampilan dan tingkah laku; dan

    iv. Ciri –

    ciri pemberi seperti keperluan, pengalaman, nilai, tingkah laku danpersonaliti.

    Selain daripada itu, teori Gregory (1970) mempertikaikan tentang persepsisebagai teorikonstruktif yang bergantung kepada pemprosesan dari peringkatatas ke bawah. Bagi Gregory, persepsi merangkumi apa yang kita lihat danmencuba untuk membuat satu tanggapan terbaik. Berkaitan dengan keutamaanyang diberikan kepada pengetahuan dan pengalaman lampau, Gregormempertikaikan keruncingan yang timbul di dalam persepsi seseorang. Apabilakita melihat sesuatu, kita membina jangkaan persepsi yang mana dipengaruhioleh pengetahuan kita tentang perkara tersebut. Tanggapan yang dibuat acap

    kali menjurus kearah sesuatu yang betul atau tepat. Walaubagaimanapun,dalam beberapa situasi, jangkaan persepsi boleh ditentukan berdasarkan masa

  • 8/18/2019 PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

    4/6

     

    200

    dan tarikh data yang kita jangkakan. Gibson (1966) menyangkal bahawapersepsi adalah sesuatu yang langsung dan tidak bergantung kepadapengujian jangkaan seperti yang dicadangkan oleh Gregory. Maklumat di dalampersekitaran umum adalah mencukupi untuk membuat jangkaan umum secaralangsung. Bagi Gibson persepsi ialah apa yang dirasai iaitu apa yang anda lihat

    adalah apa yang anda dapat. Keadaaan ini tidak memerlukan penerangankerana maklumat yang diterima adalah mencukupi untuk kita bertindakbalasdengan persekitaran.

    PENDIDIKAN TEKNIK

    Menurut Shahril, Habib Mat Som (1999) dan Yahya Emat (1993), tujuanpendidikan teknik adalah untuk menyediakan palajar yang cenderung danberminat terhadap dalam bidang teknik di peringkat sekolah menengah atasbagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggidalam bidang teknik. Oleh itu objektif pendidikan teknik adalah seperti berikut :

    i. Memberi pendidikan akademik yang seimbangii. Menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada

    pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut.iii. Memupuk dan mengekalkan minat terhadap pendidikan teknik dan

    seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam bidangyang berkaitan di institusi pendidikan tinggi (Kementerian PendidikanMalaysia 1986, 50)

    Pengambilan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik adalah berdasarkan kepadapencapaian keputusan PMR yang baik dan berminat dalam bidang teknik.Kursus-kursus yang ditawarkan adalah lukisan teknik, lukisan jentera,kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik, binaan bangunan, ilmu ukur,perdagangan dan pertanian selain mata pelajaran akademik (KementerianPendidikan Malaysia, 1992, jadual

    PENDIDIKAN VOKASIONAL

    Menurut Yahya Emat (1993) dan Kamisah Sharif (1995) Sekolah MenengahVokasional menyediakan pendidikan vokasional untuk lepasan sekolahmenengah rendah. Tujuan utamanya ialah untuk memberi latihan amali dalam

    bidang pelajaran yang memerlukan kemahiran disamping memberi pendidikanseperti Bahasa,Sains, Matematik bagi membolehkan pelajarnya meneruskanpelajaran serta latihan yang berlajutan.Objektif sekolah menengah vokasional ialah :

    i. Untuk menyediakan guna tenaga yang lengkap dengan kemahiran danpengetahuan asas bagi sektor perindustrian dan perdagangan.

    ii. Mengadakan kurikulum yang boleh diubahsuai dan berdasar luas untukkepentingan industri semasa dan akan datang.

    iii. Menyediakan asas pengetahuan dan kemahiran sebagai tapakpendidikan dan latihan lanjutan.

  • 8/18/2019 PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

    5/6

     

    201

    METODOLOGI

    Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang akan digunakan adalah berbentukkajian deskriptif. Menurut Mohd. Majid (2004), penyelidikan deskriptifmerupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu

    fenomena yang sedang berlaku. Fenomena yang dilihat dalam kajian ini ialahpersepsi ibu bapa terhadap pendidikan vokasional. Kajian ini dijalankan secaratinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Dalam pembinaan soalselidik, perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji ialah soalan-soalanyang dibina mudah difahami oleh responden seterusnya membolehkan merekamemberi jawapan secara jujur dan menghasilkan data yang mempunyaikebolehpercayaan yang tinggi.

    Pemilihan lokasi kajian adalah terdiri daripada dua buah sekolah iaitu SekolahMenengah Kebangsaan Tun Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan DatoMenteri. Dalam kajian ini, sampel kajian diambil secara rawak mudah di mana

    pengkaji hanya mengambil ibu bapa yang mempunyai anak yang berada ditingkatan tiga yang berada di kelas ketiga teratas.

