Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

33
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 1/33 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane Dua Rahsia Sulit Terbesar:Harta Karun Knight Templar Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau??Misteri di lembah persembunyian para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan Kesatria Perang Salib yang terkenal itu,The Knight Templar. Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau,kira-kira 20 tahun selepas Perang Salib Pertama,sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St. Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru,pada tahun 1118. Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II,raja Baitul Maqdis ketika itu untuk meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem).Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur.Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah. Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah Suci,para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak,tidak diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka

Transcript of Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

Page 1: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 1/33

Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane 

Dua Rahsia Sulit Terbesar:Harta Karun Knight Templar

Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau??Misteri di lembah persembunyian

para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan

Kesatria Perang Salib yang terkenal itu,The Knight Templar.

Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau,kira-kira 20 tahun

selepas Perang Salib Pertama,sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de

St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St.

Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne

telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru,pada tahun 1118.

Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II,raja Baitul Maqdis ketika itu untuk

meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para

penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul

Maqdis (Jerusalem).Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri

pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di

Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera

berundur.Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan

keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah.

Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah

Suci,para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak,tidakdiketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka

Page 2: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 2/33

telah tewas di tangan orang-orang Islam,mereka telah menubuhkan sistem kapitalis

atau perbankan,dan bergerak seperti satu militan yang boleh bertindak bebas dari

undang-undang sivil mahupun undang-undang gereja.

Kemudian,pihak gereja Katolik telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan

Knight Templar dan menghukum para ahlinya.Grand Masternya,Jacques de Molay dan

orang-orangnya telah dibakar hidup-hidup sementara para Templar yang lain

bertempiaran lari ke Scotland dan ada yang bersembunyi ke selatan Perancis.

Apakah misi mereka sebenarnya?Mengapa pihak Gereja mengambil keputusan

menghukum mereka setelah sekian lama membiarkan mereka berbuat sesuka hati?

Apakah yang mereka temui di Baitul Maqdis??

Untuk mengetahui mengapa para Templar dibunuh,kita hendaklah mengkaji apakah

ketakutan para Biskup dan paderi Gereja Roman Katolik selama beratus-ratus

tahun.Kita juga hendaklah mengkaji peranan 'secret societies' dan hubungan mereka

dengan pihak gereja.Mengapa dahulunya para Templar yang hanya berjumlah sembilan

orang,miskin dan kekurangan kuda berubah mendadak menjadi kaya raya,tidak seperti

aliran Tentera Salib yang lain seperti Hospitallers (St. John) dan Teutonic.

Kita hendaklah membuka peti 'harta' yang dijumpai oleh Knight Tempar ini,yangdigelar Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman.

Rahsia Para Templar

Page 3: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 3/33

SEbelum itu mari kita lihat beberapa pendapat dari pelbagai kajian oleh

cendekiawan Timur dan Barat tentang apa yang ditemui para Templar di Jerusalem

*Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman a.s hasil

rampasan baginda ke atas golongan Bani Israel yang mengamalkan sihir.*Para Templar telah menemui ajaran-ajaran dan kitab Kabbalah.

*Para Templar telah menemui True Cross,Holy Grail dan 'relics' yang lain lantas

menyembunyikannya dari pengetahuan gereja.

*Para Templar telah menemui bukti yang mengatakan Nabi Isa a.s telah berkahwin dan

meninggalkan zuriat.

*Para Templar telah menemui kuburan Nabi Isa a.s

*Para Templar telah menemui kuburan Maria Magdalena,dan memindahkannya ke

Eropah.

*Para Templar telah menemui ajaran suci Islam lantas memeluknya.

Ada satu pendapat yang dikemukakan oleh beberapa cendekiawan Barat dan Islam

tentang rahsia yang ditemui oleh Knight Templar.Pendapat ini jika dipadankan dengan

sejarah gereja,'secret societies' dan Knight Templar itu sendiri akan menemui

keserasian dan hampir menyelesaikan teka-teki penemuan Sauniere di Rennes-le-

Chateau.

Pendapat mengatakan Knight Templar memeluk Islam adalah pendapat yang agak

Page 4: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 4/33

ekstrem,kerana jika Knight Templar kesemuanya memeluk Islam,pasti ada sumber

sejarah,kalau pun sumber Kristian menafikannya,pasti ada sumber sejarah Islam

mengesahkannya.Knight Templar adalah tentera Salib yang banyak membunuh orang

awam Islam,Yahudi mahupun Kristian yang bersembunyi di gereja.Jadi tentera-tentera

Islam banyak menghapuskan mereka dalam peperangan disebabkan sifat zalim mereka

yang melampau.Walaupun di dalam peperangan besar seperti Hittin misalnya,Knight

Templar ada ditawarkan untuk memeluk Islam,hanya sedikit sahaja yang

menerimanya.Dan perlu diingat,ketika kekalahan Tentera Salib di Pertempuran

Hittin,para Templar yang berkubu di sepanjang Syria dan Cyprus bertempiaran lari

balik ke Eropah selepas mengetahui Tentera Salahuddin akan mengejar mereka.

Sebelum kita menyiasat rahsia para Templar,kita ikuti sejenak situasi peperangan

terbesar dan terdasyat di antara Tentera Salib dan Tentera Islam (suasana peperangan

inilah yang menginspirasikan situasi perang antara tentera Aragon dan Sauron dalam

The Lord of The Rings) iaitu Pertempuran Hittin,di mana para Templar turut serta di

dalamnya.

Pertempuran Agung Hittin 1187

Pertempuran Hittin atau Hattin yang meletus di sebuah tempat berdekatan Tiberias

kini dalam wilayah Israel. Kawasan tersebut turut dikenali sebagai "Tanduk Hattin"

Page 5: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 5/33

kerana terdapat 2 buah bukit berdekatan tempat tersebut. Pertempuran antara

tentera Islam dan angkatan Salib Eropah berlangsung di tempat pada hari Sabtu, 4

Julai 1187.

Angkatan Salib yang menguasai Baitul Maqdis bertindak menghalang kemaraan tentera

Islam dinasti Ayyub di bawah Saladin (Sultan al-Nasir Salahuddin al-Ayubi). Tujuan

tentera islam menyerang kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari

perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh

rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah.

Latar belakang Perang Hittin

Guy Lusignan menaiki takhta sebagai pemerintah Kristian Baitul Maqdis pada tahun

1186 kerana beliau mengahwini Sibylla. Hal ini terjadi selepas kematian anak lelaki

Sibylla yang bernama Baldwin V merupakan pewaris tetap kerajaan Kristian Baitul

Maqdis. Sibylla berkahwin dengan suami pertamanya William dari Montferrat.

Pada masa itu kerajaan Kristian Baitul Maqdis dibahagikan antara “kumpulan

mahkamah” yang dipimpin oleh Guy dan Sibylla serta pendatang baru dari kalangan

negara Eropah lain seperti Raynald Chatillon, Gerard Ridefort dan Knights Templar.

Kumpulan kedua pula dikenali sebagai “kumpulan pertuanan” yang diketuai olehRaymond III dari Tripoli yang merupakan raja muda bagi pewaris Baldwin V.

Kumpulannya telah bangkit menentang pewarisan Guy yang tidak diiktiraf oleh

mereka.

Raymond III dari Tripoli yang melihat bahawa beliau adalah pewaris utama di kalangan

bangsawan yang paling layak memegang takhta tersebut bergegas ke Baitul Maqdis

untuk membuat bantahan kepada Guy dan Sibylla. Raymond III yang menentang arus

melalui bahagian atas Lembah Sungai Jordan menuju ke Tiberias bagi menghalang Guy

yang ingin mengepung Tiberias.

Kemaraan Guy tersebut dianggap satu pencerobohan dan situasi menjadi tegang hingga

hampir mencetuskan peperangan terbuka di antara Raymond dan Guy. Guy yang

hendak mengepung Tiberias secara sengaja sedangkan sebuah kubu pertahanan adalah

di bawah penguasaan Raymond III melalui isterinya iaitu Eschiva, puteri Galilee.

Namun perang tersebut berjaya dihalang melalui campur tangan oleh penyokong

Raymond iaitu Balian dari Ibelin.

