PK

8
Penyakit Bawaan Air dan Makanan imedikkelantan / December 15, 2013 Beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa kawasan di Malaysia dilanda banjir yang teruk terutamanya di Kuantan, Kemaman serta beberapa tempat lagi di Pantai Timur. Selain bahaya langsung yang dibawa banjir seperti hanyut dan lemas, terdapat satu lagi bahaya yang diakibatkan oleh banjir iaitu penyakit bawaan air dan makanan. Di Malaysia, terdapat beberapa penyakit utama yang dikategorikan dalam kumpulan penyakit bawaan air dan makanan iaitu demam kepialu, penyakit taun, disenteri (cirit-birit berdarah), hepatitis A dan keracunan makanan. Penyakit- penyakit ini menjangkiti seseorang melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman penyakit tersebut. Kuman penyakit-penyakit ini datang dari najis manusia dan najis binatang yang telah dijangkiti serta persekitaran yang kotor.

description

BHN

Transcript of PK

Penyakit Bawaan Air dan Makananimedikkelantan / December 15, 2013 Beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa kawasan di Malaysia dilanda banjir yang teruk terutamanya di Kuantan, Kemaman serta beberapa tempat lagi di Pantai Timur. Selain bahaya langsung yang dibawa banjir seperti hanyut dan lemas, terdapat satu lagi bahaya yang diakibatkan oleh banjir iaitu penyakit bawaan air dan makanan.

Di Malaysia, terdapat beberapa penyakit utama yang dikategorikan dalam kumpulan penyakit bawaan air dan makanan iaitu demam kepialu, penyakit taun, disenteri (cirit-birit berdarah), hepatitis A dan keracunan makanan. Penyakit-penyakit ini menjangkiti seseorang melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman penyakit tersebut. Kuman penyakit-penyakit ini datang dari najis manusia dan najis binatang yang telah dijangkiti serta persekitaran yang kotor.

