Pk 07 minit mesyuarat bil 1 2012

5
PK07 Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 SEKOLAH TINGGI MUAR MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 1/2012 Tarikh : 20 DISEMBER 2011 Masa : 10.30 PAGI Tempat : BILIK GERAKAN Pengerusi : EN ARIFFIN BIN TARIMAN Kehadiran(Bilangan) : RUJUK KEHADIRAN Turut Hadir (Jika ada) : ................................................................. ...................................................... ................................................ ....................................................... ................. 1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan mengucapkan selamat tahun baru 2012 semoga pengurusan kokurikulum dapat bekerjasama bagi menjayakan program-program yang telah dirancang. 2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. 2.1. Dibentang oleh En Musa bin Mustafa Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

Transcript of Pk 07 minit mesyuarat bil 1 2012

Page 1: Pk 07 minit mesyuarat bil 1 2012

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH TINGGI MUAR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 1/2012

Tarikh : 20 DISEMBER 2011

Masa : 10.30 PAGI

Tempat : BILIK GERAKAN

Pengerusi : EN ARIFFIN BIN TARIMAN

Kehadiran(Bilangan) : RUJUK KEHADIRAN

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................

...........................................................................................................

.............

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan mengucapkan

selamat tahun baru 2012 semoga pengurusan kokurikulum dapat bekerjasama bagi

menjayakan program-program yang telah dirancang.

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1. Dibentang oleh En Musa bin Mustafa

Dicadang untuk disahkan oleh En Annuar Bin Ghazali

Disokong untuk pengesahan oleh En Mohd Najib Bin Mahadi

3 PERKARA BERBANGKIT:

3.1. markah koko 10% perlu dikemaskini.En Annuar guru tingkatan 1 harap dapat

diisi

Tindakan: En Annuar

3.2. En Ariffin memaklumkan markah koko diisi dari tingkatan 1 hingga 5 kerana

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 2: Pk 07 minit mesyuarat bil 1 2012

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

pengiraan dibuat sepanjang 5 tahun persekolah

3.3 Buku rekod kegiatan kokurikulum pelajar akan dibawa ke sekolah baru jika

pelajar berpindah.

3.4 Bagi tingkatan 6 atas markah dikira dari tingkatan 5 dan ini bermakna pengiraan

diambil untuk 3 tahun sahaja.

Tindakan: Makluman guru

4 PENGURUSAN KELAB, BADAN BERUNIFORM DAN PERSATUAN 2012

4.1. Nama En Najib dalam KRS digugurkan kerana sudah menjadi guru penasihat

dalam kelab Brassband.

Tindakan : En Najib

5

4.2. Senarai nama kelab, sukan permainan, persatuan serta badan uniform bagi

tahun 2012 rujuk dalam diari 2012.Pendaftaran unit-unit kelab,persatuan, sukan

permainan dan badan uniform perlu dilakukan

4.3 Hanya tingkatan satu sahaja akan dibahagikan setiap unit-unit mengikut kaum.

4.4 Pelan taktikal dan pelan operasi setiap unit perlu diserahkan kepada GPK koko

4.5 Latihan rumah sukan perlu diadakan seminggu sekali mengikut waktu yang telah

ditetapkan seperti didalam diari 2012.

4.6 Penubuhan badan beruniform baru iaitu Pengangkap Pendidikan Khas yang

bertujuan untuk keperluan pelajar pendidikan khas dimana guru-guru

penasihatnya terdiri daripada guru-guru pendidikan khas

4.7 Pn pengetua meminta agar dasar 1 murid 1 sukan perlu dilaksanakan bagi

mencapai matlamat kementerian pelajaran dan pn pengetua juga meminta agar

adakan aktiviti hingga diperingkat tertinggi.

4.8 Pn Habsah menyatakan jadual aktiviti gerko untuk Ranjer digantikan kepada

JPAM untuk pelajar tingkatan 6 sahaja.

4.9 Tiada pengiliran tugas dan kedatangan bagi guru penasihat bagi latihan rumah

sukan.guru-guru diminta hadir kesemuanya jika latihan rumah sukan diadakan.

Tindakan:Makluman guru penasihat

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

5.1 Tuan pengerusi menyatakan dasar 1 murid 1 sukan perlu dilaksanakan

sepanjang tahun dan latihan rumah sukan akan diadakan seminggu sekali.

5.2 Acara kejohanan sukan tahunan akan diadakan pada bulan Jun seperti yang

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 3: Pk 07 minit mesyuarat bil 1 2012

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

diminta oleh pihak kementerian pelajaran.

5.3 Tuan pengerusi menyarankan agar aktiviti kokurikulum bejalan seiring dengan

kurikulum bagi menaikkan nama sekolah.

5.4 Aktiviti kokurikulum dijalankan setiap hari Rabu seperti ketetapan masa yang

telah dirancangkan

1.pelajar sesi pagi : 3.00 – 5.00 petang

2.pelajar sesi petang : 10.30 pagi – 12.30 petang

5.5 Aktiviti dijalankan secara begilir-gilir dimana minggu pertama sukan permainan

kemudian minggu kedua unit beruniform dan akhir sekali kelab dan

persatuan.Tempat aktiviti boleh dirujuk didalam diari 2012.

5.6 Senarai guru penasihat dan AJK unit kokurikulum boleh dirujuk dalam diari 2012

dan Puan pengetua dengan sukacita melantik guru-guru sebagai guru penasihat

dan pembimbing seperti yang tertera dalam diari 2012 muka surat 44-50.

5.7 Pn pengetua meminta agar pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang kokurikulum

terutama bagi pelajar yang kurang cemerlang dalam kurikulum.

5.8 Etos bagi kokurikulum terutama pengangkap,hoki,badminton dan ragbi diminta

menyediakan buku pencapaian kerana aktiviti ini antara yang terawal sejak dari

penubuhan sekolah lagi.

5.9 Aktiviti selepas PMR perlu dirancang bagi merealisasikan dasar 1 murid 1 sukan

dan menggalakan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Tindakan:Semua guru penasihat dan pembimbing

6 HAL-HAL LAIN

6.1 Peruntukan kewangan sebanyak RM10 bagi setiap pelajar dan semua ketua

guru penasihat diminta menghantar anggaran belanja mengurus 2012 kepada

GPK kokurikulum.

6.2 Buku kedatangan hendaklah diisi oleh semua guru penasihat kerana

pemantauan akan dilakukkan.

6.3 Cik Pang Wei Ling memberitahu latihan Wushu dan Tekwando diadakan setiap

hari Sabtu.

6.4 Ustazah Zarina memberitahu latihan silat juga dijalankan pada setiap hari Sabtu.

6.5 Bagi rumah sukan Omri Pn Khor Ling Shan digantikan kepada Pn Yap Siew

Siew.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 4: Pk 07 minit mesyuarat bil 1 2012

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

6.6 Tuan pengerusi mengingatkan bahawa pelajar yang tinggal jauh juga perlu hadir

mengikuti aktiviti kokurikulum kerana penting untuk markah 10% dan markah

kokurikulum juga diambil kira bagi memohon IPT.

Tindakan: Makluman semua guru

PENUTUP

a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh

mesyuarat yang berikutnya.

b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….

( Faizul Fikri Bin Majeni ) ( Ariffin Bin Tariman )

Setiausaha kokurikulum Pengerusi

Tarikh : 4 Januari 2012 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00