Pertanianmjg Perak Gov My Bahasa Struktur Tanah Htm

10
Struktur Tanah Petikan : Panduan Mengenali Siri-siri Tanah Utama di Semenanjung Malaysia terbitan Ogos 1993 PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA Untuk tujuan perancangan pertanian, tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan, iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan. Di Semenanjung Malaysia, unit asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri tanah (soil series). Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia adalah berasaskan sistem USDA Soil Taxonomy, 1992yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, nama siri-siri tanah dikenalpasti. Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah telah diwujudkan dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri-ciri tanah yang utama, landskap dan cara pembentukan tanah (Rajah 1). Kumpulan tersebut adalah:- 1. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi. 2. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah. 3. Tanah yang terbentuk dari aluvium lama. 4. Tanah laterit. 5. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru. 6. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai hampir tua. 7. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) 8. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat. 9. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat. 10. Tanah organan (gambut) cetek. KUMPULAN 1: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam. KUMPULAN 2: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam. KUMPULAN 3: Mengandungi tanah yang salir terjadi di atas aluvium lama dan didapati di atas landskap terubah (reworked landscape) yang bertopografi beralun dan berombak. KUMPULAN 4: Terdiri dari tanah laterit yang terdapat di landskap pediman. KUMPULAN 5: Berasl dari aluvium sungai yang terbaru pada elevasi yang rendah. KUMPULAN 6: Terdapat di atas aluvium sungai yang hampir tua dan didapati pada kedudukan yang agak tinggi. KUMPULAN 7: Mengandungi tanah di atas landskap BRIS khususnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tanah ini tidak subur, mempunyai lapisan albik dan spodik dan bertekstur pasir. KUMPULAN 8: Terdiri dari tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat. KUMPULAN 9: Tanah lempung laut yang tidak mempunyai ciri-ciri asid sulfat. Page 1 of 10 Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung 11/5/2015 http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/struktur_tanah.htm

Transcript of Pertanianmjg Perak Gov My Bahasa Struktur Tanah Htm

  • Struktur Tanah

    Petikan : Panduan Mengenali Siri-siri Tanah Utama di Semenanjung Malaysia terbitan Ogos 1993

    PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA

    Untuk tujuan perancangan pertanian, tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan, iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.

    Di Semenanjung Malaysia, unit asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri tanah (soil series). Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia adalah berasaskan sistem USDA Soil Taxonomy, 1992 yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, nama siri-siri tanah dikenalpasti. Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah telah diwujudkan dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri-ciri tanah yang utama, landskap dan cara pembentukan tanah (Rajah 1). Kumpulan tersebut adalah:-

    1. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi.2. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah.3. Tanah yang terbentuk dari aluvium lama.4. Tanah laterit.5. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru.6. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai hampir tua.7. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)8. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.9. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat.

    10. Tanah organan (gambut) cetek.

    KUMPULAN 1: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam.

    KUMPULAN 2: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam.

    KUMPULAN 3: Mengandungi tanah yang salir terjadi di atas aluvium lama dan didapati di atas landskap terubah (reworked landscape) yang bertopografi beralun dan berombak.

    KUMPULAN 4: Terdiri dari tanah laterit yang terdapat di landskap pediman.KUMPULAN 5: Berasl dari aluvium sungai yang terbaru pada elevasi yang rendah.KUMPULAN 6: Terdapat di atas aluvium sungai yang hampir tua dan didapati pada kedudukan yang agak tinggi.

    KUMPULAN 7: Mengandungi tanah di atas landskap BRIS khususnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tanah ini tidak subur, mempunyai lapisan albik dan spodik dan bertekstur pasir.

    KUMPULAN 8: Terdiri dari tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.KUMPULAN 9: Tanah lempung laut yang tidak mempunyai ciri-ciri asid sulfat.

    Page 1 of 10Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    11/5/2015http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/struktur_tanah.htm

  • KUMPULAN 1: Tanah organan cetek.KUMPULAN 11: Tanah organan yang sederhana dalam dan dalam.

    Terdapat 5 kelas kesesuaian tanah dan beberapa subkelas. Kelas kesesuaian tanah dikenalpasti melalui bilangan dan tahap keparahan bagi halangan yang terdapat pada tanah tersebut. Subkelas pula menunjukkan ciri-ciri halangan tanah dan dikenalpasti melalui 9 faktor halangan tanah seperti kedalaman ke lapisan asid sulfat, kedalaman ke lapisan padat, saliran, kecerunan, ketidakseimbangan nutrien, keberbatuan, ketebalan lapisan organan, kemasinan dan struktur dan tekstur tanah. Kelima-lima kelas kesesuaian tanah menggambarkan potensi tanah untuk pembangunan pertanian berdasarkan kepada bilangan tanaman yang sesuai di tanam di dalam satu-satu kelas.

    Kelas 1:Tanah yang tiada halangan atau halangan kecil sahaja kepada pertumbuhan tanaman. Sesuai untuk kebanyakan tanaman. Dengan menggunakan pengurusan yang sederhana sahaja, tanaman-tanaman tersebut dapat memberikan hasil yang lumayan.

    Kelas 2:Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana kepada pertujmbuhan tanaman. Kesesuaiannya kurang sedikit berbanding dengan tanah kelas 1. Pengurusan yang sederhana diperlukan bagi mendapat hasil yang memuaskan. Amalan pengurusan yang mudah termasuk kawalan hakisan serta kerja pengairan dan saliran diperlukan.

    Kelas 3:Tanah yang mempunyai satu halangan serius kepada pertumbuhan tanaman. Hanya sesuai untuk beberapa tanaman sahaja. Pengurusan yang tinggi diperlukan bagi membangun dan memulihkan tanah jenis ini untuk penghasilan jangkamasa yang panjang. Amalan-amalan pengurusan tanah sepeti pengawalan hakisan, pembajaan baja yang intensif, dan/atau kerja-kerja pengairan atau saliran yang melibatkan perbelanjaan sederhana, adalah perlu.

    Kelas 4:Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius kepada tumbuhan tanaman. Sesuai untuk sedikit tanaman sahaja ataupun tanaman tertentu. Pengurusan yang sangat tinggi diperlukan bagi mengekalkan penghasilan tanaman yang sederhana dan berterusan. Kerja-kerja pemuliharaan tanah perlu diberi sekiranya tanah ini akan digunakan bagi satu jangkamasa yang panjang. Tanah kelas ini selalu terdapat pada rupabumi berbukit yang menjadi satu halangan serius kepada penggunaan tanah untuk pembangunan tanah. Terdapat juga tanah-tanah lain dalam kelas ini seperti tanah asid sulfat dan gambut.

    Kelas 5:Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang sangat serius kepada pertumbuhan tanaman. Tanah di dalam kelas ini sangat kurang sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Adalah lebih baik jika tanah ini dibiar untuk tumbuhan hutan sekiranya ia tidak digunakan untuk perbandaran, perlombongan dan kuari.

    Kelas kesesuaian tanah pula dibahagikan kepada subkelas kesesuaian tanah berdasarkan jenis dan tahap keparahan halangan tanah. Berasaskan halangan-halangan ini, subkelas kesesuaian tanah akan menjadi panduan untuk penentuan kesesuaian tanaman, pengurusan kesuburan dan pemuliharaan tanah. Perbezaan yang nyata antara kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah ialah kelas kesesuaian tanah bergantung kepada bilangan dan tahap keparahan halangan tanah manakala subkelas kesesuaian tanah menekankan kepada jenis dan tahap keparahan halangan tanah. Apabila kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah disatukan, maklumat mengenai bilangan, jenis dan tahap keparahan akan diperolehi. Sebagai contoh: Siri Bungor yang mempunyai keupayaan pertukaran kation kurang daripada 10 cmol (+) sekilogram tanah dan terletak di atas rupabumi beralun (2 o-6 o), halangan-halangan tanah ini ialah:-

    Halangan sederhana : Ketidak seimbangan nutrienHalangan kecil: Kecerunan 2 -6

    Oleh kerana siri tanah ini mempunyai satu halangan sederhana, maka mengikut definisi, ianya dikelaskan sebagai kelas kesesuaian tanah 2. Jenis halangan sederhana ialah ketidak seimbangan nutrien. Halangan kecil ialah kecerunan.