Page 6: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 6/33

Sementara itu juga wilayah-wilayah Islam di sekitarnya pernah bersatu sepanjang

tahun 1170-1180 oleh Saladin. Saladin telah dilantik sebagai gabenor Mesir pada tahun

1169 dan tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai Sultan. Pada tahun 1174, beliau

berjaya menguasai kota Damsyik, kuasanya meluas ke kota Aleppo (Halab) pada tahun

1176 dan seterusnya ke kota Mosul pada tahun 1183.

Buat pertama kali, wilayah Kristian Baitul Maqdis sedang dikelilingi oleh wilayah Islam

yang berjaya disatukan di bawah seorang pemerintah Islam. Angkatan Salib berjaya

mengalahkan pasukan tentera Saladin dalam pertempuran Montgisard berdekatan

Ramlah, Palestin pada tahun 1177. Pada awal tahun 1180-an kedua belah pihak

menandatangani perjanjian damai. Namun perjanjian tersebut dikhianati oleh pasukan

Kristian bawah pimpinan Raynald yang menyerang jemaah haji Muslimini dan beliau

sendiri bertindak mengancam untuk menyerang Makkah dengan pasukannya.

Apabila Guy menjadi raja, Raymond membuat satu perdamaian berasingan dengan

Saladin, dan pada 1187 beliau telah membenarkan Sultan menghantar askarnya di

bahagian utara wilayahnya. Pada masa yang sama, satu pasukan diplomatik telah

dihantar dari Baitul Maqdis ke Tripoli bagi membuat rundingan penyelesaian antara

Raymond dan Guy. Pasukan diplomatik ini telah ditewaskan dalam pertempuran

Cresson pada 1 Mei 1187, oleh satu pasukan kecil di bawah pimpinan al-Afdal iaitu

anak Saladin. Raymond segera berdamai dengan Guy dan berusaha mengumpulkankeseluruhan tenteranya untuk berarak ke utara untuk bertemu dengan tentera Saladin.

Selepas keadaan kembali tenang, Raymond dan Guy bertemu di Acre (Akka) dengan

gerombolan angkatan tentera Salib yang lebih besar. Menurut beberapa sumber dari

Eropah ia mengandungi 1,200 orang kesatria dalam bilangan pasukan berkuda yang

ringan dan berkemungkinan mengepalai lebih 10,000 askar pejalan kaki.

Bilangan itu tidak termasuk pasukan pemanah upahan daripada armada dagang Itali

yang sering memberikan bantuan kepada angkatan perang Salib serta sejumlah besar

askar upahan yang mencari wang termasuk etnik Turk Byzantin di bawah dana derma

oleh Henry II dari England. Pasukan yang turut sama menyertainya adalah peninggalan

pihak Salib yang dipimpin oleh Uskup Acre (Rahib Kristian Akka, Syria) yang berada di

situ sebagai ganti kepada Patrik (Patriarch) Heraclius yang sedang sakit.

Page 7: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 7/33

Pada 2 Julai, Saladin yang cuba menjerat Guy telah menggerakkan tenteranya keluar

dari Saffuriya (Sephoria) pada musim bunga dan secara peribadi mengetuai satu

pengepungan kubu milik Raymond di Tiberias. Manakala angkatan tentera Islam utama

masih kekal berada

di Kafr Sabt. Angkatan Salib yang berada di barisan hadapan pasukan Tiberias cuba

untuk 'membayar' Saladin agar mengundurkan pasukan tenteranya. Beliau enggan

menerimanya dan menyatakan kepada mereka,

"Apabila sesebuah rakyat itu mulai menyedari bahawa mereka hanya mempunyai lawan

yang satu. Sesiapa pun tidak boleh menjerat atau menipu mereka, malah mereka tidak

akan cepat berpuas hati dengan penghormatan (pangkat) yang cuba diberikan. Jika itu

berlaku, mereka akan takut terjadinya perang yang mungkin mengorbankan diri

mereka dan mereka akan meminta sebahagian harta tersebut untuk diri mereka...

tetapi hamba yang ikhlas berkhidmat pasti menghunuskan pedang bagi memisahkannya

di antara mereka."

Kubu tersebut jatuh pada hari yang sama. Sebuah menara pertahanan Kristian berjaya

dirobohkan dan apabila tenteranya bertempiaran lari, askar-askar Saladin menyerbu

dan membunuh askar Kristian yang masih bertahan dan menawan sebahagian besar

daripada mereka sebagai banduan. Isteri Raymond iaitu Eschiva yang masih bertahan

telah dikepung di dalam kubu pertahanannya. Sewaktu mereka bersiap untuk

menggempur kubu pertahanan terakhir itu, berita telah diterima oleh Saladin bahawa

Guy sedang menggerakkan angkatannya tenteranya ke bahagian timur sebagai umpan.

Keputusan Guy untuk meninggalkan benteng pertahanannya sebagai satu usaha

menyelamatkan dan mempertahankannya adalah satu hasil perbincangan para

panglima perang Salib pada malam 2 Julai. Walaupun ada laporan yang telah

diputuskan pada mesyuarat ini merupakan pandangan berat sebelah akibat

persengketaan peribadi antara pemerintah angkatan Salib. Ini memperlihatkan bahawa

Raymond sendiri terpaksa melaksanakan satu ekspedisi tentera yang digerakkan dari

Acre ke Tiberias yang tidak sepatutnya dilakukannya di saat genting tersebut.Namun taktik Saladin ini amat bertepatan dengan apa yang beliau mahukan. Manakala

Page 8: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 8/33

kota Sephoria adalah satu kedudukan yang begitu kukuh bagi pihak tentera Salib

mempertahankannya dan amat sukar untuk dikalahkan oleh tentera Islam yang

dipimpin oleh Saladin.

Tambahan pula, Guy tidak sepatutnya bimbang tentang pertahanan kota Tiberias

kerana Raymond menguasainya secara peribadi dan bersetuju untuk meninggalkannya

demi keselamatan negerinya yang lebih luas. Sebagai respon untuk hujah ini, walaupun

perdamaian

sesama mereka berlangsung dalam situasi genting ini dan dilihat pihak kumpulan

mahkamah yang diketuai Guy lebih dominan dalam arena politik saat itu, maka

Raymond telah dianggap pengecut oleh Gerard dan Raynald.

Impak dari keputusan tersebut membuatkan Guy bertindak merancang serangan pantas

terhadap pihak Saladin. Guy mengarahkan kepada pasukan tenteranya agar mara

untuk menentang angkatan tentera Saladin di Tiberias. Apa yang telah dirancang oleh

Saladin dengan begitu teliti telah menjadi. Saladin merancang agar pertempuran

terbuka dengan pihak angkatan Salib adalah lebih mudah daripada mengalahkan

mereka yang berada dalam kubu pertahanan yang kukuh.

Pertempuran

Angkatan Salib yang bergerak dari kubu kota Sephoria pada 3 Julai di bawah pimpinanRaymond yang berada di barisan paling hadapan bersama Guy, Balian, Raynald serta

para panglima perang Salib. Pasukan besar itu sentiasa berada di bawah pantauan

berterusan daripada askar peninjau berkuda Islam. Pada tengah hari pada hari itu,

tentera Salib yang baru sampai ke sebuah kampung di Turan sejauh enam batu (10 km)

daripada Sephoria. Di sini, menurut Saladin,

"Burung-burung helang dari infantri Salib dan helang pasukan berkuda mereka bakal

mengepak-ngepak di sekeliling air (kerana kehausan)."

Tempat tersebut masih berada sejauh batu sembilan (14 km) dari kota Tiberias. Oleh

itu, dengan hanya satu setengah hari perjalanan sebarang percubaan untuk

meninggalkan sumber air ini pasti membawa kemusnahan bagi mencari objektif lain

pada hari yang sama. Situasi genting begini bakal mengundang serangan tentera

Saladin pada bila-bila masa sahaja.

Apabila Saladin tiba selepas mengambil alih sepenuhnya kota Tiberias dan selepas

tentera Salib bersiap meninggalkan perkampungan Turan kedua belah pihak bertemu.

Tentera Islam memulakan serangan mereka dengan bersungguh-sungguh. Saladin

menghantar dua sayap

Page 9: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 9/33

tenteranya menggempur pasukan tentera Salib dan berjaya merampas perkampungan

Turan dan mampu menyekat pengunduran angkatan Salib secara menyeluruh. Taktik

ini akan memberikan Saladin kemenangan dalam pertempuran yang lebih besar.

