perubatan tradisional

22
1.0 PENGENALAN Dalam sejarah manusia di muka bumi ini, terdapat berbagai- bagai sistem perubatan seperti perubatan Yunani (Greek), perubatan China (Acupuncture), perubatan India (Ayurveda), perubatan Herba, perubatan Islam, alopathy, homeopathi, oesteopathy dan perubatan tabii menurut susunan usianya. Tiap- tiap sistem perubatan berkenaan mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Tetapi wujudnya persamaan dari segi konsep dan cara perubatan antara satu dengan yang lain dalam bahagian-bahagian tertentu. Sebagai tumpuan kepada artikel ini, perbincangan selanjutnya hanya akan berbataskan kepada perubatan tradisional di kalangan penduduk Malaysia. 1. TAKRIFAN ‘Pengubatan’ adalah berasal daripada perkataan ubat yang membawa maksud sesuatu benda yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan, sama ada dengan cara dimakan atau disapu. Manakala ‘tradisional’ pula bermaksud bercorak tradisi, atau dengan kata lain mesyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun. ‘Pengubatan tradisional’ banyak menggunakan bahan-bahan tempatan asli seperti tumbuh-tumbuhan, herba, bahan-bahan semulajadi dan sebagainya untuk dijadikan sebagai ubat. Pengubatan tradisional dengan istilah lainnya ialah perubatan alternatif. 3.0 PERUBATAN TRADISIONAL Perubatan cara tradisional merupakan cara perubatan lama yang telah wujud sebelum adanya cara perubatan moden. Perubatan cara ini tidak menggunakan rawatan secara saintifik malahan kadang-kadang hanya menggunakan jampi serapah untuk mengubati sesuatu jenis penyakit. Semua bangsa di dunia ini mempunyai cara perubatan tradisional masing- masing. Di Malaysia, cara perubatan tradisional mempunyai banyak jenis dan setiap kaum mempunyai caranya yang tersendiri, misalnya Melayu (bomoh atau dukun), Cina (tabib Cina, singse), Iban (manau) dan India.

Transcript of perubatan tradisional

Page 1: perubatan tradisional

1.0 PENGENALAN

Dalam sejarah manusia di muka bumi ini, terdapat berbagai-bagai sistem perubatan seperti perubatan Yunani (Greek), perubatan China (Acupuncture), perubatan India (Ayurveda), perubatan Herba, perubatan Islam, alopathy, homeopathi, oesteopathy dan perubatan tabii menurut susunan usianya. Tiap- tiap sistem perubatan berkenaan mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Tetapi wujudnya persamaan dari segi konsep dan cara perubatan antara satu dengan yang lain dalam bahagian-bahagian tertentu. Sebagai tumpuan kepada artikel ini, perbincangan selanjutnya hanya akan berbataskan kepada perubatan tradisional di kalangan penduduk Malaysia.

1. TAKRIFAN

‘Pengubatan’ adalah berasal daripada perkataan ubat yang membawa maksud sesuatu benda yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan, sama ada dengan cara dimakan atau disapu. Manakala ‘tradisional’ pula bermaksud bercorak tradisi, atau dengan kata lain mesyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun. ‘Pengubatan tradisional’ banyak menggunakan bahan-bahan tempatan asli seperti tumbuh-tumbuhan, herba, bahan-bahan semulajadi dan sebagainya untuk dijadikan sebagai ubat. Pengubatan tradisional dengan istilah lainnya ialah perubatan alternatif.

3.0 PERUBATAN TRADISIONAL

Perubatan cara tradisional merupakan cara perubatan lama yang telah wujud sebelum adanya cara perubatan moden. Perubatan cara ini tidak menggunakan rawatan secara saintifik malahan kadang-kadang hanya menggunakan jampi serapah untuk mengubati sesuatu jenis penyakit. Semua bangsa di dunia ini mempunyai cara perubatan tradisional masing-masing. Di Malaysia, cara perubatan tradisional mempunyai banyak jenis dan setiap kaum mempunyai caranya yang tersendiri, misalnya Melayu (bomoh atau dukun), Cina (tabib Cina, singse), Iban (manau) dan India.

Perubatan tradisional adalah penggunaan ubat-ubatan tradisional yang masih merupakan satu warisan iaitu penghayatan adalah menerusi kepada satu generasi yang berikutnya. Ia diwarisi turun-temurun dengan cara penyampaian dari mulut ke mulut seperti daripada ayah kepada anak atau daripada guru kepada murid. Perubatan tradisional kini mula mendapat pandangan yang positif daripada orang ramai memandangkan pihak media turut menyiarkan kejayaan penemuan khasiat ubat-ubatan tradisional dan rawatan yang mujarab. Misalnya, berita seorang dukun ‘patah’ boleh memulihkan kaki atau tangan yang

Page 2: perubatan tradisional

patah akibat kemalangan dengan pengubatan yang lebih baik daripada cara moden. Di kalangan masyarakat Cina, rawatan akupuntur dan ubat singse amat popular semenjak zaman berzaman lagi. Kemasyhuran kedua-dua jenis pengubatan ini terbukti berkesan dan mujarab bagi penyakit seperti darah tinggi, lelah dan lumpuh. Rawatan akupuntur pula didapati dapat menggantikan ubat bius dalam proses perbedahan.

