politik johor riau

download politik johor riau

of 13

Transcript of politik johor riau

  • 8/3/2019 politik johor riau

    1/13

    1.0 Latarbelakang kerajaan Johor

    Kerajaan Johor pada asalnya sudah wujud semasa pemerintahan Kesultanan Melayu

    Melaka lagi. Johor merupakan salah satu negeri di bawah naungan Melaka selain

    daripada perak, pahang dan negeri-negeri di tanah Melayu yang lain. Ini dibukktikan

    dengan peristiwa penyerangan Siam ke atas Melaka semasa pemerintahan Sultan

    Mudzaffar Shah ( T.M 1445-T.M 1458). Angkatan tentera Siam yang diketuai oleh Awi

    Chakeri telah berhenti dan membuat perigi yang dipahat dengan batu di muara sungai

    Batu Pahat. Perigi ini dibina bertujuan untuk mendapatkan bekalan air bagi menyerang

    Melaka.Namun angkatan Siam itu dapat ditewaskan oleh hulubalang-hulubalang Melaka.

    Bahan tinggalan sejarah iaitu perigi yang dibina itu masih lagi kekal sehingga sekarang di

    Batu Pahat.

    Selain itu, Sejarah Melayu juga ada menyebutkan bahawa semasa zaman Sultan

    Mansur Shah memerintah Melaka ( T.M 1458-T.M 1477), ada seorang anak Keraing

    Manchoko, Raja Balului Mengkasar bernama Semerluki telah datang ke laut Ujong

    Tanah ( Johor).......lalu ia ke laut Ujong Tanah dirosakkannya segala teluk rantau

    Melaka...... Dari keterangan ini, ia menunjukkan bahawa Ujong Tanah ( Johor) telah

    dirosakkan oleh Semerluki dan Johor merupakan sebahagian di bawah kuasa kerajaan

    Johor.

    Kesimpulanya, beberapa tempat di negeri Johor ternyata telah pun wujud semasa

    zaman pemerintahan Melaka lagi. Malahan menurut Shaharon Hussain (1995) ,

    penempatan di Johor telahpun wujud sebelum bangkitnya kerajaan Melaka yang

    diasaskan oleh Parameswara. Pada ketika itu, Johor berada di bawah naungan Majapahit

    dan juga Siam mengikut giliran masing-masing.

  • 8/3/2019 politik johor riau

    2/13

    2.0 Johor dalam pemerintahan raja-raja Melayu Melaka

    Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Sultan Mahmud

    Shah bersama isterinya, Tun Fatimah dan dua orang puteranya iaitu Sultan Ahmad dan

    Raja Mudzaffar telah berundur ke Muar. Selain mereka berempat, pembesar dan

    hulubalang yang masih taat setia kepada baginda turut bersama berundur ke Muar.

    Sultan Mahmud Shah telah bersemayam di Batu Hampar manakala Sultan Ahmad

    Shah di Pagoh. Namun tidak lama kemudian, Portugis menyerang Pagoh menyebabkan

    baginda sekeluarga bersama pengikutnya terpaksa bergerak ke Pahang. Kemudian

    berundur pula ke Pulau Bentan (kini dikenal sebagai Pulau Riau).

    Semasa di Bentan, Sultan Mahmud telah membina semula kekuatan kerajaan

    dan angkatan laut baginda dengan bantuan penduduk dari jajahan takluknya. Pengaruh

    dan sokongan dari negeri negeri lain menambahkan lagi kekuatan kerajaan di Bentan.

    Antara mereka yang datang menghadap dan menyatakan taat setia mereka kepada

    baginda ialah Maharaja Lingga, Raja Inderagiri, Raja Siak, dan Sultan Aru (Deli),

    wakil dari kerajaan Manjung, Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau, dan Sungai

    Ujong. Sultan Mahmud juga telah melancarkan lima kali serangan ke atas kubu

    Portugis 1515-1519 tetapi serangan ini menemui kegagalan. Menurut Shaharom Hussin

    (1995) , pada tahun 1521, Alfonso d Albuquerque telah cuba menawan Bentan tetapi

    gagal kerana keteguhan dua buah kubu di situ dan juga kegagahan hulubalang Melayu.