    PENENTUAN KESESUAIAN TANAMAN

    Faktor-faktor utama yang diambilkira untuk menentukan kesesuaian tanaman adalah iklim, tanah dan terain. Penentuan kesesuaian tanaman yang berasaskan iklim dibuat dengan menggunakan sistem Agroecological Regions in Peninsular Malaysia oleh MARDI. Manakala penentuan kesesuaian tanaman dari segi tanah dan terain adalah berdasarkan kepada sistem Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia oleh Jabatan Pertanian. Tanaman yang didapati sesuai di sesuatu tempat dengan Agroecological Regions in Peninsular Malaysia akan ditentukan kesesuaian mutamadnya dengan sistem Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia . Taraf kesesuaian tanaman dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu:-

    1. Sesuai Suitable:Tanah yang tidak mempunyai sebarang halangan ataupun hanya sedikit penghalang terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Penghasilan dapat diperbaiki dengan pengurusan sederhana, contohnya: kesuburan tanah.

    2. Sederhana Sesuai Marginally Suitable:Tanah yang mempunyai beberapa halangan yang mungkin mendatangkan bahaya terhadap penghasilan atau pertumbuhan tanaman. Input-input pengurusan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Contohnya: kawasan kurang salir yang memerlukan sistem saliran untuk memperbaiki keadaan tanah.

    3. Tidak Sesuai Unsuitable:Tanah yang mempunyai halangan-halangan merbahaya kepada pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Hasil yang memuaskan hanya mungkin diperolehi dengan pengurusan yang tinggi. Contohnya: kawasan yang sangat curam ataupun selalu ditenggelami air yang sukar disalirkan.

    SIRI TANAH KUMPULAN 1: Tanah terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi

    SIRI ENTA

    Klasiikasi Tanah: Kumulan 1

    Page 2 of 10Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    11/5/2015http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/struktur_tanah.htm

  • 1. USDA Soil Taxonomy: Typic Hapludalf, clayey, mixed, isohyperthermic.

    2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Luvisol.

    Siat-siat utama tanah:Coklat tua (10YR 3/3); lempung; berstruktur blok subsegi, saiz sedang, gred sederhana; peroi ke teguh mengikut kedalaman; sederhana dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation 10-15 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes tinggi; horizon diagnosis argilik.

    Halangan tanah:

    1. Kedalaman ke lapisan padat: sederhana.2. Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 20cG; Terain berbukit : 3G(c); Terain curam : 5G

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.

    Taburan:Kebayakan di sekitar kawasan Benta, Pahang.

    BATANG MERBAUKlasiikasi Tanah:

    1. USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.

    2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

    Siat-siat utama tanah:Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8) ke coklat (10YR 5/2, 5/4); lempung; berpasir sederhana; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

    Halangan tanah:

    1. Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.2. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.

    Kumulan 1

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun : 20nt(G); Terain berombak : 2 Gnt; Terain berbukit : 3G(nt); Terain curam : 5G

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Kebayakan di sekitar Semenanjung Malaysia, terutama sekali di sekitar Tanah Merah, Kelantan.

    SIRI BESERAH Klasiikasi Tanah:

    1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, fine, kaolinitic, isohyperthermic.

    2. FAO / UNESCO Legend: Xanthic Ferralsol.

    Siat-siat utama tanah:Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berkerikil, berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang, gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

    Kumulan 1

    Page 3 of 10Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    11/5/2015http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/struktur_tanah.htm

  • Halangan tanah:

    1. Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius. 1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana. 2. Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2 Gnt; Terain berbukit : 3G(nt); Terain curam : 5G

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Kebayakan di kawasan bukit granit di semua negeri.

    SIRI BUKIT TEMIANG

    Klasiikasi Tanah:

    1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, clayey kaolinitic, isohyperthermic.

    2. FAO / UNESCO Legend: Ferric Acrisol

    Siat-siat utama tanah:Merah kuning (5YR 5/6, 5/8) ke kuning merah (5YR 6/6, 6/8, 7/6, 7/8); lempung berpasir kasar; berstruktur blok subsegi, saiz sedang hingga kasar, gred sederhana, peroi; sederhana dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) seklilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

    Halangan tanah:

    1. Kedalaman ke lapisan padat: Sederhana2. Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius. 1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.

    Kumulan 1

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2cGn; Terain berbukit : 3G(cn); Terain curam : 5G

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Kebayakan di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di kawasan granit.

    SIRI JERANGAUKlasiikasi Tanah:

    1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, very fine, kaolinitic, isohyperthermic.

    2. FAO / UNESCO Legend: Rhodic Ferralsol.

    Siat-siat utama tanah:Coklat pekat (7.5YR 4/6, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi,

    Kumulan 1

    Page 4 of 10Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    11/5/2015http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/struktur_tanah.htm

  • saiz halus, gred lemah; peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

    Halangan tanah:

    1. Saliran: Serius2. Kecerunan: Kecil hingga sangat serius. 1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana. 2. Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun : 3D(nt); Terain berombak : 3D (Gnt); Terain berbukit : 4DG(nt); Terain curam : 5G(D).

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di kawasan Jerangau, Terengganu dan Kulai, Johor.

    SIRI KUANTAN

    Klasiikasi Tanah:

    1. USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, very fine, kaolinitic, isohyperthermic.

    2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Ferralsol.

    Siat-siat utama tanah:Coklat tua (10YR 3/3); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi; saiz halus, gred lemah; peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

    Halangan tanah:

    1. Saliran: Serius2. Kecerunan: Kecil hingga sangat serius. 1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana. 2. Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kumulan 1

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun : 3D(nt); Terain berombak : 3D (Gnt); Terain berbukit : 4DG(nt); Terain curam : 5G(D).

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di kawasan kawasan Kuantan, Pahang.

    SIRI KULAIKlasiikasi Tanah:

    1. USDA Soil Taxonomy:Typic Kandiudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.

    2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Lixisol

    Kumulan1

    Page 5 of 10Laman Pejabat Pertanian Daerah Manjung

    11/5/2015http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/struktur_tanah.htm

  • Sifat-sifat utama tanah:Kuning buah zaitun (2.5YR 6/6, 6/8) ke coklat muda buah zaitun (2.5 YR 5/4, 5/6); lempung berlodak; berstruktur blok subsegi, saiz sedang, gred sederhana; teguh; dalam; sederhana salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

    Halangan tanah:

    Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius. 1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2Gn; Terain berbukit : 3G(n); Terain curam : 5G

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di kawasan kawasan Kulai, Johor.

    SIRI LANCHANG

    Klasifikasi Tanah:

    USDA Soil Taxonomy:Typic Kandiudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.

    FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol

    Sifat-sifat utama tanah:Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8) ke kuning coklat (10YR 6/6, 6/8); lempung berat; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang; gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

    Halangan tanah:

    Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius. 1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana. 2. Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kumpulan1

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2 Gnt; Terain berbukit : 3G(nt); Terain curam : 5G.

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di sekitar kawasan Panchang, Pahang dan Kota Tinggi, Johor.

    SIRI MASAI

    Klasifikasi Tanah:

    USDA Soil Taxonomy:Typic Kanhapludult, clayey-skeletal, kaolinitic, isohyperthermic.

    FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol, skeletic phase.

    Kumpulan1

  • Sifat-sifat utama tanah:Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berkerikil; berstruktur blok subsegi, saiz sedang; gred lemah ke sederhana; agak teguh; cetek; salir; lapisan laterit bermula antara 0-50 sm; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

    Halangan tanah:

    Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius. 1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana. 2. Keberbatuan: Serius

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 3R(Gn); Terain berbukit : 4G (n); Terain curam : 5G(R).

    Kesesuaian tanaman:Buah-buahan, kelapa, kelapa sawit, getah.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Mengganti dengan tanah tanpa batu.- Lubang tanaman lebih besar dan dalam..- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di sekitar kawasan tengah dan selatan Johor.

