Persidangan lec 2014 sst
-
Upload
abdul-samad-mahamood -
Category
Documents
-
view
46 -
download
2
Transcript of Persidangan lec 2014 sst
MEMPERKASA PEMIKIRAN DAN PENULISAN MELALUI TAKSONOMI REFLEKSI
Arfah Binte Buang
[email protected] Sains dan Teknologi,
Singapura
Sekilas pandang
Kajian ini meneliti penggunaan dan kesan refleksi dalam pengajaran penulisan ekspositori di bilik darjah.
Refleksi dan pengawalseliaan diri berperanan untuk membina kecekapan menulis di bilik darjah.
Refleksi berstruktur yang meliputi pemikiran aras rendah dan tinggi merupakan strategi pencelahan yang diperkenalkan.
Blog merupakan aplikasi Web 2.0 yang digunakan secara
meluas di SST dan sesuai dengan ciri-ciri pelajar era digital.
Intai Bilik Darjah @ SST
Hasil Pendidikan yang Diingini
Membina keupayaan setiap pelajar agar dapat berfikir secara
kritis dan menyampaikan ideanya dengan yakin (MOE, 2011).
Para pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran untuk membentangkan idea-idea dengan tepat lagi berkesan, sesuai dengan tuntutan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Kemahiran sedemikian dapat digilap melalui penulisan ekspositori yang memerlukan kecekapan pelajar untuk menyampaikan maklumat, atau menjelaskan sesuatu perkara melalui proses analisis yang logikal.
Proses tersebut biasanya melibatkan pernyataan sebab & akibat, mengenal pasti masalah & penyelesaian, dan menyediakan contoh-contoh atau fakta-fakta sokongan sebagai bukti.
Penulisan ekspositori memerlukan organisasi yang kukuh,
susunan yang logik, keterikatan yang utuh, serta pengolahan yang koheren & kohesi (Yani, 1998).
Herrick (1992) menegaskan bahawa penulisan yang baik memerlukan masa untuk menjana pemikiran yang mendalam.
Pernyataan Masalah
Pelajar mempunyai masalah untuk menyatakan pendapat dengan baik dan berkomunikasi dengan meyakinkan, terutamanya secara bertulis.
Pelajar kurang mahir untuk mengolah prosa mengikut urutan secara koheren dan kohesi.
Jika tidak ditangani, hal ini mungkin boleh menimbulkan kesan negatif hingga ke alam dewasa dan alam pekerjaan.
Penulis yang lemah mempunyai masalah merancang, menulis
dan menyemak teks ekspositori mereka.
(de Milliano, van Gelderan, & Sleegers 2012; Lienemann, Graham, Leader-Janssen, & Reid, 2006; Scardamalia & Bereiter, 1986; Stein, & Dixon, 2001)
Terdapat jurang antara keupayaan pelajar dalam membentuk abstrak dan konsepsi dengan kebolehan mereka untuk mengutarakannya dalam gaya penulisan ekspositori yang jitu.
(Mohammad Noor, perbincangan peribadi).
Tinjauan Pustaka
Dari segi kandungan, pelajar sering didapati tidak memberi
pernyataan-pernyataan huraian serta contoh atau bukti sokongan yang kukuh dan bertaut.
Dari segi organisasi penulisan pula, terdapat masalah
pemerengganan atau penyusunan idea yang menjejas penyampaian maksud secara keseluruhannya.
Perkara lain adalah kurangnya perancangan yang mencukupi kerana mereka lebih suka terus menulis daripada merancang kandungan dengan terperinci bagi tajuk yang diberi.
Petanda Kelemahan
jika pelajar dapat diberi masa untuk membuat refleksi
dalam sesebuah proses penulisan, dia akan dapat berfikir
secara analitis untuk memperkukuh alasan serta hujah-
hujahnya
Refleksi Refleksi boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk pemprosesan
mental yang digunakan untuk “memberi perhatian terhadap sesuatu dengan memikirkannya secara mendalam” (Plymouth University, 2010).
Proses inilah yang membantu kita belajar.
Dilakukan dengan memproses semula pengetahuan dan pemahaman yang sedia ada (Moon, 2001).
Satu pendekatan adalah refleksi secara bertulis agar tindakan
lanjut yang perlu diambil dapat dilihat secara jelas.