    Angkatan Alfonso itu terdiri daripada lapan buah kapal dan 600 orang tentera sahaja.

    Percubaan Portugis hendak menakluk Bentan diulangi oleh seorang ketua perangnya

    bernama Don Sancho Enriquez dengan 200 buah kapal. Percubaan ini tidak berjaya

    juga kerana 70 buah kapal telah terkena ribut. Rentetan dari serangan Portugis ini,

  • 8/3/2019 politik johor riau

    3/13

    Sultan Mahmud sekali lagi menyerang Melaka pada tahun 1523. Angkatan tentera

    Sultan Mahmud telah mengepung kota Melaka dan menyekat bekalan makanan dari

    sampai ke Melaka. Usaha Sultan Mahmud Syah ternyata gagal kerana Portugis

    memperolehi bekalan makanan dari India. Akhirnya, pada tahun 1526, Portugis telah

    menyerang balas dengan membawa 25 buah kapal, Ghali dan Pusta diketuai oleh

    Wizurai Maascarenhas telah menawan Bengkalis, membakar Bulang dan menawan

    Kopak iaitu kawasan yang diperintah oleh puteranya Raja Mudzafar. Baginda dan

    pengikut-pengikutnya terpaksa berundur sekali lagi ke Kampar. Selepas dua tahun

    kemudian, iaitu pada tahun 1528, Sultan mahmud mangkat dengan meninggalkan dua

    orang putera sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.

    Pergerakan Sultan Mahmud Shah selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

  • 8/3/2019 politik johor riau

    4/13

    2.1 Pengasasan Kerajaan Johor

    Warisan Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh putera Sultan Mahmud yang

    bernama Raja Ali di Johor.Nama asal Johor ialah Ujong Tanah dan nama ini telah

    digunakan sejak kurun ke- 16.Nama Johor berasal dari perkataan Arab, Jim, Ha,

    Ra, dan disebut Jauhar yang bermaksud permata.Penduduk tempatan menyebutnya

    sebagai Johor.Raja Ali mengasaskan kerajaan Johor di Kota Tinggi dengan

    mengambil gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II.Oleh kerana Johor dikenal

    dengan nama Ujong Tanah, baginda juga dikenal sebagai Raja Ujong Tanah dan

    Bentan.

    2.3 Penerusan Warisan Melaka

    Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 telah melahirkan dua kerajaan baru di Tanah

    Melayu iaitu Kesultanan Melayu Johor dan Kesultanan Melayu Perak. Dua buah

    kerajaan ini diasaskan oleh dua orang putera Sultan Mahmud Shah. Putera Sulung

    baginda, Raja Mudzaffar menyambung warisan kesultanan Melayu Melaka di

    Perak manakala Raja Ali atau digelar Sultan Alaudin Riayat Shah II mengasaskan

    kerajaan di tanah besar Johor atau Ujong Tanah. Sultan Alaudin Riayat Shah II

    meruapakan anak Sultan Mahmud hasil perkahwinan baginda dengan Tun Fatimah.

    Sultan Ahmad iaitu seorang lagi putera baginda telah mangkat ketika berada di

    Kopak. Kemangkatan baginda itu kononnya dikatakan diracun oleh ayahandanya

    Sultan Mahmud sendiri.

