Power Point Strategi Pembelajaran Konstruktif

download Power Point Strategi Pembelajaran Konstruktif

of 11

description

strategi pembelajaran konstruktif

Transcript of Power Point Strategi Pembelajaran Konstruktif

  • DISEDIAKAN OLEHNORLELA BT JAAFAR (160815)

    STRATEGI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF

  • PENGENALAN Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa Inggeris konstruktivisme yang membawa maksud falsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.

  • Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran

  • Menurut Sharifah Maimunah (2001), pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak tahu kepada tahu.Teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

  • Menurut Arends, R. I. (1997), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh didefinisikan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa pelajar yang bijak adalah individu yang berhadapan dengan benda baru dan menggunakan pengalaman serta mereka bersungguh-sungguh untuk menghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman- pengalaman tersebut.Menurut Sushkin N. (1999) pula, beliau menyatakan bahawa teori Konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, pelajar membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi serta inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkkan.

  • Brooks J.G. dan Brooks M.G. ( 1999 ), menyatakan bahawa persekitaran bilik darjah berdasarkan pendekatan konstruktivisme harus dibina di mana idea dan pendapat pelajar mesti dihargai, aktiviti dalam kelas perlu mencabar minda pelajar, guru menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran kepada pelajar, pengajaran dan pembelajaran di bina berdasarkan konsep asas dan utama serta pengajaran dan pembelajaran di nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran harian.

  • KONSEP KONSTRUKTIFPengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang ditrerima secara pasif Guru sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

  • CIRI-CIRI KONSTRUKTIFMenggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakan sebagai panduan merancang pengajaran. Menggalak murid bertanya dan berdialog antara murid dan guru. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Menyokong pembelajaran secara koperatif Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajain dan eksperimen Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

  • KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIFBefikir: murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Faham: kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasi pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru Ingat: murid akan dapat mengingati lebih lama konsep kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membian pengetahuan baru. Yakin: belajar secara konstruktif akan memberi peluang kepada murid untuk membina sendiri kefahaman tentang sesuatu. Ini menjadikan murid lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Kemahiran social: murid memperolehi kemasiran social melalui kerjasa dengan murid lain dan guru dalam menghadapi cabaran dan menelesaikan masalah. Ini berlaku apabila mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan. Seronok: murid akan membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk meneruskan pembelajaran

  • KELEMAHAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIFSelain daripada kelebihan, Kaedah pembelajaran Konstrutivisme turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian Kaedah pembelajaran Konstrutivisme menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengaplikasikan dan menyusun idea saintifik baru.

    Kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pembelajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia ada murid perlu diubah suai, diperkembang atau perlu diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Tambaha pula, murid terpaksa mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea yang sedia ada sebelum mereka memahaminya. (Mok Song Sang, 2006).

  • KESIMPULANTeori Konstruktivisme amat menekankan kepada ilmu yang dibina oleh murid. Ia bermula daripada persekitaran . pengetahuan sedia ada murid akan memberi kesan yang positif atau negatif kepada murid-murid. Model-model dan teori konstruktivisme merangkumi proses keseronokan, proses pembelajaran dan pengajaran dengan aktiviti serta alat bantu mengajar yang pelbagai (excite), penerokaan cara mendekati konsep (explore), penerangan tentang konsep yang ingin diajar (explain), penyambungan atau tokok tambah (extend), menukarkan kefahaman sedia ada dengan idea yang baru dipelajari (exchange) dan penilaian sama ada konsep yang difahami oleh murid adalah konsep yang ingin diajar (examine).

    Selain itu juga, Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka.

    *