Power Point Sosio-budaya 1

15
Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

description

free

Transcript of Power Point Sosio-budaya 1

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi Kepelbagaian Sosio-BudayaKepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem pendidikan. Ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Selain itu, implikasi ini turut memberi kesan kepada murid, sekolah malah kepada kurikulum tersirat. Kesan Terhadap Guru

Kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan kaedah PnP yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid.

Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional dalam pekerjaannya.

Cara mengatasi : i) Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain.

- Contohnya, memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan bagi memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat.

ii) Guru perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai.

- Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. iii) Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. Contohnya guru sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka.

iv) Guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini berlaku.Kesan Terhadap Murid

Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut aktiviti PnP yang berlangsung dalam bilik darjah. Perbezaan di antara satu sama lain seringkali mendesak guru untuk memastikan aktiviti PnP yang dirancang dapat dilakukan dengan betul dan tepat.

Cara mengatasi:

i) Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai.

- Ini dapat direalisasikan sekiranya murid dapat membuang sikap prejudis terhadap latar belakang murid lain dan berinteraksi di antara satu sama lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh setiap murid perlu dihormati bagi memastikan proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

ii) Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum. Penggunaan dan pengamalan bahasa standard akan menambahkan tahap penguasaan bahasa murid selain daripada mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

iii) Murid perlu sentiasa untuk berusaha demi mempertingkatkan keupayaan diri sendiri di samping menjaga perhubungan dengan murid lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

Kesan terhadap sekolah

- Sistem pendidikan Negara mempunyai pelbagai pilihan jenis sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya.

Cara mangatasi :

i) Murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan murid dan hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.ii) Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.

- Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa hadapan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain.Kurikulum Tersirat

- Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah.

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid.

Kesimpulan

- Semua pihak harus mengetahui peranan masing-masing dalam memastikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya dapat diselesaikan dan tidak mendatang kesan negatif terhadap semua pihak.