    Kecekapan Sultan Alaudin Riayat Shah II telah meneruskan sistem

    pentadbiran kesultanan Melayu Melaka dengan melantik Bendahara dan Seri Nara

  • 8/3/2019 politik johor riau

    5/13

    Diraja untuk membangunkan pusat pentadbiran Johor. Seri Nara Diraja ialah

    gelaran bagi jawatan Penghulu Bendahari yang wujud sejak zaman Kesultanan

    Melayu Melaka.Tugas Seri Nara Diraja ialah mengawal perbendaharaan negara,

    mentadbir istana, dan mengawal hamba sultan. Sebuah kota pertahanan yang

    dikenal dengan nama Kota Kara telah didirikan. Dalam masa yang sama, baginda

    tetap meneruskan perjuangan ayahandanya untuk menawan semula Melaka

    daripada Portugis. Namun begitu, kemunculan sebuah kuasa besar di kawasan

    perairan Selat Melaka iaitu Acheh telah mengancam kedudukan kerajaan Johor.

    Kerajaan Acheh telah membina kekuatan bertujuan untuk menguasai perairan selat

    Melaka dan mengusir Portugis dari Melaka. Sultan Alauddin terpaksa berhadapan

    dengan dua kuasa besar ini iaitu Acheh dan Portugis untuk menawan Melaka.

    untuk menawan memperkukuhkan kuasanya dengan menguasai semula jajahan

    takluk Melaka dan menjadikannya jajahan takluk Johor.Selain itu, Johor juga

    menguasai Pahang dengan mengawal hal-ehwal Pahang seperti soal menentukan

    Sultan Pahang.Kurun ke-17 memperlihatkan usaha memperkukuhkan kedudukan

    Johor oleh Laksamana Tun Abdul Jamil.

    Antara usaha yang dijalankan ialah:

    a) Johor menempatkan wakilnya di Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan

    Rokan.

    b) Jajahan takluk Johor akan menghantar askar mereka ke Johor apabila

    diperlukan.

  • 8/3/2019 politik johor riau

    6/13

    c) Negeri-negeri yang dikawal oleh Johor dikehendaki membekalkan

    barangan eksport kepada Johor.

    Sungguhpun demikian, Johor masih diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh

    dan Jambi.Pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berubah-ubah di sepanjang

    Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga sebagai muslihat bagi mengelirukan

    musuh.

    2) Usaha Johor Menguasai Melaka

    Setelah ditubuhkan, kerajaan Johor sentiasa cuba menguasai semula Melaka.

    Usaha tersebar dilakukan pada tahun 155 apabila tentera Johor bergabung denganangkatan Perak, Pahang, dan Japara (Jawa) untuk menyerang Portugis di Melaka.

    Dalam serangan tersebut, Melaka telah dikepung selama tiga bulan, tetapi usaha

    menumpaskan Portugis di Melaka tidak berjaya.

    Tentera Johor gagal mengusir Portugis dari Melaka, kerana mereka gagal menembusikota A Famosa.

    Selain itu, tentera Portugis yang menggunakan senjata api sukar dikalahkan.

    Usaha Johor menawan semula Melaka berterusan sehingga tahun 1564.

    Dua orang pembesar Johor yang memainkan peranan penting dalam usaha menawansemula Melaka ialah Tun Sri Lanang dan Laksamana Tun Abdul Jamil.

    Pada tahun 1608, tentera Johor mula membuat pakatan dengan kuasa Belanda untukmenyerang Portugis di Melaka.

    Gabungan tentera Johor dan Belanda akhirnya berjaya mengalahkan Portugis di Melaka

    pada tahun 1641.

    Dalam serangan tersebut, tentera Johor yang diketuai oleh Laksamana Tun Abdul Jamilmenyerang Melaka dari darat, manakala tentera Belanda menyerang dari laut.

    Sungguhpun Portugis di Melaka dapat dikalahkan, namun Johor masih belum berjayamembebaskan Melaka daripada kuasa asing, kerana Melaka seterusnya dikuasai oleh orangBelanda.

  • 8/3/2019 politik johor riau

    7/13

    Walau bagaimanapun, kejayaan Johor mengusir Portugis dari Melaka telahmembuktikan bahawa ketabahan, kegigihan, dan keberanian telah berjaya mengusir Portugisdari Melaka.