Hubungan antara Refleksi dan Penulisan Herrick (1992) menegaskan bahawa menulis memerlukan
renungan/ refleksi, kerana tanpanya apa yang ditulis merupakan respons yang dangkal terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan.
Gersten & Baker (2001) mengaitkan pengawalseliaan diri dengan penulisan yang kukuh. Pengawalseliaan diri meliputi pembelajaran yang berpandukan metakognisi atau 'memikirkan tentang pemikiran sendiri'. Ia melibatkan refleksi.
Apa yang jelas, keberkesanan refleksi banyak bergantung kepada keupayaan pelajar menjalankan proses introspeksi ini.
Hubungan antara Refleksi dan Penulisan
Troia (2005) mengusulkan pengawalseliaan diri melalui refleksi yang dilakukan dalam bentuk catatan seperti menulis sebuah jurnal dan log penulisan.
Ini membolehkan kesedaran yang lebih tinggi tentang kecekapan menulis individu; pengurusan pemikiran, perasaan dan kesediaan menulis yang lebih baik; serta adaptasi strategi penulisan yang lebih berkesan.
Refleksi, terutamanya secara bertulis, membolehkan pelajar mengakses pemikiran yang tidak eksplisit sebelumnya.
Seperkara yang biasa dikaitkan dengan Murray (1978), adalah:
“Bagaimanakah saya mengetahui apa yang saya fikirkan sekiranya saya
tidak dapat melihat apa yang saya katakan?”
Dalam kajian ini, pemikiran pelajar dipaparkan melalui blog.
Wadah Pilihan: Blog
Terdapat sejumlah kajian yang menyarankan penggunaan blog sebagai alatan refleksi (Hashemi, & Najafi, 2011; Quek, 2009; Song & Chan, 2008).
Blog merujuk kepada laman web interaksi yang mempunyai
pelbagai entri bertarikh - terdiri daripada teks, imej, objek media dan data - dalam urutan kronologi terbalik (Zamir, Kemboja & Supyan, 2011).
Blog juga boleh dilihat sebagai sebuah laman web, yang menyerupai jurnal dalam talian, yang sentiasa dikemas kini (Stanley, 2005).
Mynard (2007) melaporkan bagaimana blog telah berjaya digunakan sebagai medium refleksi bagi pembelajaran bahasa. Blog juga merupakan satu wadah bagi latihan penulisan yang autentik.
Blog berpotensi untuk menggalak autonomi pelajar, membangunkan kesedaran tentang khalayak dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kolaboratif (Prentice, 2012).
Quek (2009) menyentuh tentang pelajar yang menjadi lebih introspektif dan berfikir secara mendalam mengenai apa yang mereka tulis dalam blog mereka sendiri, atau, apabila mereka mengulas mengenai entri orang lain menerusi blog.
Penggunaan blog perlu disusuli oleh beberapa aktiviti yang
menggalak refleksi secara langsung dan bermakna.
Salah satu pendekatan adalah menggunakan Taksonomi Refleksi
Pappas (2001), yang mencontohi pendekatan Bloom.
Pappas mencadangkan soalan-soalan refleksi bertahap rendah
hingga tahap yang lebih tinggi, yang boleh disesuaikan untuk
membantu berfikir pelajar tentang tugas (penulisan) mereka.
Soalan-soalan panduan ini boleh diperkenalkan secara
berperingkat-peringkat dalam tugasan-tugasan menulis untuk
membolehkan introspeksi yang lebih berkesan.
Pengajaran penulisan menyertakan aktiviti-aktiviti refleksi
berpandukan soalan-soalan rangsangan mengikut tahap
refleksi yang diusulkan oleh Pappas (2001).
Merangsang Refleksi
Pra-menulis:
Selepas aktiviti perbincangan, pelajar diberikan tiga soalan refleksi mengikut tiga tahap pertama Taksonomi Refleksi Pappas - mengingat, memahami dan mengaplikasi.
Mereka boleh ditanya tentang apa yang mereka lakukan pada pelajaran sebelumnya, mengapa mereka melakukannya dan apa yang mereka pelajari daripada melakukannya.
Sesi ini diakhiri dengan perbincangan ringkas mengenai jawapan pelajar.
