PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan...

24
PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR. SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWI TAHUN AKHIR JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SITI RODIAH BT. JUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan...

Page 1: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN

BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR. SATU KAJIAN

TERHADAP MAHASISWI TAHUN AKHIR JABATAN

TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI RODIAH BT. JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA

SEMASA BELAJAR : SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWI

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya SITI RODIAH BINTI JUSOH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa 202, Kg. Tok Dir, Atas Tol, (Nama Penyelia) 21070 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tarikh: 25 APRIL 2006 Tarikh: 25 APRIL2006.

Page 3: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penyelia : Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa

Tarikh : 25 April 2006

Page 4: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA

SEMASA BELAJAR. SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWI TAHUN

AKHIR JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI RODIAH BT. JUSOH

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : Siti Rodiah Binti Jusoh

Tarikh : 25 April 2006

Page 6: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

iii

DEDIKASI

Buat bonda yang dirindui Allahyarhamah Lijah Bt. Mat Zin

Walaupun dirimu tiada buat selamanya. akan ku abadikan kenangan terindah bersamamu. Biar rindu ini membeku di sanubariku. segala ilmu, kasih sayang yang

dicurahkan akan ku pahatkan dalam memori ingatanku. Sekalung Al-Fatihah buatmu, semoga rohmu dicucuri rahmat Illahi dan tergolong di kalangan orang-

orang yang beriman. Doaku moga kita dipertemukan di akhirat sana.

Istimewa buat ayahanda yang disayangi Jusoh Bin Mamat

Insan yang sentiasa mendoakan kejayaanku. Ku doakan agar diberi kesempatan untuk berbakti kepadamu walau ku sedar ia tidak mampu membayar keringatmu

untuk membesarkanku yang tak terhitung.

Buat kekanda-kekanda ku Zainun dan keluarga Gayah dan keluarga

Rahimah dan keluarga Mohd Ariffin b dan keluarga

dan Nur Amani Semarak kejayaan kalian menjadi obor kekuatan untuk ku terus merentas kehidupan

menuju kejayaan.

Buat anak-anak saudaraku Ketahuilah permata hati ku sayang, perjuangan kalian baru bermula.Teruskan

perjuangan hingga ke titisan darah terakhir

Buat teman-teman seperjuangan Segala kenangan pahit manis bersama kalian akan ku kenang. Moga ukhwah yang

terjalin akan kekal ke akhir hayat.

Buat para Pendidik ku sekalian Terima kasih di atas segala ilmu pengetahuan yang kalian curahkan.

Akhirnya... Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah. Ku doakan

agar kita berjaya mencapai keredhaan Allah. Insya Allah...

Page 7: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam yang telah memberi izin dan

kekuatan kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung budi saya hadiahkan kepada penyelia saya iaitu Dr. Mohamed

Sharif Bin Mustaffa yang telah membimbing saya selama dua semester. Beliau tidak

lokek untuk berkongsi idea dan mencurahkan ilmu serta memberi tunjuk ajar kepada

saya. Beliau juga tidak jemu menjawab pelbagai soalan daripada saya.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

responden kajian rintis dan kajian sebenar saya yang memberi kerjasama yang baik

kepada saya. Mereka adalah pelajar perempuan tahun akhir dari Jabatan Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menghadiahkan ucapan

jutaan terima kasih kepada keluarga dan sahabat seperjuangan saya yang telah

banyak memberi sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.

Sesungguhnya hanya Allah yang layak membalas segala jasa dan budi kalian

Semoga kita sentiasa beroleh rahmat dan lindungan daripada Allah s.w.t.

Page 8: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

v

ABSTRAK

Amalan berumahtangga semasa belajar di kalangan mahasiswi tahun akhir telah

menarik perhatian penyelidik. Dalam konteks kajian ini, penyelidik memfokuskan

kepada persepsi mahasiswi terhadap erti perkahwinan, urusan rumahtangga dan

amalan berumahtangga semasa belajar. Kajian ini melibatkan seramai 35 orang

mahasiswi beragama Islam tahun akhir di Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan dari

Fakulti Pendidikan, UTM. Borang soal selidik merupakan alat kajian yang

digunakan untuk melihat persepsi mahsiswi terhadap perkahwinan. Ia mengandungi

30 item berbentuk soalan objektif. Data-data yang diperolehi melalui borang soal

selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The

Social Science) Versi 11.0. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah alpha = 0.893.