    3) Kebangkitan Acheh

    Acheh mula berkembang setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis.

    Setelah menguasai Melaka, Portugis mengenakan pelbagai sekatan serta kadar cukaiyang tinggi ke atas pedagang Islam.

    Dasar perdagangan Portugis terhadap pedagang Islam menyebabkan pedagang-pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu, dan Turki mula menumpu kepada Acheh.

    Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 - 1636) telah berjaya menjadikan Achehsebagai sebuah kuasa yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu.

    Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang bercita-cita tinggi berazam untukmenguasai kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu.

    Kemajuan perdagangan antarabangsa telah membolehkan Acheh muncul sebagai

    sebuah kuasa yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu.

    Acheh juga berjaya melaksanakan dasar perluasan kuasanya.

    a) Pada tahun 1616 dan 1620, Acheh menyerang Perak.

    b) Pahang diserang pada tahun 1617.

    c) Kedah diserang pada tahun 1619.

    Acheh juga berjaya menakluki Pedir dan Pasai untuk menguasai perdagangan ladahitam.

    4) Persaingan antara Johor dengan Acheh dan Portugis

    Persaingan di antara Johor, Acheh, dan Portugis memperlihatkan usaha masing-masinguntuk menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka serta memelihara kepentinganmasing-masing.

    Persaingan ini mengakibatkan berlakunya Perang Tiga Segi yang melibatkan Johor,Acheh, dan Portugis di Melaka.

    Perang Tiga Segi merujuk kepada peperangan di antara Acheh, Johor, dan Portugis diMelaka untuk menguasai Selat Melaka.

    Dalam peperangan tersebut, Johor menyerang Portugis di Melaka kerana hendakmerampas semula Melaka daripada Portugis.

    Acheh menyerang Portugis kerana Portugis menghalang perdagangan Acheh.

    Acheh juga menyerang Johor kerana kemajuan perdagangan Johor telah mengancam

    perdagangan Acheh. Portugis menyerang Johor kerana Johor telah membuat pakatan dengan Acheh untuk

    menyerangnya.

    7.3 Kegemilangan Kerajaan Johor

    Pada tahun 1641, jajahan takluk Johor meliputi:-

  • 8/3/2019 politik johor riau

    8/13

    a) wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Pahang, Klang,Batu Pahat, Muar hingga Singapura termasuk Bentan dan Lingga

    b) bahagian tengah Pulau Surnatera seperti Bengkalis, Kampar, Siak dan Inderagiri

    Peta menunjukkan jajahan takluk Johor

    Kejayaan kerajaan Johor mencapai kegemilangannya berpunca daripada beberapafaktor. Antaranya termasuklah:

    a) kecekapan sultan dan pembesar mentadbir negeri

    b) kemajuan perdagangan

    c) perkembangan bidang kesusasteraan

    1) Johor sebagai Pusat Perdagangan

    Johor menjadi pelabuhan entrepot yang penting bagi Kepulauan Melayu pada tahun1623.

    Kapal dagangan Johor telah berdagang hingga ke Maluku dan Makasar.

    Johor yang mempunyai jajahan takluk yang besar telah berjaya mengumpulkanpelbagai hasil dagangan.

    Pedagang-pedagang China yang datang berdagang di Johor berasal dari Canton(Guangzao) dan Amoy.

    Kapal Belanda dan Inggeris juga datang ke pelabuhan Johor.

    Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II, pusat pentadbiran dan pelabuhanJohor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau.

    Perdagangan Johor berkembang maju kerana pelbagai barang dagangan bolehdidapati. Antaranya ialah damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, beras, dansebagainya.

    Barangan dari luar negara yang dapat diperoleh di pelabuhan Johor terdiri daripadaemas, kain sutera, barang tembikar, teh, dan barang tembaga dari China.