Dalam pertempuran yang masih berlangsung berikutnya, barisan belakang angkatan

Salib terpaksa berhenti oleh serangan bertali arus oleh tentera Saladin. Serangan

beterusan itu mengakibatkan mereka terpaksa menghenti-hentikan pengundurannya

hingga keseluruhan tentera Kristian berada di dataran tinggi. Mereka terpaksa

bertahan dan membina kem sementara yang terkepung di dataran tersebut oleh

tentera Islam. Mereka dalam keadaan tertekan kerana tidak mempunyai bekalan air

ataupun sebarang harapan untuk menerima bekalan bantuan makanan atau

ketenteraan.

Behe al-Din meringkaskan dalam catatannya mengenai keadaan tentera Salib yang

semakin tertekan: "Mereka seolah-olah berada dalam satu gelung, sambil tetap terus

berkawat seolah-olah mereka menantikan kematian yang mereka boleh lihat sebelum

kejadian itu berlaku ke atas diri mereka. Apa yang pasti bagi mereka ajal maut dan

kemusnahan bakal menimpa diri mereka dan mereka sememangnya sedar bahawa hari

berikutnya itu mereka pasti akan melawat terlebih dahulu di kuburan mereka."

Pada pagi 4 Julai, tentera Salib telah dikaburkan oleh asap-asap unggun bakaran oleh

askar Saladin yang cuba menambah lagi kesengsaraan tentera Salib yang kelaparan dankehausan. Dalam situasi kekalutan tersebut, pasukan berkuda Islam membuat serangan

dengan memanah mereka dengan 400 muatan anak-anak panah yang telah disiapkan

sepanjang malam tersebut. Gerard dan Raynald yang tidak keruan menasihatkan Guy

untuk membentuk pasukan penyerang dan terus melakukan serangan balas

sebagaimana yang dibuat oleh abang Guy iaitu Amalric II.

Raymond memimpin bahagian pertama bersama-sama dengan Raymond dari Antioch

iaitu anak lelaki kepada Bohemund III dari Antioch. Manakala Balian dan Joscelin III

dari Edessa membentuk barisan pertahanan di garisan belakang. Sedang persiapan

telah diatur rapi, lima

daripada kesatria Raymond III telah berpaling tadah kepada Saladin. Mereka

memberitahu kepadanya bahawa pihak Kristian berada dalam keadaan ketakutan di

khemah mereka menantikan serangan. Situasi penuh dahaga di bawah bahang panas

mentari yang semakin terik, semakin mematahkan semangat pihak angkatan Salib.

Beberapa pasukan mula mengatur langkah dengan kelompok yang berpecah-pecah

untuk mencari mata air di sekitar medan Hittin. Malangnya, pasukan yang kecil-kecil

dan berpecah daripada pasukan besar dengan mudah diserang oleh tentera Saladin dan

Page 10: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 10/33

menghalang mereka membuka laluan dan membuat operasi pengunduran ke kawasan

yang lebih selamat.

Keadaan semakin gawat ini telah memaksa Raymond melancarkan dua operasi besar

sebagai satu percubaan untuk menerobos ruang untuk mendapatkan bekalan air di

laut. Saat genting ini dia 'hampir' berjaya disekat dari pasukan tentera utamanya dan

terpaksa berundur semula.

Langkah paling mudah bagi infantrinya ini adalah dengan bergerak ke kawasan 'tanduk'

Hittin yang lebih tinggi. Guy terus mencuba dengan melemparkan khemah-khemahnya

bagi menghalang pasukan berkuda Islam menghampiri pasukan mereka.

Namun, infantrinya tanpa sebarang perlindungan tidak berjaya menghalang serangan

pasukan berkuda Islam itu, ditambah dengan pasukan pemanah Islam yang terus

menerus menyerang posisi mereka.

Tentera Salib berundur ke Tanduk Hittin

Kedudukan mereka yang kian terkepung walaupun telah mencuba beberapa operasi

serangan balas pada kedudukan Saladin. Namun, mereka dapat juga dikalahkan pada

akhirnya. Saksi dalam situasi ini dinyatakan oleh anak lelaki Saladin sendiri bernama

al-Afdal. Kenyataan beliau telah dipetik oleh Ibn al-Athir:

"Apabila raja mereka (Guy) sampai ke bukit bersama pasukannya itu, mereka telah

melancarkan satu serangan ganas kepada tentera Islam. Situasi ini memaksa mereka

untuk bersama-sama berundur ke posisi ayahanda saya (Saladin). Saya melihat ke

arahnya dan dia memusingkan wajahnya yang tidak keruan dalam keadaan pucat

sambil memegang janggutnya.... Kemudian tentera Islam menyusun semula pasukan

dan kembali membalas serangan kepada angkatan Salib yang bertahan di kawasan

berbukit."

"Apabila saya melihat mereka berundur dan tentera Islam mengejar mereka, saya

menjerit dalam kegembiraan: "Kita berjaya mengalahkan mereka." Tidak lama

kemudian pihak tentera Salib sekali lagi membuat serangan balas sebagaimana mereka

telah melakukannya sebelum ini. Pasukan tentera Islam kembali mundur hingga sampai

ke barisan yang diduduki ayahanda saya. Kemudian pasukan Islam menyerang semula

ke atas pasukan mereka dan memaksa mereka kembali ke kedudukan mereka di atas

bukit. Saya menjerit sekali lagi: "Kita berjaya mengalahkan mereka." Ayahanda saya

berpaling kepada saya seraya berkata: "Lebih baik diam! Kerana kita tidak akan dapat

mengalahkan mereka sehingga khemah itu (Guy) tumbang." Sebaik sahaja Saladin

Page 11: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 11/33

bercakap sedemikian, khemah merah yang diduduki oleh Guy telah pun berjaya

dirobohkan."

Kesemua pihak pemerintah Salib yang berada di situ berjaya ditangkap dan sebilangan

lagi terbunuh dalam pertempuran tersebut. Apa yang jelas, daripada catatan sejarah

melaporkan bahawa Guy, abangnya Amalric II, Raynald, William V Montferrat, Gerard

de Ridefort, Humphrey IV Toron, Hugh Jabala, Plivain Botron, Hugh Gibelet, dan

sebahagian lagi berjaya ditawan. Berkemungkinan hanya 3,000 orang tentera Kristian

yang terselamat dalam pertempuran tersebut daripada 20,000 orang. Raynald dibunuh

sendiri oleh Saladin kerana dengan biadab mengaku menyerang dan mengkhianati

perjanjian yang dimeterai dengan pihak kerajaan Islam.

Pada hari Ahad bersamaan 5 Julai Saladin menuju ke arah Tiberias dalam enam batu

(10 km) dari situ. Sewaktu di sana, Eschiva secara sukarela menyerah diri dan kubu

pertahanannya. Beliau telah dilepaskan pergi ke Tripoli dengan semua ahli

keluarganya, pengikut, dan hamba miliknya.

Pada Isnin bersamaan 6 Julai, dua hari selepas pertempuran itu pasukan Saladin

berjaya menangkap Kesatria Templar dan Hospitaller. Mereka ditawarkan untuk

memeluk Islam, menurut Imad al-Din, hanya segelintir sahaja yang menerimanya.

Walaupun mereka yang menganutnya hanya segelintir namun mereka menjadi seorangIslam yang baik akhlaknya.

Knight Templar dan 'Secret Societies'

Page 12: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 12/33

Pendapat popular tentang Knight Templar ialah kaitan mereka dengan 'secret societies'

seperti Freemason dan Priory of Sion.Priory of Sion mungkin nama komersil yang

digunakan,tetapi sebenarnya ia membayangi satu lagi kelompok rahsia yang benar-

benar wujud,iaitu Rosicrusian.Kaitan di antara para Templar dan Freemasonry amat

menarik sehinggakan terdapat darjat dan lodge di dalam Freemasonry didedikasikan

kepada nama Knight Templar.Siapakah sebenarnya Knight Templar ini?Apa hubunganmereka dengan Freemasonry?

Kata kunci kepada Knight Templar dan Freemasonry tidak boleh tidak

adalah,KABBALAH.

