Pesakit perlu

2
EAZAHAR MOHD [email protected] BILANGAN pesakit yang kaki mereka di- potong akibat kencing manis masih membim- bangkan. Sekitar 30 peratus pesakit kencing manis yang mendapatkan rawatan di Hospital Uni- versiti Nasional (NUH) kerana masalah kaki perlu dipotong kerana lambat mendapatkan rawatan. Hampir 70 peratus daripada pesakit itu merupakan pesakit Melayu. Selain lambat mendapatkan rawatan, pesa- kit ini juga dikesan gagal mengawal pemakan- an atau tidak mengambil langkah pencegahan yang mencukupi apabila kaki mereka luka ak- ibat ulser atau jangkitan. Ini didedahkan Profesor Madya Aziz Nather, konsultan kanan bahagian Ortopedik dan Pembedahan Tangan dan Rekonstruktif Mikro, Hospital Universiti Nasional (NUH). “Daripada sekitar 100 kes yang perlu ka- mi tangani, 10 hingga 12 peratus pesakit per- lu menjalani amputasi di bawah lutut. Sekitar 30 peratus lagi menjalani amputasi di per- ingkat jari kaki dan tulang metatarsus. “Antara punca utama ialah pesakit lambat mendapatkan rawatan. Pesakit Melayu lebih gemar mendapatkan rawatan tradisional sep- erti mendapatkan urutan tradisional atau mengambil jamu. Sering apabila mereka mendapatkan rawatan, keadaan kaki mereka agak teruk seperti bernanah atau telah mula menjadi gangren (kelemayuh),” jelasnya lagi. Beliau menjelaskan bahawa majoriti pesak- it kencing manis yang menghadapi masalah kaki adalah golongan yang berumur 50an tahun atau 60an tahun. Pesakit kencing manis yang hadapi masalah kaki ialah sekitar 17 peratus (bagi mereka yang berumur 50an) dan sekitar 29 peratus (bagi mereka yang berumur 60an). Di Singapura, purata 1,000 pemotongan kaki akibat kencing manis dilakukan setiap tahun. Profesor Madya Aziz berkata antara profil pesakit kencing manis yang hadapi masalah kaki termasuk mempunyai purata pendapa- tan isi rumah yang kurang $2,000 sebulan, mempunyai pendidikan rendah atau per- ingkat menengah, kurang bersenam (sekurang-kurangnya seminggu sekali) dan mempunyai paras HbA1c (kawalan glukos dalam darah bagi tempoh tiga bulan) yang me- lebihi 7 peratus. Profesor Madya Aziz yang telah meng- hasilkan dua buku terperinci mengenai penya- kit kencing manis berjudul Diabetic Foot Problems (November 2008) dan The Diabetic Foot (October 2012) berkata lebih banyak ka- jian perlu dilakukan bagi mengetahui pun- ca-punca lain mengapa ramai pesakit Melayu menghidap kencing manis. “Adakah ini lebih disebabkan faktor gene- tik. Atau ia faktor sekitaran seperti latihan jas- mani dan pemakanan orang Melayu. Selain itu apakah hubungannya dengan isu-isu sosial seperti merokok, pengambilan dadah dan se- bagainya. Adakah itu bersangkut paut den- gan gaya hidup mere- ka?,” jelas be- liau lagi. Beliau mengajak masyarakat Melayu supaya mula mengamal- kan gaya hidup yang lebih sihat. “Antara yang boleh anda lakukan terma- suk tingkatkan senaman dan mengambil pe- makanan yang lebih sihat, kurangkan makan- an segera dan memilih masakan yang di- masak di rumah. “Selain itu masyarakat Melayu juga di- galak mengurangkan tabiat merokok dan ba- gi yang sudah pun dijangkiti kencing manis, mereka perlu mengambil langkah pencegah- an yang mencukupi termasuk mendapatkan rawatan awal dan menjaga kaki mereka den- gan baik,” jelasnya lagi. tu ka madan 7.17 5.36 5.46 7.06 1.12 4.33 8.28 Imsak Subuh Syuruk Zuhur Asar Isyak ULLAH saw di- ebagai seorang rfikiran terbuka enerima teguran dangan, baik dari batnya tidak kira u wanita. Sikap Ra- ni merupakan se- ang asing bagi at ketika itu, yang ang rendah kaum bas peristiwa sele- ainya perjanjian Hudaibiyyah ber- ongan Musyrikin Rasulullah saw kaum Muslimin ang mengerjakan beliau bersabda: kalian dari kamu lakukan penyem- sekarang (yakni maksud membatal- ah dengan ber- gnya, tiada satu sedia melakukan- Prof Aziz: Pesakit perlu rawatan awal p terbuka sulullah Bazar Geylang kecoh bila pegerai bergaduh MICA (P) 041/11/2012 50 sen Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini Urut dan jamu bukan penawarnya – Muka 6 Muka 2 PROFESOR MADYA AZIZ NATHER: Pesakit Melayu lebih gemar mendapatkan rawatan tradisional seperti urutan tradisional atau mengambil jamu. – Foto JOHARI RAHMAT BAHAYA KENCING MANIS GOS 2013 (27 RAMADAN 1434)

