PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN Bil...

2
PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN Bil Persoalan Nilai Pengajaran Huraian/Contoh 1 Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Kegigihan Kita mestilah gigih berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya. 2 Cinta dan kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang. Kita mestilah menyayangi antara satu sama lain. Dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Contohnya, Hayati bersimpati dengan nasib Hilmi begitu juga Azizah, bersimpati dengan Hilmi. 3 Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup Keimanan. Kita harus kembali kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup. Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku buku agama seperti Hidup Sesudah Mati. Hilmi juga sering mendekatkan dirinya dengan ibadah solat setiap kali dia menghadapi masalah . 4 Semangat kerjasama yang membawa kejayaan Kerjasama. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Encik Bakar menjadi pemimpin quartet yang berjaya kerana mendapat sokongan daripada semua ahli kumpulannya yang dianggap seperti satu keluarga. Kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian.

Transcript of PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN Bil...

Page 1: PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN Bil …mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/02/persoalan-nilai-dan... · Bil Persoalan Nilai Pengajaran Huraian/Contoh 5 Mementingkan pangkat daripada

PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN

Bil Persoalan Nilai Pengajaran Huraian/Contoh

1 Kegigihan berusaha untuk

mengubah kehidupan dan masa

depan.

Kegigihan Kita mestilah gigih berusaha

untuk mengubah kehidupan dan

masa depan.

Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan

hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat

penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat

dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk

mencapai cita – citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara

tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya.

2 Cinta dan kasih sayang sesama

manusia.

Kasih sayang. Kita mestilah menyayangi antara

satu sama lain.

Dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati

serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan

kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.

Contohnya, Hayati bersimpati dengan nasib Hilmi begitu juga

Azizah, bersimpati dengan Hilmi.

3 Agama yang dapat

mengembalikan ketenangan

hidup

Keimanan. Kita harus kembali kepada

ajaran agama untuk mendapat

ketenangan hidup.

Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi

telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama

melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku

agama seperti Hidup Sesudah Mati.

Hilmi juga sering mendekatkan dirinya dengan ibadah solat setiap

kali dia menghadapi masalah .

4 Semangat kerjasama yang

membawa kejayaan

Kerjasama. Kita hendaklah bekerjasama

dalam melakukan sesuatu

perkara.

Encik Bakar menjadi pemimpin quartet yang berjaya kerana

mendapat sokongan daripada semua ahli kumpulannya yang

dianggap seperti satu keluarga.

Kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan

semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan

pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian.

Page 2: PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN Bil …mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/02/persoalan-nilai-dan... · Bil Persoalan Nilai Pengajaran Huraian/Contoh 5 Mementingkan pangkat daripada

Bil Persoalan Nilai Pengajaran Huraian/Contoh

5 Mementingkan pangkat

daripada kekeluargaan

Hormat-menghormati. Kita haruslah menngamalkan

sikap hormat-menghormati.

Datin Salmah lebih mementingkan pangkatnya dan memandang

rendah kepada Hilmi.Datuk Johari juga mengikut perangai

isterinya itu dan berasa malu kerana keluarga di sebelahnya tidak

ada yang berpangkat besar. Apabila Hilmi mencapai kejayaan,

mereka mula mengaku Hilmi sebagai anak buahnya.

6 Bertanggungjawab dalam

melaksanakan sesuatu

Tanggungjawab. Kita mestilah menjalankan

tanggungjawab yang telah

diamanahkan.

Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang

kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah

Datuk Johari menjadi sangat cantik.

Encik Bakar menjalankan tanggungjawabnya dengan baik untuk

mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik.

7 Keluhuran hati. Tidak menyimpan

dendam.

Kita saling memaafkan dan tidak

menyimpan dendam.

Hilmi tidak pernah memburukkan Datin Salmah dan Datuk Johari

walaupun mereka telah memberikan layanan buruk kepadanya

malah memuji mereka dan memberitahu bapanya bahawa

merekalah yang membiayainya belajar bermain piano.

8 Insaf atas kesalahan diri sendiri Keinsafan. Kita perlu insaf akan kesalahan

yang telah kita lakukan.

Datin Salmah dan Azizah menyesal kerana telah memberikan

layanan yang buruk kepada Hilmi.