plbs_5_-_rumusan.ppt

17
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 3 PLBS

Transcript of plbs_5_-_rumusan.ppt

  • PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)

    Bahasa Melayu dan Bahasa InggerisTAHUN 1HINGGATAHUN 6

    TINGKATAN 1HINGGATINGKATAN 3PLBS

  • APAKAH PLBS ?PLBS ialah proses pentaksiran lisan yang dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam ataupun di luar bilik darjah

  • Apakah mata pelajaran yag terlibat dalam PLBS ?Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bagi sekolah menengah

  • APAKAH MATLAMAT PLBS ?PLBS bermatlamat untuk melahirkan murid yang terampil bertutur dalam pelbagai situasi serta mempunyai kemahiran dan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan

  • MENGAPAKAH GURU YANG MELAKSANAKAN PLBS ?Guru dapat mengetahui tahap pencapaian lisan murid yang sebenarKesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tinggiProses penambahbaikan ataupun pemulihan kualiti lisan dapat dijalankan secara berterusan

  • APAKAH PERANAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA ( LPM ) ?Pihak LPM menyediakan garis panduan pelaksanaan PLBS dengan membekalkan setiap sekolah buku Manual Pengurusan dan Pengendalian PLBS. Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah akan memainkan peranan bagi menentukan garis panduan tersebut dilaksanakan

  • APAKAH YANG DITAKSIR DALAM PLBS ?Aspek yang akan ditaksir dalam PLBS berdasarkan empat konstruk ;Kosa kata dan tatabahasaSebutan, intonasi dan nadaFasih dan bermaknaBertatasusila

  • BAGAIMANAKAH GURU-GURU BOLEH MENJALANKAN PENTAKSIRAN LISAN SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ?Guru-guru boleh merujuk kepada pakej aktiviti yang dicadangkan dan model pentaksiran dalam manual PLBS. Pakej aktiviti ini ialah senarai aktiviti yang disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

  • BAGAIMANA DENGAN MODEL PENTAKSIRAN ?Terdapat 5 model Pentaksiran PLBS iaitu ;Model IndividuModel Individu PendengarModel Individu PenggalakModel Kumpulan ( berpasangan )Model Kumpulan

  • APAKAH PAKEJ AKTIVITI YANG DICADANGKAN INI SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN ?Ya, pakej aktiviti yang dicadangkan selari dengan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Walau bagaimanapun guru-guru boleh membuat pengubahsuaian semasa pengajaran dan pembelajaran.

  • BERAPA KALIKAH MURID AKAN DITAKSIR ?Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sehingga murid mencapai tahap kemahiran yang memuaskan.

  • ADAKAH PLBS DIJALANKAN DALAM WAKTU YANG KHUSUS ?

    Tidak, PLBS adalah sebahagian daripada pedagogi pengajaran

  • BOLEHKAH PLBS DILAKSANAKAN DI LUAR WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Boleh, contohnya semasa perhimpunan sekolah dan aktiviti kokurikulum.

  • APAKAH BENTUK PELAPORAN PLBS

    Penyataan pencapaian murid dalam PLBS akan dilaporkan dalam buku rekod / kad pencapaian murid berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.

  • APAKAH PLBS AKAN MENAMBAHKAN BEBAN TUGAS GURU ?Tidak, kerana PLBS ;Bukan suatu ujianAkan membolehkan berlakunya proses penambahbaikan pembelajaranBahan pentaksiran telah disediakan

  • APAKAH LANGKAH KAWALAN BAGI MEMASTIKAN PLBS BERJALAN LANCAR

    Pentadbir sekolah akan memastikan pelaksanaan PLBS berjalan sebagaimana yang dihasratkan.

  • PELAKSANAANPERINGKAT SEKOLAH

    MESTI BERMULA

    14 Julai 2003