Secara keseluruhannya, responden memberi berpandangan positif terhadap amalan

berumahtangga semasa belajar. Daripada kajian ini, pengkaji telah mengemukakan

beberapa cadangan kepada pelajar wanita dan pihak pentadbiran UTM bagi

memberikan kesedaran mengenai kebaikan amalan berumahtangga semasa belajar.

Pengkaji juga telah memberikan beberapa cadangan kepada pengkaji lain yang ingin

melakukan kajian lanjutan.

Page 9: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

vi

ABSTRACT

The topic of marriage custom during study amongst final year female students has

captivated researcher. In the context of this study, researcher focuses on female

students’ perception towards the meaning of marriage, marriage responsibilities, and

marriage custom during study. This study includes 35 Muslim final year female

students in Education and Engineering Department from Education Faculty, UTM.

Questionnaire is the method use to identify the students’ perception towards

marriage. It includes 30 objective items. The data is obtained by using SPSS

(Statistical Package For The Social Science) version 11.0. Reliability value of the

study is alpha = 0.893. To put it briefly, the respondents give positive feedback to

marriage custom during study. From this research, observers give some suggestions

for female students and UTM administration to give awareness about advantages of

marriage custom during study. Observers also give some suggestions to others who

will be going to make continuation research.

Page 10: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

DEDIKASI iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1. 8. 1 Persepsi 8

1. 8. 2 Mahasiswi 8

1. 8. 3 Amalan 9

Page 11: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

viii

1. 8. 4 Berumahtangga 9

1. 8. 5 Semasa 9

1. 8. 6 Belajar 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 10

2.1 Perkahwinan Menurut Perspektif Islam 11

2.1.1 Perkahwinan Adalah Ibadah 11

2.1.2 Kemasyarakatan 1

2.1.3 Perkahwinan Merupakan Cara Untuk 12

Memperbaiki Akhlak dan Budi Pekerti

2.1.4 Perkahwinan Adalah Sunnah Rasulullah s.a.w 13

2.2 Perkahwinan mencegah masalah sosial 13

2.3 Tanggungjawab seorang isteri dan pelajar 14

2.3.1 Mentaati dan mematuhi suami selagi tidak 14

bertentangan dengan syariat

2.3.2 Menguruskan rumahtangga supaya 15

teratur dan sempurna

2.3.3 Menjaga kehormatan diri dan suaminya 15

2.3.4 Berhias hanya untuk suami 16

2.3.5 Memberi layanan kepada suami 16

2.3.6 Mendidik anak-anak dengan sempurna 16

2.3.7 Meminta keizinan daripada suami 17

2.3..8 Menjaga dan menghormati keluarga suami 17

2.4 Perkahwinan dari sudut kecemerlangan pelajar 18

2.5 Pengurusan kewangan 19

2.6 Bebanan di Antara Belajar dan Rumahtangga 20

Page 12: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Tempat Kajian 23

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 23

3.5 Instrumen Kajian 24

3.6 Kajian Rintis 26

3.7 Jangkamasa Kajian 26

3.8 Prosedur Kajian 27

3.9 Analisis Data 27

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 29

4.1 Analisis Data Dan Keputusan 29

4.2 Dapatan Kajian Bahagian A 30

4.3 Dapatan Kajian Bahagian B 37

4.4 Jumlah Keseluruhan 42

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 44

5.1 Perbincangan 44

5.1.1 Bahagian A : Biodata responden. 45

5.1.2 Bahagian B: Persoalan Kajian Pertama 47

5.1.3 Bahagian B: Persoalan Kajian Kedua 48

5.1.4 Bahagian B: Persoalan Kajian Ketiga 50

5.2 Rumusan. 51

5.3 Cadangan 52

5.3.1 Cadangan Lanjutan 53

5.4 Penutup 54

Page 13: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

x

RUJUKAN 55

LAMPIRAN A 57

Page 14: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pengkelasan Skala Likert berserta dengan 25