  • 8/3/2019 politik johor riau

    9/13

    Pelbagai kemudahan untuk pedagang disediakan di pelabuhan. Antaranya ialahgudang dan khidmat membaiki kapal.

    Perdagangan di pelabuhan Johor dilakukan dalam dua cara, iaitu secara tukar barangdan perdagangan menggunakan mata wang.

    Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II, Johor telah

    memperkenalkan mata wang emas (dikenal sebagi mas), mata wang perak (dikenal sebagaikupang), dan mata wang timah (dikenal sebagai katun).

    Pada akhir kurun ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico, danduit Belanda juga digunakan.

    Kerajaan Johor mengamalkan sistem cukai yang berpatutan:

    a) Setiap bahara lada hitam yang diperdagangkan dikenakan cukai sebanyakenam keping mas.

    b) Setiap bahara timah yang diperdagangkan dikenakan cukai sebanyaksepuluh keping mas.

    Untuk menjamin keselamatan pedagang asing, kerajaan Johor mengamalkan sistemnaungan di mana pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu,

    Temenggung, dan Laksamana.

    Kerajaan Johor juga mengarahkan Orang Laut menjadi pengawal pelabuhan,pengawas perairan Johor, penunda dan penunjuk arah sebagai langkah menjagakeselamatan kapal yang berlabuh.

    Pelabuhan Johor yang menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka jugaterlindung daripada tiupan angin monsun.

    Johor juga menjadi pusat membuat kapal persisiran pantai seperti banteng, baluk,kolek, pencalang, dan pencacap.

    2) Perkembangan Persuratan Melayu

    Sejak kurun ke-17, Johor telah terkenal sebagai pusat persuratan Melayu.

    Pada tahun 1612, Tun Sri Lanang berjaya menyusun Sejarah Melayu yang menjadisumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting.

    Hikayat Hang Tuah yang mengisahkan kepahlawanan orang Melayu, khususnyaLaksamana Hang Tuah dan empat orang saudaranya, juga dihasilkan di Johor pada kurunke-17.

    Pada kurun ke-18, Riau yang berkembang menjadi pusat kerajaan Johor telahmenghasilkan karya-karya berunsur sejarah, bahasa, dan agama Islam.

    Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad adalah antara pengarang yang terkenal padamasa itu.

    Naskhah-naskhah asal karya ini ditulis dengan tangan dalam tulisan jawi, tetapinaskhah kemudian dibuat dengan menggunakan kaedah "cap batu" pada kurun ke-19.

    Sejak kurun ke-17, khususnya semasa Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan,Johor juga terkenal sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam.

    Tradisi sebagai pusat pengajian ilmu agama pada kurun berikutnya diteruskan diRiau.

    Kegemilangan kerajaan Johor memperlihatkan perkembangan pesat dalam bidangpersuratan. Antara karya-karya yang dihasilkan pada kurun ke-1 8 dan ke-1 9 ialah:

  • 8/3/2019 politik johor riau

    10/13

    a) Tuhfat al-Nafis (Hadiah yang Bernilai)

    b) Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-rajanya

    c) Hikayat Johor serta Pahang

    d) Peringatan Sejarah Negeri Johor

    e) Aturan Setia Bugis dan Melayu

    f) Syair Sultan Mahmud Linggag) Kitab Pengetahuan Bahasa

    h) Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi

    7.4 Kemerosotan Kerajaan Johor

    1) Perang Johor-Jambi

    Johor mula mengalami kemerosotan apabila berlakunya persengketaan di kalanganpembesar dan sultan.

    Peperangan di antara Johor dengan Jambi yang terletak di pantai timur Sumateratelah menyumbang kepada kemerosotan kerajaan Johor.

    Jambi yang merupakan jajahan takluk Johor muncul sebagai sebuah kuasa politik danekonomi yang kuat di Selat Melaka pada kurun ke-17.

    Kebangkitan Jambi dalam politik dan ekonomi memberi saingan kepada Johor dalamperdagangan.