Transcript of Pesakit perlu

Page 1: Pesakit perlu

EAZAHAR [email protected]

BILANGAN pesakit yang kaki mereka di-potong akibat kencing manis masih membim-bangkan.

Sekitar 30 peratus pesakit kencing manisyang mendapatkan rawatan di Hospital Uni-versiti Nasional (NUH) kerana masalah kakiperlu dipotong kerana lambat mendapatkanrawatan.

Hampir 70 peratus daripada pesakit itumerupakan pesakit Melayu.

Selain lambat mendapatkan rawatan, pesa-kit ini juga dikesan gagal mengawal pemakan-an atau tidak mengambil langkah pencegahanyang mencukupi apabila kaki mereka luka ak-ibat ulser atau jangkitan.

Ini didedahkan Profesor Madya AzizNather, konsultan kanan bahagian Ortopedikdan Pembedahan Tangan dan RekonstruktifMikro, Hospital Universiti Nasional (NUH).

“Daripada sekitar 100 kes yang perlu ka-mi tangani, 10 hingga 12 peratus pesakit per-lu menjalani amputasi di bawah lutut. Sekitar30 peratus lagi menjalani amputasi di per-ingkat jari kaki dan tulang metatarsus.

“Antara punca utama ialah pesakit lambatmendapatkan rawatan. Pesakit Melayu lebihgemar mendapatkan rawatan tradisional sep-erti mendapatkan urutan tradisional ataumengambil jamu. Sering apabila merekamendapatkan rawatan, keadaan kaki merekaagak teruk seperti bernanah atau telah mulamenjadi gangren (kelemayuh),” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa majoriti pesak-it kencing manis yang menghadapi masalahkaki adalah golongan yang berumur 50antahun atau 60an tahun.

Pesakit kencing manis yang hadapi

masalah kaki ialah sekitar 17 peratus (bagimereka yang berumur 50an) dan sekitar 29peratus (bagi mereka yang berumur 60an).

Di Singapura, purata 1,000 pemotongankaki akibat kencing manis dilakukan setiaptahun.

Profesor Madya Aziz berkata antara profilpesakit kencing manis yang hadapi masalahkaki termasuk mempunyai purata pendapa-

tan isi rumah yang kurang $2,000 sebulan,mempunyai pendidikan rendah atau per-ingkat menengah, kurang bersenam(sekurang-kurangnya seminggu sekali) danmempunyai paras HbA1c (kawalan glukosdalam darah bagi tempoh tiga bulan) yang me-lebihi 7 peratus.

Profesor Madya Aziz yang telah meng-hasilkan dua buku terperinci mengenai penya-

kit kencing manis berjudul Diabetic FootProblems (November 2008) dan The DiabeticFoot (October 2012) berkata lebih banyak ka-jian perlu dilakukan bagi mengetahui pun-ca-punca lain mengapa ramai pesakit Melayumenghidap kencing manis.

“Adakah ini lebih disebabkan faktor gene-tik. Atau ia faktor sekitaran seperti latihan jas-mani dan pemakanan orang Melayu. Selainitu apakah hubungannya dengan isu-isu sosialseperti merokok, pengambilan dadah dan se-bagainya. Adakah itu bersangkut paut den-g a n g a y ahidup mere-ka?,” jelas be-liau lagi.

Beliaumengajakmasyarakat Melayu supaya mula mengamal-kan gaya hidup yang lebih sihat.