Tambahan pula, cara perubatan tradisional mempunyai kaitan dengan kehidupan harian manusia yang terus kekal diamalkan sebelum perubatan moden diperkenalkan. Oleh itu, adalah sukar bagi kita mengetahui tentang evolusi masa dan ruang pertumbuhan ilmu ubat-ubatan tradisional ini. Yang jelas ialah ubat-ubatan tradisional tetap menjadi nenek moyang kita dalam bidang farmasi atau ubat-ubatan. Perubatan tradisional mempunyai matlamat yang sama dengan perubatan moden iaitu untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit yang dihadapi oleh manusia. Kedua-dua kaedah perubatan ini mempunyai konsep tersendiri. Pakar-pakar perubatan tradisional seperti bomoh, dukun, pawang, tabib Cina dan lain-lain memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas untuk memberi rawatan masing-masing.

Begitu juga, di Sarawak perubatan tradisional masih terus diamalkan oleh penduduk luar bandar terutama dari kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pusat-pusat kesihatan moden. Amalan ini dinamakan ‘sampi’ atau ‘pengap’ dan ‘gawai sakit’. Kesemua amalan ini terkenal di kalangan Iban dan Dayak. Cara perubatan ini memerlukan mainan muzik dan korban beberapa ekor binatang. Doa dan jampi juga digunakan untuk mengurangkan kesakitan seperti dipatuk ular.

Di samping itu, bahan-bahan untuk membuat ubat tradisional terdiri daripada akar kayu, buah-buahan, daun, kayu dan haiwan yang tidak mengandungi bahan kimia. Contohnya, minyak bijan dan daun sirih untuk mengubat sakit kepala. Bagaimanapun, pengubatan tradisional banyak menggunakan ilmu batin berdasarkan kepercayaan sesuatu kaum. Sungguhpun begitu, ada para bomoh dan ‘mahagumi’ yang menggunakan alat teknologi moden dalam mengesan sesuatu penyakit sebelum diubati. Misalnya ada klinik perubatan tradisional di Kota Kinabalu yang menggunakan sinar – X bagi mengesan jenis penyakit. Namun tempoh untuk mengubati penyakit pula berbeza-beza iaitu bergantung kepada jenis penyakit. Bagi penyakit yang serius masa yang diambil mungkin lebih dari sebulan sementara penyakit ringan memerlukan dua atau tiga hari sahaja.

Page 3: perubatan tradisional

Lazimnya kos perubatan tradisional berkenaan adalah mengikut kemampuan seseorang itu. Bagaimanapun, bayaran yang dikenakan ialah di antara RM10 hingga RM15. Bagi penyakit yang serius dan mengambil masa yang lama, pesakit dikenakan bayaran maksimum lebih kurang seratus ringgit. Selain itu, bomoh atau dukun sanggup mengunjungi rumah pesakit yang tidak berupaya atau tenat. Ini merupakan satu keistimewaan yang agak sukar kita dapati daripada klinik moden.

Perubatan tradisional amat penting untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan ilmu ‘guna’ seperti santau yang sukar disembuhkan dengan perubatan moden. Maka tidak hairanlah masyarakat sekarang masih mencampurkan perubatan moden dengan tradisional apabila seseorang itu mengalami penyakit yang teruk atau ganjil. Begitu juga dengan penggunaan ilmu-ilmu batin yang masih diamalkan untuk menyembuhkan penyakit. Misalnya di daerah Serian, Sarawak kemungkinan besar yang amalan ini masih dipraktikan oleh suku kaum Bidayuh. Mereka ini tinggal di kawasan pergunungan yang jauh terpencil.

Akan tetapi, ada yang beranggapan perubatan tradisional sebagai cermin masyarakat kurang maju dan kolot berbanding dengan perubatan moden. Pendapat demikian memang berat sebelah walaupun perkembangan perubatan moden memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat amnya. Meskipun begitu, perubatan tradisional masih diamalkan dan taraf perubatannya semakin meningkat setanding dengan perubatan moden. Ini dapat dilihat daripada penerimaan masyarakat moden terhadap perubatan tradisional sebagai jalan akhir mengubati penyakit tertentu yang gagal diubati secara moden.

4.0 JENIS-JENIS PERUBATAN TRADISIONAL

1. Perubatan Melayu

Golongan Melayu juga mempunyai gelaran doktor tersendiri seperti pawang, bomoh, dukun dan bidan. Jenis-jenis pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi seperti akar-akar pokok, ranting-ranting, daun-daun dan tumbuhan.

Bomoh Atau Dukun Dan Ubat-ubatan

Bomoh dalam masyarakat Malaysia bukan sekadar seorang tukang ubat. Jika kita halusi

Page 4: perubatan tradisional

kedudukannya dari segi sosial ternyata ia merupakan salah satu institusi terpenting yang mencerminkan tradisi peribumi yang cukup kaya lagi histori. Secara terbuka atau diam-diam, bomoh tetap menjadi ‘pakar rujuk’ kepada semua lapisan rakyat di Malaysia. Kepada orang kampung, bomoh dicari jika anak menangis waktu tengah malam. Kepada anggota kelas menengah di bandar, bomoh penting sebagai pembekal tangkal untuk mereka menghadapi pencabaran hidup kota yang menekan. Kepada para peniaga gendut lagi kaya, bomoh membantu membuka peluang baru dan mengekal kemewahan. Kepada ahli politik pula, bomoh penting untuk menujum masa depan dan mengenal mana kawan dan lawan.

Ubat-ubatan yang digunakan oleh bomoh kebanyakannya diperbuat daripada bahagian tumbuhan seperti daun, pelbagai jenis akar kayu, bunga-bunga, batu kawi, tulang dan bahan-bahan makanan seperti bawang putih, bawang merah, halia, lada hitam dan sebagainya. Ubat-ubatan ini akan ditukar sekiranya penyakit yang diubati tidak juga sembuh. Di samping itu, sirih pinang tidaklah ketinggalan. Bomoh tidak menggunakan sebarang tumbuhan di dalam hutan tetapi mengenal past kemujaraban tumbuhan tersebut sebelum mengubati pesakit. Keaslian ubat-ubatan tradisional terjamin kerana hanya tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai ubat. Ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit.