    Data yang dikumpul daripada responden akan dianalisis berdasarkan dapatankajian. Analisis yang dilakukan akan dapat memberikan persepsi ibu bapaterhadap pendidikan vokasional. Pemilihan prosedur penganalisaan data kajianmerupakan aspek yang amat penting untuk diteliti dan diambil kira dalammenjalankan kajian. Data kajian dianalisis secara berkomputer menggunakanperisian SPSS (Statistical Package for Social Science).  Prosedur statistikdeskriptif diperlukan bagi membentuk profil jumlah sampel di mana taburankekerapan dipamerkan oleh setiap nilai skor.

    JANGKAAN HASIL KAJIAN

    Penyelidik menjangkakan hasil kajian dapat mencapai objektif kajian iaitu untukmenilai persepsi ibu bapa terhadap pendidikan vokasional.

  • 8/18/2019 PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN VOKASIONAL.pdf

    6/6

     

    202

    RUJUKAN

     Arthurs Reber, Emily S. Reber. (2001). The Penguin Dictionary of Psychology:Psychology an evolutionary approach. Third Edition. Penguins Books.

    Emat, Y. (1993). Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Cetakan 1993.

    Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.Yahya Bin Emat. Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun 1993, Kementerian

    Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik DanVokasional Ke Arah Mencapai Wawasan 2020. Dicapai pada Januari6, 2007 dari http://aede.tripod.com/Vok.htm 

    Yasin, K. (2009, April 1). Memperkasakan aliran teknikal melalui hubunganIPTa tempatan, luar Negara. Berita Harian. Dicapai pada februari16, 2010 dar ihttp://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/keratan%20akhbar/ April09/01-04/Berita%20Harian/BH-01-04-1.pdf  

    Konting,M. M. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Cetakan kelapan 2009.Dewan Bahasa dan Pustaka kuala lumpur 2009

    Chua yan piaw. (2008). Kaeadah dan statistik penyelidikan: Asas statistikpenyelidikan buku 3. Cetakan 2008. Mc Graw Hill Education (Malaysia)Sdn. Bhd.

    Chua yan piaw. (2006). Kaeadah dan statistik penyelidikan: Asas statistikpenyelidikan Shahril, Mat Som, H. (1997). Siri pengajian dan pendidikanutusan. Utusan publiscation & distributor 1999

    Yahaya, A., Latif, J. S., Hashim, S., Boon, Y. (2006). Psikologi Sosial AlamRemaja. Cetakan kedua 2006. Batu Caves: PTS professionalpublishing Sdn. Bhd.

     Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka bentuk tijauan soal selidik pendidikan. Edisipertama buku 2. Cetakan 2006.Mc Graw Hill Education (M) Sdn. Bhd.

    Noh, M. F. (2010, March 30). Berita Harian. Kementerian kaji sistem pendidikanvokasional Finland. Dicapai pada februari 16, 2010 darihttp://bptv.edu.my/v0/index.php?option=com_content&view=article&id=343%3 Aman tapkan-smv&catid=142%3Aam&Itemid=388&lang=bm 

    Mohamed, A. (2010, April 16). Utusan Malaysia. Pelajar teknik, vokasional tidakmencukupi. Dicapai pada februari 16, 2010 darihttp://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0416&pub=DuniaPendidi kan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm 

    http://aede.tripod.com/Vok.htmhttp://aede.tripod.com/Vok.htmhttp://aede.tripod.com/Vok.htmhttp://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/%20keratan%20akhbar/April09/01-04/Berita%20Harian/BH-01-04-1.pdfhttp://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/%20keratan%20akhbar/April09/01-04/Berita%20Harian/BH-01-04-1.pdfhttp://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/%20keratan%20akhbar/April09/01-04/Berita%20Harian/BH-01-04-1.pdfhttp://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/%20keratan%20akhbar/April09/01-04/Berita%20Harian/BH-01-04-1.pdfhttp://bptv.edu.my/v0/index.php?option=com_content&view=article&id=343%3Amantapkan-smv&catid=142%3Aam&Itemid=388&lang=bmhttp://bptv.edu.my/v0/index.php?option=com_content&view=article&id=343%3Amantapkan-smv&catid=142%3Aam&Itemid=388&lang=bmhttp://bptv.edu.my/v0/index.php?option=com_content&view=article&id=343%3Amantapkan-smv&catid=142%3Aam&Itemid=388&lang=bmhttp://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0416&pub=DuniaPendidi%09kan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htmhttp://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0416&pub=DuniaPendidi%09kan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htmhttp://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0416&pub=DuniaPendidi%09kan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htmhttp://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0416&pub=DuniaPendidi%09kan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htmhttp://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0416&pub=DuniaPendidi%09kan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htmhttp://bptv.edu.my/v0/index.php?option=com_content&view=article&id=343%3Amantapkan-smv&catid=142%3Aam&Itemid=388&lang=bmhttp://bptv.edu.my/v0/index.php?option=com_content&view=article&id=343%3Amantapkan-smv&catid=142%3Aam&Itemid=388&lang=bmhttp://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/%20keratan%20akhbar/April09/01-04/Berita%20Harian/BH-01-04-1.pdfhttp://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/%20keratan%20akhbar/April09/01-04/Berita%20Harian/BH-01-04-1.pdfhttp://aede.tripod.com/Vok.htm