“Antara yang boleh anda lakukan terma-suk tingkatkan senaman dan mengambil pe-makanan yang lebih sihat, kurangkan makan-an segera dan memilih masakan yang di-masak di rumah.

“Selain itu masyarakat Melayu juga di-galak mengurangkan tabiat merokok dan ba-gi yang sudah pun dijangkiti kencing manis,mereka perlu mengambil langkah pencegah-an yang mencukupi termasuk mendapatkanrawatan awal dan menjaga kaki mereka den-gan baik,” jelasnya lagi.

Waktuberbuka

Tunaikan Kewajipan Zakat Anda Di Muis Dan Pusat Pungutan Zakat

Bertauliah Muis.

TELEPOL ZAKAT FITRAHNiat dan sila hubungi:

1900-112-3430$4.30 seorang

1900-112-3680 $6.80 seorang

(Kos administrasi 20¢ setiap panggilan)

ZAKAT HARTAKadar Nisab:

Sila hubungi Muis di 6359-1199.Untuk keterangan lanjut, lungsuri www.zakat.sg

27 Ramadan

7.17

5.365.467.061.124.33

8.28

ImsakSubuh

SyurukZuhur

Asar

Isyak

$4,639

EADLI YASHIR [email protected]

BAZAR Geyang Serai menjadi ke-coh awal pagi semalam apabila satupergaduhan berlaku antara sekumpu-lan pegerai bazar mengakibatkan se-orang tercedera dan dikejarkan kehospital.

Kejadian yang berlaku sekitar 2pagi semalam itu dikatakan bermulaapabila kebanyakan gerai sudah mu-la ditutup dan dipercayai melibatkanseramai 10 pegerai lelaki dan wanita.

Berita Harian difahamkan per-gaduhan berlaku akibat salah fahammengenai urusan perniagan gerai baz-ar.

Beberapa saksi menyatakan mere-ka ternampak sekumpulan orang ber-kelahi di hadapan sebuah gerai yangmenjual baju kurung berdekatanGeylang Road.

Selain perbuatan tendang menen-dang, saksi melaporkan batang kayudan penyapu turut digunakan dalamperkelahian itu.

Seorang saksi, Cik Asnida Daud,berkata beliau nampak enam atau tu-juh kereta polis di Bazar Geylang Se-rai ketika itu.

“Saya ternampak seorang makciksedang terpekik-pekik,” kata Cik As-nida.

Beberapa pengunjung juga meng-gunakan laman Facebook untuk me-laporkan kejadian berkenaan seperti

kiriman Cik Suraya Hassan yangmenukil:

“Ya, saya nampak kekecohan ta-di, makcik tu sampai ambil penyapunak rembat seorang lelaki! Kecoh!”

Seorang lagi saksi, Ketua PegawaiEksekutif Orange Promotions, EncikSyah Ibrahim, yang kebetulan bera-

da di hadapan Kompleks Tanjong Ka-tong memerhatikan kekecohan ber-laku di seberang jalan.

“Apabila saya tiba, beberapa kere-ta polis sudah pun tiba untuk me-ngawal keadaan,” kata Encik Syah.

Seperti tahun-tahun lalu, polis te-lah mengerahkan sepasukan khas un-

tuk menjaga keselamatan para pen-gunjung di bazar Geylang Serai sepa-njang Ramadan.

Menurut polis, beberapa pe-gawainya sedang menjalankanrondaan biasa di Geylang Road pada2.09 pagi apabila kejadian itu ber-laku.

“Polis ternampak dan menghenti-

kan pertikaian antara dua kumpulandi Geylang Road.

“Seorang lelaki berusia 20-antahun tercedera dan dibawa dalamkeadaan sedarkan diri ke Hospital Be-sar Changi.

“Polis sedang menyiasat punca ke-jadian,” kata jurucakap polis.

Menyusuli kejadian itu, beberapaanggota masyarakat melahirkan rasakesal kejadian itu berlaku lebih-lebihlagi semasa Ramadan.

Encik Raf Fino menerusi kirimanFacebook berkata:

“Mentang-mentanglah Ramadannak tinggalkan kita, takkan lah nakgaduh-gaduh.”

Sebelum ini peniaga bazar Gey-lang Serai mengeluh menyusuli jum-lah pembeli yang kurang dan jualanyang semakin merosot tahun ini.

Seorang aktivis akar umbi ka-wasan itu yang meminta namanyatidak disiarkan berkata perbalahansering berlaku antara pegerai bazar.