Sebenarnya,Knight Templar adalah satu lagi 'secret societies' yang ditubuhkan untuk

satu misi rahsia di Jerusalem (Baitul Maqdis).Mereka bukanlah baru belajar dan

mengetahui tentang ajaran sesat Kabbalah selepas Perang Salib,tetapi merekalah para

rahib Kabbalah dari kalangan orang-orang Eropah yang menyertai kultus penyembah

Iblis.'Kuil Sulaiman' yang dicantumkan ke dalam nama rasmi mereka Pauperes

commilitones Christi Templique Salomonis,atau "Poor Fellow-Soldiers of Christ and the

Temple of Solomon" adalah berkait rapat dengan organisasi kelompok rahsia

mereka.'Kuil Sulaiman' bukanlah identiti orang-orang Kristian jika hendak

membincangkan Holy Land.Lebih meyakinkan jika mereka meletakkan nama seperti

Church of the Holy Sepulchre atau Jesus's Tomb atau True Cross jika hendak

mengaitkan destinasi bagi tujuan misi mereka.'Kuil Sulaiman' adalah lebih dekat

dengan orang-orang Yahudi,yang mengimpikan Solomon' Temple mereka dapat dibina

Page 13: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 13/33

kembali di atas runtuhannya yang beberapa kali dimusnahkan oleh raja-raja yang

menjajah mereka seperti Nebuchadnezzar dari Kerajaan Babilon dan Titus dari

Kerajaan Rom.'Kuil Sulaiman' adalah salah satu lambang dalam Freemasonry,dan

memang tujuan mereka untuk merampas Holy Land bagi melaksanakan agenda

tersembunyi mereka.Tetapi ada satu misi terahsia Knight Templar dan misi ini

bercampur baur antara kehendak gereja dan kelompok rahsia yang berusaha untuk

mengawal gereja.Untuk memilih 'kunci' yang tepat bagi membuka peti harta Knight

Templar ini,kita juga mestilah mengkaji sejarah gereja dan apa yang menakutkan

mereka selama ini.

Gereja Roman Katolik adalah sebuah institusi Kristian yang mempercayai prinsip-

prinsip Kristian yang termaktub secara rasmi setelah Persidangan Nicea.Sebenarnya di

dalam dunia Kristian,terdapat beberapa lagi institusi selain Katolik seperti Gereja

Ortodoks,Gereja Protestan,Gereja Mormon,Gereja Timur dan Gereja Koptik Mesir.

*Gereja Ortodoks Rusia

Tetapi Gereja Roman Katolik adalah aliran yang dominan dan majoriti dalam dunia

Kristian.Gereja Roman Katolik umumnya terkenal dengan kepercayaan Trinitinya iaitu

mempercayai Nabi Isa a.s adalah sebati dengan Tuhan dan beliau juga adalah salah

satu dari tiga entiti 'Tuhan' (Triniti) selain Tuhan Bapa dan Roh Kudus.Ini adalah

kepercayaan pokok dalam Kristian aliran Katolik.Sejak beratus tahun Paus dan para

Biskup mempertahankan kepercayaan ini dengan melancarkan pelbagai 'Perang Salib'

seperti Perang Salib Albigensian ((1208-1229), oleh Paus Innocent III,Pengepungan

Cathar di Montsegur 1243 dan lain-lain termasuk Perang Salib yang 'teragung'

Page 14: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 14/33

menentang orang-orang Islam.

Persoalannya adakah kepercayaan Triniti sebenarnya adalah ajaran Nabi Isa a.s atau

satu ajaran lain yang diada-adakan?Ini adalah satu misteri yang kadangkala tidak dapat

dijawab oleh paderi sendiri.Kerapkali jawapan yang diberi,ia tertulis dalam

Bible.Adakah benar-benar ia wahyu datang dari Tuhan?Adakah Bible benar-benar

menuliskannya begitu sejak dari era Jesus dan para sahabatnya?Adakah Bible (Bible

yang dipakai oleh Gereja Katolik sekarang) itu sendiri adalah Bible yang asal,yang ada

di tangan Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun?? SEBENARNYA TERDAPAT BANYAK LAGI

BIBLE YANG LAIN,seperti Didache,Barnaba,Thomas dan Mathias (sekadar menyebutkan

beberapa nama).Bible yang lain ini dianggap palsu,menyimpang,tidak asli atau

dongeng.Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau

Apocrypha.Bible yang diiktiraf ialah empat Bible yang ditulis oleh Matthew, Mark,

Luke, John;digelar Canonical Bible atau Injil Kanonik.SEbenarnya Bible yang empat itu

bukanlah yang asli,malah ia adalah tulisan kompilasi oleh penulis-penulis Injil itu

sendiri.Bible yang dijadikan rujukan Bible yang empat itu asalnya bertulisankan Greek

dan bukannya Aramaik (iaitu bahasa Nabi Isa dan para sahabatnya).Dimanakah kitab-

kitab Injil yang berbahasa Aramaik itu pergi??Setidak-tidaknya berbahasa Yahudi

(Hebrew/Ibrani)??PADA UMUMNYA TIDAK ADA PADA HARI INI.Bible ditulis dalam banyak

bahasa dan penafsiran yang pelbagai.Tidak ada satu pun Bible yang tertulis seperti

mana asalnya ditangan Nabi Isa a.s atau para sahabatnya itu sendiri.Tidak sepertiAlQuran,AlQuran pada hari ini adalah AlQuran 1400 tahun dahulu,tidak berubah ayat

atau makna sedikit pun.Kita perlu belajar sejarah Bible,untuk menghidu ketakutan

para paderi Katolik seterusnya mencari kunci yang sesuai untuk membuka peti harta

karun Knight Templar.

Sejarah Bible

Page 15: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 15/33

(Dalam perbincangan dibawah kadangkala Nabi Isa disebut 'Jesus' secara bergantian)

Bible atau Kitab Perjanjian Baru adalah suatu Kitab Greaco (Yunani),

dialek Koine, yang dikarang dan ditulis di luar Palestin;

jadi bukannya dalam bahasa Aramaik yang digunakan dan

difahami di Palestin pada masa itu oleh Nabi Isa a.s,

para Hawariyyun dan awam.

Sebenarnya Perjanjian Baru tidak merupakan suatu Kitab, tapi

hanya karangan-karangan, surat-surat kiriman dan

catatan-catatan terpisah dalam bahasa Yunani dan Aramaik

hingga menimbulkan beraneka tafsir yang bertentangan;

terutamanya sekitar entiti Jesus,dan bukan

ajarannya.

Contohnya,surat-surat dari Paulus ditulis antara tahun 50 M

dan 54 M (semua tahun selepas ini adalah dalam Masehi)

dari Korintus dan Epesus kepada orang-orang

Tesalonika, orang-orang Korintus, orang-orang Galatia dan

orang-orang Rom. Pada tahun 58 dari Rom kepada orang Pilipi

dan Kolose. Pada tahun 65 surat kepada orang-orang Ibrani

(katanya oleh Paulus). Pada tahun 75 disiarkan bentuk awal

Injil karangan Markus. Pada tahun 79 disiarkan Injil Matius.

Pada tahun 90 Synode di YAMNIA mengakui Kitab Suci Yahudi,

Page 16: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 16/33

iaitu Wasiat Yang Lama menurut tradisi (orang Yahudi

Diaspora). Pada tahun 95 disiarkan Kitab Wahyu. Pada tahun

105 disiarkan Kitab Kisah Perbuatan Rasul-rasul karangan

Lukas yang terdiri dari 2 jilid dan kemudian dijadikan satu

karya. Terdorong oleh Kitab Kisah Rasul-rasul tersebut,

mungkin juga dimulai oleh Gereja Epesus, dihimpunlah pada

tahun 110 surat-surat kiriman Paulus.