Demam Kepialu (Typhoid) Demam tifoid atau kepialu ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman kepialu (Salmonella typhi) manakala demam paratifoid pula disebabkan oleh kuman Salmonella paratyphi. Gejala demam tifoid tidak begitu spesifik. Pada peringkat awal, gejalanya ialah demam berpanjangan melebihi seminggu, sakit kepala, keletihan, kurang selera, bengkak hati dan limpa, ruam merah, jangkitan salur pernafasan dan gastrousus. Pesakit tifoid boleh mengalami komplikasi yang serius seperti jangkitan melibatkan organ-organ utama seperti peritonitis, meningitis, encephalitis, hepatitis, myocarditis, pneumonia, thrombocytopenia, disseminated intravascular coagulation dan haemolytic ureamic syndrome.Taun (Cholera) Penyakit taun disebabkan oleh jangkitan bakteria vibrio cholera yang mempunyai gejala awal cirit-birit tanpa sakit, loya dan muntah. Jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan dehidrasi, asidosis, renjatan, kurang gula dalam darah dan penyakit buah pinggang akut. Penyakit taun yang boelh membawa wabak ini biasanya mempunyai kaitan dengan sanitasi persekitaran, tahap kebersihan premis makanan, kebersihan diri dan bekalan air minum yang kurang memuaskan.Disenteri (Dysentry) Disenteri atau cirit birit berdarah adalah diagnosis klinikal merujuk kepada cirit birit dengan najis berair (loose or watery stool) mengandungi darah yang boleh dilihat pada mata kasar. Ianya boleh disebabkan oleh bakteria atau protozoa antaranya seperti Shigella sp. (terutamanya Shigella dysentriae jenis 1 [Sd1]), Salmonella sp., Enteroinvasive E. Coli dan Entamoeba histolytica. Komplikasi boleh berlaku jika kehilangan banyak air yang memberi kesan kepada jantung dan buah pinggang. Antara komplikasi yang perlu diawasi ialah:1. Demam yang tinggi (melebihi 39oC)2. Kejang atau paralisis3. Haemolytic uraemic syndrome: Sindrom dengan tiga kesan utama Haemolytic anaemia, thrombocytopaenia dan kegagalan buah pinggangHepatitis A Hepatitis A disebabkan oleh virus Hepatitis A (HAV). Cara jangkitan utamanya ialah melalui makanan dan air. Ianya juga boleh berlaku melalui pemindahan darah daripada penderma yang dijangkiti HAV. Manifestasi penyakit hepatitis A bergantung kepada peringkat umur dan kehadiran penyakit kronik lain. Pada amnya, keterukan jangkitan meningkat dengan umur dan pesakit biasanya pulih sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi.KeracunanMakanan (Food Poisoning) Penyakit-penyakit bawaan makanan berpunca daripada pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Ia termasuk keracunan makanan dan jangkitan bawaan makanan (foodborne intoxication). Ciri-ciri klinikal keracunan makanan adalah berbeza bergantung kepada jenis agen mikrobiologi atau toksin. Antara punca utamanya ialah:1. Jangkitan bakteria, virus dan parasit seperti Escherrichia coli, Norwalk virus dan Toxoplasmosis2. Toksin yang dibawa oleh pembiakan bakteria dalam makanan seperti Clostridium perfringens, Clostridium botulinum, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus3. Toksin yang dihasilkan oleh tumbuhan ataupun haiwan seperti alga dan ikan yang tertentu.Terdapat persamaan umum antara penyakit-penyakit bawaan air dan makanan ini. Antara tanda-tanda dan gejala umumnya ialah: Sakit kepala yang kuat Sakit perut Loya dan muntah Cirit birit Demam panas dan berterusan selama 3 hingga 4 minggu Ruam di badan Tiada selera makan Kulit kering Mata layu dan cekung Letih lesu dan tidak tidak bermaya Tidak sedarkan diri dan meracauMencegah itu lebih baik daripada merawat. Langkah-langkah pencegahan daripada mendapat penyakit bawaan air dan makanan termasuk: Minum air yang telah dimasak Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan Basuh semua pinggan mangkuk dengan sabun dan air bersih Sediakan makanan di tempat yang tinggi dan bersih Makan makanan yang baru dimasak Tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat Pilih penjual/gerai makanan yang bersih jika membeli/makan di luar Gunakan penyepit/senduk untuk mengambil makanan Bina dan gunakan tandas yang sempurna dan bersih Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas Lupuskan sampah dan bersihkan kawasan rumah dengan sempurna supaya lalat, lipas dan tikus tidak membiakKejayaan yang tercapai pada aplikasi imunisasi, nutrisi, sanitasi dan prinsipepidemiologi dalam hal ehwal kesihatan tidak mengurangkan masalah penyakitberjangkit. Sebaliknya, ia menjadi semakin kuat dalam kes tertentu sehingga154 Sari 23telah menjadi punca utama kematian. Selain itu, penyakit berjangkit yang barusering muncul, seolah-olah untuk mengambil alih penyakit yang lama. Antarapenyangkit berjangkit yang dimaksudkan ialah penyakit viral yang telahmenggantikan penyakit bakterial, manakala hepatitis dan AIDS pula telahmengganti gonorea. Selain itu, penyakit Lyme pula telah mengganti penyakitLegionnaires dan penyakit Ebola mengganti penyakit jenis tropika. Apakahini benar? Jawapannya ialah tidak. Penyakit-penyakit baru ini telah wujudsejak dahulu lagi. Tetapi, kemunculannya sebagai epidemik seolah-olahmenunggu keadaan sosial yang baru di zaman yang baru. Perkembangan itumembawa konotasi bahawa penyakit berjangkit sangatlah sensitif terhadapkeadaan sosial kita yang boleh menjadi semacam barometer kepada statuskesihatan komuniti dan populasi secara umum.Dalam ilmu epidemiologi, penyakit ditakrif sebagai titik tolak yangmerbahaya daripada keadaan yang normal pada individu atau populasi. Dalamkonteks itu, penyakit berjangkit pula ialah jangkitan penyakit daripada manusiakepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Ia adalah hasil daripadaorganisma parasitik dan patogenik, iaitu organisma yang berupaya menyebabkanpenyakit. Kebanyakan patogen yang ada pada manusia adalah mikroorganisma.Dalam konteks itu, penyakit berjangkit adalah reaksi dan interaksi perumahterhadap patogen. Interaksi tersebut bukan sahaja boleh memusnahkan patogen,tetapi juga menghasilkan ketaknormalan kepada perumah sehinggamenyebabkan orang itu mati.Sementara itu, infeksi pula adalah serangan patogen yang dilakukan keatas tubuh manusia. Serangan itu menyebabkan patogen merebak danmengganggu perumah. Organisma patogenik atau ancaman toksin yang adapada tubuh manusia tidak boleh menghasilkan penyakit dengan sendirinya.Tetapi, kita mungkin adalah pangkalan bagi berbilion pneumococci dalam paruparukita dan juga berbilion lagi organisma streptococcus pada kulit kita tanpakita merasa sakit atau dihidapi penyakit. Ia hanya boleh membawa penyakitbila patogen bertindak balas atau menjadi merbahaya kepada tubuh manusia.Oleh sebab itu, penyakit berjangkit ada kalanya wujud dalam dua keadaan yangberbeza: yang bersifat epidemik dan endemik. Berlakunya endemik ialah dalamkeadaan mudah membiaknya sesuat penyakit yang memang sudah ada padaorang ramai atau di suatu tempat.