“Selalunya ia berpunca akibat per-saingan perniagaan. Seorang pegeraimula turunkan harga dan pesaingnyapula tidak puas hati dan biasanyamereka bertekak sahaja. Tetapi kaliini ia berakhir menjadi satu kes po-lis,” ujarnya.

RASULULLAH saw di-kenali sebagai seorangyang berfikiran terbukadalam menerima tegurandan pandangan, baik daripara sahabatnya tidak kiralelaki atau wanita. Sikap Ra-sulullah ini merupakan se-suatu yang asing bagimasyarakat ketika itu, yangmemandang rendah kaumwanita.

Kita imbas peristiwa sele-pas selesainya perjanjiandamai Al-Hudaibiyyah ber-sama golongan MusyrikinQuraisy.

Ketika Rasulullah sawmenyeru kaum Musliminyang sedang mengerjakanumrah, beliau bersabda:“Ayuh, sekalian dari kamuboleh melakukan penyem-belihan sekarang (yaknidengan maksud membatal-kan umrah dengan ber-tahallul).”

Malangnya, tiada satupun yang sedia melakukan-nya. Dengan keadaan ber-duka, Rasulullah bangundan masuk ke dalam khe-mah menemui isterinya Um-mu Salamah ra. Rasulullahlantas menceritakan apayang telah berlaku seben-tar tadi. Maka jawab UmmuSalamah, “Ayuh Ya Rasul,sembelihlah korban ter-sebut tanpa melakukan se-barang suruhan, kemudianjemputlah tukang cukur un-tuk mencukur rambutmu.”

Rasulullah saw punmenurutinya. Apabila se-kalian yang menyertai um-rah tersebut melihat Rasu-lullah bertahallul, makapara sahabat segera men-contohi perbuatan Rasul.

Prof Aziz: Pesakit perlu rawatan awal

Sikap terbukaRasulullah

Bazar Geylang kecoh bila pegerai bergaduh

MICA (P) 041/11/2012 50 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

Urut dan jamu bukanpenawarnya

– Muka 6

POLIS TIBA: Beberapa kereta polis tba di tempat pergaduhan berlaku. – Foto SYAH IBRAHIM

Muka 2

PROFESOR MADYA AZIZ NATHER: Pesakit Melayu lebih gemar mendapatkan rawatan tradisional sepertiurutan tradisional atau mengambil jamu. – Foto JOHARI RAHMAT

BAHAYA KENCING MANIS

ISNIN, 5 OGOS 2013 (27 RAMADAN 1434)

MENJELANG SYAWAL/SINGAPURAYA – Muka 2&3

chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle
Page 2: Pesakit perlu

PATAH tumbuh, hilang berganti. Proses

kesinambungan ini terpapar pada penggantian pucuk

pimpinan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti

Nasional Singapura (NUS). Ia baru-baru ini menampilkan

Profesor Madya Dr Noor Aisha Abdul Rahman, wanita dan

anak Melayu setempat yang pertama menjadi ketuanya.

Beliau kini menuruti jejak langkah pengasas dan ketua

pertama jabatan ini, Pendeta Dr Za’ba, Dr R Roolvink, Dr

Syed Hussein Alatas, Dr Tham Seong Chee, Dr Shaharudin

Maarof dan Dr Syed Farid Alatas. Setiap mereka memberi

sumbangan kepada keilmuan dan peradaban Melayu.

Kini terdapat bahas: Apakah Pengajian Melayu masih

relevan, terutama selepas era penjajahan Barat berakhir

lama di Nusantara? Hakikatnya, banyak jabatan pengajian

Melayu tumbuh bertebaran di serata dunia – dari Canada

sehingga China. Bahkan dengan pertumbuhan pesat

Nusantara, terutama Indonesia dan Malaysia, potensinya

cukup besar. Pokok utama bagi menghurai persoalan ini

ialah bagaimana setiap jabatan Pengajian Melayu

mengadakan anjakan paradigma. Di Institut Alam danTamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia,misalnya, terdapat usaha untuk menjana karya agung danmengumpulkan kearifan tempatan iaitu warisan Melayuuntuk disumbangkan kepada tamadun dunia.