Muqadimah penyusun ditulis atas nama Paulus, oleh kerananya kemudian disebut

Surat kepada orang Epesus. Pada tahun 115 disiarkan Surat

Yang Pertama dan Kedua kepada Timotius dan Titus atas nama

Paulus, dan barangkali juga dalam tahun itu Surat yang

Pertama dari Yohanes. Pada tahun 117 mungkin disiarkan Surat

Yang Kedua dan Ketiga dari Yohanes- Pada tahun 135 disiarkan

Injil karangan Yahya dan Surat dari Barnabas. Antara tahun

145 hingga 155 terdapat banyak tulisan suci yang tak

diketahui atau diragukan pengarangnya dan yang kemudian

disisihkan, disingkirkan (APOCRYPHA). Bahasa dari aneka

tulisan-tulisan di atas adalah dalam bahasa Greaco dan/atau

dalam bahasa Aramaik, hal yang menimbulkan perbedaan tafsir,

Page 17: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 17/33

faham dan keyakinan antara para Biskup Barat dan Timur.

Oleh karena permusuhan yang timbul dan perbedaan keyakinan

sebagaimana terurai di atas, terasa perlu benar oleh Emperor

Constantine I demi ketenteraman untuk menyelenggarakan suatu

persidangan, yaitu suatu ECUMENICAL COUNCIL (yang pertama kali)

pada tahun 325 di NICAEA (kini Isnik di Istanbul). Kemudian

banyak lagi council atau synode menyusul; yang "Ecumenical"

jumlahnya hingga tahun 1869 ada 20 atau 21 kali.

Gereja Timur Ortodox Yunani mengakui 7 yang pertama (dari

tahun 325 s/d 787), dan Gereja Roman Katolik mengakui 14

Ecclesiastical/Ecumenical Council dari yang pertama. Council

Nicaea dihadiri oleh 220 Biskup dari Barat dan Timur. Yang

dibicarakan hanyalah soal-soal mengenai lman, Kebaktian, dan

sebagainya. Yang terpenting adalah soal Ke-Esaan Tuhan

menurut faham Yahudi dan Syirk, yaitu kepercayaan Goyim

(yakni bukan-Yahudi, maksudnya Hellenisme dan aneka mytology

bangsa-bangsa Jahiliya), dan kemudian antara Unitarian dan

Trinitarian

Paulus yang berbicara bahasa Yunani dan tidak faham Aramaik,

mengakibatkan ia memberi bentuk baru pada ajaran Yesus yang

mudah dan indah dengan memasukkan aneka unsur gnostik,

hal-hal ajaib dan mistik dari agama dan kebudayaan Yunani Kuno

(Hellenisme); seperti misalnya soteriology-faham pembebasan

penebusan dosa. Sistesis inilah yang kemudian menjadi

pertengkaran antara paderi-paderi di mana pelbagai gereja

(Paulinisme) ke luar sebagai pemenang.

Menurut theolog A. Powell Davies dalam bukunya "The First

Christian," terbitan "The New American Library" - A Mentor

Book:

"Paul reshaped the faith of the early Messianic believers into a gospel of salvation for 

the Gentiles." 

Paulus dibenci oleh Ummat Yahudi sebagai pengkhianat bangsa,

Page 18: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 18/33

dituduh oleh orang-orang Rom sebagai pengkhianat

Kekaisaran dan tidak dipercaya lagi, baik oleh para Hawariyyun

maupun orang suci; tetapi ia merupakan seorang yang

menentukan perkembangan ajaran Gereja-gereja.

Semula anggota Timur lebih banyak, kemudian anggota Barat

lebih banyak pada pelbagi majlis atau Synode dan untuk

beberapa waktu keputusan-keputusannya tidak diterima oleh kedua

belah pihak.

Pada tahun 341 dalam suatu perjumpaan di Antioch (Antakia)

Monotheisme diterima, dan kembali jadi agama rasmi sebagai

tafsir yang benar dari Iman Nasrani. Pendapat ini dikuatkan

oleh suatu majlis pada tahun 351 yang terjadi pada masa

Paus St. Julius I (337 - 352).

Paus Honorius I (625 - 638) menolak faham Triniti. Pada

tahun 680, jadi setelah kematiannya, beliau di-anathema (yakni

dilaknat) dalam suatu majlis di Konstantinopel. Photius,

Biskup Sirmium, diturunkan kerana menolak Ketuhanan Jesus di

Konstantinopel pada tahun 869

Page 19: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 19/33

Ada Paus dan Kaisar yang menganut faham Keesaan Tuhan,

tetapi ada juga yang menganut faham Trinitas. Para Biskup

yang menolak Trinitas dianiaya, dipenjarakan, dibuang,

dibunuh dan lain sebagainya; perpustakaannya, aneka

manuskripnya dibakar habis, apalagi yang berbahasa Aramaik.

Hal ini sama dengan buku-buku ilmu lain yang berbahasa atau

berhuruf Arab yang dijadikan abu ketika orang-orang Spanyol

menang atas kaum Muslimin di semenanjung Iberia pada abad

ke-XIV dan ke-XV. Asli dari pada Septuaginta, Kitab Ezra,

Talmud, dan bergerobak-gerobak kodex yang berisi

Monotheisme dibakar habis. Begitu pula jika penganut

Unitarian menang, dimusnahkan segala yang menyebut

Trinitaran. Sedikit yang ada kini adalah sisa-sisa dari

salinan-salinan.

Antara yang lolos selamat adalah Injil karangan Barnabas,

seorang Hawariyyun yang monotheist dan yang menubuatkan

kedatangan Nabi Muhammad S.A.W.; Injil ini pada tahun 383

oleh Paus St. Damasus I (366 - 384) disimpan di perpustakaan

peribadinya.

Toland berkata dalam bukunya "MISCELLANEOUS WORKS" yang

diterbitkan pada tahun 1747, Juz I halaman 380, bahwa Injil

Barnabas masih ada. Dalam Bab XV disebut bahwa GLASIAN

(Gladian) DECREE tahun 496 memasuki "Evangelium Barnabe" ke

dalam daftar buku-buku yang terlarang dibaca. Sebelumnya

Paus Innocent telah mengharamkan pada tahun 465; juga

keputusan Gereja-gereja Barat pada tahun 382. Tidak disebut

apakah Injil Barnabas yang asli itu tertulis dalam bahasa

Aramaik atau Yunani.

Khutbah Nabi Isa a.s di Bukit (The Sermon on the Mount)

Page 20: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 20/33

Ada dua saduran dari ucapan ini, satu di Kitab Injil

karangan Matius dan yang satu lagi di Kitab Injil karangan

Lukas. Kedua saduran ini tidak sama. Periksa dan

bandingkanlah MATIUS 5, 6 dan 7 dan LUKAS 6: 17 - 49.

Sebagaimana diketahui Jesus berbahasa Aramaik, dan naskah

ajarannya dalam bahasa ini sudah tidak ada lagi, dan menurut

para sarjana tidak mungkin ditemukan lagi. Dapat dikatakan

bahwa naskah itu adalah Injil Jesus yang asli, yang

tersimpan oleh saudaranya seibu, Yakub, Ketua Jemaah, di

mihrab Masjid Al-Aqsa di Jerusalem. Pada tahun 62 Yakub

terbunuh atas perintah Ananas, Imam Besar Yahudi.

Pemberontakan (67-70) melawan orang Rom berakhir dengan

dibumiratakannya Jerusalem.

Page 21: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 21/33

Perlu ditekankan bahwa pengikut sejati dari ajaran Jesus ini

adalah dari pada Bani Israil (Yahudi). Mereka dinamakan

"Nazoreans (Nazarenes, Nasarah)" taat kepada syari'at Nabi

Musa a.s., percaya bahwa Jesus, putera gadis Mariam a.s.,

adalah Al-Masih. Mereka merupakan suatu jemaah, suatu aliran

tasawuf yang mirip sekali, menurut hasil penyelidikan Dead

Sea Scrolls, dengan tarekat kaum Essenes. Mereka tidak

bergereja dan bukan Kristian, bahkan dikafirkan kemudian oleh

kaum mualaf (yang baru memeluk) Nasrani yang mendewakan Yesus laksana "Penebus

Dosa."

Kitab Injil dikatakan (kerana tiada bukti) karangan

Matius tersiar kira-kira pada tahun 79. Matius (Ibrani:

Mattihyah; artinya "anugerah Ilahi"), putera dari Alpius,

seorang Yahudi yang berbahasa Aramaik (semula pemungut cukai

dari Kapernaum) adalah hawari (discipel) dari Jesus.

