PMR karangan jenis fakta

9
Karangan Jenis Fakta Soalan Sektor pelancongan kini dianggap sebagai sektor yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Huraikan pentingnya sektor pelancongan di Malaysia. Jawapan Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi negara. Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di samping kebudayaan yang unik. Kerajaan, melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, sentiasa berusaha unutk memajukan sector pelancongan di Malaysia. Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. Pelancongan dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita mempelbagaikan ekonomi negara. Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. Penduduk negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup berstu padu. Kepelbagaian kebudayaan kaum-kaum di Malaysia turut manerik pelancong berkunjung ke negara kita. Malah, sikap ramah tamah, sopan santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong. Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai unutk para pelancong seperti penginapan yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan ini

Transcript of PMR karangan jenis fakta

Page 1: PMR karangan jenis fakta

Karangan Jenis Fakta

SoalanSektor pelancongan kini dianggap sebagai sektor yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Huraikan pentingnya sektor pelancongan di Malaysia.

Jawapan

Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi negara. Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di samping kebudayaan yang unik. Kerajaan, melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, sentiasa berusaha unutk memajukan sector pelancongan di Malaysia.

Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. Pelancongan dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita mempelbagaikan ekonomi negara.

Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. Penduduk negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup berstu padu. Kepelbagaian kebudayaan kaum-kaum di Malaysia turut manerik pelancong berkunjung ke negara kita. Malah, sikap ramah tamah, sopan santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong.

Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai unutk para pelancong seperti penginapan yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan ini menjadi faktor yang membantu negara kita memajukan sektor pelancongan.

Kesimpulannya, faktor pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Faktor ini akan meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan negara kita kepada dunia.

Page 2: PMR karangan jenis fakta

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.

Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata.

Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera.

Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah bijak  memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Page 3: PMR karangan jenis fakta

Fakta: Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar

Cara-cara  Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar 

Kepupusan spesies haiwan semakin membimbangkan. Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinosaur berulang.

Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan atau menambahkan lagi hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu berada dihabitatnya bagi pembiakan yang berterusan .

Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa sahaja yang memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak kerajaan.

Selain itu, aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja. Penguatkuasaan ini dapat mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal.

Seterusnya usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan. Haiwan yang berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke semasa.

Penubuhan pusat kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang. Ini akan membolehkan usaha-usaha perlindungan haiwan ini lebih berkesan.

Akhir sekali, hidupan liar yang menceroboh kawasan kebun umpamanya perlulah dipindahkan segera ke zoo atau sebagainya. Ini kerana apabila keadaan ini terjadi, haiwan berkenaan akan ditangkap atau dibunuh.

Kesimpulannya, hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam yang tidak ternilai ini.

Page 4: PMR karangan jenis fakta

Fakta: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.

Page 5: PMR karangan jenis fakta

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.

Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata.

Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera.

Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah bijak  memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Page 6: PMR karangan jenis fakta

Fakta: Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca Di Kalangan Para Pelajar

Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan minat membaca di kalangan para pelajar. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka Karangan :

Pendahuluan -membaca banyak kebaikannya-mesti dipupuk sejak kecil

Perenggan ke-2 -pihak sekolah memainkan peranan-mengadakan kempen membaca -perpustakaan yang lengkap dan menarik

Perenggan ke-3 -ibu bapa memupuk minat membaca anak-anak-peruntukkan wang untuk buku anak-anak 

Perenggan ke-4 -harga buku berpatutan-semua golongan mampu membeli buku

Penutup -membaca penting-mesti dipupuk sejak di bangku sekolah

***********************************

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, minat membaca di kalangan para pelajar mestilah dipupuk sejak dari kecil lagi.

Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan para pelajar adalah dengan mengadakan kempen membaca terutamanya di peringkat sekolah lagi. Pihak sekolah boleh menjalankan kempen ini dengan mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan mengarang dan sebagainya.

Selain itu, perpustakaan sekolah perlulah selesa serta dilengkapi dengan bahan bacaan dan kemudahan yang mencukupi. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengunjungi perpustakaan.

Ibu bapa pula mestilah memainkan peranan untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-

Page 7: PMR karangan jenis fakta

anak dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku-buku yang bersesuaian untuk bacaan anak-anak mereka. Jadikan membaca sebagai aktiviti harian keluarga dan wujudkan perpustakaan mini di rumah.

Pihak kerajaan pula perlulah memantau supaya buku-buku yang dijual dengan harga yang berpatutan supaya semua golongan pelajar mampu membeli buku-buku yang mereka perlukan.

Kesimpulannya, membaca amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, minat membaca perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.