    Jambi juga cuba membebaskan diri daripada kerajaan Johor dengan mendapatkanbantuan Belanda.

    Peperangan di antara Jambi (yang mendapat bantuan Belanda) dan Johor bermulapada tahun 1670.

    Perdagangan Johor terjejas apabila Jambi menyerang Johor Lama dan Batu Sawarpada tahun 1673.

    Mulai tahun 1677, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III berundur dan bersemayam diPahang, kerana Johor tidak lagi selamat untuk diduduki oleh baginda.

    Keadaan ini menyebabkan beberapa jajahan takluk Johor cuba membebaskan diridaripada pengaruh Johor.

    Laksamana Tun Abdul Jamil telah berjaya menyelamatkan Johor daripada terusmerosot apabila beliau berjaya mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis padatahun 1679.

    Atas sumbangannya kepada kerajaan Johor, Laksamana Tun Abdul Jamil dianugerahigelaran Paduka Raja.

    Beliau begitu berkuasa sehingga anak-anaknya dilantik menyandang jawatan penting

    seperti Temenggung, Sri Bija Diraja, dan Sri Amar Diraja dalam kerajaan Johor.

    2) Perebutan Kuasa

    Perebutan kuasa juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepadakemerosotan kerajaan Johor.

  • 8/3/2019 politik johor riau

    11/13

    Laksamana Tun Abdul Jamil mengambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik danpemangku raja pada tahun 1623.

    Pada tahun 1677, beliau melantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaranSultan Ibrahim Shah.

    Semasa melantik Sultan Mahmud Shah II yang berusia sepuluh tahun menjadi sultan

    Johor pada tahun 1685, Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengenepikan Bendahara TunHabib Abdul Majid yang dianggap pembesar negeri yang terkanan.

    Pengaruh dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil tidak disenangi oleh Bendahara TunHabib Abdul Majid.

    Persengketaan di antara kedua-dua orang pembesar ini telah menjejaskan kestabilanpolitik negeri Johor.

    Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapat semula kuasanya apabila LaksamanaTun Abdul Jamil meninggal dunia pada tahun 1688.

    Apabila Bendahara Tun Habib Abdul Jamil meninggal dunia, jawatan Bendaharaditeruskan oleh anaknya yang bernama Tun Abdul Jalil.

    3) Perebutan Tahta

    Kezaliman Sultan Mahmud Shah II menyebabkan baginda dibunuh pada tahun 1699tanpa meninggalkan zuriat.

    Peristiwa tersebut dikenal sebagai "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang".

    Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi sultan Johor dengan mendapat sokonganpembesar dan rakyat. Baginda menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

    Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II menandakan berakhimya pemerintahan sultandaripada keturunan sultan Melaka, dan pelantikan Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai sultanmemulakan kesultanan Johor daripada keturunan Bendahara.

    Raja Kechil dari Siak mendakwa dirinya sebagai putera almarhum Sultan Mahmud

    Shah II dan menuntut haknya ke atas takhta.

    Raja Kechil telah meminta bantuan anak raja Bugis lima bersaudara untuk meyerangJohor.

    Sebelum sempat anak raja Bugis lima bersaudara membuat persediaan, Raja Kechiltelah mendapat bantuan orang Minangkabau untuk menyerang Johor pada tahun 1717.

    Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil berjaya menguasai Johor dan mengisytiharkan dirinyasebagai sultan Johor. Baginda mengambil gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

    Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan memberi sokongan kepada RajaKechil.

    Rebutan kuasa dan takhta telah menyebabkan kemakmuran Johor mula merosot.

    4) Penglibatan Bugis di Johor

    Orang Bugis berasal dari kepulauan Makasar.

    Apabila Makasar dikuasai oleh orang Belanda orang Bugis berhijrah beramai-ramai danmeninggalkan Makasar.

    Sifat keberanian orang Bugis menyebabkan mereka menjadi tentera upahan dan pelayaryang baik.

