pkp3083 assigm

14
1.0 Pengenalan Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakaisebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.Kamus besar Bahasa indonesia Edisi kedua cetakan kesepuluh (1999:77) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri. Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelasapabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan´Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan. 1.1 Bincangkan elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran bahasa bagi murid sekolah rendah. Terdapat banyak elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran bahasa bagi murid di sekolah rendah. Antara elemen masalah penguasaan pembelajaran kemahiran bahasa secara umum adalah faktor pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kegagalan guru untuk

description

pemulihan 2

Transcript of pkp3083 assigm

1.0 PengenalanBahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakaisebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.Kamus besar Bahasa indonesia Edisi kedua cetakan kesepuluh (1999:77) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelasapabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubunganRaminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.1.1 Bincangkan elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran bahasa bagi murid sekolah rendah. Terdapat banyak elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran bahasa bagi murid di sekolah rendah. Antara elemen masalah penguasaan pembelajaran kemahiran bahasa secara umum adalah faktor pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kegagalan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan penguasaan pembelajaran kemahiran bahasa oleh murid-murid. Antara faktor penghalang yang menyebabkan masalah penguasaan kemahiran bahasa adalah seperti faktor fizikal, faktor kognitif dan bahasa, faktor emosi, persekitaran dan pendidikan.Faktor Dalaman yang mempengaruhi masalah kemahiran bahasa berpunca dari dalam diri pembaca (murid) itu sendiri. Dalam faktor dalaman ini, pembaca mengalaman masalah dari aspek kognitif atau inteleknya sendiri. Selain itu, masalah dalaman yang wujud dalam diri pelajar yang menyebabkan sebilangan daripada mereka mengalami masalah itu sendiri ialah aspek psikologi. Sebagaiintinya, masalah ini dipengaruhi oleh pelajar dan bukannya dipengaruhi oleh masalah luaran. Walaupun faktor dalaman dan luaran adalah berbeza namuniannya saling berkaitan dan memberi kesan antara satu sama lain.Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah kemahiran bahasa (murid) dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada.Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka mampu untuk memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali. Perkara ini menampakkan perbezaan ketara sekiranya perbandingan dibuat dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah. Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Menurut Roe, Stoodt dan Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan dalam kemahiran bahasa ini lebih ketara dalam kalangan pelajar (pembaca) pada peringkat menengah daripada murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar diperingkat menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Berkenaan dengan faktor yang menyebabkan masalah bacaan, fizikal merupakan masalah yang dapat dilihat dan dikenalpasti menjadi punca kepada masalah yang berlaku. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran.Seterusnya adalah faktor fizikal dan deria iaitu keadaan fizikal yang buruk, kecatatan sensorimotor atau berpenyakit yang mengakibatkan kegagalan murid untuk memberi tumpuan dan menguasai pembelajaran. Faktor penyakit seperti serangan penyakit pada tenggorok dan paru-paru juga memberi kesan kepada kemahiran bahasa sepertimana ia menjejaskan kemahiran bertutur. Hal ini demikian kerana, alat-alat tersebut berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Masalah bertuturan salah satu penyebab masalah penguasaan pembelajaran kemahiran bahasa iaitu kemahiran bertutur khususnya yang berpunca daripada kecacatan alat artikulasi mahupun pengaruh dialek atau bahasa ibunda yang ketara.

Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam contohnya dalam proses membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti kod atau lambang bercetak untuk difahami dalam bentuk maklumat. Tanpa penglihatan yang baik, seseorang tidak mungkin dapat membaca dengan baik. Menurut Marohaini Yusoff (1999), proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Walaupun penyelidikan tidak dapat menegaskan perhubungan yang nyata antara daya penglihatan dengan kebolehan membaca, namun banyak masalah ditemui berkaitan pembacaan. Pembaca yang lemah sering menghadapi beberapa masalah penglihatan untuk membuat diskriminasi terhadap huruf dan perkataan. Faktor emosi juga dititikberatkan dalam penentuan penguasaan pembelajaran kemahiran bahasa oleh murid-murid yang tidak pandai mengawalnya. Hal ini secara tidak langsung melibatkan faktor mental dalam memastikan penguasaan pembelajaran kemahiran bahasa. Hal ini demikian kerana emosi yang tidak stabil berkemungkinan besar akan menjejaskan kesihatan mental sekaligus menjadi faktor berlakunya masalah penguasaan pembelajaran bahasa oleh para murid. Hal ini demikian kerana, emosi murid yang tidak stabil sudah tentu akan menyebabkan murid tersebut tidak fokus kepada bahan bacaan sama ada secara mekanis mahupun mentalis. Gangguan emosi ini akan mengakibatkan tumpuan murid tersasar daripada mempelajari kemahiran bahasa dengan menggunakan sebutan, intonasi, jeda dan nada yang betul serta sesuai seperti yang digariskan dalam objektif kemahiran membaca Dokumen Standard Bahasa Melayu Tahap 1. Faktor persekitaran yang menjadi masalah dalam pembelajaran kemahiran bahasa merujuk kepada latar belakang keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua akan mengalami masalah disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda yang tegar. Latar belakang keluarga yang tidak mementingkan pembelajaran kemahiran bahasa kemungkinan besar tidak dapat menyediakan keperluan yang lengkap kepada murid-murid untuk mempelajari kemahiran bahasa. Bahan yang tidak mencukupi akan membiasakan murid untuk tidak yakin untuk mengamalkan kemahiran bahasa. Hal ini akan menyebabkan murid kurang menguasai pembelajaran kemahiran bahasa tersebut. Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara-perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latarbelakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kara mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses kemahiran bahasa.Seterusnya elemen fisiologi juga merupakan elemen yang menghalang kemahiran bahasa. Contohnya seperti faktor jantina yang berperanan dalam mempengaruhi pertuturan seorang kanak-kanak.Hal ini kerana merujuk kajian kanak-kanak perempuan mempunyai potensi untuk berutur lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Terdapat penyakit yang melibatkan pertuturan dihidapi oleh seseorang.Ia akan menjejaskan proses pertuturan individu tersebut.kerosakan pita suara misalnya,akan menyebabkan seseorang itu tidak mampu mengeluarkan suara. Faktor kecerdasan juga mempunyai kaitan dengan akal dan otak insan.otak ang tidak sihat akan menggangu pertuturan manusia kerana otaknya tidak dapat memperduksi bahasa tersebut.