Bomoh telah mengaku kemampuan mereka untuk mengubati berjenis-jenis penyakit seperti demam, barah, campak, kudis-kudis, naik angin, kena buatan orang, ubat pengasih dan lain-lain. Kebetulan pula banyak pesakit sembuh apabila kena ubat-ubat bomoh itu. Oleh sebab itu ramailah orang yang percaya kepada kemampuan mereka. Selain daripada bahan-bahan ubat, mereka menggunakan doa, jampi atau serapah bagi menghalau penyakit

Page 5: perubatan tradisional

atau hantu yang kononnya membawa penyakit itu. Ubat-ubat itu digunakan untuk disapukan pada badan atau kepala si sakit, dilumur pada dada atau dahi, diminum atau dicampur dengan air mandi. Sesetengah bomoh menggunakan doa yang bercampur aduk dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Ubat-ubat majun, minyak urut dan tenik adalah ubat Melayu yang telah menjadi dagangan dan perusahaan. Majun ialah sejenis ubat Melayu sudah lama dikenali. Majun ini sejenis makanan yang boleh menyegarkan badan yang kurang sihat. Ia diperbuat daripada berbagai-bagai ramuan rempah untuk memanaskan badan. Minyak urut ini digunakan untuk mengurut urat-urat yang tergeliat. Di samping itu, tenik adalah ubat Melayu yang paling baru. Bahan-bahan ramuan untuk membuat tenik itu adalah baharu belaka. Tenik ini ada banyak kebaikannya. Orang-orang Melayu Kelantan berusaha membuat tenik dengan banyak, sebagaimana yang kita tahu ubat Tenik Melayu mendapat pasaran yang baik pada masa ini.

Bidan Kampung

Semenjak Akta Bidan 1986 (Pindaan 1990) diluluskan, peranan bidan kampung didapati semakin berkurangan dan mungkin lenyap, sekiranya tiada sebarang langkah diambil untuk menghidupkannya. Di bawah akta ini semua bidan kampung tradisional perlu mendaftarkan diri untuk diberi latihan dan kawalan yang lebih baik, tetapi peranannya tetap juga terbatas dan mereka tidak digalakkan dalam menyambut kelahiran bayi. Pada tahun 1988, tidak kurang daripada 2,481 orang bidan kampung yang mendaftar dengan kerajaan dan ramai lagi yang belum mendaftar (Utusan Pengguna, tahun 1989).

Hal ini sememangnya diakui oleh bidan kampung sendiri, tetapi dengan berbekalkan kemahiran dan kesabaran menyambut kelahiran bayi, proses bersalin itu sejak

Page 6: perubatan tradisional

beberapa generasi lalu biasanya berjalan dengan selamat. Begitu juga, mereka dituduh tidak pandai menjaga kebersihan, tiada latihan yang lengkap, terlalu tua dan mempunyai banyak pantang larang.

Berdasarkan fakta-fakta inilah peranan bidan kampung semakin hari semakin pupus, malah mungkin generasi akan datang tidak akan dapat lagi mengenali atau mendengar perkataan "bidan dan kampung". Tidak hairanlah jika generasi akan datang tertanya-tanya bagaimana seseorang ibu boleh melahirkan anak di rumah tanpa bantuan doktor dan alat perubatan moden. Untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh bidan-bidan kampung itu, satu bengkel untuk bidan-bidan kampung telah diadakan di bawah kelolaan Bahagian Kesihatan CAP. Seramai 36 orang bidan kampung dari Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang telah menghadiri bengkel selama tiga hari.

PANDANGAN BIDAN KAMPUNG TERHADAP KAEDAH BERSALIN DI HOSPITAL

Sebagai manusia biasa, bidan-bidan kampung juga mempunyai perasaan dan pandangannya sendiri terhadap kaedah bersalin di hospital. Apatah lagi setelah menerima pelbagai tuduhan dn sekatan yang dikenakan secara tidak langsung terhadap ilmu perbidanan yang mereka warisi daripada ibu atau nenek moyang masing-masing.

Berdasarkan pengalaman beberapa orang ibu yang bersalin di hospital dan juga apa yang didengar oleh bidan-bidan kampung sendiri, kaedah bersalin di hospital turut menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati di kalangan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, terutamanya anak pertama. Pihak hospital selalu menggunakan gunting di mana menurut bidan kampung, tidak baik untuk ibu-ibu bersalin.

Page 7: perubatan tradisional

Pembedahan akan dilakukan jika timbul kesulitan ketika bersalin. Suami pula tidak dibenarkan memberi pertolongan kepada isteri ketika bersalin. Ibu yang di dalam kesakitan untuk bersalin juga sering tidak mendapat simpati daripada kakitangan hospital yang bertugas. Di hospital juga tiada pantang larang untuk makan. Selain itu, bidan-bidan kampung juga tidak suka jika pihak hospital memaksa ibu yang mengandung itu bersalin di hospital.