Autograph dalam bahasa Aramaik dari karangannya yang kemudian

disebut Injil, tidak ada lagi. Hanya ada codices dalam

bahasa Greek-Koine, yaitu bahasa Yunani sehari-hari,

salinan-salinan dari yang lain-lainnya.

Tidak diketahui siapa penterjemahnya dan para penyalinnya.

Adapun Kitab Injil Lukas, karangan

Lukas ini tersiar kira-kira antara tahun 145 - 155. Lukas,

seorang mualaf Kristian berasal dari Greek yang tidak berbahasa Aramaik, adalah

ahli perubatan dan kawan dari Paulus. Lukas tidak kenal Jesus.

Autograph dari tulisannya yang kemudian disebut Injil, pun

tidak ada. Hanya terdapat salinan-salinan dari

salinan-salinan yang berlainan.

Siapa para penyalinnya tidak diketahui pula

Dari kedua saduran tersebut dapat dinilai betapa tingginya

ajaran akhlak dari Yesus.

Perlu kiranya diterangkan di sini bahwa menurut segala

Page 22: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 22/33

kamus, Tuhan adalah God dan Heer adalah Tuan. Dalam Bijbel

naskah Belanda dan Inggeris disebut Heer dan Lord, akan

tetapi dalam naskah Melayu/Indonesia diterjemahkannya Heer, Lord

dengan Tuhan; hingga bila diterjemahkan kembali menjadi God;

hal mana menyesatkan pembaca dan meng-ilahkan Jesus. Tidak

disebutnya God Jezus, tetapi Heer Jezus, iaitu sama seperti sebutan 'Sayidina'

(Tuan Kami) dalam tradisi Islam.Jadi ia sepatutnya disebut Tuan Isa. Jelaslah pula

dengan kata Bapaku dan Bapamu

dimaksudnya Allah, tanpa perbedaan antara kedua Bapa itu.

Jesus sendiri menyebut dirinya Anak Manusia. Ketahuilah

bahwa dalam bahasa-bahasa Semit, tidak dikenal huruf besar,

huruf kapital (hoofdletter)

Pendeta Dr. A.P. Davies menguatkan apa yang tersebut di atas

di dalam bukunya "The First Christian" pada halaman 128,

begini: "Menurut pendapat banyak sarjana, satu dari pada

sebab-sebab yang utama dari perubahan status Jesus, dari

Masih Yahudi hingga menjadi Pembebas alam-dunia, terletak

pada penggunaan istilah "Lord." Dalam bahasa Ibrani kata

ADONAI cuma berarti Yehovah, Tuhan yang Satu dan yang

Satu-satunya, dan Jesus tidak mungkin disebut Lord. Dalam

bahasa Aramaik (MARAN) sudah mulai ada suatu perubahan. Para

dewa pembebas Matahari adalah "lords." Dalam bahasa Yunani

(KURIOS), kata ini pasti mempersamakan Jesus dengan seorang

dewa - pembebas seperti lord-lord lain dari agama-agama

misteri. Bukannya kata "kurios" diperuntukkan khas guna

maksud ini. Kata "kurios" dapat dipersamakan dengan kata

"sir" dalam bahasa Inggeris. Tetapi kalau kata itu digunakan

tentang Caesar atau tentang seorang dewa pembebas, maknanya

menjadi agung. Kata itu tentu dapat dipakai tentang Yesus

Page 23: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 23/33

dalam erti yang lebih tinggi sesudah ia ditablighkan kepada

orang; kalau tidak Jesus akan lebih direndahkan dan pada

kedudukan dewa-dewa Attis, Tammuz atau Osiris. Sesudah kata

itu dipakai bagi Jesus, maka beliau, tidak mungkin lain,

memperoleh beberapa tabiat dari para dewa-pembebas.

Idea tentang pembebas sebagai Putera Tuhan sudah ada beberapa

abad sebelum Paulus, pada agama Hellenic (Greek Kuno), pada

Gnosticism, pada gerakan Hermetik. Konsep Ibunda Tuhan yang

kini dihubungkan dengan Maryam, Ibu dari Jesus, telah jauh

berkembang pada dewi Isis, Cybele dan banyak lagi "mater

dolorosas" lain.

Dodd dalam kajiannya yang tersohor tentang istilah-istilah

dalam bahasa Ibrani dan Yunani dari Wasiat Lama, memeriksa

kata-kata seperti 'God," 'Law," "Sin," "Atonement," "Faith,"

dan memperlihatkan bagaimana maknanya berubah kalau Ibrani

diganti dengan Yunani.

Siapakah Penulis-penulis Injil?

Terdapat 4 penulis Injil iaitu Mark (Markus),Matius (Matthews),Luke (Lukas) dan John

(Johannes).Dua nama iaitu Mark dan Luke dinisbatkan kepada nama penulis dan

pengkompilasi Injil itu sendiri iaitu Mark dan Luke.Matthews dan John pula dikatakan

sahabat-sahabat nabi Isa (Apostles) tetapi dalam dunia Kristian sendiri banyak

Page 24: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 24/33

berbalah siapakah sahabat Nabi Isa a.s yang benar-benar melihat wajahnya,bersama-

samanya dan mendengar khutbahnya.Dalam hal ini sudah pasti ada pengarangnya

untuk Injil Matius dan Johannes.

Siapakah mereka?Adakah mereka pernah melihat Jesus?

Mark (Markus) adalah teman seperjalanan Paul (siapa Paul akan dibincangkan

kemudian).Dia tidak pernah melihat Nabi Isa a.s. dan dia juga tergolong dalam Kristian

terkemudian seperti Paul (Paulus).Luke (Lukas) pula adalah seorang Greek yang baru

memeluk Kristian dan bahasanya sudah tentu bukan Aramaik.Dia adalah doktor

peribadi Paul dan sudah pasti tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s.Juga perlu

diingatkan bahawa semua penulis Injil ini termasuk Paul,semuanya berbahasa

Graeco,iaitu bahasa Yunani-Hellenistik dan sudah pasti mereka semua tidak

menggunakan bahasa Aramaik sebagai bahasa mereka seharian.

Tradisi menyebutkan Injil Johannes (John) ditulis oleh seorang pengetua dari Gereja

Asia pertama di Efesus (Ephesus). Injil Yohanes ditulis

lebih kurang tahun 85-95 Masehi dan kemungkinan diterbitkan sesudah Johannes

meninggal dunia.

Berkenaan dengan Injil Lukas, Somerville (seorang sarjana) berpendapat bahwa masapenulisan Injil Lukas sekitar tahun 80 Masehi, atau mungkin beberapa tahun lebih awal

atau lebih akhir kerana tidak ada cukup bukti yangg meyakinkan.

"Lukas, penyusun Injil ini menurut Paulus adalah seorang dokter" (Kolose 4:14)

Diantara para penulis Injil, dia merupakan satu-satunya penulis bahasa Yunani (Greek)

yang bukan orang Yahudi, tetapi seperti yang lain, dia juga tidak pernah bertemu

Jesus. Tapi dia telah menghabiskan waktu beberapa lama dengan Paulus. Tapi sayang,

Paulus sendiri tidak cukup beruntung kerana tidak pernah melihat Jesus.

Dari pengaturan tulisan, diduga bahwa penulisnya kemungkinan seorang yang sangat

terpelajar. Dalam pernyataan pendahuluannya, dia mempersembahkan tulisannya

kepada Theophilus, seorang pemikir Yunani yang terkenal ketika itu,

"Theophilus yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita

tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, seperti yang telah

disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan

Page 25: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 25/33

 pendukung Firman.Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan

saksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan

teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang

diajarkan kepadamu sungguh benar"  (Lukas 1:1-4)

Teka-Teki Penulis Injil

Kajian yang teliti dan cermat terhadap ayat ini, bahawa telah banyak penulis

sebelumnya, yang berusaha menyusun gambaran atau cerita (tetapi bukan Injil)

dengan berdasarkan pengetahuan mereka pada tradisi-tradisi lisan atau pernyataan-

pernyataan para saksi langsung dan para pendukung Injil.Pada waktu Lukas menulis

bukunya, Injil yang telah ada hanya dua, yaitu Injil Markus dan Matius. Dua adalah

angka pembatas, dan seandainya hanya dua gambaran tentang kehidupan Jesus, maka

Lukas tidak akan menyatakan bahwa "banyak penulis" telah melakukan hal itu. Secara

kronologis, Injil Markus ditulis lebih kurang tahun 65 Masehi dan Lukas pasti telah

mengetahuinya, dan tentang Injil Matius tidaklah pasti, sebab pada waktu dia menulis

Injilnya, Injil Matius kemungkinan besar belum ditulis, Injil Johanes apatah lagi, ditulis

pada masa yang lebih akhir. Oleh sebab itu tidak boleh termasuk diantara yang

banyak.