  • 8/3/2019 politik johor riau

    12/13

    Raja Kechil telah meminta anak raja Bugis lima bersaudara, iaitu Daeng Perani, DaengMerewah, Daeng Kemasi, Daeng Chelak, Daeng Menambun untuk membantu beliaumenyerang Johor.

    Sebelum persediaan dibuat, Raja Kechil mendapat bantuan orang Minangkabau untukmenyerang Johor.

    Tindakan Raja Kechil mengenepikan anak Bugis lima bersaudara dalam serangannyaatas Johor menyebabkan rasa tidak puas di kalangan mereka.

    Apabila baginda menjadi sultan Johor, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, iaituRaja Sulaiman telah membuat pakatan dengan anak raja Bugis lima bersaudara untukmerampas kembali takhta kerajaan Johor.

    Pada tahun 1722, Raja Kechil dikalahkan dan Raja Sulaiman ditabalkan menjadi SultanJohor.

    Daeng Merewah yang digelar sebagai Kelana Jaya Putera dilantik sebagai YamtuanMuda Riau, manakala Daeng Menambun dikurniakan gelaran Raja Tua.

    Pakatan di antara orang Melayu Johor den Bugis tidak berkekalan kerana orang Melayuberasa kuasa mereka terhakis, manakala orang Bugis pula berusaha mengukuhkan

    kedudukan mereka di Johor. Yamtuan Muda Bugis mempertahankan haknya untuk melantik sultan Johor, manakala

    orang Melayu pula merasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin merosot,

    Orang Bugis mengukuhkan kedudukan mereka dengan menggalakkan perkahwinandengan anak raja dan anak pembesar Melayu di Johor.

    Anak-anak hasil perkahwinan menggunakan nama awal seperti Raja Haji, Raja Ali, danRaja Jaafar.

    Pertikaian di antara orang Bugis dengan orang Melayu berterusan apabila sultan baruhendak dilantik, dan pertikaian ini telah melemahkan pentadbiran kerajaan Johor.

    Pembesar Melayu berkuasa semula di Johor setelah meminta bantuan orang Belandauntuk mengusir orang Bugis dari Riau pada tahun 1784.

    Pada tahun 1802, orang Bugis kembali semula ke Riau dan sekali lagi persaingan diantara orang Bugis dengan orang Melayu Johor telah berlaku.

    Temenggung Johor mula bertapak di Pulau Bulang dan menguasai Singapura dan tanahbesar Johor, manakala Bendahara Johor pula bertapak di Pahang.

    Sultan Johor terus bersemayam di Lingga, dan Riau terus dikuasai oleh orang Bugis.

    Orang Laut pula berpecah mengikut pembesar Melayu, dan ramai pula yang menjauhkandiri dari sultan serta meninggalkan Johor setelah mereka kehilangan peranan di istanaJohor.

    5) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda

    Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostlndische Compagnie - V. O. C.) ialahsebuah syarikat yang ditubuhkan oleh pedagang Belanda, telah bertapak di Betawi pada kurunke-17.

    Pada tahun 1602, V. O. C. memulakan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar.

    Perkembangan kuasa Bugis di Johor membimbangkan V. 0. C. kerana penguasaanorang Bugis dalam kerajaan Johor akan menjejaskan kedudukan Belanda di Melaka.

  • 8/3/2019 politik johor riau

    13/13

    Beberapa peperangan telah meletus di antara orang Bugis dengan Belanda seperti yangberlaku di Teluk Ketapang dan Riau.

    Peperangan ini membolehkan orang Belanda mengusir orang Bugis dari Johor dan inimenyebabkan orang Bugis memusuhi orang Belanda.

    Kejayaan Belanda mengusir orang Bugis turut menjejaskan kerajaan Johor. Ini kerana

    apabila orang Belanda menguasai Riau, mereka menghapuskan jawatan Yamtuan Muda dansultan.