Pada keseluruhannya, kaedah yang digunakan di hospital seolah-olah mendesak ibu yang hendak bersalin itu melahirkan anaknya dengan cepat. Ini mungkin disebabkan bilangan ibu yang akan bersalin di hospital lebih ramai berbanding dengan ibu yang bersalin di rumah. Kaedah bersalin di hospital itu jauh berbezanya dengan kaedah tradisional yang digunakan oleh bidan-bidan kampung. Bidan-bidan kampung nampaknya lebih sabar di dalam menjalankan tugas, sungguhpun terdapat kes ibu yang terpaksa mengambil masa berhari-hari untuk bersalin.

Kaedah Bersalin Secara Tradisional

Jampi serapah menjadi senjata utama bidan-bidan kampung. Apabila seseorang ibu itu mengalami sakit untuk bersalin, "Pinang Perangsang" (pinang jampi untuk mencepatkan sakit untuk bersalin) akan diberikan. Selepas itu, perut ibu berkenaan akan diurut perlahan-lahan untuk merasa kandungan rahim ibu itu. Minyak selusuh akan disapu di seluruh rahim itu. Ketuban si ibu akan dipastikan sama ada cekang atau tidak. Di samping itu, ibu itu akan diajar mengucap kalimah yahadah dan anak yang dilahirkan akan disambut perlahan-lahan. Anggota ibu yang renggang akan dirapatkan.

Setelah bayi itu selamat dilahirkan, tali pusatnya akan dikerat sepanjang 1½ inci. Ibu berkenaan akan dibiarkan berehat sekejap. Bayi itu akan diselawat, kemudian diazan (bagi bayi lelaki) atau iqamat (bagi bayi perempuan).

Page 8: perubatan tradisional

Setelah itu, ia akan dimandikan. Begitu juga, "batu merian" (rahim ibu) akan dirasa sama ada keras atau lembut.

Sekiranya bayi yang dikandung berada dalam keadaan songsang, bidan kampung akan memusingkan kedudukannya secara perlahan-lahan. Doa buka pintu ketujuh (petikan ayat suci al-Quran) akan dibacakan untuk memudahkan kelahiran. Selepas itu, paha ibu akan diurut sampai ke pinggang. Tujuannya ialah untuk membiar pulih urat saraf ibu yang bersalin itu.

Selepas 10-12 jam besalin, si ibu perlu dimandikan dengan air daun capa, daun pisang kelat, daun ringan-ringan, cemamak, gendang rusa dan inai. Jika tiada daun, digunakan halba sahaja. Daun-daun itu perlu direbus dan dibiarkan suam airnya unutk memandikan ibu itu selama tiga hari berturut-turut. Ini adalah melindungi ibu itu daripada mengalami perdarahan berlebihan dan penyakit sengal-sengal tulang serta untuk memulihkan sistem tubuhnya.

Selepas bersalin, urat saraf dan otot si ibu akan mengembang dan rahimnya tidak berada di dalam kedudukan asal. Untuk memulihkan keadaan ini kaedah "bertungku" akan dilakukan selama 40 hari. Selain itu, pusat bayi pula akan didemah dengan daun sirih yang dilayur. Deni kayu cenderat akan disapu pada pusat bayi itu. Selepas 25 hari "batu merian" (rahim) itu akan kembali kepada kedudukan asalnya. Begitulah antara kaedah yang digunakan oleh bidan kampung di dalam mengurus ibu yang bersalin.

Di dalam "masa pantang" pula ibu yang telah bersalin itu akan diberi makanan yang berzat. Bahagian merah telur ayam akan dicampurkan dengan manisan lebah dan air gamat. Ibu itu juga perlu memakan ubat-ubat tradisional seperti tongkat ali, gajah beranak, rusa jatuh, kacip fatimah dan akar perapat. Selain itu, ibu

Page 9: perubatan tradisional

juga disuruh berehat dan menjaga kebersihan diri.

1. PERUBATAN CINA

Dalam perubatan tradisonal, jenis gelaran bagi doktor tradisional berlainan. Bagi masyarakat Cina, doktor tradisional digelar ‘Fashe’, ‘Dai Fu’, ‘Tabib Cina’ dan ‘Singse’. Di samping itu, pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi ialah kayu gaharu, wang kertas palsu dan pedang ‘Mao Shan Tien’. Perubatan Cina semakin meluas dan ramai orang yang serasi dengan ubatan penyembuhannya. Bagaimanapun, sikap kerajaan yang ‘lepas tangan’ bermakna tiada peraturan yang mengawalnya. Adalah sukar bagi seseorang pengguna untuk menentukan siapakah yang betul-betul berkelayakan dalam bidang ini dan siapa pula yang hanya berpura-pura. Ubat-ubat yang diberi tidak mempunyai label dan tarikh luput penggunaan. Berjuta-juta rakyat Malaysia mengamalkan perubatan tradisional ini. Justeru itu, tibalah masanya kini untuk mereka mendapat perlindungan.

 

PERBINCANGAN SETERUSNYA MENGENAI SINGSE

Ramai rakyat Malaysia keturunan Cina lebih gemar mendapat rawatan secara tradisi daripada singse apabila mereka jatuh sakit. Ramai pula yang kembali mengguna kaedah ini sebagai usaha terakhir apabila rawatan moden gagal untuk menyembuhkan penyakit mereka.