"Pada saat itu Injil Johanes belum ditulis dan tidak pasti apakah Lukas mengenal

Matius. Dan satu-satunya sumber yg jelas pastilah Injil Markus"  (DR. William Wrede,

The Origin of New Testament, hal.48)

Jadi satu-satunya Injil yg tersedia adalah hanya Injil Markus. Empat ayat Lukas ini

telah membingungkan banyak sarjana Bible mengenai siapakah banyak penulis

tersebut."Banyak penulis" adalah sedutan dari kata-kata Lukas sendiri. Pernyataan

Lukas pada 2 ayat terakhir ("banyak penulis") memperlihatkan bahwa dia telah

mempergunakan secara luas bahan-bahan ini dan telah mengumpulkan, mengkaji,

mengubah dan mengatur kembali bahan-bahan tersebut menurut syarat-syarat dan

pilihannya sendiri, dan dia memutuskan untuk menulis suatu penceritaan yang saling

berhubungan yang tidak pernah dia dakwa sebagai Injil. Dia bukannya mengaku

menulis dibawah bimbingan inspirasi atau ilham, tapi dia bahkan mengakui bahawa dia

memiliki dokumen-dokumen yang dimiliki oleh orang lain sebagai sumbernya. Oleh

sebab itu disini tidak ada kaitannya dengan persoalan wahyu. Dia menulis bagi

Theophilus dan dia tidak pernah mengira bahwa karyanya akan melengkapi perjanjian

baru yang diakui secara rasmi oleh orang-orang Kristian dimasa datang.

Page 26: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 26/33

Penyelesaian Teka-teki Penulis Injil

Sampai di sini anda nampak jawapan kepada 'puzzle' ini?Kalau tidak cuba lihat kembali

kata-kata Lukas (Luke) sendiri dalam (Lukas 1:1-4)

"Theophilus (sebutan Forasmuch dalam versi King James) yang mulia, banyak orang

yang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah

terjadi diantara kita, seperti yang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang

dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman.Kerana itu, setelah aku

menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil

keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat

mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar"  

(Lukas 1:1-4)

Ini adalah ayat yang merungkai sejarah penulisan Injil.Ia seakan lima kata kunci untuk

membuka 'cipher code' bagi peta ke arah Cibola dalam National Treasure 2.Dalam hal

ini ia akan membuka Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane;ketika Nabi Isa a.s

bermunajat dengan penuh mengharap kepada Allah s.w.t di waktu dingin dinihari.

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu

mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain

 Allah?." Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa

yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah

Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada

 pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib." 

(Al-Maidah ayat 116) 

 Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan

kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan

adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka.

Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau

adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu." 

(Al-Maidah ayat 117)

Page 27: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 27/33

Untuk menyelesaikan adakah Injil yang dipakai oleh dunia Kristian adalah benar-benar

asli,kita lihat kembali turutan susunan usia Injil yang empat itu (Mark,Matthews,Luke

dan John).Pertama sekali sudah tentu Mark kerana Mark iaitu penulisnya adalah teman

rapat Paul (Paul adalah teman seperjalanan pula kepada Barnabas-sahabat termuda

Nabi Isa a.s).Keduanya Matthews.Tentang Injil Matthews (Matius) pula,sering

ditegaskan oleh gereja bahwa St.Matius, salah seorang murid Jesus, adalah penulis

Injil ini. Menurut para pakar Bible, Injil ini ditulis antara tahun 70 Masehi dan 90

Masehi (Sunderland).

Dalam Injil Matius sendiri menentang penegasan tentang penulisan oleh Matius.

“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihat seorang laki-laki bernama Matius duduk di

rumah cukai, dan dia (Jesus) berkata kepadanya, “Ikutlah Aku” maka Matius berdiri

dan mengikutinya” 

(Matius 9:9)

Pernyataan ayat ini memperlihatkan bahwa penulis ayat ini bukan Matius,kerana jika

St. Matius sendiri yang menulisnya tentulah dia menuliskan begini:

“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihat daku duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus)

berkata kepada aku, “Ikutlah Aku” maka aku pun berdiri dan mengikutinya” 

(Matius 9:9)

Tapi pada masa berikutnya dinisbahkan kepadanya oleh seorang penulis yang tidak

dikenal.

W.C. Somerville Ph.D. dari Gereja Scottish cukup berani mengakuinya:

“Injil ini ditulis sekitar tahun 80 Masehi oleh seorang penyusun yang tidak

dikenal. Injil tersebut nampaknya dihasilkan oleh seorang yang sangat tertarik

kepada agama Yahudi dan tertarik kepada Perjanjian Lama, dan kemungkinan

dipersiapkan untuk dipergunakan pada suatu pusat dimana majoriti orang

Kristian sebelumnya adalah orang-orang beragama Yahudi. (Somerville, A First

Introduction to the New Testament, hal.620)

Page 28: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 28/33

Dari sini terlihat bahwa Injil tersebut ditulis Oleh seorang yang bukan murid Jesus,

tetapi oleh seorang yang tidak memiliki maklumat tangan pertama dari ajaran-

ajarannya, dan mengumpulkan maklumat sedikit demi sedikit dari tradisi-tradisi

popular tentang Jesus dan ajaran-ajarannya, dan penegasan bahawa ia merupakan

dokumen yang diwahyukan adalah tidak benar sama sekali.

“Dari apa yg telah dikatakan, akan jelas terlihat bahawa penulisan langsung Injil

ini oleh Matius murid Yesus, adalah tidak mungkin” (Komentar Dummelow 

terhadap The Holy Bible, hal 620)

Alasan utama bahwa penulis Injil Matius tidak puas dengan Injil Markus, dan menulis

suatu Injil yg lebih komprehensif dari Injil ini, menunjukkan bahwa dia memiliki akses

kepada suatu sumber sebagai tambahan bagi Injil Markus. Sebagai contoh, Markus

tidak membuat garis keturunan Yesus dan juga tidak membuat penyebutan yang begitu

penting tentang mukjizat Jesus sebagai kelahiran suci, tapi sebaliknya Matius

menggabungkan bahan semacam ini dengan cara menyalin apa adanya. Keilmuan

moden telah memperlihatkan bahwa pada masa itu kedua Injil ini masih dalam tahap

'janin dalam kandungan'.

J. B. Phillips nampaknya sama dengan pandangan Islam dan seolah-olah bersepakat

dengan hujah para ilmuan Islam tentang ketidakaslian Bible dalam penemuan ini.Beliau adalah sarjana yang dibayar oleh Gereja Anglikan, Inggeris. Tak ada alasan

baginya untuk berbohong atau berkhianat atas kerosakan pandangan gerejanya!

Merujuk kepada kata pengantarnya untuk "Injil Matius" (lihat salinannya pada halaman

362).

Phillips mengatakan tentang penulisannya sebagai berikut:

"Tradisi terdahulu menganggap Injil ini berasal dari St. Matius, tetapi para

sarjana saat ini hampir semuanya menolak pendapat ini." Dengan kata lain,

 Matius tidak menulis Injil yang memuat namanya.

(Husting’s, Encyclopaedia of Religion and Ethics)

Terdapat sumber lain dari sebuah sumber umum yang dijadikan contoh oleh Matius,

Markus dan Lukas. Ketiga penulis ini, siapa pun mereka, telah melihat dokumen umum

tersebut. Mereka menulis seolah melihat melalui mata "seseorang". Dan kerana mereka

sepakat, ketiga kitab Injil pertama tersebut dikenal sebagai Injil Sinoptik.

Page 29: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 29/33

Jika penulis yang tidak dikenal dari Injil tersebut tidak secara tegas mengakui sumber

ini, maka jelas dapat disimpulkan bahwa Injil Matius merupakan karya dari seorang

pembangkang Yahudi. Ketidak jelasan dari penulisnya, menutup setiap kesempatan

bagi Injil tersebut sebagai sebuah dokumen yang diwahyukan.