PENYAKIT BERJANGKIT DAN PENULARANNYADari tahun 1980 sehingga 1990, banyak usaha telah dijalankan kerajaan untukmencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Antaranya ialah programimunisasi dan vaksinasi. Program yang bersifat pencegahan dan kawalan itulazimnya dilakukan melalui pendidikan di sekolah, klinik serta hospital (kerajaandan swasta). Hasilnya, penyakit berjangkit yang dibawa air dan makanan telahdapat dikawal dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, misalnya.Dalam konteks itu, bekalan air yang bersih kepada penduduk dan penyeliaanGERAF 1. Hubungan positif tahap severiti dengan infektiviti jangkitanrendah sederhana tinggirendah sederhana tinggiInfektiviti JangkitanTahap SeveritiJangkitan156 Sari 23kebersihan di tempat makan awam dipantau dari masa ke masa. Akan tetapi,sikap pengusaha kantin, restoran dan penjaja amatlah dikesali. Mereka didapatilebih mementingkan keuntungan daripada kebersihan dan mutu makanan yangmereka saji. Akibatnya, pelbagai penyakit bawaan air dan kekotoran makanansering terjadi di Malaysia. Antaranya ialah kolera, cirit birit dan hepatitis. Lihatkes penyakit berjangkit di Malaysia dari tahun 1993 hingga 1997 dalam Jadual

PENYAKIT BAWAAN AIR DAN MAKANAN

1.Penyebaran melalui air berlaku apabila air kumbahan tidak dirawat atau dirawat dengan sempurna. 2.Tandas tidak sempurna & Kawasan setinggan 3.Feses bercampur makanan & air 4.Penyebaran melalui makanan berlaku apabila makanan tidak sempurna dimasak, penyejukan kurang sempurna, atau disediakan dengan kaedah yang tidak bersih

1. CTH BACTERIA : Leptospira (Leptospirosis), Clostridium Botulinum (Botulism), Vibrio Cholarae (Cholera), Shigela Dysentriae (Disentry) & Salmonella Thyphi (Thyfoid0 2. CTH VIRUS ; Hepatitis A virus (HAV) & Poliovirus (Poliomielitis) 3. CTH PROTOZOA ; Entamoeba histolytica (Amoebiasis)

PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

1. Vektor: artropoda merupakan kumpulan terpenting sebagai pembawa penyakit. 2.Ada dua cara penyakit : secara mekanik & biologi 3.Secara mekanik : penyebaran secara pasif patogen yang terdapat pada kaki serangga atau lain-lain bahagian tubuhnya. 4.Apabila serangga bersentuh dengan makanan perumah, patogen dipindahkan ke dalam makanan dan ditelan oleh perumah.

PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

1. Vektor: artropoda merupakan kumpulan terpenting sebagai pembawa penyakit. 2.Ada dua cara penyakit : secara mekanik & biologi 3.Secara mekanik : penyebaran secara pasif patogen yang terdapat pada kaki serangga atau lain-lain bahagian tubuhnya. 4.Apabila serangga bersentuh dengan makanan perumah, patogen dipindahkan ke dalam makanan dan ditelan oleh perumah.

Pemindahan secara biologi : Artropoda menggigit orang yang terjangkit atau haiwan

dan menghadam sebahagian dari darah yang

terjangkit. Patogen itu kemudiannya membahagi dalam perut vektor dan memasuki

bahagian kelenjar liur yang seterusnya akan

disuntik masuk ke dalam perumah semasa serangga membuat gigitan.

CTH ; NYAMUK AEDES, ANOPHELES &LALAT

CTH PENYAKIT : DENGUE, MALARIA & JE