Mereka yang memilih cara rawatan ini mengesahkan tentang keberkesanannya, sementara bekas-bekas pesakit dan singse mendakwa bahawa terdapat beberapa jenis penyakit yang dianggap tidak dapat disembuhkan dengan cara rawatan moden yang sebenarnya boleh disembuhkan sepenuhnya dengan campuran herba dan bahan-bahan yang diambil daripada binatang. Menurut Encik L. S. Lim, pakar akupuntur Cina yang bekerja sambilan di Pusat Perubatan Cina Hospital Lam Wah Ee mendakwa terdapat beberapa jenis penyakit yang tidak berkesan dengan rawatan moden boleh disembuhkan dengan menggunakan ubatan Cina. Sebagai contoh, ubatan moden boleh mengawal gejala-gejala penyakit asma atau lelah tetapi ubatan Cina boleh menghapuskannya sama sekali. Di samping itu, penyakit reumatik boleh disembuhkan dengan kaedah akupuntur atau mengambil campuran herba yang selalunya berjaya diubati oleh singse termasuklah gastrik, migran dan batu karang di buah pinggang.

Page 10: perubatan tradisional

Akupuntur juga boleh merendahkan paras kolesterol di dalam aliran darah, dengan itu akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, akupuntur juga boleh mengurangkan kesakitan sewaktu pembedahan. Kejayaan rawatan tradisi Cina ini mungkin disebabkan ia tidak merupakan satu cara penyembuhan sahaja tetapi gabungan peraturan dalam bentuk pemakanan dan perubahan corak hidup yang mengubah seluruh kedudukan badan. Encik Lim menegaskan bahawa, "Jika anda mengguna ubat ini, anda hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan dan tidak melanggar segala pantang yang berhubungan dengan cara rawatan ini." Menurut Encik Liew Choak Yoon, seorang lagi pakar perubatan singse yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun memberi amaran bahawa ubat herba Cina mestilah diamalkan bersama-sama dengan corak pemakanan yang khusus.

Begitu juga, seseorang pesakit jangan menjangka akan segera sembuh selepas mengambil ubat ini, berikan masa kepadanya untuk bertindak secara perlahan-lahan. Alasan utama kenapa ubat tradisional begitu berkesan ialah kerana prinsip ‘ying’ (negatif) dan ‘yang’ (positif) ataupun mengimbangkan semula badan yang merupakan asas segala rawatan. Adalah dipercayai sekiranya kedua-dua kuasa ini tidak seimbang maka ia akan menimbulkan penyakit. Begitu juga, dalam setiap rawatan empat perkara perlu dipertimbangkan sama ada penyakit itu "panas", "sejuk", "lemah" atau "kuat". Ubat yang diberi adalah menurut diagnosa yang dibuat.

 

TIADA KAWALAN

Memandangkan tiada peraturan yang menguasai kegiatan singse, pengguna tidak mempunyai label dan tidak mempunyai tarikh tamat penggunaannya, singse pun tidak berkelayakan untuk menjalankan operasinya. Amalan ubatan tradisi Cina mendapat kebenaran di bawah Akta Perubatan yang memberi kelulusan kepada sesiapa untuk mengamalkan sistem terapeutik atau pembedahan mengikut kaedah asli keturunan Melayu, Cina dan India dan boleh mendapat bayaran berdasarkan kaedah yang diberikan.

Pindaan kepada Akta Ubatan 1986 (Pengiklanan dan Jualan) telah mewajibkan pendaftaran semua ubat yang mengandungi racun. Ini termasuklah ubatan Cina dan secara tidak langsung merupakan kawalan ke atas singse. Bagaimanapun pemeriksaan dengan Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa pendaftaran ubatan tradisi Cina masih belum dibuat. Seorang pegawai kanan di Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan memberitahu mereka

Page 11: perubatan tradisional

sedang dalam proses untuk mendaftarkan semua jenis ubat yang terdapat di pasaran termasuk ubat tradisional, tetapi ubat yang diberi bukan mengikut arahan doktor merupakan ubat terakhir yang diberi keutamaan.

Di samping itu, undang-undang tidak mewajibkan ubatan tradisional mempunyai label dan disertai dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan. Ramai pengamal ubatan Cina tidak mematuhi peraturan melabelkan bahan-bahan kandungan yang digunakan. Mereka mendakwa bahan-bahan di dalam ubatan herba begitu kompleks hingga sukar untuk dinyatakan bahan-bahan campurannya melalui label. Alasan ini sebenarnya begitu lemah sekali. Pihak Kementerian seharusnya mengadakan undang-undang penglabelan yang mewajibkan semua ubatan tradisional Cina menyenaraikan bahan-bahan ramuan yang mereka gunakan.

Selain daripada itu, tidak ada juga undang-undang yang mewajibkan perletakan tarikh luput bagi ubatan traidisional Cina. Ramai singse yang ditemui menasihatkan orang ramai supaya membuat perbezaan antara ubatan lama dan baru dengan cara menghidu dan melihat keadaannya. Bagaimanakah pengguna biasa dapat mengetahui perbezaannya? Ubatan Cina yang dijual di Singapura diwajibkan mempunyai tarikh luput penggunaan. Oleh itu, tiada alasan bagi pengguna-pengguna di negara kita untuk tidak mendapat perlindungan dalam undang-undang.

Pada masa sekarang, singse tidak wajib mendaftar dengan mana-mana badan pengawasan. Mereka mungkin menjadi ahli kepada Persatuan Tabib Cina tetapi pendaftarannya dibuat secara sukarela, terutamanya bagi mereka yang mendapat latihan di luar negeri. Kurangnya kawalan dalam bidang ini hanya akan menimbulkan penyelewengan, melainkan jika pihak Kementerian mewajibkan singse mendaftar dengan persatuan tersebut. Dengan ini akan memudahkan pihak persatuan mengenalpasti antara pengamal yang berkelayakan dan sebaliknya.

 

RUMAH URUT SEDIA KEMUDAHAN MODEN

Biasanya orang yang mengunjungi rumah urut dipandang serong oleh masyarakat. Ini tidak dapat dielakkan kerana perkhidmatan rumah urut sering kali dikaitkan dengan kegiatan maksiat.

Namun kini, Bath Circles, sebuah pusat kesihatan yang menggabungkan penggunaan kaedah rawatan tradisional dan

Page 12: perubatan tradisional

perubatan moden untuk merawat pelbagai penyakit urat saraf serta yang berkaitan dengan sistem pengaliran darah yang tidak betul, dijangka akan mengubah imej ini. Pemiliknya, Dr Chai Sooi Fatt mengatakan bahawa pusat mengurut tradisional dan penjagaan kesihatan itu yang bertempat di Petaling Jaya adalah yang pertama di negara ini yang mengasingkan tempat mengurut bagi lelaki dan wanita iaitu tukang urut lelaki untuk mengurut pelanggan lelaki dan gadis yang dilatih untuk mengurut pelanggan wanita sahaja.

Tukang urut di situ diajar kemahiran mengurut berdasarkan teknik mengurut tradisional Cina serta Jepun yang dikenali sebagai ‘Shiatsu dan Swiss’ atau ketiga-tiga kaedah sekaligus. Teknik rawatan tradisional yang diamalkan di institut itu ialah mangurut dan mengawal pemakanan manakala rawatan moden pula membabitkan penggunaan mesin ‘Modulated Nid-fre-quency Electrotherapy’ (akupuntur tanpa jarum) dan khidmat kaunseling yang teratur.

Penggabungan penggunaan kaedah rawatan tradisional dan perubatan moden dapat merawat penyakit Reumatik Arthritis, Osteoarthritis, lutut, gout, penggang sendi, urat saraf, sakit kepala termasuk migraine. Penyakit Reumatisma berpunca daripada sistem metabolisma badan yang tidak teratur, hormon yang tidak seimbang, kekurangan antibodi, kemalangan dan pelbagai jenis jangkitan kuman. Sehingga kini, Bath Circles sudah merawat lebih daripada 3000 pesakit pelbagai jenis menerusi teknik mesin Modulated Nid-fre-quency Electrotherapy (akupuntur tanpa jarum), mengurut cara tradisional Cina menggunakan minyak akar kayu, kawalan makan diet, kawalan pemakanan terapi serba, latihan jasmani dan kaunseling. Mengurut cara tradisional Cina menggerakkan semula tenaga dalaman badan bagi memastikan pengaliran darah sempurna dan menguatkan sistem ketahanan badan.

 

4.3 PERUBATAN IBAN

Memang merupakan gelaran doktor tradisional bagi orang-orang Iban. Orang-orang Iban menggunakan darah ayam sebagai pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi.

Orang Melanau yang menggunakan buai atau ayun dan juga menggunakan patung-patung kayu buat mengganti roh si sakit bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu zaman dahulu. Begitu juga apabila orang Bidayuh menghalau makhluk-makhluk jahat dengan menggunakan perahu kecil samalah seperti orang Melayu membuang ancak atau melayarkan lancang untuk menghilangkan penyakit.

Page 13: perubatan tradisional

 

 

5. PERANAN PERUBATAN TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT

TEMPATAN

Sejarah dunia sebenarnya telah bermula serentak dengan kewujudan manusia yang hidup berjuta-juta tahun yang lampau. Hal ini dapat dipastikan dengan penemuan prasasti-prasasti yang menunjukkan bahawa manusia purba telah mengetahui ilmu perubatan. Namun demikian, kita tidak dapat mengatakan bahawa ilmu perubatan masa lampau sama dengan yang ada kini. Memanglah sesuatu yang primitif itu, mempunyai perbezaan dengan yang moden hari ini.

Terdapat banyak perbezaannya. Hal yang paling penting untuk diperkatakan ialah peranannya di dalam masyarakat tempatan. Mungkin ada pihak-pihak yang mengatakan apabila disebut sahaja perubatan, seringkali dihubung-kait dengan pesakit. Hakikatnya, tidak cuma setakat itu. Dunia perubatan tradisional menyelam jauh ke dasar kehidupan manusia, masyarakat tempatan khasnya, berbanding dengan dunia perubatan moden.

Sebelum membicarakan peranan-peranan perubatan tradisional di dalam masyarakat tempatan ini, kita hendaklah tahu sedikit sebanyak tentang alat-alat serta orang yang bertanggungjawab di dalam hal ini. Pakar perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu digelar bomoh, dukun atau pawang sementara dalam masyarakat Iban mereka digelar ‘beliau’ atau ‘menang’. Di samping itu, tokoh seperti bidan juga turut memainkan peranan yang agak ketara di dalam masyarakat tempatan.

Satu hal yang amat ketara berbeza dengan dunia perubatan moden adalah bahan yang digunakan serta cara mengubati penyakit. Bagi masyarakat Melayu dan Melanau, bahan-bahan seperti kemenyan, keris tua, buah limau, bunga-bunga dan lain-lain kerap digunakan, di samping jampi serapah yang tidak pernah ditinggalkan.

Peranan utama perubatan tradisional adalah untuk menyembuhkan penyakit. Hal ini tidak dapat dinafikan meskipun ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa kesihatan merupakan soal ringan bagi masyarakat primitif.

Di dalam hal untuk menyembuhkan penyakit selalunya terdapat persamaan di kalangan kaum-kaum yang mengamalkannya.