markat skor

3.2 Nilai Alpha Bagi Pembolehubah Sampel Kajian 26

3.3 Perubahan Skala Likert 5 Pemeringkatan kepada 28

3 Pemeringkatan

3.4 Darjah Penilaian Terhadap Responden 28

4.1 Menunjukkan umur responden 30

4.2 Menunjukkan umur responden berdasarkan kursus 31

4.3 Menunjukkan kursus responden 31

4.4 Menunjukkan status/ taraf perkahwinan responden 32

4.5 Menunjukkan status/ taraf perkahwinan responden 32

berdasarkan kursus

4.6 Menunjukkan aliran sekolah menengah responden 33

4.7 Menunjukkan aliran sekolah menengah responden 33

berdasarkan kursus

4.8 Menunjukkan kelayakan responden masuk 34

ke UTM

4.9 Menunjukkan responden pernah bekerja sebelum 34

masuk ke UTM

4.10 Menunjukkan pekerjaan bapa responden 35

4.11 Menunjukkan pekerjaan ibu responden 36

4.12 Menunjukkan pendapatan keluarga responden 36

4.13 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap erti 38

perkahwinan

4.14 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap 39

Page 15: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

xii

urusan rumahtangga

4.15 Menunjukkan persepsi mahasiswi terhadap 41

amalan berumahtangga semasa belajar

4.16 Menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi 43

persoalan kajian

Page 16: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

xiii

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera)

SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS Statistical Package For Sosial Science 11.0.

Page 17: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 57

Page 18: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kini pendidikan amat penting dalam kehidupan kita dalam menuju era

globalisasi. Ia menjadikan seseorang itu dilihat dengan darjat yang tinggi oleh

masyarakat sekeliling. Selain itu, ia juga boleh mengubah nasib seseorang, keluarga,

masyarakat seterusnya negara. Imam Al-Ghazali(Ahmad Tarmizi,1997) berpendapat

bahawa pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran kanak-kanak

dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk watak akhlak yang murni.

Negara kita beruntung kerana memiliki mahasiswa yang berintelektual.

Namun, kesedaran agama dan masalah akhlak di kalangan mereka berada di tahap

yang membimbangkan. Buktinya, masalah sosial remaja menjadi perbualan di setiap

ceruk masyarakat baik dari rakyat biasa kepada pemimpin negara. Masalah coupling

adalah antara perkara yang sering dikupas. Dari segi Islam, perkahwinan adalah cara

terbaik untuk mengatasi masalah ini sekiranya seseorang itu mencukupi syarat yang

telah ditetapkan oleh syariat.

Islam amat melarang perbuatan zina. Dalam masa yang sama, umatnya

diingatkan agar menjauhi perkara yang mendekatkan diri dengan maksiat tersebut.

Contohnya lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahramnya. Ia

bertujuan memelihara keturunan umatnya. Akibat daripada perbuatan itu telah

disebutkan di dalam al-Quran:

Page 19: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

2

“Penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina

perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan penzina

perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina laki-

laki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu

diharamkan bagi orang mukmin.”

(Surah An-Nur:3, 24:3)

Perkahwinan di dalam Islam adalah bertujuan untuk membentuk rumah

tangga yang kuat, saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi. Rumahtangga

merupakan masyarakat kecil, yang berusaha untuk mencapai tujuan mulia dan tinggi.

Islam amat menggalakkan umatnya mendirikan rumahtangga kerana ia adalah fitrah

manusia. Sebaliknya, Islam amat melarang umatnya bersikap mengabaikan

perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia bukan dari aku

(yakni bukan dari umatku). Berkahwin adalah sunnahku, kerana

itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksanakan

sunnahku.”

