PKP3103

download PKP3103

of 1

Transcript of PKP3103

  • 8/12/2019 PKP3103

    1/1

    ISL MINGGU 13

    DEFINISI DAN KONSEP RPI

    Menurut Hallahan dan Kauffman (1977), RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu

    bapa dan phak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana

    keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksanaannya, RPI adalah sebuah

    kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid

    tersebut.

    Menurut Bender W.N (1995), RPI adalah satu program pengajaran berasaskan

    penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid

    kurang upaya.

    Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ialah :

    Satu dokumen bertulis.

    Dirancang khusus untuk seseorang murid.

    Dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan

    penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.

    Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk menentu

    kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa dan murid itu sendiri jika perlu, dengan

    pegawai pendidikan daerah dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

    RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang :

    Tahap prestasi seseorang murid.

    Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik.

    Matlamat jangka panjang yang boleh dicapai oleh murid.

    Matlamat yang mempunyai satu siri obkjektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat

    yang dikenalpasti.

    Objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian murid-murid

    dalam satu aspek berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid.

    Perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan oleh

    murid.

    Satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas

    menghadapi cabaran hidup.

    Sumber :http://www.scribd.com/doc/48078645/RANCANGAN-PENDIDIKAN-INDIVIDU

    http://www.scribd.com/doc/48078645/RANCANGAN-PENDIDIKAN-INDIVIDUhttp://www.scribd.com/doc/48078645/RANCANGAN-PENDIDIKAN-INDIVIDUhttp://www.scribd.com/doc/48078645/RANCANGAN-PENDIDIKAN-INDIVIDUhttp://www.scribd.com/doc/48078645/RANCANGAN-PENDIDIKAN-INDIVIDU