Page 14: perubatan tradisional

Masyarakat Melayu dan Iban umpamanya, terdapat orang atau pakar yang bertanggungjawab. Perlakuan mereka turut menunjukkan persamaan. Jikalau di dalam masyarakat Melayu terdapat unsur-unsur pemujaan kuasa-kuasa halus atau roh (ini terdapat di dalam masyarakat Melayu kuno), maka di dalam masyarakat Iban turut terdapat pemujaan. Jikalau masyarakat Melanau mempercayai bahawa DAKAN (gendang) mempunyai fungsi yang tidak dapat diketepikan di dalam menyembuhkan penyakit, demikian juga dengan masyarakat-masyarakat lain.

Oleh itu, dapat dikatakan masyarakat tempatan yang mengamalkan perubatan tradisional ini, mempunyai anggapan yang hampir sama tentang fungsi bahan-bahan dan jampi serapah tadi.

Seandainya kita meneliti dengan lebih mendalam lagi tentang peranan bahan-bahan atau perlakuan "pakar-pakar" tadi, kita tidak dapat melihat bagaimana ia dapat mengubati penyakit, tetapi masyarakat tradisional amat mempercayainya, malah mereka berpegang teguh kepada amalan-amalan itu. Di samping berfungsi sebagai menyembuhkan penyakit, perubatan tradisional juga mempunyai fungsi yang lain iaitu untuk menghindari seseorang daripada mendapat kecelakaan atau penyakit. Hal ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan masyarakat tempatan terhadap kuasa-kuasa atau makhluk-makhluk halus. Dalam masyarakat Iban, hal ini disebut BERSUDIK.

Hal ini diadakan kerana masyarakat tempatan amat mempercayai sesuatu penyakit atau perkara-perkara buruh yang terjadi adalah disebabkan oleh kuasa-kuasa halus. Masyarakat primitif juga mempercayai seandainya makhluk-makhluk itu tidak "dihormati", maka mereka boleh mendatangkan bala. Oleh sebab itulah hal seperti BERSUDIK dan Pesta Petani dilakukan.

Jadi, selain mengubati penyakit, pakar-pakar seperti bomoh atau MANANG dapat menghalau penyakit tertentu daripada menyerang seseorang. Selain itu, upacara Pesta Petani yang dilakukan oleh masyarakat Melanau bertujuan untuk memohon rezeki yang banyak. Maksudnya Pesta Petani dipraktik untuk memohon kepada "penjaga pantai" supaya membenarkan nelayan-nelayan mendapat tangkapan ikan dengan banyak.

Di samping itu, tokoh seperti bidan turut mempunyai sumbangan dalam perubatan tradisional. Selalunya bidan-bidan melakukan pekerjaan mereka di kawasan-kawasan yang jauh terpencil atau di luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan bidan kerajaan. Walau bagaimanapun, peranan bidan tradisional lebih dipercayai oleh

Page 15: perubatan tradisional

masyarakat tempatan berbanding dengan peranan bidan-bidan kerajaan yang terdapat sekarang. Ini kerana bidan-bidan tradisional bukan setakat untuk memastikan bayi itu selamat dilahirkan, tetapi juga memastikan agar tidak ada makhluk-makhluk jahat yang mengiringnya semasa lahir.

Masyarakat tempatan turut mempercayai pakar-pakar perubatan tradisional bukan setakat dapat menjamin kesihatan mereka, tetapi juga berfungsi sebagai pakar-pakar di dalam hal-hal kecantikan dan kecerdasan. Sebab itulah kita sering mendengar perkara-perkara seperti "susuk", "mandi berlimau", akar-akar kayu yang boleh memberi kecerdasan otak dan lain-lain lagi. Tentang hal-hal kecantikan misalnya, disebabkan tidak terdapat alat-alat solek, maka mereka menggunakan susuk, atau menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada bunga-bunga atau akar-akar kayu untuk mencantikkan diri. Perlu disebut bahawa hal ini masih kekal dilakukan oleh kebanyakan wanita sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, di dalam hal untuk mendapat kecerdasan otak melalui air akar-akar kayu yang dimasak, tidak dapat dipastikan adakah bahan tersebut benar-benar dapat mendatangkan kebaikan. Cuma perkara yang ketara ialah masyarakat tempatan amat mempercayai hal ini. Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan terdapatnya tumbuh-tumbuhan yang dapat menyihatkan tubuh badan, kerana dari kajian pakar-pakar hari ini, telah terbukti khasiatnya, contohnya ulam-ulaman.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa ubat-ubatan tradisional dapat menjamin kecerdasan mental dan kekuatan fizikal manusia. Berbanding dengan perubatan moden (meskipun terdapat kebaikannya) prubatan tradisional amat dipercayai oleh masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun, di dalam masyarakat Melayu, apabila datangnya Islam, sedikit sebanyak peranan perubatan tradisional berkurangan. Masyarakat primitif lebih mempercayai kuasa-kuasa halus dan sesetengahnya mempercayai kuasa-kuasa syaitan, dan hal ini adalah bertentangan denga ajaran Islam yang lebih mempercayai kekuasaan Allah.

Jadi, kita dapat melihat di dalam masyarakat Melayu, perubatan tradisional meskipun masih diamalkan, tetapi bilangannya berkurangan, yang hanya dijadikan sebagai pilihan kedua selepas perubatan secara moden. Daripada peranan-peranan yang telah dijelaskan tadi, dapat dikatakan kepercayaan masyarakat tempatan terhadap prubatan tradisional amat menebal. Hal ini amat ketara sampai ke hari ini terutama sekali jika kita meninjau kepada mereka yang tinggal jauh di pendalaman.