(Diriwayatkan oleh Ahmad Bin Hambal)

Perkahwinan tidak melihat kepada kekayaan seseorang. Tetapi apa yang

penting adalah keikhlasan seorang suami dalam memberi nafkah kepada isteri dan

anak-anaknya. Faktor kewangan bukannya menjadi halangan yang besar untuk

mendirikan perkahwinan. Seharusnya, ia hendaklah dijadikan cabaran untuk lebih

bersungguh-sungguh mencari sumber pendapatan di samping meletakkan

kebergantungan kepada Allah Yang Maha Pemurah.

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di

antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari

hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika

mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka

dengan kurniaNya. dan Allah Maha Luas (pemberianNya),

Maha Mengetahui.”

(Surah An-Nur:32, 24:32)

Page 20: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Mohd Taib (2004), berumahtangga merupakan sesuatu yang dituntut

oleh Islam. Bagi mereka yang memenuhi syarat-syaratnya, berkahwin adalah wajib.

Tujuan perkahwinan dalam Islam bukan hanya untuk menghalalkan hubungan antara

seorang lelaki dan wanita, malahan untuk membina keluarga dan menyambung

zuriat, memakmurkan muka bumi Allah dan menjadikan manusia sebagai khalifah.

Pernyataan ini berdasarkan firman Allah:

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang

telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan

daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan

daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan

wanita yang banyak.”

(Surah An-Nisa’,4:1)

Di samping itu, sabda Rasulullah s.a.w:

“Wahai sekalian kaum muda, barangsiapa di antara kamu ada

yang mampu maka hendaklah dia menikah. Kerana yang

demikian itu lebih menjaga mata dan memelihara kemaluan.

Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia

berpuasa, kerana puasa akan menjadi penawar baginya.”

(HR. Muttafaqun ‘alaih)

Namun begitu, kepentingan dan kewajipan perkahwinan seperti yang disebut

di atas seolah-olah tidak dipedulikan oleh sesetengah mahasiswa sekarang. Buktinya,

kini kita sering dikejutkan dengan amalan yang tidak sihat dan menjadi kebiasaan di

kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi seperti selalu keluar berdua-duaan di

antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, sedangkan perbuatan ini amat dilarang

oleh Islam. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:

Page 21: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

4

“Janganlah seorang lelaki duduk bersunyian (menyendiri)

dengan seorang perempuan (ajnabiyyah) melainkan ia

(perempuan tersebut) bersama mahramnya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Hani Maisara (2005), hadis di atas menunjukkan betapa Islam

sangat memelihara dan menjaga maruah setiap umatnya tidak seperti mana penganut

agama-agama lain yang batil. Demikian juga Islam menutup pintu (kemungkinan)

yang boleh membawa kepada musnah dan binasanya kemuliaan maruah serta harga

diri tersebut. Hukum haram berdua-dua (bersunyi-sunyian) itu tidak semestinya

apabila berlaku zina sahaja. Duduk bersunyi-sunyian itu sendiri adalah haram. Islam

bukan sahaja melarang umatnya melakukan zina, malah melarang dari mendekati

asbab-asbab (jalan-jalan) yang membawa dan menyampaikan kepada zina.

Walaupun ia telah ditegaskan oleh Islam, mahasisiwi yang terlibat dengan

masalah tersebut kelihatan tidak mengambil berat akan hal itu. Pelbagai tanggapan

yang dibuat kepada mereka sama ada mereka tahu atau tidak akan perbuatan mereka

merupakan satu maksiat. Ini mungkin berpunca daripada kurangnya didikan agama.

Ada juga berpendapat, mereka mengetahui perbuatan yang dilakukan itu

salah di sisi agama tetapi mereka berasa ia tidak salah kerana kesalahan itu sudah

menjadi satu kebiasaaan di kalangan mereka dan masyarakat Sepatutnya mereka

menyedari akan kesalahan mereka. Ini kerana Allah akan menurunkan bala bukan

sahaja kepada orang yang membuat kesilapan di dalam sesebuah masyarakat.

Bahkan Dia akan menurunkan kepada semua ahli masyarakat mereka. Umat Islam

telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. akan hal ini:

“Apabila di dalam suatu kaum banyak orang yang berbuat

maksiat secara terang-terangan, kaum itu pasti akan ditimpa

bencana wabak penyakit yang belum pernah dialami oleh kaum

terdahulu.”

