Power Point Menanduk

download Power Point Menanduk

of 21

Transcript of Power Point Menanduk

NAMA AHLI KUMPULAN:MOHD NORAFIF BIN MOHD AMIN (D20111047436 ) DAVEY TIOH ( D20111047429 ) MUHAMMAD MARWAN BIN AHMAD ZAILANI (D20102039633)

PERSEDIAAN RANCANGAN MENGAJAR (P&P) SEPAK TAKRAW

(KEMAHIRAN MENANDUK)NAMA PENSYARAH:

TAJUK PEMBELAJARAN: SEPAK TAKRAWBilangan pelajar Tunjang pembelajaran Fokus pembelajaran

:34 orang :Kemahiran :Menanduk kepala

menggunakan

OBJEKTIFDi akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat: Psikomotor : Pelajar dapat mengawal bola dengan menggunakan kepala. Pelajar dapat melakukan kemahiran menanduk dengan mengikut fasa persedian, fasa pelaksanaan dan fasa ikut lajak dengan betul. Kognitif : Menyatakan tujuan penggunaan teknik menanduk dalam sukan takraw. Menyatakan otot yang terlibat dalam menanduk. Afektif Menunjukkan kerjasama di kalangan pelajar dan arahan guru. Merasa seronok dan terhibur dengan kemahiran yang

NILAI KBKKBekerjasama, jujur, bertolak ansur Mengaitkan otot-otot yang terlibat semasa

melakukan kemahiran menanduk. Memahami ketiga-tiga fasa yang penting dalam kemahiran menanduk iaitu fasa persediaan, fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak.

PERSEDIAANPelajar berpakaian sukan. Guru menyediakan bola takraw, bip dan

sketel.

PENGENALAN SET INDUKSI (5 MINIT)1. Penerangan mengenai kemahiran menanduk. Guru memberi penerangan secara ringkas tentang kemahiran menanduk. Kemahiran menanduk ini digunakan untuk mengawal, mengumpan dan merejam

Sambungan2. Penerangan oleh guru mengenai fasa yang ada dalam melakukan aktiviti menanduk. Fasa persedian a)Dirian tapak: Kedudukan kaki terbuka seluas bahu dengan satu kaki di depan dan satu kaki di belakang. b)Kepala : Kepala yang menanduk hendaklah didongakkan dan digerakkan ke depan menghala ke arah bola yang datang. c)Mata : Mata memandang arah bola yang datang dan tempat sasaran bola hendak dihantar.

SambunganFasa perlakuan

a)Kepala : Kepala hendaklah ditundukkan dan digerakkan menghala ke belakang dengan satu gerakan daripada leher. b)Mata : Mata hendaklah memberi tumpuan kepada gerakan kawalan badan. c)Daya tandukan : Untuk mendapatkan kuasa tandukan, dilakukan dengan melompat. Untuk mendapatkan kuasa tandukan, dilakukan dengan melompat sisi kiri atau kanan. d)Tandukan Dahi Bola bersentuh antara bahagian tengah dahi dengan bahagian depan untuk rejaman, atau di

SambunganFasa ikut lajak

a)Kepala Kepala ikut lajak. Siku tangan dibengkokkan untuk mengawal lajakan.

Sambungan3. Demonstrasi menanduk bola takraw. Seorang pemain dipilih untuk membuat demonstrasi menanduk bola dengan cara dan teknik yang betul.

Sambungan4. Penerangan pusat graviti. Guru memberi penerangan tentang pusat graviti dalam rasionalnya mengikut teknikteknik yang betul semasa melakukan tandukan atau menanduk. i. Sebelum menanduk bola, pemain menjarakkan kedua-dua belah kaki dan tangan di buka untuk imbangan badan. ii. Bertujuan memberi sokongan kepada pemain dan pusat graviti direndahkan. iii. Kedudukan badan akan menjadi seimbang dan stabil. iv. Ketika menanduk bola, pemain perlu membengkokkan lutut untuk mengurangkan geseran antara sendi dan melompat ke atas untuk memberi daya pada tandukan.

MEMANASKAN BADAN 5 MINIT1. Meningkatkan suhu badan. Guru tegaskan murid melakukan aktiviti dengan serius bagi mengelak kecederaan. Kandungan : Lari mengikut sketel yang telah disediakan dalam bentuk Zig-Zag a)Lari setempat b)Lari sisi c)Lari perlahan d)Lari sentuh gelanggang

Sambungan2. kelonggaran dan regangan. individu bermula dari bahagian kepala hingga ke kaki seorang pelajar akan mengetuai untuk melakukan rengangan.

PERKEMBANGAN LANGKAH 11. Ansur maju menanduk secara bayangan. Guru menerangkan pelajar untuk melakukan aksi menanduk tanpa menggunakan bola. Pelajar akan melakukan aksi menanduk tanpa menggunakan bola.

PERKEMBANGAN LANGKAH 21. Ansur maju menanduk menggunakan bola. Guru menyuruh pelajar untuk mendapatkan bola masing-masing dan berada pada kedudukan masing-masing yang telah disusun oleh guru. Pelajar akan memulakan kemahiran dengan melambungkan bola ke atas dan menanduk bola tersebut. Pelajar akan menangkap semula bola itu setelah percubaan pertama untuk menanduk bola tersebut.

PERKEMBANGAN LANGKAH 31. Ansur maju menanduk secara berpasangan. Guru menyarankan pelajar mencari pasangan atau guru yang akan membahagikan pasangan kepada pelajar. Pelajar akan dibahagikan kepada dua barisan iaitu barisan A di sebelah kiri manakala pasangan mereka berada bertentangan iaitu di barisan B. Jarak yang digunakan dalam 3 meter.

Sambungan Pelajar yang berada di barisan A akan

memulakan kemahiran menanduk terlebih dahulu manakala pelajar yang berada di barisan B akan membaling atau mengumpan kepada pasangan mereka. Selepas barisan selesai melakukan kemahiran menanduk, aktiviti diteruskan dengan barisan B pula yang melakukan aktiviti menanduk ini.

KEMUNCAK1. Permainan kecil. Main gelanggang. Satu kumpulan akan terdiri daripada 5 orang. Permainan 5 lawan 5 dengan menggunakan kemahiran kepala sahaja. Hanya 3 kali sahaja timangan bola dibenarkan. Mata kemenangan adalah sebanyak 5 mata. Permainan ada 2 set iaitu set pertama dan set ke dua. Kemengan dikira sekiranya

MENYEJUKKAN BADAN1. Regangan biasa.

Pelajar mengambil tempat yang sesuai untuk regangan. Pelajar melakukan regangan dalam kumpulan yang besar. Seorang pelajar mengetuai regangan tersebut.

PENUTUP1. Sesi soal jawab.

1. Apakah kepentingan menanduk bola dalam permainan takraw? Menanduk bola untuk :Mengawal bola Mengumpan bola Merejam

Sambungan2. Otot apakah yang terlibat dalam kemahiran menanduk ini? Biseeps, hamstring, kuardriceps, gastroknemius.

3. Terdapat berapa fasakah dalam melakukan kemahiran menanduk? i. fasa persedian ii. fasa perlaksanaan iii. fasa ikut lajak