Page 16: perubatan tradisional

Seandainya kita melihat masih ada yang mengamalkan corak perubatan tradisional di tengah-tengah arus permodenan, ia tidaklah mempunyai persamaan fungsi seperti apa yang dilakukan oleh masyarakat primitif dahulu. Jika dahulu, kita melihat perubatan tradisional ini menjadi amalan yang dipegang teguh, tetapi hari ini ia menjadi satu amalan yang bertujuan komersial. Inilah peranan perubatan tradisional yang dapat dilihat pada hari ini, yang lebih banyak bertujuan untuk mendapatkan wang ataupun untuk dijadikan sumber rezeki. Sebaliknya pada masa lampau perubatan tradisional semata-mata untuk mengubati seseorang atau membantu orang-orang sekeliling.

Contoh yang dapat diambil untuk melihat hal ini adalah penjual-penjual ubat di kaki lima atau bomoh atau pawang yang menuntut upah apabila memberikan perkhidmatan. Terdapat beberapa sebab hal ini terjadi. Pertama mungkin disebabkan oleh bahan-bahan perubatan yang sukar dicari, seperti akar-akar kayu yang hanya terdapat di hutan. Sebagai ganjaran mencarinya, maka bayaran dikenakan. Selain itu, mungkin juga disebabkan oleh keperluan hidup hari ini yang memerlukan wang di dalam semua urusan. Jadi, hari ini kita mendapati perubatan tradisional yang dijalankan hanya untuk mendapatkan wang. Malah sesetengahnya tidak mempunyai fungsi apa-apa di dalam menyembuhkan penyakit, malah ada yang boleh membahayakan kesihatan.

Jadi dapat dikatakan bahawa peranan perubatan tradisional telah berubah mengikut perubahan zaman. Pada hari ini, dapat dikatakan ianya sebagai satu warisan budaya yang tinggal seperti abu di atas tunggul. Bukan mudah untuk mencari orang yang betul-betul pakar di dalam perubatan tradisional pada hari ini. Walaupun di sesetengah tempat, masyarakat kita masih mengamalkannya, tetapi amatlah sedikit. Di samping itu, unsur-unsur moden seperti bahan-bahan yang digunakan telah bercampur aduk dengan bahan-bahan aslinya. Di sesetengah tempat, kepercayaan terhadap adat yang telah ditelan oleh kepercayaan agama dan arus zaman, perubatan tradisional hanya tinggal sebagai bahan cerita yang tidak diamalkan lagi.

 

6.0 POTENSI UBAT-UBAT TRADISIONAL

Di merata dunia usaha-usaha sedang diperbaharui untuk mengkaji ubat-ubat tradisional dengan lebih saintifik. Dengan tertubuhnya beberapa pusat penyelidikan di negara ini, peluang untuk mengintensifkan penyelidikan ke atas ubat-ubat tradisional akan jadi

Page 17: perubatan tradisional

lebih cerah. Ini juga mengurangkan pergantungan ke atas kepakaran dari negara luar.

Penemuan-penemuan terbaru dalam dunia perubatan dan kesan ubat tradisional yang menakjubkan memberikan insentif kepada pembangunan industri tersebut. Ada sesetengah jenama ubat tradisional dalam pasaran sekarang yang dipercayai boleh meninggikan kecerdasan otak, membantu awet muda, mencegah kolesterol dan darah tinggi serta berbagai ciri perubatan lain.

Berhadapan dengan prospek ekonomi ini, gesaan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar berhubung dengan kepentingan program pemeliharaan atau pemuliharaan biodiversiti perlu diambil perkiraan lebih serius. Program pemeliharaan atau pemuliharaan tumbuhan ubat-ubat tradisional perlulah mendapat fokus yang lebih tertumpu memandangkan nilai ekonomi dan perubatan yang tidak terhingga.

7.0 KESIMPULAN

Terdapat tren di seluruh dunia untuk memperakui kepentingan ubat-ubat tradisional di samping perubatan lain seperti akupuntur, rawatan homeopati, ubat herba dan lain-lain.

Malaysia yang mengimport ubat-ubat dan produk farmasi bernilai berjuta-juta ringgit setiap tahun sebenarnya mempunyai banyak aset ubat-ubat tradisional yang boleh dimodenkan bagi mengurangkan pergantungan kepada import ubat-ubat dari luar negeri. Bagaimanapun, mesti ada pengusaha kecil dan sederhana di kalangan penduduk tempatan tampil meneroka, mencari peluang dan kepakaran dalam indurtri ubat-ubat tradisional di samping mengekalkan warisan budaya perubatan tradisional tempatan. Ruang untuk memajukan ‘industri’ ini masih terbuka sangat luas memandangkan ia belum mencapai status industri dalam ertikata sebenar, apatah lagi mencapai taraf "high tech pharmaceutical industri". Soalan yang mendesak ialah apakah kerajaan bersedia memberikan pengiktirafan sah kepada semua jenis ubat tradisional di samping memberikan status "profesion" kepada pengamal perubatan tradisional yang mungkin mewujudkan "dualisme" dalam perkhidmatan perubatan di Malaysia? Akhir sekali, selain menjamin status pemuliharaan tumbuhan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan sumber berkekalan, penyelidikan dan pembangunan haruslah dipergiatkan bagi membolehkan pembangunan sub-sektor ini dengan lebih terancang

 

BIBLIOGRAFI:

Page 18: perubatan tradisional

http://www.agrolink.moa.my/iadp/penang/paman/p83.html

http://www.ids.org.my/HomePage/Publications/ResearchPaper/Articles/review43.html

http://www.ids.org.my/HomePage/Publications/ResearchPaper/Articles/review59.html

Journal of Secret Heart Secondary School.1997 & 1998