Pjm 3123

15
Organisasi Sekolah Guru Besar Guru Penolong Kanan Akademik Ketua Panitia PJPK Setiausaha Panitia PJPK Ahli (Semua guru mengajar PJPK Guru Penolong Kanan HEM Guru Penolong Kanan Koku

description

nota kuliah

Transcript of Pjm 3123

PJM3112 PENGURUSAN & PENTADBIRAN PJ & SUKAN

Organisasi SekolahBidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untukdigunakan(iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia(vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani(vii) Memeriksa buku latihan pelajar(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia(x) Merancang latihan dalaman

Perancangan BelanjawanPerancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan.Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.Peruntukan Kewangan PJBil MuridPeruntukanKurang daripada 100 OrangRM 300.00101-250 OrangRM 300.00(minimum)Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)251-500 OrangRM 720.00(minimum)Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)501-750 OrangRM 1370.00(minimum)Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)751-1000 OrangRM 1970.00(minimum)Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)1001 Orang atau lebihRM 2420.00(minimum)Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)Pengurusan Bilik Alatan (BA) Stor Pendidikan JasmaniBA PJ merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. BA yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.Penyelenggaraan sebuah BA PJ memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.Ciri-ciri pengurusan Bilik Alatan PJBiasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor PJ.Guru penyelia BA bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan BA dengan kemas kini.Guru penyelia BA bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baruBuku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.Guru penyelia BA bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.Peraturan BA sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.Keperluan BA PJ(i) RuangRuang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan.Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.(ii) RakBagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.(iii) LokasiLokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkanmasa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambil barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.(iv) TingkapTingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) SilingSiling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.(vi) Peredaran UdaraPeredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkap kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.(vii) KeselamatanBangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan.Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah.Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan ain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.

Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa.Memastikan stor sentiasa kemas dan teraturMenyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal.viii) PintuSaiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid.Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh