Tema dan persoalan

12
TEMA KASUT KELOPAK JANTUNG

Transcript of Tema dan persoalan

TEMA

KASUT KELOPAK JANTUNG

Tema cerpen ini ialah kemiskinan murid di daerah pedalaman

PERSOALAN

KASUT KELOPAK JANTUNG

1. Ketegasan seorang guru terhadap murid Contohnya :- Cikgu harun yang berasa kasut bukannya mahal sangat dan berasa ibu bapa Ahmad tidak kisah Ahmad tidak berkasut. 2. Sikap guru yang mendenda murid Contohnya:- Cikgu Harun yang memakaikan kasut kelopak jantung.

3. Perasaan sedih dan malu seorang murid miskin Contohnya:- Ahmad berasa sedih dan malu apabila Cikgu Harun memakaikannya kasut kelopak jantung.

4. Keprihatinan seorang guru terhadap kesusahan anak muridnya Contohnya :- Cikgu Harun yang menyedari kemiskinan Ahmad dan membeli uniform sekolah untuk Ahmad 5. Kepatuhan murid terhadap arahan gurunya Contohnya:- Ahmad tidak menanggalkan kasut kelopak jantung selagi tidak membeli kasut baru seperti yang diarahkan oleh Cikgu Harun

6. Ingatan seorang murid terhadap seorang guru Contohnya:- Ahmad sentiasa mengingati Cikgu Harun dan apabila Hari Guru, beliau menghadiahkan gurunya sepasang kasut

KASUT KELOPAK JANTUNG

PLOT

Plot terbahagi kepada lima bahagian:-

3.Permulaan / Eksposisi

2. Perkembangan / Konflik

3. Perumitan / Komplikasi

4. Puncak / Klimaks

5. Pelaraian

Permulaan / EksposisiCikgu Harun menerima bungkusan ketika baru balik dari surau

Perkembangan / KonflikBungkusan itu mengimbau ingatan Cikgu Harun pada zaman awal beliau menjadi pendidik

Perumitan / KomplikasiCikgu Harun memarahi Ahmad kerana tidak memakai kasut ke sekolah. Semasa murid lain bersenam , Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan memakaikan kasut kelopak jantung. Peristiwa itu menyebabkan Ahmad tidak hadir ke sekolah lantas Cikgu Harun ke rumah Ahmad.

Puncak / KlimaksCikgu Harun menitiskan air mata apabila mengetahui keadaan keadaan sebenar Ahmad lalu Cikgu Harun membelikan Ahmad uniform sekolah.

PeleraianAhmad kini pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka dan sering menghadiahkan kasut kepada bekas gurunya.