1.2 Analisiskan amalan masalah kemahiran mengeja.Kemahiran ejaan dan mengeja perlu diberi perhatian istimewa guru-guru yang mengajarkan bacaan permulaan. Guru pemulihan pula perlu menyemak pemahaman mereka tentang perkara ini. Pemahaman yang jelas tentang kedua-dua konsep ini dapat membantu mereka melaksanakan tugas untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak dengan berkesan.Menurut Aznan & Zuri, 2011, ejaan adalah satu bentuk pelaziman melalui penulisan. Ia mempunyai 26 huruf atau abjad roman dan mengandungi lebih daripada 40 fonik. Ejaan juga merupakan satu proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi perkataan secara lisan atau bertulis. Kemahiran mengeja perlu dipelajari. Kanak-kanak perlu diajar mengeja. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran ini boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald &Stanahan, 2000)Ejaan dan rencana adalah dua kemahiran yang saling berkaitan. Kemahiran ejaan dan rencana diperolehi melaui kemahiran membaca sama ada secara mekanis ataupun penaakulan. Perkataan yang dipilih untuk pembelajaran ejaan boleh diambil daripada buku teks,buku kerja, kad ejaan, lembaran kerja dan yangberkaitan dengan kemahiran bacaan dan kefahaman. Aktiviti ejaan dan rencana ini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan dan menghafalkan bunyi perkataan. Di samping kemahiran mengaitkan bunyi perkataan dengan perkataan lain juga mengukuhkan kemahiran membaca. (Raminah Hj Sabran & Rahim Syam)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mengeja ialah perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. Takrif ini menyarankan dua cara untuk mengeja. Yang pertama ialah menyebutnamahuruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku kata/perkataan dan membunyikan suka kata/perkataan itu. Yang kedua ialah menulis huruf untuk membentuk suku kata/perkataan dengan memenuhi tiga syarat utama ejaan seperti yang dinyatakan.Selain daripada itu, ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataansecara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mengeja. Yang pertama adalah kesediaan Kognitif. Kesediaan kognitif adalah kesediaan mental untuk mempelajari sesuatu. Menurut Mok Son Sang (2001) perkembangan intelek adalah berkadar terus dengan umur kanak-kanak. Seorang kanak-kanak yang telah mencapai kesediaan mental akan mempunyai kebolehan membaca atau belajar selaras dengan usahan dan latihan yang dilaluinya. Contohnya Ikhmal yang berumur 6 tahun dapat mengeja perkataan yang mempunyai suku kata KV + KV kerana dia telah mencapai kesediaan kognitif yang diperlukan untuk melalui latihan mengeja suku kata tersebut. Jika Ikhmal tidak bersedia dari segi mentalnya untuk belajar membaca suku kata KV + KV sudah pasti Ikhmal tidak mampu memperolehi kemahiran mengeja suku kata itu. Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca atau mengeja kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran mengeja dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.Faktor yang kedua adalah persekitaran. Persekitaran ini melingkumi persekitaran di rumah ibu bapa, sosio ekonomi dan rakan sebaya. Kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran yang baik akan meningkatakan kemahiran mengeja mereka. Dari segi persekitaran sekolah ia melibatkan cara guru menyediakan bahan pembelajaran bacaan, pemilihan bahan yang digunakan, jenis soalan yang ditanya, jenis maklum balas yang diberikan, suasana p&p yang diwujudkan dan jenis dorongan serta pengukuhan yang diberikan. Terdapat beberapa punca-punca murid lemah dalam kemahiran mengeja. Yang pertama adalah ada murid yang lemah dalam pengamatan penglihatan atau visual.Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan. Contohnya, jika murid membaca secara songsang dari belakang ke depan, murid akan keliru dan akan menyebabkan kemahiran membaca murid semakin lemah dan teruk. Contohnya perkataan Makan dibaca sebagai nakaM.Masalah yng kedua adalah tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu huruf atau perkataan. Dalam masalah ini murid tidak dapat mengecam bentuk huruf dan perkataan. Terdapat beberapa huruf yang kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya adalah berbeza. Bagi murid disleksia, masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan konfigurasi perkataan sangat ketara. Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar diterjemahkan. Murid melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik. Kekeliruan inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran mengeja. Contohnya mereka keliru membezakan huruf "b" dan "d", huruf "p" dan "q".Masalah seterusnya adalah memori auditori dan visual. Murid menghadapi masalah untuk mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering memerlukan arahan yang jelas dan mudah bagi membantu mereka mengenal pasti bunyi sesuatu perkataan dan membina kemahiran fonologi. Murid yang menguasai kemahiran ejaan dengan baik akan menyimpan perkataan dalam memori dan mengingat kembali perkataan tersebut tanpa memerlukan petunjuk visual. Manakala murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan dan aktiviti untuk menguatkan ingatan visual. Masalah seterusnya adalah lemah dari segi analisis pendengaran. Murid yang mengalami masalah ini sukar mengingat bunyi abjad, bunyi suku kata perkataan dan juga sukar menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Murid juga tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang pendengaran. Contohnya mereka sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan.Sewaktu saya menjalankan Pengalaman berasaskan sekolah di SJK(T) Chembong, Saya saya telah menjalankan ujian diognostik kemahiran mengeja terhadap sekumpulan murid pemulihan. Daripada analisis ujian diognostik yang dibuat itu, saya mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran dalam kemahiran mengeja sekumpulan murid pemulihan khas. Saya mendapati bahawa murid tersebut menghadapi masalah gagal menghubungkan bunyi dengan simbol. Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru sebagai langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja. Untuk membantu mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja murid pemulihan tersebut, saya mencadangkan kaedah VAKT. Kaedah VAKT diperkenalkan olehDr Samuel Torrey Ortonpada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama denganAnna Gillinghamdan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagaikaedah multisensoriuntuk rawatan disleksia. Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensori iaitu kesedaran fonologi, gabungan bunyi dan simbol,pembinaan suku kata, morfologi, sintaksis dan semantik. Kaedah VAKT juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria. Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran. Kaedah VAKT semasa mengajar murid pemulihan khas bukan sahaja menggunakanpelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan.Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerikamengatakankaedah pembelajaran multisensoriialah kaedah yang paling efektifuntuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah VAKTlebih berkesan daripada kaedah fonetik. Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan.Margaret Combley (2001)menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini. Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Kaedah VAKT menggunakan prosedur pengajaran seperti pelajar memerhati perkataan yang hendak dipelajari. Seterusnya, menyebut perkataan itu . Selepas itu, cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal. Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul. Dengan menggunakan kaedah VAKT, Untuk mengatasi masalah kemahiran mengeja murid dalam masalah tidak pasti dengan simbol huruf, mula-mula guru perlu menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 dengan menggunakan krayon . Seterusnya murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu. Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, guru boleh membuat huruf yang dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari,huruf timbul yang besar dan lain-lain. Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT murid hendaklah m lihat huruf dahulu. Seterusnya mereka dikhendaki mendengar guru sebut huruf . Murid akan menyebut huruf dan dengar huruf yang disebut. Seterusnya murid akan membuat surihan di atas huruf yang dipelajari sambil rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf. Mereka juga akan rasa permukaan huruf dgn hujung jari. Seterusnya murid akan melihat pergerakan tangan semasa tracing. Dengan ini mereka akan mengingati symbol sesuatu huruf yang dipelajari dengan betul. Akhirnya, murid akan menengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan.Kesimpulannya, kaedah VAKT ini dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan tokoh yang lain. Guru hendaklah merancang aktiviti yang sesuai dengan menggunakan kaedah VAKT Untuk mengatasi masalah pembelajaran murid pemulihan.