Selepas Matthews (Matius),Injil Lukas ditulis dan kemudiannya John (Johannes).Kita

kesampingkan injil terakhir (John) kerana jika ketiga-tiga injil yang awal sudak

berkecamuk dan boleh diragukan apatah lagi injil yang baru ditulis ini.

Mari kita selesaikan kod rahsia dari kata-kata Lukas ini atau yang digelar orang Kristian

Luke The Evangelist.

"Theophilus yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita

tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita..."

'Theophilus' merujuk kepada seorang pemikir Yunani.Ayat seterusnya bermaksud ramai

orang telah menulis (berusaha menyusun) ke dalam kitab-kitab atau cerita yang

dibukukan (suatu berita) mengenai peristiwa yang terjadi antara Luke dan

Theophilus.Apakah PERISTIWA ITU??.Kita lihat ayat seterusnya,

"...seperti yang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula

adalah saksi mata dan pendukung Firman."

'...seperti yang disampaikan kepada kita...' adalah jawapannya.Peristiwa itu adalah

seperti satu perbahasan atau perbincangan atau khutbah atau pemberitahuan.Juga

tidak keterlaluan jika Luke dan Theophilus telah menghadiri satu majlis ilmu.Mereka

telah mendengar seseorang atau sekumpulan orang menyampaikan sesuatu kepada

mereka.Soalnya,SIAPA MEREKA ITU YANG MENYAMPAIKAN SYARAHAN KEPADA LUKE DAN

THEOPHILUS??Lihat seterusnya,

'... oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman',ini

adalah orang yang berbicara kepada Luke dan Theophilus.'Saksi mata' adalah orang

yang menyaksikan sesuatu dengan matanya sendiri,bukan mendengar cerita dari orang

lain.Dalam kes ini,orang yang memberi syarahan adalah tergolong dalam kelompok

Hawariyyun (The Apostles) iaitu orang yang melihat dan bersama-sama Jesus (Nabi

Isa).'Pendukung Firman' adalah orang-orang yang berjuang mendukung kitab Injil yang

asli dan mereka sudah pasti menghafal atau menulisnya dalam bahasa asalnya iaitu

Page 30: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 30/33

Aramaik.

'...Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal

mulanya,...'.Dalam ayat ini Luke telah mengambil inisiatif membuat penyelidikan dari

hasil syarahan dalam majlis ilmu tadi.Dia mula memikirkan apa yang dikatakan oleh si

Hawariy yang pernah melihat Nabi Isa dan hidup bersama-samanya.KEMUDIAN APA

YANG DILAKUKAN OLEH LUKE SELEPAS ITU??

'... aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya

engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh

benar...'.Luke telah bertindak menulis kembali apa yang dikatakan oleh si Hawariy

tadi,seperti seorang murid yang menuliskan nota-nota pengajian

sekolahnya.'membukukan dengan teratur' bermaksud menjadikannya sebuah buku yang

kemas untuk diberikan kepada Theophilus (bagimu) supaya Theophilus dapat

memikirkan dan mengkaji kembali (supaya engkau dapat mengetahuinya) semua yang

didengar mereka adalah sesuatu yang benar.

Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa Injil Luke bukanlah yang asli,ia cuma

kompilasi dari apa yang didengarnya dari sebuah majlis ilmu,atau majlis syarahan

golongan Nasrani awal yang berdakwah tentang keesaan Tuhan.Bukanlah persoalannya

mengapa kita hendak meragui Luke,tetapi DARI SINI KITA TAHU YANG BIBLE LUKE INITIDAK ASLI DAN HASIL TULISAN LUKE BUKAN WAHYU ATAU HASIL TULISAN SAHABAT

JESUS.Apabila hasil tulisan seorang yang hanya mendengar seseorang berkata-

kata,maka ia tidak lepas dari kesalahan mendengar atau mentafsir,menambah atau

mengurangi perkataan.Tambahan pula,ia tulisan pihak ketiga,iaitu orang yang

mendengar dari Hawariyyun.Luke juga bukanlah dari kalangan Yahudi tetapi berbangsa

Greek,jadi makin kelirulah pemahaman antara kiasan dalam bahasa Aramaik dengan

bahasa Greek.

Sebab itu ada istilah Bapa dan Anak Allah.Dalam kiasan sastera Aramaik,Bapa merujuk

kepada Tuhan dan Anak Allah merujuk kepada orang-orang dicintai-Nya atau orang-

orang menyeru kedamaian dan kasih sayang di jalan-Nya.Jika orang Kristian

mengatakan Jesus adalah Anak Allah,sebenarnya di dalam Bible sendiri terdapat

banyak konotasi Anak Allah yang ditujukan kepada orang lain.

"Diapun akan berseru kepada-Ku: 'Bapaku Engkau, Allahku pelindung dan

 penyelamatku."  

Page 31: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 31/33

(Psalm 89:26)

Ayat ini mengatakan Daud anak Allah.

"Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah

anak-Ku, anak-Ku yang sulung" 

(Exodus 4:22)

Ayat ini mengatakan Yaakub anak Allah.

"Dengan menangis mereka akan datang, dengan hiburan Aku akan membawa mereka;

 Aku akan memimpin mereka ke sungai-sungai, di jalan yang rata, di mana mereka

tidak akan tersandung; sebab Aku telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah anak

sulung-Ku." 

(Jeremiah 31:9)

Ayat ini mengatakan Efraim anak Allah.

Jadi bukan sahaja Jesus anak Allah malah ramai 'anak Allah' sebenarnya.

Perkara di atas sebenarnya ingin menjelaskan bahawa dalam dalam bahasa Aramaik

anak Allah bererti orang yang dikasihi-Nya kerana berbuat kebaikan.

"Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang kerana mereka itu akan disebut

anak Allah" 

(Matthews 5:9)

SEbab itu terdapat kecelaruan dari orang yang menulis kitab Injil dari orang yang

mengajar Injil itu sendiri.Para Hawariyyun adalah mereka yang berbangsa dan

berbahasa sama dengan Jesus atau Isa sendiri.Jadi bagaimana orang yang berbahasa

Graeco atau Yahudi-Hellenistik atau Greek/Yunani atau Latin dapat menulis kitab Injil

dengan jelas dan tepat seperti yang diwahyukan kepada Jesus sendiri.

Persoalannya,mengapa tidak diambil sahaja Injil-Injil yang berada di tangan para

Hawariy (apostles)??Kalau di masa Luke sendiri dia mengakui ramai yang menulis apa

Page 32: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 32/33

yang diajarkan oleh golongan awal Kristian itu,ke mana perginya Bible yang lain??

Takkanlah tiada satu Bible pun yang bertulis bahasa Aramaik atau sekurang-kurangnya

bahasa Ibrani (Hebrew) atau paling tidak pun berbahasa Arab (kerana orang Arab lebih

dekat nasab dan hubungan geografinya dengan Yahudi)??Jelas yang diambil adalah Injil

orang-orang yang baru memeluk Kristian (mualaf) seperti Luke dan Mark.Orang-orang

bukan berbahasa Aramaik.Memanglah ada di antara mereka seperti Paul (salah seorang

yang menambah Injil dan menokoktambah kepercayaan Kristian,karyanya ialah Surat-

surat Paul yang terkenal itu) itu orang Yahudi tetapi dia bukanlah satu 'suku' dengan

Jesus.Paul menggunakan bahasa Graeco (Greek) sebagai bahasa sehari-hari.Samalah

seperti orang Jawa dan orang Banjar.Mereka Melayu tetapi menggunakan dialek atau

bahasa suku berbeza.

KE MANA HILANGNYA BIBLE YANG LAIN??TERUTAMA YANG BERBAHASA ARAMAIK??

Jika kita tahu ke mana hilangnya Bible yang lain,kita semakin cepat meneka kunci

yang mana satu adalah betul untuk membuka HARTA KARUN KNIGHT TEMPLAR!!

----------------------------

Bibliografi:

Prof. H.S. Tharick Chehab 'Sejarah AlKitab'

KH. Bahaudin Mudhary 'Dialog Masalah Ketuhanan Jesus'

Page 33: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 33/33