Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

15
8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 1/15 Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi. Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali  peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah... Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina  peradaban kembali.Perlahan-lahan. Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang  penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah  beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak  pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut. Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan. Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar  peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau  Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu  pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus

Transcript of Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

Page 1: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 1/15

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang

makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu

kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad

dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali

 peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membinaempayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang

tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang

Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat

lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang

 penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayudan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah

 beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak 

 pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkanselekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar 

 peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau

 Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus

Page 2: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 2/15

menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun

tak mampu"

Benarkah begitu?

' Musketeers' dan 'Gunners' Melayu

Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an

 berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato

Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkanorang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam

istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sanasini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini

ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena

 bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat

Page 3: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 3/15

 bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana

sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga

 berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurangtepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang

meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem

itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan

semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?

Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara

Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan

kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis

 berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para

cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor 

dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka

menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan

senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yangmenceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan

Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium

China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu ataumemiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN

PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU

DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistoldan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak 

mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk 

menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah

amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dantanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing

sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI

GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI

SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN

Page 4: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 4/15

SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN

DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar 

Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung

 berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar 

Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan

 peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-

catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai

istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka

*Flintlock Musket=Istinggar *Blunderbuss=Pemuras

*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:

Pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu

dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang

Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar 

Page 5: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 5/15

 beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku

dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu

adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasaInggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber 

 pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang

(funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan

 berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telahdimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakolinilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang

 pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata

Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras

adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

Page 6: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 6/15

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yanggigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan

 pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia

mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika

laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan

 panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding

41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah

Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran

kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang

tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuatcantik dan berseni.

Page 7: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 7/15

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras

yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan

intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililingmereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu

seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Terakol

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-

lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda)di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secaraautomatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah

 perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan

Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentangRajah Brooke.

Page 8: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 8/15

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini

digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi

flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol inidi pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar

Page 9: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 9/15

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket ) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis beratdengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang

menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini

meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Muladiperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket ,istinggar dengan pantas menggantikan

teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan

kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin

(Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis,dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal danhebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada

segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang

digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dariHadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika

membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak 

ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka

Page 10: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 10/15

Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.DalamBahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata

khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris

menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalahsetanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia

Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di

 panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras

yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable

cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa,

rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran

awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang

 pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-

 pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di

Page 11: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 11/15

ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga

menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai

 pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata

api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapalSepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara

 banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian

dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka

terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di

Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di

Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelahkejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman

 para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telahmeniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga

abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahannegara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan

Thailand

Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarahMelayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa

 peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam

Page 12: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 12/15

digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup

sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan

Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam palingterbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan inidiperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar 

Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh

Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan

Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di

Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapiorang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar 

angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu ituiaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama

Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri

 Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya

sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali

serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan

Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai(yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan

tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya

menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambilsebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala

Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang

tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan

Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan

Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani diatas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal

 perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya

mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda bolehmembayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan

menonton filem Queen of Langkasuka.

Page 13: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 13/15

Page 14: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 14/15

membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha

mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan

dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu

adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa

menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan

 berukiran halus.

Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan

Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang

Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan

misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satuini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem

itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang

menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu

mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners

Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk 

menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan

dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa

megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.

Page 15: Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

8/14/2019 Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah - Mistis Files

http://slidepdf.com/reader/full/senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah-mistis-files 15/15