Pjj Tugasan Individu Bmp3093 Sem 1 Sesi 2013 2014 250913 (1)(1)

5
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN PJJ _________________________________________________________________________ KOD KURSUS: BMP3093 TAJUK KURSUS: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER: 1 SESI 2013 / 2014 ______________________________________________________________ ___________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul kursus ini. 2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 3. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 4. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) melalui Portal MyGURU. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan anda secara dalam talian (on-line) . Anda dinasihatkan supaya menyimpan senaskhah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 5. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. Serahan selepas tarikh tersebut TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Transcript of Pjj Tugasan Individu Bmp3093 Sem 1 Sesi 2013 2014 250913 (1)(1)

Page 1: Pjj Tugasan Individu Bmp3093 Sem 1 Sesi 2013 2014 250913 (1)(1)

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN PJJ_________________________________________________________________________KOD KURSUS: BMP3093 TAJUK KURSUS: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

SEMESTER: 1 SESI 2013 / 2014_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul kursus ini.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

4. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) melalui Portal MyGURU. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan anda secara dalam talian (on-line). Anda dinasihatkan supaya menyimpan senaskhah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

5. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. Serahan selepas tarikh tersebut TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: Pjj Tugasan Individu Bmp3093 Sem 1 Sesi 2013 2014 250913 (1)(1)

SOALAN TUGASAN

SOALAN / QUESTION

Penyediaan 'Papan Cerita' ialah langkah pertama dalam pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. 'Papan Cerita' dijadikan bahan khusus untuk memastikan perisian yang dibangunkan mengikut standard spesifikasi yang telah ditetapkan oleh sesuatu model pembangunan perisian.

Anda diminta menyediakan penulisan yang berfokus kepada tiga (3) perkara utama. Ketiga-tiga perkara utama berkenaan adalah seperti berikut:

i. Definisi dan konsep 'Papan Cerita' pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran.

ii. Huraian empat (4) ciri 'Papan Cerita' untuk pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

iii. Penjelasan empat (4) fungsi 'Papan Cerita' dalam pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Penulisan mesti dibuktikan dengan lampiran satu (1) contoh papan cerita untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah rendah atau sekolah menengah. Sebanyak 10 markah akan ditolak jika anda tidak berbuat demikian.

Page 3: Pjj Tugasan Individu Bmp3093 Sem 1 Sesi 2013 2014 250913 (1)(1)

_________________________________________________________________________

PENILAIAN

Tugasan ini akan menyumbangkan 50% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai dengan berpandukan Rubrik.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini selewat-lewatnya pada minggu ke-13.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 30% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 50% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

MUKA SURAT TAMAT

Page 4: Pjj Tugasan Individu Bmp3093 Sem 1 Sesi 2013 2014 250913 (1)(1)

RUBRIK TUGASAN PJJ

KOD KURSUS: BMP3093

SEMESTER: 1 SESI 2013 / 2014

NO. KRITERIA PENILAIANLEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG

MARKAH 1 2 3 4

1. Definisi dan konsep 'Papan Cerita' pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran.

Definisi dan konsep terlalu umum.

Tiada sebarang sumber rujukan.

Definisi dan konsep adalah memuaskan.

Sumber rujukan masih mencukupi, tetapi kurang sesuai.

Definisi dan konsep adalah jelas.

Sumber rujukan yang mencukupi dan sesuai.

Definisi dan konsep amat jelas dan terperinci.

Sumber rujukan yang mencukupi, berkaitan dan amat sesuai.

12

2. Huraian empat (4) ciri 'Papan Cerita' untuk pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Huraian berpandukan modul sahaja.

Terdapat satu (1) hingga dua (2) huraian sahaja dan masih sesuai.

Terdapat tiga (3) huraian sahaja dan sesuai.

Terdapat empat (4) huraian yang begitu sesuai dan matang.

15

3. Penjelasan empat (4) fungsi 'PapanCerita' dalam pembangunanperisian pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu.

Penjelasanberasaskan modul sahaja dan tidak sesuai.

Terdapat satu (1) hingga dua (2) penjelasan sahaja tentang fungsi 'Papan Cerita'.

Penjelasan kurangmenyeluruh.

Terdapat tiga (3)penjelasan sahaja tentang fungsi 'PapanCerita'.

Penjelasan masihmenyeluruh.

Terdapat empat (4)penjelasan tentangfungsi 'PapanCerita'.

Penjelasan begitumenyeluruh danmeyakinkan.

15

4. Rumusan Tiada paparan penulisan secara menyeluruh.

Paparan penulisan yang agak sederhana, selain menunjukkan rumusan yang

Paparan penulisan yang memuaskan, selain menunjukkan kejelasan

Paparan penulisan yang amat memuaskan, selain begitu jelas dan yakin

4

Page 5: Pjj Tugasan Individu Bmp3093 Sem 1 Sesi 2013 2014 250913 (1)(1)

kurang menyeluruh. rumusan secara keseluruhan.

dalam merumuskan penulisan.

5. Format dan organisasi penulisan. Format dan organisasi penulisan tidak dipatuhi.

Terdapat bahagian yang tidak disusun mengikut format dan organisasi penulisan.

Terdapat bahagian yang disusun mengikut format dan organisasi penulisan.

Terdapat bahagian yang disusun mengikut format dan organisasi penulisan.

4

JUMLAH MARKAH 50