2.0 Penghasilan produk dan penulisanSewaktu saya menjalankan Pengalaman berasaskan sekolah di SJK(T) Chembong, Saya telah menjalankan ujian diognostik kemahiran mengeja terhadap sekumpulan murid pemulihan. Daripada analisis ujian diognostik yang dibuat itu, saya mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran dalam kemahiran mengeja sekumpulan murid pemulihan khas. Saya mendapati bahawa murid tersebut menghadapi masalah tidak pasti dengan simbol huruf. Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru sebagai langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja. Daripada analisis ujian dignostik yang dibuat, saya mendapati sekumpulan murid tidak dapat mengeja suku kata kv+kv. Tiga orang murid lagi pula mengalami kesukaran dalam mengeja suku kata kv+kv+kv. Untuk membantu mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja murid pemulihan tersebut, saya mencadangkan kaedah VAKT. Seterusnya saya merancang satu rancangan pengajaran harian kelas pemulihan untuk mengatasi masalah kemahiran mengeja murid pemulihan tersebut. Saya merancang rancangan pengajaran harian ini dengan menggunakan kaedah VAKT. Saya juga menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah kemahiran mengeja murid pemulihan. Saya mula-mula menunujkkan kad suku kata bersama dengan gambar.Seterusnya murid akan mengeja kad suku kata berdasarkan gambar.Langkah seterusnya, murid akan menyurih permukaan suku kata dengan menggunakan jari sambil mengeja. Seterusnya, dengan menggunakan kaedah VAKT juga, saya merancang satu permainan untuk murid yang bermasalah dalam mengeja suku kata kv+kv+kv. Saya menyediakan satu papan telur yang bernama telur pelangi. Murid dikhendaki menyusun suku kata kv+kv+kv dalam papan telur tersebut mengikut warna dan suku kata yang betul. Murid akan menyusun sambil mengeja suku kata kv+kv+kv.Untuk murid yang bermasalah dalam mengeja suku kata kv+kv pula, saya membuat permainan memancing ikan suku kata kv. Murid akan diberi alat pancing. Seterusnya murid akan memancing ikan yang mengandungi suka kata. Murid akan mengeja suku kata yang dipancing dengan betul. Dengan kaedah VAKT ini, murid akan mengingati suku kata yang dieja dengan mudah. Latihan berterusan akan meningkatkan kemahiran mengeja mereka.