Pra-menulis:
Pelajar diberikan karangan contoh agar mereka boleh membuat analisa dan penilaian tentang karangan yang diberi itu.
Rangsangan-rangsangan refleksi seperti “Apakah yang kamu pelajari daripada teks contohan ini?” / “Adakah karangan ini baik? Mengapa?”
Pos-menulis:
“Adakah karangan contoh ini lebih baik daripada karangan kamu? Mengapa?” / “Apakah yang boleh kamu pelajari daripada karangan contoh ini?”
Pos-menulis: Soalan-soalan rangsangan refleksi lain boleh diberikan.
- Apakah yang cuba kamu tegaskan dalam perenggan ini?
- Bagaimanakah kamu cuba meyakinkan khalayak dengan
hujah-hujah yang kamu tulis ini?
- Apakah cara yang lebih berkesan untuk menyampaikan
mesej kamu?
- Apakah kesukaran yang kamu hadapi semasa menulis
karangan ini? Bagaimanakah kamu boleh mengatasinya?
Dapatan kuantitatif Markah ujian pra-pos pencelahan setiap pelajar dibandingkan dan,
pada umumnya, terdapat peningkatan markah bagi ujian pos-pencelahan. Selanjutnya, ujian statistik tidak parametrik yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan adanya perubahan yang signifikan pada p < 0.05, dengan nilai P yang berukuran 0.00798, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
Dapatan kuantitatif
Karangan pelajar turut diteliti sama ada mempunyai pernyataan tesis (PT), huraian (H) atau penjelasan, contoh atau sokongan (C), dan penegasan (PS). Perbandingan data sebelum dan selepas pencelahan menunjukkan peningkatan bagi keempat-empat ciri yang diteliti, seperti yang tersaji dalam Rajah 4.
Faktor-faktor Penyumbang (Data Kualitatif) Dapatan1: Blog membolehkan pemikiran
metakognitif dilihat secara visual
Menurut pelajar, aktiviti refleksi melalui blog membolehkan mereka berfikir secara metakognitif.
Ini kerana aktiviti tersebut membuat mereka merenung tentang apa yang mereka
fikirkan semasa menulis.
“langkah menjelaskan pemikiran inilah yang sebenarnya dapat mempertingkat pembelajaran di
bilik darjah”
- Chi, De Leeuw, Chiu, & LaVancher (1994)
Dapatan 2: Blog memperkukuh penghayatan konsep atau internalisasi pembelajaran
Aktiviti refleksi yang dijalankan menerusi blog didapati
membantu pelajar mengingati struktur dan ciri-ciri penulisan ekspositori dengan lebih baik lagi.
Ini kerana mereka berpeluang untuk berfikir secara introspektif.
Selain itu, mereka turut berpeluang untuk memproses semula pengetahuan sedia ada atau
membuat penyesuaian setelah ia difikirkan semula.
Dapatan 3: Blog membolehkan pemikiran dan pandangan diakses oleh orang lain
Blog dapat menyebarluaskan pemikiran dan pandangan
seseorang pelajar atau memberi akses kepada orang lain
untuk memahaminya.
Kesannya, ini memudahkan pelajar untuk belajar daripada
satu sama lain dengan pantas.
Menurut Quek (2009), blog menawarkan pelajar satu kemudahan untuk merujuk hasil karya orang lain
supaya mereka boleh memperbaiki atau menambah nilai karya mereka sendiri.
Perbezaan antara strategi pencelahan dengan strategi pengajaran
biasa adalah penggunaan aktiviti refleksi berstruktur menerusi blog
sebagai wadah sokongan. Aktiviti refleksi telah membantu pelajar
untuk (i) berfikir secara introspektif dengan dibantu atau dirangsang
soalan-soalan pelbagai tahap pemikiran, (ii) membaca semula hasil
kerja mereka serta (iii) menyediakan satu lagi saluran pembelajaran
melalui hasil kerja rakan sebaya yang diakses oleh mereka. Kaedah
ini terbukti telah dapat membantu mereka meningkatkan penulisan
seperti yang ditunjukkan melalui data kuantitatif dan kualitatif yang
dikumpulkan.
Akhir kata
Terima KasihTerima Kasih