Page 22: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

5

Maka di sinilah, ahli masyarakat perlu berperanan bagi mengelakkan

kemungkaran ini berterusan. Umat Islam seharusnya bermuafakat dalam hal ini.

Gesaan ini adalah berdasarkan ayat Allah s.w.t.:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,

sebahagian mereka (adalah ) menjadi penolong bagi

sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang

ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang,

menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan

rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;

Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(At-Taubah:71)

Untuk mengatasi maksiat tersebut berterusan, Islam amat menggalakkan

umatnya berumahtangga terutamanya bagi mereka yang memenuhi syarat

perkahwinan. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menyambut seruan ini.

Sebaliknya, terdapat ibu bapa yang melarang anak-anaknya daripada mendirikan

rumahtangga semasa belajar. Mereka lebih suka anak mereka menamatkan pelajaran

ke peringkat yang tinggi untuk menjamin pekerjaan yang bergaji tinggi. Sepatutnya

mereka perlu sedar, rezeki akan diturunkan dan dipermudahkan oleh Allah kepada

mereka yang berumahtangga.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada tiga perkara yang Allah bersedia menolongnya, iaitu

orang yang berjuang di jalan Allah, budak yang mencari wang

tebusan untuk membebaskan dirinya dan orang yang kahwin

dengan niat menjaga kesucian dirinya.”

(Tirmizi, Ibnu Habban dan Al-Hakim)

Ada juga sesetengah pihak berpendapat, sikap mahasiswa dan mahasiswi

sendiri yang suka mengejar kerjaya terlebih dahulu sebelum memikirkan hal

berumahtangga. Mereka bertindak sedemikian kerana untuk mendapatkan keadaaan

Page 23: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

6

ekonomi yang kukuh sebelum berumahtangga. Akibatnya, mereka mengambil jalan

mudah untuk berhubung dengan pasangan tanpa mengendahkan batasan syariat.

Selain itu, mahasiswi berpendapat berumahtangga semasa belajar akan

menambahkan bebanan tugas iaitu sebagai pelajar dan isteri. Mungkin mereka

memikirkan cara untuk membahagikan masa di antara keluarga dan pelajaran.

Di samping itu, terdapat mahasiswi merasa hidupnya terkongkong apabila

sudah mendirikan rumahtangga. Mereka merasa tidak bebas untuk bergaul dengan

kawan-kawan mereka yang berlainan jantina. Mereka perlu faham bahawa Islam

tidak melarang umatnya untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Namun

begitu, mereka mestilah menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh

Islam sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran:

“Wahai manusia, kamu Kami ciptakan dari lelaki dan

wanita, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan

berpuak-puak, agar kamu saling mengenal….”

(Al-Hujurat:13)

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan masih ada mahasiswi

yang sengaja menabur pelbagai alasan untuk menolak daripada mendirikan

rumahtangga ketika belajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Persoalannya, sesetengah mahasiswi sekarang masih merasakan tindakan

berkahwin semasa belajar adalah membebankan mereka dari pelbagai aspek. Mereka

merasa tugas mereka semakin bertambah iaitu sebagai pelajar dan isteri. Ini

menuntut mereka membuat pengurusan masa yang teliti agar pelajaran mereka tidak

terabai. Kesannya, hanya segelintir yang mengambil keputusan untuk mendirikan

rumahtangga semasa belajar. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin meninjau

tanggapan mahasiswi terhadap amalan berumahtangga semasa belajar.

Page 24: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN ... - fp.utm.my · (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006 ... 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian

7

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap perkahwinan

1.4.2 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap urusan rumahtangga

1.4.3 Untuk mendapatkan persepsi mahasiswi terhadap amalan berumahtangga

semasa belajar

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mencapai objektif

kajian. Berikut merupakan persoalan kajian:

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswi terhadap perkahwinan?

1.5.2 Apakah persepsi mahasiswi terhadap urusan rumahtangga?

1.5.3 Apakah persepsi mahasiswi terhadap amalan berumahtangga semasa belajar?