Walaupun yang terkecil dari segi kakitangan, dana dansiswanyadi NUS, Jabatan Pengajian Melayu bolehmembentuk tukikan istimewa. Mentelah imej NUS kianmeningkatkan sebagai antara 50 universiti terbaik dunia.Tahun depan ketika jabatan ini berusia 60 tahun, diharapakan tersingkap pelan induknya bagi langkah untuk ketahap selanjutnya. Dirgahayu!

Isnin, 5 Ogos 2013

EAZAHAR [email protected]

KAKI menjadi gatal dan luka keranaulser.

Apabila ini berlaku, ada pesakit Me-layu yang menderita penyakit kencingmanis bergegas mendapatkan rawatanurut tradisional.

Selain itu, ada yang menggunakanjamu kononnya bagi mengubati dan me-nyembuhkan penyakit kencing manis.

“Namun, sebenarnya ramai pesakitMelayu tidak sedar bahawa urut tradi-sional boleh menyebabkan kecederaan,termasuk merosakkan saraf dan men-yebabkan trauma. Ini kerana sebahagiansaraf mereka telah pun rosak keranakandungan gula yang tinggi dalam darahmereka.

“Bagi jamu pula, kebanyakannyamengandungi steroid. Steroid bolehmemporak-perandakan sistem tubuhmanusia terutama bagi pesakit kencingmanis.

“Mereka mahu mempercepat pe-mulihan penyakit kencing manis tetapisebaliknya berlaku. Mereka boleh men-galami kerosakan tisu dan juga saraf,”dedah Profesor Madya Aziz Nather, kon-sultan kanan Ortopedik dan Pembedah-an Tangan dan Rekonstruktif Mikro, Hos-pital Universiti Nasional (NUH).

Dalam satu interviu baru-baru ini,Profesor Aziz menjelaskan komplikasiserius seperti kaki dipotong boleh dielaksekiranya pesakit kencing manis men-dapatkan rawatan betul lebih awal.

Malangnya, ramai pesakit Melayukurang memberi perhatian pada pen-yakit mereka.

“Apabila kaki luka kerana ulser,mereka perlu segera mendapatkan ra-watan. Jangan tunggu sehingga jari kakiberubah warna sehingga menjadi gan-gren (kelemayuh), baru kelam-kabutmendapatkan rawatan.

“Apabila sel sudah mati, kita tiada pi-lihan selain memotong jari kaki yang ter-jejas,” ujar Profesor Aziz.

Di Singapura, purata 1,000 pemoto-ngan kaki akibat kencing manis dilaku-kan setiap tahun.

Profesor Aziz, 63 tahun, adalah pe-nerima Anugerah Jauhari, yang dikeluar-kan Berita Harian, pada 2000.

Pada waktu itu, beliau konsultankanan, pakar bedah tulang belakang diNUH.

Apabila hak pelantikan tetap Profe-sor Aziz berakhir pada 2003, ketua ba-hagian ortopedik NUH pada waktu, Pro-fesor K. Satku, meminta beliau me-ngetuai unit pembedahan kaki pesakitkencing manis di bahagian Ortopedikdan Pembedahan Tangan dan Rekon-struktif Mikro, NUH.

Menjelaskan pelibatannya dalam unititu, Profesor Aziz menyingkap per-bualannya lebih 10 tahun lalu bersamaProfesor Satku, yang berkata kepada be-liau:

“Anda telah pun meraih pendapatanlumayan sebagai pakar bedah tulang be-lakang. Mengapa tidak beri tumpuan pa-da kaki pesakit kencing manis?

“Ia bukan tugas glamor atau yangmenjanjikan pendapatan lumayan tetapiia dapat membantu ramai pesakit ter-utama pesakit Melayu/Islam.”

Profesor Aziz tidak menunggu lamauntuk menerima pelawaan itu.

“Saya terus terima kerana kebanya-

kan pesakit yang mendapatkan rawatandi Wad Kelas C merupakan pesakitMelayu/Islam.

“Ini sebahagian daripada misi saya,iaitu membantu golongan miskin dan me-merlukan dengan cara saya tersendiri,dengan menyelamatkan kaki merekadaripada dipotong supaya mereka dapatmenjalani kehidupan seperti orang bi-asa,” jelas Profesor Aziz lagi.

Sejak memegang jawatan itu, Profe-sor Aziz telah menghasilkan dua bukuterperinci mengenai penyakit kencingmanis berjudul Diabetic Foot Problems(Masalah-Masalah Kaki Diabetik, No-vember 2008) dan The Diabetic Foot(Kaki Diabetik, Oktober 2012).