    SIRI RENGAMKlasifikasi Tanah:

    USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.

    FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

    Sifat-sifat utama tanah:Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berpasir kasar; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang; gred lemah ke sederhana; peroi; dalam salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

    Halangan tanah:

    Kecerunan: Kecil hingga sangat serius. 1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana. 2. Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kumpulan1

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 2nt (G); Terain berombak : 2Gnt; Terain berbukit: 3G(nt); Terain curam : 5G.

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Kebanyakan di kawasan granit di seluruh Semenanjung Malaysia.

    SIRI SEGAMAT

    Klasifikasi Tanah:

    USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, very fine kaolinitic, isohyperthermic.

    Kumpulan1

  • FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

    Sifat-sifat utama tanah:Merah tua (2.5YR 3/6) ke merah kuning (5 YR 4/6, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi; saiz halus, gred lemah; sangat peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

    Halangan tanah:

    Kecerunan: Kecil hingga sangat serius. 1. Saliran: Serius 2. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana 3. Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 3D(nt); Terain berombak : 3D(Gnt); Terain berbukit: 4DG(nt); Terain curam : 5G(D).

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di sekitar kawasan Segamat, Johor dan Kg. Awah, Temerloh, Pahang.

    SIRI SENAIKlasifikasi Tanah:

    USDA Soil Taxonomy:Acrudoxic Kandiudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.

    FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

    Sifat-sifat utama tanah:Coklat pekat (7.5 YR 4/6, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi, saiz halus, gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain beralun hingga ke berombak; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

    Halangan tanah:

    Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.

    1. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana

    Kumpulan1

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 2Gn; Terain berombak : 3G(nt)

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Kebanyakan di kawasan Senai, Johor.

    SIRI SUNGAI MASKlasifikasi Tanah:

    USDA Soil Taxonomy:Haplic Hapludox, very fine kaolinitic, isohyperthermic.

    FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

    Kumpulan1

  • Sifat-sifat utama tanah:Merah tua (2.5YR 3/6); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi; saiz halus, gred lemah; sangat peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.

    Halangan tanah:

    Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius. 1. Saliran: Serius 2. Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana 3. Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 3D(Gnt); Terain berbukit : 4D(nt); Terain curam : 5G(D)

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di sekitar kawasan Raub, Pahang dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

    SIRI TAI TAK

    Klasifikasi Tanah:

    USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.

    FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

    Sifat-sifat utama tanah:Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung; berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

    Halangan Tanah

    Kecerunan: Sederhana hingga sangat halus Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kumpulan1

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2Gnt; Terain berbukit : 3D(nt); Terain curam : 5G

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di sekitar Kota Tinggi, Johor, Bukit Tinggi, Pahang dan Jelebu, Negeri Sembilan.

    SIRI ULU DONGKlasifikasi Tanah:

    USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.

    FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

    Sifat-sifat utama tanah:Merah kuning (5YR 4/6, 5/6, 5/8) ke merah (2.5YR 4/6, 4/8, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi;

    Kumpulan1

  • Print helaian ini

    dalam; salir; terdapat di terain berombak ke curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

    Halangan Tanah

    Kecerunan: Sederhana hingga sangat halus Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana Tekstur dan struktur: Sederhana.

    Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2Gnt; Terain berbukit : 3D(nt); Terain curam : 5G

    Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

    Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

    Taburan:Di sekitar Raub, Pahang dan Jeli, Kelantan.

    Siri tanah Kumpulan 2 Siri tanah Kumpulan 3-5 Siri tanah Kumpulan 6 Siri tanah Kumpulan 7, 8, 9, 10, 11

    ke Laman Utama seterusnya

    Khas Untuk Pengunjung

    PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNGKOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG

    PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIATEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329

    Tarikh Kemaskini Terakhir: 09 July 2009 12:53:06 AM

    dan Ruangan Webmaster

    Penafian: Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara. Pejabat ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau

    kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian lamantidak rasmi yang terdapat dalam laman ini. Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:

    mariam perak.gov.my / mariam malaysia.net / cantik57 hotmail.comSesuai dengan paparan IE versi 7.0 ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.