Pokok Terung Pipit

download Pokok Terung Pipit

of 2

description

herba

Transcript of Pokok Terung Pipit

Pokok Terung Pipit

Sumber : http://comeylote.blogspot.my/p/pokok-herba.html

terung pipit

Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

KhasiatSecara saintifikDalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.

Secara tradisi

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Penggunaan

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Mait et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi., Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (gastrointestinal berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).

Khasiat Terung Pipit

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenali sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terung ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.