Selain itu, beliau berjaya mengu-rangkan kadar amputasi bagi pesakitkencing manis setelah membentuk kum-pulan Diabetic Foot, yang dianggotaipara pakar bedah ortopedik, endokri-nologi dan penyakit berjangkit serta ahlipodiatri, jururawat serta beberapa karya-wan kesihatan berkaitan.

Sebelum kumpulan Diabetic Foot di-tubuhkan, kadar amputasi di NUH ialah31.1 peratus pada 2002.

Selepas dibentuk pada Mei 2003, iaberkurangan kepada 20 peratus.

Isteri Profesor Aziz, Cik Suraiya Rah-man, 57 tahun, seorang guru. Merekamempunyai tiga anak – Cik Sharnaz,30-an tahun, seorang doktor pergigian diPerth, Australia; Encik Zameer, 29tahun, seorang pakar bedah di HospitalBesar Singapura, dan Encik Azad, 26tahun, seorang pendidik perniagaan diMalaysia).

Beliau juga mempunyai dua orang cu-cu; Samira, tujuh tahun, dan Aliya, limatahun.

Dalam pada itu, Profesor Aziz me-negaskan selain mengawal pemakanandan bersenam, pesakit kencing manisperlu mengambil pelbagai langkah pen-cegahan bagi mengelakkan komplikasi.

Bagi suri rumah pesakit kencing ma-nis yang suka memasak misalnya, beliaumenasihatkan mereka agar memakai se-lipar yang baik ketika memasak.

Ini bagi mengelakkan risiko ter-gelincir atau jatuh sehingga cedera. Se-lain itu, suri rumah perlu berhati-hati ke-tika memasak kerana mereka boleh ter-dedah kepada bahan panas seperti min-yak masak.

“Kami ada merawat kes suri rumahyang terjatuh ketika memasak atau ter-kena bahan panas. Akibat terjatuh, kakimereka menjadi bengkak atau luka lalumelarat sehingga akhirnya terpaksa di-potong.

“Bagi pemakanan pula, kalau bolehkurangkan nasi dalam makanan harian.

“Ada keluarga yang suka makan nasipada sebelah pagi, makan nasi sewaktumakanan tengah hari dan makan nasi pa-da sebelah malam. Kalau boleh, kurang-kan nasi kepada hanya sekali sehari.

“Selain itu, jangan tunggu hingga rasakaki sakit atau kaki dijangkiti baru nakdapatkan rawatan. Sekiranya merekamendapatkan rawatan awal, risiko kakimereka dipotong akan banyak ber-kurangan.”

Profesor Aziz juga menggalak pesakitkencing manis memeriksa kaki merekasekurang-kurangnya sekali setiap hari.

“Mereka juga perlu menjalani pemer-iksaan kaki dengan pakar sekurang-kurangnya setahun sekali. Jangan biar-kan kaki gatal dan luka kerana ulserakan menjadi lebih buruk,” tegas beliau.

Urut dan jamu bukan penawarnya...

PERLU DAPATKAN RAWATAN SEGERA:Profesor Madya Aziz bersama pengurus jururawat, Encik Grant

Ciccone, menunjukkan ibu jari pesakit yang perlu dipotong akibatpenyakit kencing manis. – Foto JOHARI RAHMAT

“Anda telah pun meraih pendapatanlumayan sebagai Pakar Bedah TulangBelakang. Mengapa tidak beritumpuan kepada kaki pesakit kencingmanis? Ia bukan tugas glamor atauyang menjanjikan pendapatanlumayan tetapi ia dapat membanturamai pesakit terutama pesakitMelayu/Islam.”

– Profesor Madya Aziz Nather ketika menyingkapperbualannya lebih 10 tahun lalu dengan Profesor K.Satku (mantan ketua Ortopedik).

Meneruskan warisan gemilang Pengajian Melayu

KEBANGGAAN MASYARAKAT: Profesor Madya Aziz semasamenerima Anugerah Jauhari BH pada 2000. – Foto fail

Profesor Madya Aziz perjelas kededua kaedah rawatan boleh rosakkan saraf, burukkan lagi penyakit kencing manis

6 Berita Harian | Isnin, 5 Ogos 2013

Rencana PANDANGAN

chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle