PPM Buku dn Jurnal.indd 1 16/12/2016 14:34:32 · Penulisan Nama dalam Teks … 22 Singkatan ......

52
PPM Buku dn Jurnal.indd 1 16/12/2016 14:34:32

Transcript of PPM Buku dn Jurnal.indd 1 16/12/2016 14:34:32 · Penulisan Nama dalam Teks … 22 Singkatan ......

PPM Buku dn Jurnal.indd 1 16/12/2016 14:34:32

PPM Buku dn Jurnal.indd 2 16/12/2016 14:34:33

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bangi ● 2017

http://www.ukm.my/penerbit

PPM Buku dn Jurnal.indd 3 16/12/2016 14:34:33

Cetakan Pertama / First Printing, 2017Hak Cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan

ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya

tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit UKM terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical

including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Penerbit UKM.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia byPenerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysiahttp://www.ukm.my/penerbite-mel: [email protected]

Penerbit UKM adalah anggota / is a member of the MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA /

MALAYSIAN SCHOLARLY PUBLISHING COUNCILPERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA /

MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATIONNo. Ahli / Membership No. 198302

Atur huruf oleh / Typeset byCARD INfoRMATIoN SDN. BHD.

49, Jalan 31/10A Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu

68100 Kuala Lumpur, Malaysia.e-mel: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia byUKM CETAK

UKM Holdings Sdn. Bhd.Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor D.E. Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan / Cataloguing-in-Publication Data

Panduan penyediaan manuskrip buku dan jurnal Bibliography: page 50 1. Technical writting--Handbook, manual, etc 2. Academic writting--Handbooks, manual, etc 808.066

ISBN 978-967-412-410-6

PPM Buku dn Jurnal.indd 4 16/12/2016 14:34:33

K a n d u n g a n

Prakata … 7

PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP BUKU Pengenalan … 11 Manuskrip … 11Kandungan Manuskrip … 11Penilaian Manuskrip … 13Bahagian-bahagian Buku … 13Tajuk dan Tajuk Kecil … 14 Bahasa dan Ejaan … 15Penulisan Rumus … 15Jadual dan Rajah … 16Jadual … 16Ilustrasi/Rajah … 17Petikan … 19Huruf Condong … 21Nombor dan Angka … 21Penulisan Nama dalam Teks … 22Singkatan … 23Senarai Singkatan Bukan Nama Khas … 24Senarai Simbol … 25Rujukan Silang … 27Sistem Pengarang-Tarikh/Author-Date-System … 27 Catatan/Nota … 29Senarai Rujukan … 30

PPM Buku dn Jurnal.indd 5 16/12/2016 14:34:33

6 / Panduan Penyediaan Manuskrip

Indeks … 34Hak Cipta … 34Menyemak Pruf … 34Aspek Penulisan dan Pengeluaran Terbitan … 35Royalti … 35

PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP JURNALPeranan Jurnal … 39Jurnal berimpak Tinggi … 40Ciri-ciri Jurnal … 40Bentuk Makalah Ilmiah … 41Tajuk yang Baik … 42Kepengarangan (Authorship) … 42Abstrak … 43Kata Kunci … 44Teks … 45Penghargaan … 49Rujukan … 49Senarai Semak … 49Sistem Penghantaran Manuskrip Atas Talian … 50

PPM Buku dn Jurnal.indd 6 16/12/2016 14:34:33

Prakata

Kebanyakan penerbit mempunyai gaya penerbitannya sendiri yang digunakan sebagai panduan penyediaan manuskrip penerbitan ilmiah. Buku ini bertujuan memberi panduan mengenai aspek penyediaan manuskrip untuk buku dan jurnal. Penerbit UKM menggunakan The Chicago Manual of Style sebagai buku rujukan dan panduan gaya penulisan dan penyuntingan. Panduan penulisan ilmiah mengikut gaya Penerbit UKM ini harus dijadikan rujukan kepada pengarang yang merangkumi aspek teknikal penulisan ke arah penyediaan manuskrip yang berpiawai dan berkualiti. Panduan penyediaan manuskrip buku dan jurnal ini bertujuan memberi kaedah tatacara penyediaan penulisan ilmiah yang beranatomi dan bersistematik serta lengkap daripada bahagian awalan (prelim), teks dan bahagian akhiran (lampiran, rujukan dan indeks). Buku panduan ini telah disahkan dalam Mesyuarat Sidang Pengarang Universiti pada 27 November 2015.

Penerbit UKM2017

PPM Buku dn Jurnal.indd 7 16/12/2016 14:34:33

PPM Buku dn Jurnal.indd 8 16/12/2016 14:34:33

Panduan Penyediaan Manuskrip

Buku

PPM Buku dn Jurnal.indd 9 16/12/2016 14:34:33

PPM Buku dn Jurnal.indd 10 16/12/2016 14:34:33

Pengenalan

Penerbit UKM menerbitkan karya berbentuk ilmiah yang mengutamakan penerbitan karya asli dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, karya dalam Bahasa Inggeris atau bahasa lain dan terjemahan ke dalam Bahasa Melayu juga diberi pertimbangan. Penerbit UKM mengalu-alukan karya para sarjana dan pengarang dari dalam dan luar UKM. Sasaran utama karya yang diterbitkan adalah para sarjana, penyelidik, pelajar, kakitangan kerajaan dan golongan profesional.

Manuskrip

1. Manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit UKM (Penerbit) mestilah lengkap, kemas, bersih dan selaras. Manuskrip tersebut merupakan pemikiran terakhir sesuatu penulisan dan bukannya suatu draf yang akan dipinda kemudiannya. Menyunting semula sesebuah manuskrip yang telah diatur huruf akan mengakibatkan perbelanjaan yang lebih dan memanjangkan tempoh penerbitan walaupun pindaan tersebut hanya melibatkan penambahan sepatah perkataan.

2. Sesebuah manuskrip yang hendak diterbitkan menjadi sesebuah buku sepatutnya mengandungi bahan dalam tiga bahagian besar:

a. Bahan awalan atau prelim;b. Teks;c. Bahan akhiran.

3. Manuskrip yang disampaikan dan apabila diterbitkan dalam bentuk buku, tebalnya mestilah tidak kurang daripada 49 halaman bercetak dan 4 bab.

Kandungan Manuskrip

4. Sesebuah manuskrip yang hendak diserahkan kepada Penerbit UKM untuk tujuan pertimbangan penerbitan hendaklah mengandungi:

PPM Buku dn Jurnal.indd 11 16/12/2016 14:34:33

12 / Panduan Penyediaan Manuskrip

a. Judul buku (dwibahasa);b. Senarai kandungan (dwibahasa);c. Prelim yang lain: persembahan, kata pengantar (jika ada), prakata

(dwibahasa) dan penghargaan;d. Senarai singkatan;e. Semua bahagian teks;f. Jadual (jika ada) serta senarai jadual;g. Nota hujung (jika ada);h. Semua bahagian akhir: lampiran, rujukan, indeks (daftar kata

masukan) dan lain-lain;i. Ilustrasi (jika ada) serta senarai ilustrasi;j. Surat kebenaran bagi hal-hal hak cipta;k. Senarai rujukan;l. Rangsang sari (blurb), untuk tujuan promosi tidak melebihi 150

patah perkataan;m. Maklumat pengarang (jumlah tidak melebihi 100 patah perkataan

untuk semua pengarang).

5. Kata pengantar adalah kenyataan yang lazimnya ditulis oleh seseorang yang terkemuka dalam bidangnya.

6. Prakata merupakan kenyataan pengarang mengenai asal usul karyanya, tujuan menulis karya dan penghargaan. Pengarang perlu memasukkan nombor geran penyelidikan (sekiranya ada) dalam bahagian prakata.

7. Pengarang hendaklah menyerahkan dua salinan keras manuskrip termasuk salinan asal kepada Penerbit untuk tujuan penilaian bersama-sama surat iringan.

8. Manuskrip hendaklah ditaip dengan kemas, bersih dan selaras pada sebelah halaman sahaja menggunakan kertas berukuran A4. Manuskrip hendaklah diberi nombor halaman berturutan dengan menggunakan angka Arab sahaja. Manuskrip hendaklah ditaip langkau dua baris (double spacing) serta ruang tepi yang memadai.

9. Bab hendaklah dinomborkan dalam angka Arab dan setiap bab mestilah dimulai pada halaman baharu. Tajuk bab hendaklah ditaip dengan jelas.

PPM Buku dn Jurnal.indd 12 16/12/2016 14:34:33

Buku / 13

10. Nota hujung (jika ada) diletakkan pada hujung bab atau bahagian akhir manuskrip. Sekiranya terdapat penggunaan nota kaki, perlulah dimasukkan terus ke dalam teks dijadikan sebagai sistem pengarang tarikh (author-date system).

Penilaian Manuskrip

11. Manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit UKM akan dihantar kepada seorang penilai. Pengarang digalakkan untuk mencadangkan tiga nama pakar bidang di luar institusi masing-masing sebaiknya yang berpengalaman menulis buku ilmiah.

12. Pihak Sidang Pengarang Universiti akan membuat keputusan berdasarkan kepada laporan penilaian dan lain-lain aspek yang berkaitan.

13. Pertimbangan penerimaan penerbitan manuskrip tertakluk kepada keputusan mesyuarat Sidang Pengarang Universiti (SPU). Keputusan tertakluk kepada:

a. Bersetuju diterbitkan;b. Bersetuju diterbitkan dengan penambahbaikan; c. Ditolak.

14. Keputusan Sidang Pengarang Universiti adalah muktamad.

Bahagian-bahagian Buku

PRELIMHalaman judul kecil (half title) ............................. 1/iHalaman kosong atau judul siri atau senarai penyumbang atau ilustrasi hiasan (frontispiece) .. 2/iiHalaman judul ...................................................... 3/iiiHalaman kenyataan hak cipta, agen penerbit, sejarah percetakan, negara buku dicetak, data pengkatalogan dalam penerbitan .......................... 4/ivPengabadian (Dedication) .................................... 5/vKosong .................................................................. 6/vi

PPM Buku dn Jurnal.indd 13 16/12/2016 14:34:33

14 / Panduan Penyediaan Manuskrip

Halaman kandungan ............................................. 7/viiHalaman senarai ilustrasi ...................................... recto 9/ixHalaman senarai jadual/rajah ................................ recto 11/xiHalaman singkatan ............................................... recto 13/xiiHalaman Kata Pengantar ...................................... recto 15/xiiiHalaman Prakata ................................................... recto 17/xvHalaman Penghargaan (Acknowledgments) ......... recto 19/xvii

TEKSHalaman Bab 1 (recto)Halaman Bab 2Halaman Bab 3Halaman Bab 4 (dan seterusnya)

BAHAGIAN AKHIRANLampiran .............................................................. rectoNota hujung .......................................................... rectoSenarai Daftar Kata (Glosari) ............................... rectoRujukan ................................................................ rectoSenarai Penyumbang (Karya Suntingan) ............. rectoKolofon (Buku Mewah) ....................................... rectoIndeks ................................................................... recto

Tajuk dan Tajuk Kecil

15. Gunakan tidak lebih daripada tiga tingkat tajuk kecil dalam sesuatu bab selain daripada tajuk bab. Terlalu banyak tingkat tajuk dan tajuk kecil akan menyukarkan pembaca. Penulisan atau penaipan tajuk dan tajuk kecil hendaklah dibuat dengan kemas. Semua tajuk dan tajuk kecil hendaklah ditulis dalam huruf besar bagi huruf pertama kata awal, nama khas dan huruf kecil bagi kata sendi. Elakkan daripada menggunakan semua huruf besar apabila menulis tajuk dan tajuk kecil. Gaya dan tipografi tajuk dan tajuk kecil akan ditentukan oleh Penerbit UKM.

PPM Buku dn Jurnal.indd 14 16/12/2016 14:34:33

Buku / 15

Bahasa dan Ejaan

16. Pastikan tatabahasa yang betul dan ejaan yang tepat. Gunakan sumber seperti Kamus Dewan, Tatabahasa Dewan dan Daftar Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka. Jikalau manuskrip itu dalam bahasa Inggeris, selaraskan ejaan berpiawai menurut sama ada British atau American English.

Penulisan Rumus

17. Dalam bidang sains, teknologi dan perubatan, pemboleh ubah dan rumus kerap digunakan. oleh itu, taip atau tulis dengan jelas serta menggunakan simbol yang tepat dan tidak mengelirukan. Pemboleh ubah ditulis dalam huruf condong (italic). Untuk mengelakkan masalah, eloklah pengarang menandakan atau menyenaraikan simbol yang digunakan. Rumus kimia ditulis dalam huruf Roman.

18. Sesuatu rumus yang mengandungi tiga atau empat baris dapat diringkaskan atau dikemaskan menjadi dua baris seperti contoh berikut:

1.

AB

BA

C

2. 2 2

2 2 2( )+

+a b

abx y

3. 0∫ab

Sepatutnya ditaip/ditulis:

1. 1/ 2( / )−

A/BA B C

2. 2 22 2 ( ) / 2( ) a b abx y ++

3. /

0∫a b

19. Pada penghujung setiap rumus mesti diletakkan titik.

22 2 2

2

15.5 0.537166.55 5

∑=

∑ ∑

= =×

y

yxR

x y

.

PPM Buku dn Jurnal.indd 15 16/12/2016 14:34:33

16 / Panduan Penyediaan Manuskrip

20. Sesuatu rumus yang dirujuk semula perlu diberikan nombor mengikut urutan rumus dalam sesuatu bab. Contohnya, rumus yang kedua dalam bab ketiga dinomborkan (3.2).

Contoh:

Salah

Di sini jelaslah bahawa abc = xyz. (3.2)

Betul

Di sini jelaslah bahawa

abc = xyz. (3.2)

Rumus yang dipapar mesti diletakkan di tengah-tengah ataupun pada satu anjakan yang telah ditetapkan bagi keseluruhan manuskrip.

Jadual dan Rajah

21. Jadual digunakan untuk menunjukkan nilai atau angka bagi sesuatu parameter.

22. Rajah pula digunakan untuk menunjukkan hubungan antara parameter.

Jadual

23. Tajuk diletakkan pada bahagian atas jadual dan hendaklah ringkas dan tepat. Sekiranya bahan diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan rujukannya di bahagian bawah jadual dalam huruf condong. Contoh penyediaan jadual diberikan dalam Contoh 1.

24. Jadual perlu diberi nombor mengikut turutan bab. Contohnya, jadual pertama dalam Bab 1 diberikan nombor JADUAL 1.1. Jadual ketiga dalam Bab 3 diberikan nombor JADUAL 3.3.

25. Bahan yang ringkas tidak lebih daripada empat baris dalam dua ruang (column) boleh ditaip berserta teks tanpa memberi nombor jadual. Garis membujur digunakan pada bahagian kepala dan bahagian akhir. Garis menegak tidak digunakan dalam jadual.

PPM Buku dn Jurnal.indd 16 16/12/2016 14:34:33

Buku / 17

26. Maklumat dalam jadual tidak perlu dititik. Sekiranya terdapat lebih daripada dua ayat, hanya pada ayat pertama diletakkan titik (Contoh 1).

JADUAL 1.1. Hubungan penjaga dan warga tua

Responden Umur Penerima Jenis Penyakit Kategori Ibu Bapa Penjagaan Penjagaan

A 71 Ibu Barah perut Kurang upaya B 63 Ibu Sakit lutut Sihat C 80 Ibu Strok dan parkinson Sakit terlantar D 67 Ibu Kencing manis Kurang upaya E 63 Ibu Sihat Sihat f 77 Bapa Strok dan inkontinens Sakit terlantar G 82 Ibu Sakit lutut Sihat

Sumber: Ali (2016)

Contoh 1.

27. Nota diletakkan pada bahagian bawah jadual (jika ada).

Ilustrasi/Rajah

28. Ilustrasi/Rajah meliputi pelbagai bahan seperti lukisan garis, catatan/nota, foto, carta, graf dan peta bertujuan untuk menjelaskan teks. Ilustrasi hendaklah disertakan dalam bentuk foto, lakaran atau digital dengan resolusi yang tinggi. Elakkan penggunaan ilustrasi yang berwarna-warni dan nomborkan semua ilustrasi dengan nombor Arab. Rajah perlu diberi nombor mengikut turutan bab: contohnya rajah pertama dalam Bab 1 diberikan nombor RAJAH 1.1. Rajah ketiga dalam Bab 3 diberikan nombor RAJAH 3.3.

29. Rajah hendaklah disediakan dengan kualiti yang tinggi dan dilabelkan dengan tepat. Semua rajah perlu diberikan tajuk yang diletakkan pada bahagian bawah beserta sumbernya (jika ada) (Rajah 1).

PPM Buku dn Jurnal.indd 17 16/12/2016 14:34:33

18 / Panduan Penyediaan Manuskrip

30. Setiap ilustrasi mesti dirujuk dalam teks sekurang-kurangnya sekali. Lazimnya data yang diberi dalam bentuk rajah tidak perlu diulang dalam bentuk jadual melainkan dalam beberapa kajian yang memerlukan nilai dan juga trend. Contoh rajah diberikan dalam Rajah 2. Tanda pada paksi perlulah jelas. Saiz tanda melambangkan ketidakpastian dalam nilai yang diukur. Tanda yang

RAJAH 1. Ciri-ciri pesakit osteporosis

RAJAH 2. Kesan medan magnet luaran terhadap suhu genting bahan YBCo

Suhu Genting / K

Med

an L

uara

n / k

Oe

5 10 15 20 25 30 35 40 45

10

20

30

40

50

70

80

60

35+ 55+ 65+

PPM Buku dn Jurnal.indd 18 16/12/2016 14:34:33

Buku / 19

besar menunjukkan ketidakpastian yang besar dan sebaliknya. Warna boleh digunakan jika ada keperluan. Tajuk tidak diperlukan pada bahagian atas rajah.

Petikan

31. Kecenderungan penulisan ilmiah adalah untuk memetik daripada karya yang sedia terbit yang dilindungi hak cipta. oleh itu, apabila membuat petikan yang panjang, pastikan pengarang mematuhi akta hak cipta. Sedapat mungkin sadur petikan atau pendapat karya lain diolah menggunakan ayat pengarang sendiri, tetapi rujukan sumber (gunakan kaedah sistem pengarang-tarikh) mestilah dinyatakan. Ketepatan petikan in toto juga mesti dijaga. Petikan langsung mesti dibuat tanpa sebarang pindaan, kecuali tanda petikan, tipografi dan sintaksisnya. Pada umumnya, petikan yang melebihi dua baris bertaip (langkau dua baris) barulah ditaip berasingan sebagai petikan. Jika petikan itu kurang daripada dua baris, masukkan dalam ayat pengarang dengan memberi tanda petik “…”; manakala tanda petik ‘…’ boleh digunakan bagi maksud khusus dalam petikan itu. Walau bagaimanapun, petikan pendek yang dibuat bagi maksud perbandingan atau petikan puisi yang pendek eloklah ditaip berasingan.

32. Perubahan yang boleh dilakukan kepada petikan, selain perubahan daripada satu tanda petikan kepada dua tanda petikan adalah:

a. Huruf awal boleh ditukar kepada huruf besar atau huruf kecil, bergantung kepada keperluan dan cara memetik.

b. Tanda baca yang terakhir boleh ditukar dan tanda baca itu boleh ditiadakan jika petikan diikuti dengan tiga titik (…).

c. Catatan asal dalam petikan yang pendek boleh ditiadakan atau digantikan dengan catatan pengarang.

d. Petikan daripada buku, jurnal atau surat khabar yang mengandungi kesilapan tipografi yang jelas bolehlah dibaiki, tetapi petikan yang mengandungi sebarang kesalahan dalam karya klasik atau daripada suatu sumber manuskrip hendaklah dikekalkan, mungkin sic boleh dicatatkan pada tempat yang perlu.

PPM Buku dn Jurnal.indd 19 16/12/2016 14:34:33

20 / Panduan Penyediaan Manuskrip

e. Jika hendak merubah ejaan atau tanda baca petikan klasik, nyatakan perkara ini dalam catatan tak bernombor atau pada prakata.

f. Gaya tipografi, terutama huruf peragaan bolehlah ditukar mengikuti gaya karya yang membuat petikan itu.

33. Setiap petikan yang dimasukkan sebagai sebahagian daripada teks mestilah disertakan dengan terjemahan dalam bahasa Melayu ataupun dimasukkan terjemahannya sahaja.

34. Petikan asal ayat al-Quran dan hadis hendaklah disertakan bagi maksud dan kegunaan sesebuah karya bidang kajian al-Quran dan Hadis atau jika karya/teks tersebut membicarakan atau membahaskan ayat yang berkenaan.

a. Bagi karya lain yang merujuk al-Quran dan Hadis memadailah dengan memberikan maksud ayat yang hendak dirujuk dengan menuliskan: seperti “firman Allah/Tuhan yang bermaksud” atau “seperti sabda Rasulullah/Nabi Muhammad SAW yang bermaksud.”

b. Bagi membuat catatan ayat al-Quran yang dipetik, rujukannya hendaklah dituliskan seperti ini: (al-Baqarah: 88), dituliskan selepas teks maksud ayat al-Quran tersebut dengan menggunakan saiz font 1/2 poin lebih kecil daripada teks dengan huruf tegak seperti contoh berikut:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mempunyai mata yang tidak (mahu) melihat dengannya (ajaran-ajaran dan nasihat), mereka mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai (al-A’raf: 179).

c. Setiap hadis yang dipetik perlu disertakan rujukannya.

PPM Buku dn Jurnal.indd 20 16/12/2016 14:34:33

Buku / 21

Huruf Condong

35. oleh sebab huruf condong/italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah, pengarang hendaklah menggunakannya berhati-hati. Huruf condong digunakan antara lain untuk:

a. Judul buku;b. Judul jurnal;c. Perkataan asing (jika kata itu asing bagi pembaca);d. Istilah khas dalam sesuatu tulisan;e. Istilah teknik, terutama yang diberikan definisinya;f. Genus dan spesies;g. Kes undang-undang;h. Nama kapal;i. Arahan pentas;j. Teorem;k. Judul filem;l. Karya muzik;m. Drama;n. Puisi;o. Sic;p. Perkataan yang dibincangkan;q. Kajian etnik (seluruh perkataan itu dicondongkan, pada pertama

kali dikemukakan dalam sesebuah karya).

Walau bagaimanapun, kata asing yang biasa digunakan seperti in situ, a priori, dan, ibid, et al., ea, passim, tidak perlu dihuruf condong.

Nombor dan Angka

36. Nombor yang kerap digunakan dalam penomboran adalah nombor Roman dan Arab, maka penggunaannya haruslah disesuaikan seperti berikut:

a. Angka digunakan bersama-sama unit ukuran, misalnya 3 cm, 4 kg, 200 s dsb.

PPM Buku dn Jurnal.indd 21 16/12/2016 14:34:33

22 / Panduan Penyediaan Manuskrip

b. Peratus biasanya dieja dengan lengkap, misalnya 15 peratus, tetapi tulis larutan 15%. Jika perkataan peratus itu sering digunakan, tulis %.

c. Pada umumnya, nombor kurang daripada 10 hendaklah dieja kecuali bersama-sama nombor lain, misalnya 5, 90, 102 dan 1032. Elakkan penggunaan angka pada awalan ayat.

d. Sifar hendaklah disertakan untuk nombor perpuluhan, misalnya 0.1, bukan .1.

e. Nombor hingga empat digit, iaitu 999 ditulis rapat tanpa koma atau ruang. Nombor lebih daripada empat digit ditulis dengan ruang, misalnya 10 000; 1 000 000; 10 000 000. Begitu juga untuk titik perpuluhan, 0.0001; 0.000 01.

f. Julat nombor ditulis dalam bentuk 92-4; 231-3; 1027-32, tetapi untuk nombor belasan ditulis dalam bentuk 11-18; 213-17.

g. Tarikh ditulis tanpa koma, misalnya 10 Januari 1986.h. Tahun Masihi dan Sebelum ditulis dalam bentuk TM 1986 (tetapi

abad pertama TM) dan 100 SM.i. Julat tahun ditulis dalam bentuk 1820-1910; 1926-8; 1711-18.j. Gunakan solidus ( / ) dan bukan sempang untuk tempoh waktu

dua belas bulan, misalnya 1974/5, 1979/80.k. Nombor perpuluhan seperti 4.1 hendaklah dibezakan daripada

hasil darab titik seperti 4.1 = 4 × 1.

Penulisan Nama dalam Teks

37. Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama Melayu, Arab, Cina dan orang Barat. Contoh penulisan nama yang betul adalah seperti berikut:

a. Nama Melayu

A. Samad Said bukan Said, A. Samad Shahnon Ahmad bukan Ahmad, Shahnon

PPM Buku dn Jurnal.indd 22 16/12/2016 14:34:33

Buku / 23

b. Nama Arab

Abu al-Barakat Hibat Allah ibn ‘Ali bukan Hibat Allah ibn ‘Ali, Abu al-Barakat

c. Nama Cina

Koh Aik Khoon bukan Aik Khoon, Koh

d. Nama Barat

John f. Kennedy bukannya Kennedy J. f

Singkatan

38. Jika terdapat banyak singkatan (terutamanya untuk kamus) sediakan senarai singkatan dalam halaman awalan.

a. Gunakan singkatan SI dalam bentuk singular, misalnya cm (bukan sm tetapi dieja sentimeter), 3 mm (bukan 3 mms).

b. Singkatan bagi unit tidak diberikan tanda noktah kecuali pada hujung ayat.

c. Jika terdapat keraguan seperti l untuk liter, tuliskan dengan lengkap misalnya 3 liter (bukan 3 l). Gunakan L untuk liter, contoh 3 L.

d. Dalam jadual dan graf, gunakan singkatan nama bulan, misalnya Jan., feb., dan sebagainya.

e. Singkatan untuk nama orang diberikan ruang, misalnya A. H. Henry, bukan A.H.Henry.

f. Singkatan semua huruf besar tidak diberikan titik, misalnya fELDA, UKM, MAPIM dan sebagainya. Setiap singkatan perlu dinyatakan dengan penuh, contoh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

PPM Buku dn Jurnal.indd 23 16/12/2016 14:34:33

24 / Panduan Penyediaan Manuskrip

Senarai Singkatan Bukan Nama Khas

bib. bibliografi bil. Bilangandgn. dengandll. dan lain-lain dlm. dalamdr. daridrp. daripadadsb. dan sebagainya dst. dan seterusnya ed. editorhlm. Halamanilus. ilustrasi ist. istilah jil. jilidjln. jalankg. kampung lamp. lampiran mjl. majalah mss. manuskrip pd. padaper. perkararuj. rujuk, rujukan sbg. sebagaisg. sungaisk. salinan kepada skt. singkatan sunt. suntinganspt. sepertit.th. tanpa tarikh thn. tahuntsb. tersebuttt. tanda tangan terj. terjemahan utk. untukyg. yang

PPM Buku dn Jurnal.indd 24 16/12/2016 14:34:33

Buku / 25

Senarai Simbol

Huruf Roman Condong

A luasB ketumpatan fluks magnetC haba muatan, kapasitans, pemalar Curie c haba spesifik; halaju cahaya dalam vakumD pemalar resapan anjakanE keamatan medan elektrike cas elektronF daya, tenaga bebas faradayf frekuensiG fungsi Gibbs g pecutan gravitiH entalpih pemalar PlanckI arus elektrikj ketumpatan arus elektrikK kekonduksian habak pemalar Boltzmann, pemalar rambatan gelombang elektromagnet, pekali mampatan isi padu Lw haba pendam pengwapanL haba pendam pelakuranll min jejak bebasM momen magnet per unit isi padum momen magnet, jisim, jisim elektron rehatmp jisim proton rehatNA nombor AvogadroNF pemalar faradayn indeks pembiasan, nombor integerP kuasa pengutupanp tekanan, momen, momen dua kutubQ kuantiti habaq cas elektrikR rintangan elektrik, pemalar gas universal

PPM Buku dn Jurnal.indd 25 16/12/2016 14:34:34

26 / Panduan Penyediaan Manuskrip

r jejariS entropi T suhu (K), kalaant masaU tenaga dalamu halaju linear, halaju kumpulanuD halaju hanyutV isi paduv isi padu per mol, halaju fasa, halaju zarahW kerja, tenaga kerjaZ cas nuklear

Huruf Yunani

α keterkutupanβ faktor Boltzmann, pekali pengembangan isi paduε daya gerak elektrik (DGE)ε ketelusan mutlakεr ketelusan nisbiε0 ketelusan ruang bebas (dalam vakum)φ fungsi kerjaγ tegangan permukaan, kadar haba spesifikasi utamaγ panjang gelombangμ kelincahan, ketelapanμ0 ketelapan ruang bebas (dalam vakum)μB magnetan BohrμN magnetan nuklearη pekali kelikatan, kecekapanπ pekali Peltierρ ketumpatanφ fungsi gelombangσ pekali Thomson, keratan rentas perlanggaran molekul, cas permukaan, pemalar Stefan-BoltzmannΩ ruang fasa, berat tatacara sistem dalam himpunanθ suhuθD suhu Debye

PPM Buku dn Jurnal.indd 26 16/12/2016 14:34:34

Buku / 27

τ masa santaiω frekuensi sudutχ kerentanan magnet

Rujukan Silang

39. Rujukan dalam teks kepada ilustrasi dan jadual hendaklah menggunakan bilangan ilustrasi atau bilangan jadual, manakala rujukan silang kepada halaman-halaman (sebaik-baiknya dielakkan) jika perlu taip halaman xxx atau halaman xxx-xx.

Sistem Pengarang-Tarikh/Author-Date-System

40. Penerbit UKM memerlukan pengarang menggunakan sistem pengarang-tarikh dalam menyediakan dokumentasi sumber. Bentuk asas dalam sistem pengarang tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbitan tanpa tanda baca apabila digunakan dalam teks. Sistem ini memungkinkan penggunaan rujukan dalam teks yang menyatakan nama pengarang dan tarikh terbitan dalam sesuatu ayat. Maklumat sumber sepenuhnya disenaraikan pada hujung manuskrip atau buku dan ditulis sebagai rujukan. Ini memudahkan atur huruf kerana kaedah ini ringkas, menjimatkan kos dan memendekkan tempoh penerbitan tanpa menjejaskan mutu ilmiah.

a. Rujukan dalam Sistem Pengarang-Tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbit tanpa tanda baca di antara nama dengan tarikh:

(Ismail 2015) atau Ismail (2015)

a. Halaman khusus, bahagian, persamaan, atau bahagian lain yang dipetik diletakkan selepas tarikh, dipisahkan dengan tanda koma. Titik bertindih boleh juga digunakan antara tarikh dan halaman:

(Wan Hashim 1997, 47) (Kamal 2007: 395-400)

PPM Buku dn Jurnal.indd 27 16/12/2016 14:34:34

28 / Panduan Penyediaan Manuskrip

(Martin 2009 , 47, 115-138) (Johnson 1979, bhg 24)

● Untuk menyatakan jilid dan halaman rujukan pengarang tunggal, tanda koma dan titik bertindih (:) digunakan:

(Milner 2003, 2: 24) (Mahayuddin 1987, 3: 6; 1989, 5: 1394-99)

● Rujuk kepada jilid sahaja:

(Hugo 2009, jilid 47)

● Rujukan berbilang pengarang, gunakan hanya dua atau tiga pengarang. Perkataan ‘dan’ boleh digantikan dengan ampersand (&):

(Chua Hun Pin & Aminah 2013) (Md. Nor & ong 1993) (Idris Aman, Mohamad & Norsimah 2015)

● Rujukan lebih daripada tiga pengarang, gunakan nama yang pertama disusuli dengan et al.:

(Mazlan et al. 2013)

● Untuk sebuah buku atau risalah yang tidak menggunakan nama pengarang yang diterbitkan atau dibiayai persatuan, agensi kerajaan atau kumpulan:

(Kementerian Pengajian Tinggi 2012) (INTAN 1994)

● Untuk menyatakan dua atau lebih rujukan sekali gus, dipisahkan dengan tanda titik berkoma (;):

(Jacobsen 2015; Jacobsen & Zhang 2014; Ravichandran 2013).

● Jika menggunakan beberapa sumber rujukan daripada pengarang yang sama, gunakan tarikh yang dipisahkan dengan tanda koma; jika nombor halaman diberi, rujukan dipisahkan oleh tanda titik berkoma dan nama diulangi:

PPM Buku dn Jurnal.indd 28 16/12/2016 14:34:34

Buku / 29

(Rosseni 2014a, 2014b) (Dahlan 1997a, 20; Dahlan 1983, 12)

Rujukan dengan pengarang tunggal ditulis nama dan tahun, contoh: (Azah 2009) atau Azah (2009). Untuk rujukan dengan dua pengarang ditulis nama kedua-dua pengarang dan tahun, contoh: (Nor Shafrin & Rohany 2013) atau Nor Shafrin & Rohany (2013). Untuk rujukan dengan tiga atau lebih pengarang ditulis nama pengarang pertama sahaja, contoh: (Halim et al. 2012) atau Halim et al. (2012). Pada senarai rujukan perlu dinyatakan nama semua pengarang.

Catatan/Nota

41. Apabila membuat catatan, undang-undang hak cipta menghendaki seseorang pengarang mengenal pasti sumber yang dicatat terutama apabila mencatat in toto. oleh itu, apabila mencatatkan sesuatu sumber hendaklah dibuat dengan teratur. Terdapat empat cara membuat catatan sumber:

a. Sistem pengarang-tarikh (nama pengarang dan tahun), satu bentuk rujukan dalam teks yang menyebut nama pengarang dan tarikh penerbitan karya tersebut manakala senarai karya tersebut diletakkan pada bahagian rujukan.

b. Catatan kaki/Nota kaki tidak dibenarkan. Ia merupakan satu cara tradisi, iaitu meletak catatan pada bahagian bawah pada setiap halaman. Catatan teks yang dimasukkan dalam catatan kaki terutamanya catatan yang agak panjang boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada teks. Catatan sumber bolehlah dimasukkan dengan menggunakan sistem pengarang-tarikh. Jikalau pengarang masih mengadakan catatan teks, eloklah catatan itu diletak pada bahagian hujung bab atau sesuatu rencana atau pada bahagian akhir buku.

c. Catatan hujung diletakkan pada bahagian hujung bab atau sesebuah makalah.

d. Catatan tidak bernombor biasanya menggunakan sesuatu lambang yang diletakkan sama ada pada bahagian bawah sesuatu

PPM Buku dn Jurnal.indd 29 16/12/2016 14:34:34

30 / Panduan Penyediaan Manuskrip

halaman atau di bahagian hujung buku. Elakkan penggunaan catatan tidak bernombor ini.

Senarai Rujukan

42. Maklumat berikut mestilah dinyatakan apabila menyenaraikan sebuah buku untuk senarai rujukan.

a. Nama pengarang atau pengarang-pengarang, penyunting atau institusi yang bertanggungjawab dalam penerbitan bahan tersebut. Atur senarai pengarang mengikut abjad.

b. Tahun terbitan.c. Judul penuh buku itu, termasuk judul kecil jika ada (italic).d. Judul siri, jika ada, dan jilid atau nombor siri.e. Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid daripada bahan

yang diterbitkan dalam beberapa jilid.f. Edisi, jika bukan edisi asal/pertama.g. Bandar/tempat terbitan.h. Nama penerbit.

Pengarang Tunggal:

Azah Aziz. 2009. Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Mawar Safei. 2014. Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen. Bangi: Penerbit UKM.

Rokiah Talib. 2014. Sharifah Hapsah: Inspiring Futures. Bangi: UKM Press.

Pengarang Bersama:

Perkataan ‘dan’ digantikan dengan simbol ampersand (&) jika pengarangnya lebih daripada seorang.

Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Salleh & Abd. Ghapa Harun. 2012. A Biography of Tun Abdul Razak: Statesman and Patriot. Bangi: UKM Press.

PPM Buku dn Jurnal.indd 30 16/12/2016 14:34:34

Buku / 31

Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir. 2013. Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi. Bangi: Penerbit UKM.

Sanep Ahmad & Salmy Edawati Yaacob. 2015. Dinar Emas: Sejarah dan Aplikasi Semasa. Bangi: Penerbit UKM.

Penyunting (penyt.) atau Terjemahan (terj.):

Nazri Muslim & Abdul Latif Samian (sunt.). 2016. Teknologi di Alam Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Nik Ahmad Zuky Nik Lah, Nor Azlin Ismail & Muhammad Abdul Jamil, eds. 2014. Essential Obstetric Ultrasound. Bangi: Penerbit UKM.

ogilvy, D. 1965. The Creative Chef in the Creative Organization, edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago.

Escalante-Gonzalbo, P., Garcia-Martimez, B., Luis Jauregui, Josefina Zoraida, Elisa Speckman, Javier Garciadiego & Aboites-Aguilar, L. 2013. Intisari Sejarah Mexico Baharu. Terj. Zarina othman, Nik Mohammad Hasif Mat, Intan Safinaz Zainudin, Rozmel Abd. Latif, Taufik Rassid & Azizah Ya’acob. Bangi: Penerbit UKM.

Organisasi/Institusi:

Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 1991. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

World Bank. 1993. The East Asian Miracle: Economic Growth and Public Policy. New York: oxford University Press.

Majalah dan Surat khabar:

Suraiya Ishak. 2011. Peniaga beretika: Teras kesejahteraan masyarakat. Dewan Ekonomi, Mei, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kamal Maslih. 2015. UKM harapan bangsa merdeka. Utusan Malaysia, 24 Mei.

Bahagian Buku:

Rahimah Abdul Aziz. 2015. Penuaan dan Hubungan Intergenerasi dalam Keluarga. Dlm. Institusi Keluarga di Malaysia: Peranan dan Kualiti, disunting oleh Rika fatimah & Abdul Aziz Jemain. Bangi: Penerbit UKM.

PPM Buku dn Jurnal.indd 31 16/12/2016 14:34:34

32 / Panduan Penyediaan Manuskrip

Thang Siew Ming. 2012. A Critical View of Malaysian ESL Undergraduates’ Readiness for Autonomy and Its Implication for Malaysian Education Curriculum. In Language and Literacy in Multilingual Contexts, edited by Koo Yew Lie & Hazita Azman. Bangi: UKM Press.

Edisi:

fariza Md. Sham, Siti Rugayah Tibek & othman Talib (sunt.) 2013. Dakwah dan Kaunseling di Malaysia. Edisi Kedua. Bangi: Penerbit UKM.

Ahmad Sunawari Long. 2015. Sejarah Falsafah. Edisi Kedua. Bangi: Penerbit UKM.

Kertas Kerja/Pascasidang:

Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. Dlm. Kesatuan dalam Kepelbagaian Penyelidikan Biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah Abdullah, Mohd. Khan Ayub dan S. fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM.

Kertas Kerja dibentang dalam Persidangan/Simposium:

Junaidy Abu Bakar. 2004. Kemalangan industri di Malaysia: Suatu penelitian struktural. Kertas kerja dibentangkan di International Conference of Social Science (ICOSH), 14-16 Disember, UKM Bangi.

Tesis/Disertasi:

Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. (Tesis ijazah Doktor falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor)

Abdul Samad Hadi. 1981. Population mobility in Negeri Sembilan, Peninsular Malaysia. (Ph.D. diss., flinders University of South Australia)

PPM Buku dn Jurnal.indd 32 16/12/2016 14:34:34

Buku / 33

43. Untuk jurnal atau terbitan berkala, maklumat yang dimasukkan adalah seperti berikut:

a. Nama pengarang;b. Tahun;c. Judul makalah;d. Judul jurnal/terbitan berkala (italic);e. Jilid/bilangan keluaran;f. Halaman mula dan akhir makalah.

Berikut contoh pelbagai entri rujukan jurnal dan terbitan berkala yang digunakan oleh Penerbit UKM. Perhatikan tanda baca dan penulisan huruf besar.

Norashidah Hashim, Norasmah othman & Noraishah Buang. 2015. Konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan kajian kes usahawan IKS di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 187-203.

Rozidawati Awang, Siti Nor Haslinda Mohd Daud, Chi Chin Yap, Mohammad Hafizuddin Haji Jumali & Zalita Zainuddin. 2013. Struktur dan sifat optik filem nipis nanozarah ZnO terdop Ga. Sains Malaysiana 42(11): 1663-1670.

Lida Nikmanesh, Abu Hassan Shaari Md Nor, Tamat Sarmidi & Hadawati Junor. 2014. Causal relationship between the volatility of stock market and selected macroeconomic variables: case of Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(1): 143-154.

Rujukan dari Laman Web:

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2010. Lensa Kampus, Informasi foto Universiti Kebangsaan Malaysia. http://www.UKM.my/jurufoto/. (akses pada 13 Julai 2015.)

Bank Negara Malaysia. Banking info: E-Transaction and you. http://www.bankinginfo.com.my/system/media/downloadables/internet_banking.pdf (accessed 26 June 2011).

PPM Buku dn Jurnal.indd 33 16/12/2016 14:34:34

34 / Panduan Penyediaan Manuskrip

Temu bual:Noor Azlan Ghazali. 2015. Temu duga oleh pengarang. Alat rakaman.

Bangi. 11 Julai 2015.

Indeks

44. Buku ilmiah sepatutnya mempunyai indeks. Tugas menyediakan indeks adalah tanggungjawab pengarang kerana pengarang lebih mengetahui kata masukan/entri penting berkenaan isi buku yang ditulis. Kata masukan yang menjadi tajuk dan subkata masukan/subentri hendaklah disenaraikan menurut urutan abjad. Penunjuk boleh berupa nombor bahagian, nombor bab, nombor perenggan atau nombor halaman. Penunjuk halaman adalah cara yang paling biasa digunakan. Ilustrasi yang penting boleh juga diindeks. Entri indeks ditandakan dalam pruf halaman secara manual atau menggunakan perisian komputer.

Hak Cipta

45. Pengarang perlu memastikan karya adalah karya asli yang tidak melanggar sebarang undang-undang hak cipta. Pengarang bertanggungjawab mendapatkan kebenaran hak cipta daripada pemilik (penerbit dan pengarang) asal bahan yang digunakan. Salinan surat/ dokumen kebenaran perlu disertakan apabila menyerahkan manuskrip kepada Penerbit UKM.

46. Pengarang juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap kandungan bahan yang diterbitkan berdasarkan Akta Hak Cipta 1987 mengikut Konvensyen Berne.

47. Untuk terjemahan buku, urusan mendapatkan kebenaran daripada penerbit asal diuruskan oleh Penerbit UKM.

Menyemak Pruf

48. Pengarang perlu menyemak dan membaca pruf. Pengarang mestilah:

PPM Buku dn Jurnal.indd 34 16/12/2016 14:34:34

Buku / 35

a. Membaca dan menyemak dengan teliti teks buku dan dalam tempoh yang ditetapkan;

b. Penyuntingan pruf tidak dibenarkan pada tahap ini;c. Apabila menyemak pruf kedua dan ketiga, pengarang hanya

perlu menyemak pembetulan berdasarkan pembetulan pruf sebelumnya;

d. Menambah atau meminda sesuatu perkataan atau ayat baharu tidak dibenarkan pada tahap ini;

e. Mencatat segala pembetulan pruf pada salinan pruf, bukan pada kertas lain atau lampiran.

Aspek Penulisan dan Pengeluaran Terbitan

49. Gaya penulisan dan kandungan sesebuah karya merupakan hak dan tanggungjawab pengarang. Dalam pada itu, pengarang hendaklah terbuka menerima pandangan Penerbit UKM dalam perkara:

a. gaya tulisan dan penyediaan manuskrip;b. dalam aspek pengeluaran, pengarang hendaklah mematuhi gaya

dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Penerbit UKM;c. aspek penyuntingan naskhah, termasuk penyuntingan substantif

(isi), reka bentuk kulit, termasuk warna, jenis kertas, tipografi, reka letak halaman, penyuntingan, ilustrasi dan jadual.

50. Penerbit UKM memberi kata putus mengenai semua aspek penerbitan sesebuah buku/makalah termasuklah reka bentuk kulit, saiz buku, jenis kertas yang digunakan dan lain-lain.

Royalti

51. Kadar pengiraan royalti adalah seperti berikut:

a. karya asli Bahasa Melayu 15%;b. karya asli Bahasa Inggeris 10%;c. karya suntingan 5%.

PPM Buku dn Jurnal.indd 35 16/12/2016 14:34:34

36 / Panduan Penyediaan Manuskrip

52. Royalti bagi Syarahan Perdana Profesor hanya diberikan untuk cetakan kedua dan seterusnya.

53. Pengarang perlu mengisi borang tuntutan royalti buku. Sebarang perubahan alamat surat-menyurat dan alamat e-mel perlu dimaklumkan kepada Penerbit UKM.

54. Royalti untuk buku elektronik (e-book) bergantung kepada jumlah jualan dengan kadar yang sama seperti buku cetakan.

55. Makalah yang diterbitkan dalam jurnal tidak diberikan sebarang royalti.

56. Penyumbang bab dalam buku akan diberikan senaskhah buku yang diterbitkan. Royalti tidak diberikan kepada penyumbang bab dalam buku.

57. Sepuluh naskhah percuma diberi bagi setiap tajuk buku yang diterbitkan.

58. Pengarang perlu memberi nama, nombor kad pengenalan, nombor akaun dan nama bank, nombor pekerja (warga UKM), e-mel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat untuk tujuan bayaran.

59. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang pengarang, kadar royalti akan dibahagikan sama rata. Walau bagaimanapun, jika berlaku perubahan pembahagian royalti, maka pengarang perlu mengemukakan surat persetujuan bersama.

60. Bagi pengarang yang telah meninggal dunia, waris yang layak perlu menyertakan surat perakuan.

61. Pengarang boleh membeli buku yang dikarang dengan potongan harga 25% daripada harga asal.

62. Kadar pembayaran royalti/kadar menterjemah adalah berdasarkan persetujuan di antara Penerbit UKM dengan pengarang.

PPM Buku dn Jurnal.indd 36 16/12/2016 14:34:34

Panduan Penyediaan Manuskrip

Jurnal

PPM Buku dn Jurnal.indd 37 16/12/2016 14:34:34

PPM Buku dn Jurnal.indd 38 16/12/2016 14:34:34

Buku / 39

Peranan Jurnal

Jurnal adalah penting dalam menyebarkan hasil penyelidikan terkini dengan efektif dan meluas. Bentuk penulisan untuk jurnal termasuklah artikel penyelidikan asli, ulasan literatur, komunikasi, surat kepada editor, laporan kes, nota penyelidikan dan lain-lain. Jurnal juga menerbitkan kertas daripada persidangan dan edisi khas. Para penyelidik dan sarjana saling bertukar idea dan maklumat melalui penerbitan dalam jurnal. Penulisan dalam jurnal penting sebagai rekod yang berterusan dan mudah diperoleh. Penulisan dalam jurnal penting sebagai proses perkembangan ilmiah dan amat bernilai bagi menyimpan rekod ilmu.

Jurnal berfungsi untuk menerbitkan hasil penyelidikan terkini dan semua manuskrip diwasit sebelum diterbitkan. Ini bermakna tidak semua manuskrip yang diserahkan kepada jurnal akan diterbitkan. Hanya hasil kajian dan tahap penulisan yang tinggi sahaja yang diterbitkan dalam jurnal. Ciri-ciri makalah dalam jurnal adalah seperti berikut:

a. Makalah mesti melaporkan sesuatu yang khusus, pengetahuan terkini, tepat dan menyumbang pada kemajuan dalam sesuatu bidang ilmu. oleh itu, manuskrip mesti melaporkan sesuatu yang baharu dan asli. Ini bermakna bahan tersebut belum pernah diterbitkan sebelumnya.

b. Penulisan dalam jurnal mestilah disokong dengan hujahan, tafsiran dan bukan berbentuk spekulasi.

c. Makalah mestilah seragam dalam konteks skop tulisan, mahupun bidang pengetahuan yang dirangkuminya.

d. Penyelidikan yang dilaporkan boleh diulang oleh penyelidik lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut.

e. Makalah mestilah mengandungi rujukan kerja-kerja terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan tersebut.

f. Makalah mestilah diterbitkan dalam jurnal sebagai sebahagian daripada penulisan terbuka yang boleh diperoleh oleh penyelidik lain.

Jurnal / 39

PPM Buku dn Jurnal.indd 39 16/12/2016 14:34:34

40 / Panduan Penyediaan Manuskrip

Jurnal berimpak Tinggi

Jurnal berimpak tinggi bermaksud jurnal yang mempunyai petikan yang lebih tinggi relatif berbanding jurnal lain dalam bidang yang sama. Jurnal berimpak tinggi juga menerbitkan makalah yang bermanfaat dan memberi kesan positif kepada masyarakat. Menulis manuskrip untuk jurnal berimpak tinggi boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan jika menggunakan teknik yang betul dan terbukti. Penulisan manuskrip untuk jurnal dan lain-lain penerbitan memerlukan disiplin yang tinggi. Ada pengarang yang mendapati proses menulis manuskrip adalah sukar dan membosankan. Sebenarnya penulisan ilmiah tidaklah sukar seperti yang disangka (Roslan 2015).

Manuskrip untuk jurnal mesti jelas, tepat dan ringkas. Penyelidikan perlu dijalankan dengan strategi yang jelas; difikirkan secara sistematik dan mendalam untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dikaji. Ini diikuti dengan penulisan yang jelas; iaitu masalah yang dikaji diselesaikan dengan baik dan hasil yang diperoleh ditulis dengan sempurna (Day & Gastell 2011).

Ciri-ciri Jurnal

1. Umum atau khusus;2. Antarabangsa, kebangsaan atau mengkhusus kepada sesuatu skop

atau bidang;3. Diterbitkan oleh persatuan ilmuan, universiti, organisasi yang tidak

membuat untung, institusi penyelidikan atau penerbit swasta;4. Diterbitkan secara berkala seperti setiap minggu, setiap bulan atau

secara tahunan tetapi tidak kurang sekali setahun;5. Mempunyai sidang editor yang terdiri daripada pakar bidang yang

dapat menyumbang pengetahuan dan menjaga kualiti jurnal;6. Menggunakan pewasit untuk menilai setiap manuskrip sebelum

diterbitkan.7. Sesebuah jurnal boleh menerbitkan bahan seperti berikut:

a. Makalah penyelidikan asli;b. Makalah ulasan literatur;

PPM Buku dn Jurnal.indd 40 16/12/2016 14:34:34

Buku / 41

c. Komunikasi pantas/pendek;d. Laporan kes;e. Nota teknikal/penyelidikan;f. Surat kepada editor;g. Erratum;h. Korigendum;i. Ulasan ringkas ke atas makalah yang telah diterbitkan;j. Editorial;k. Ulasan buku.

Bentuk Makalah Ilmiah

8. Makalah dalam suatu jurnal dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

a. Tajuk;b. Nama pengarang;c. Abstrak;d. Kata kunci;e. Teks Pendahuluan; Bahan dan Kaedah; Hasil; Perbincangan; Kesimpulan; Penghargaan; Senarai rujukan.f. Senarai Jadual dan Rajah;g. Jadual – setiap jadual dalam halaman berasingan;h. Rajah – setiap rajah dalam halaman berasingan;i. Lampiran (sekiranya ada);j. Alamat lengkap penyumbang.

Jurnal / 41

PPM Buku dn Jurnal.indd 41 16/12/2016 14:34:34

42 / Panduan Penyediaan Manuskrip

Tajuk yang Baik

9. Tajuk makalah adalah penting kerana bahan tersebut yang pertama dilihat atau dibaca. Tajuk yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Menarik perhatian pembaca;b. Ringkas, jelas dan penuh dengan maklumat;c. Menerangkan kandungan dan bidang makalah dengan tepat;d. Tidak menggunakan singkatan, akronim, kata kerja, rumus atau

jargon;e. Menggunakan perkataan yang mudah difahami;f. Mengandungi kata kunci atau kemudahan sistem carian

maklumat;g. Menggunakan perkataan yang tepat, lengkap, spesifik dan tidak

mengelirukan;h. Memaparkan isu penting sesuatu makalah.

10. Pengarang dan editor perlu memastikan tajuk manuskrip tidak bermula dengan frasa seperti berikut:

a. “Beberapa nota penting…”b. “Penilaian tentang…”c. “Mengambil perhatian tentang…”d. “Satu kajian kes…”

Kepengarangan (Authorship)

11. Adakalanya pengarang bercanggah mengenai nama siapa harus diterapkan sebagai pengarang sebuah makalah dan senarai urutan nama-nama tersebut. Panduan hak pengarang dalam sesuatu makalah dari segi etika, amalan dan hak intelektual adalah seperti berikut:

a. Hanya individu yang memberi sumbangan bermakna dalam merancang dan melaksanakan penyelidikan dianggap sebagai pengarang. Sumbangan bermakna bermaksud mereka terlibat dalam merancang penyelidikan, menganalisis, menginterpretasi data atau kedua-duanya dan merangka makalah. Seseorang

PPM Buku dn Jurnal.indd 42 16/12/2016 14:34:34

Buku / 43

yang hanya memberi nasihat atau membantu mengumpul data tidak dianggap sebagai pengarang, tetapi boleh dimasukkan dalam bahagian penghargaan. Seseorang boleh juga dianggap sebagai pengarang jika beliau membantu mendraf manuskrip atau menambah baik bahagian penting manuskrip tersebut.

b. Juruteknik atau individu lain yang turut membantu boleh disebutkan dalam penghargaan dan tidak dianggap pengarang, kecuali mereka memberi sumbangan idea yang bermakna. Seseorang juruteknik yang hanya menurut arahan tidak dianggap sebagai pengarang, sebaliknya seseorang juruteknik yang memberi saranan penting yang dapat menyelesaikan masalah, boleh dimasukkan sebagai pengarang bersama. Pengumpulan data sahaja tidak melayakkan seseorang itu dianggap pengarang.

c. Semua pengarang bersama harus memberi pengesahan terakhir terhadap versi yang hendak diterbitkan. Editor memerlukan pengesahan ini. Kadang kala seseorang pengarang terlalu ingin melihat makalah diterbitkan lalu terus menghantar manuskrip tanpa merujuk kepada pengarang bersama. Ini mungkin menimbulkan masalah jika makalah itu sudah dicetak.

d. Pengarang koresponden lazimnya dianggap sebagai pengarang utama dan memberi idea asal kepada penyelidikan itu serta mengetuai kajian tersebut. Pengarang lain disenaraikan mengikut kepentingan sumbangan mereka kepada penyelidikan tersebut.

e. Susunan nama perlu mendapat persetujuan semua pengarang.f. Seseorang pengarang digalakkan menggunakan nama yang sama

untuk semua penerbitan bagi mengelakkan kekeliruan.g. Alamat penuh tempat pengarang bekerja dinyatakan dalam surat

iringan makalah dan pada bahagian akhir makalah selepas senarai rujukan.

Abstrak

12. Sesebuah abstrak melaporkan kandungan ringkas makalah – lazimnya antara 150-250 perkataan. Abstrak mestilah lengkap dan boleh berdiri sendiri. Abstrak tidak boleh merujuk kepada jadual atau

Jurnal / 43

PPM Buku dn Jurnal.indd 43 16/12/2016 14:34:34

44 / Panduan Penyediaan Manuskrip

rajah. Abstrak juga tidak boleh ditulis menggunakan singkatan atau akronim kecuali seragam atau diberi penerangan. Rujukan tidak boleh dimasukan dalam abstrak. Semua maklumat atau kesimpulan yang ditulis dalam abstrak mesti terkandung dalam makalah. Abstrak tidak boleh mempunyai kenyataan yang terlalu umum.

13. Abstrak mestilah mengandungi empat bahagian utama iaitu:

a. Tujuan dan tumpuan kajian: mengapa kajian dijalankan;b. Bahan dan Kaedah: bagaimana kajian dijalankan;c. Penemuan (hasil utama);d. Kesimpulan yang penting dan utama.

14. Perkara tersebut mestilah dirangkumkan dalam beberapa ayat yang mudah. Abstrak yang diterangkan tersebut adalah lazim bagi jurnal primer. Adakalanya abstrak yang deskripif lebih sesuai. Jenis ini biasanya dipaparkan dalam bentuk senarai kandungan yang mudah. Senarai ini mengandungi perkara yang disentuh dalam sesebuah makalah tetapi maklumat tidak cukup untuk berdiri sendiri. Sebuah makalah ulasan boleh menggunakan abstrak deskriptif. Abstrak ini disimpulkan dengan kata kunci yang menggambarkan fokus makalah itu. Bahan ini akan dimasukkan ke dalam sistem perolehan maklumat supaya mudah dicapai pembaca. Abstrak mestilah tepat dan terperinci.

Kata Kunci

15. Kata kunci terdiri daripada perkataan yang penting bagi sesuatu artikel dan selalunya tidak terdapat dalam tajuk. Ia digunakan oleh pihak jurnal untuk mengklasifikasi dan mengatur kandungan jurnal. Kata kunci juga digunakan untuk enjin carian. oleh sebab itu, kata kunci yang tepat akan membolehkan sesuatu artikel itu ditemui oleh penyelidik lain. Kata kunci tidak semestinya daripada satu perkataan sahaja. Ia boleh mempunyai lebih daripada satu perkataan.

PPM Buku dn Jurnal.indd 44 16/12/2016 14:34:34

Buku / 45

Teks

Pengenalan

16. Pengenalan untuk makalah jurnal sepatutnya ringkas berbanding pengenalan lebih panjang dalam buku atau prosiding. Pengenalan penting bagi menerangkan:

a. Kenapa pembaca boleh tertarik pada makalah itu?b. Kenapa penyelidik menjalankan kajian tersebut?c. Latar belakang supaya pembaca memahami kepentingan

makalah

17. Pengenalan yang baik:

a. Menerangkan kedudukan dan sejauh mana kajian dijalankan;b. Mengaitkan penyelidikan itu dengan penyelidikan sebelumnya

– tinjauan ringkas penyelidikan sebelum ini berkaitan masalah yang dikaji;

c. Menerangkan tujuan dan kaedah penyelidikan – termasuk sebab dan mengapa sesuatu kaedah itu dipilih;

d. Menerangkan istilah atau singkatan tertentu yang terdapat di dalam teks;

e. Bagi jurnal yang terfokus, pengarang tidak perlu menerangkan pentingnya penyelidikan itu kerana pembaca telahpun mengenal pasti kepentingannya;

f. objektif dan hipotesis perlu dinyatakan dengan jelas;g. Pengenalan biasanya tidak lebih daripada dua halaman bertaip

selang dua baris;h. Menyatakan hasil penting penyelidikan.

Bahan dan Kaedah

18. Bahagian ini menyediakan maklumat yang membolehkan penyelidik lain menilai penyelidikan itu atau dapat mengulangi penyelidikan tersebut dengan hasil yang sama. Bahagian ini sebaiknya mengandungi:

Jurnal / 45

PPM Buku dn Jurnal.indd 45 16/12/2016 14:34:34

46 / Panduan Penyediaan Manuskrip

a. Reka bentuk uji kaji;b. Jika tumbuhan atau haiwan dikaji, beri penerangan yang tepat

(genus, spesies, kultivar, jalur dan lain-lain);c. Bahan yang digunakan, dengan menyatakan spesifikasi teknikal

dan kuantiti serta sumbernya atau kaedah penyediaan nama-nama genetik atau nama kimia adalah lebih baik daripada nama dagangan yang mungkin tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa;

d. Andaian yang dibuat;e. Kaedah yang diikuti, lazimnya disusun secara kronologi dan

diterangkan dengan jelas dan terperinci. Kaedah yang piawai hendaklah dinyatakan dalam makalah. Ubah suai pada kaedah piawai hendaklah dinyatakan;

f. Kaedah yang baharu hendaklah diterangkan dengan terperinci. Kaedah mentafsir data dan mencari data hendaklah diterangkan;

g. Singkatan atau nama hendaklah jelas;h. Semua ukuran menggunakan unit piawai (contoh unit SI);i. Semua bahan kimia dinyatakan dengan tepat supaya penyelidik

yang lain akan dapat merujuk kepada bahan kimia yang sama apabila mengulang uji kajian yang sama;

j. Setiap langkah dinyatakan termasuk jumlah pengulangan;k. Semua teknik dijelaskan, sekurang-kurangnya dengan

menamakan teknik tersebut atau dinyatakan secara terperinci sekiranya pengarang telah mengubah suai teknik yang piawai atau meminda teknik yang baharu;

l. Penyelidikan yang dijalankan ke atas manusia atau haiwan perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika.

Hasil Kajian

19. Bahagian Hasil dan Perbincangan boleh ditulis secara berasingan atau bersama. Terdapat jurnal yang memerlukan kedua-duanya ditulis berasingan dan ada juga yang tidak memberikan sebarang panduan sama ada ditulis bersama atau diasingkan.

PPM Buku dn Jurnal.indd 46 16/12/2016 14:34:34

Buku / 47

20. Pengarang perlu mengenal pasti data dan hasil yang paling penting supaya tidak mengelirukan pembaca dengan data sampingan. Hasil adalah penting kerana jika pembaca berminat dengan penyelidikan yang dijalankan, mereka akan terus membaca bahagian ini.

21. Hasil kajian boleh dibentangkan dahulu diikuti dengan perbincangan secara teratur berdasarkan Bahan dan Kaedah. Setiap hasil mestilah mempunyai kaitan dengan Kaedah yang digunakan.

22. Pengarang perlu menentukan hasil mana yang akan dibentangkan dengan mengambil kira persoalan yang dibincangkan dalam Pendahuluan, iaitu sama ada hasil tersebut menyokong hipotesis yang diberikan atau tidak.

23. Cara yang paling mudah untuk menulis Hasil adalah dengan menyediakan rajah dan jadual terlebih dahulu dan kemudian mengatur rajah dan jadual tersebut secara logik dan sistematik. Satu ringkasan mengenai rajah dan jadual tadi dituliskan. Penggunaan jadual dan rajah hendaklah dirancang dengan teliti supaya urutannya menghasilkan jalan cerita yang jelas.

24. Rajah dan jadual digunakan bagi membantu pengarang memaparkan hasil dengan berkesan. Tulis nombor rajah dan jadual menurut urutan ia disebut dalam teks. Berikan tajuk bagi setiap rajah dan jadual. Senarai jadual dan rajah selalunya diberikan pada bahagian akhir selepas Rujukan.

25. Setiap rajah dan jadual mestilah lengkap dan boleh berdiri secara sendirian. Semua rajah dan jadual yang dimasukkan ke dalam manuskrip mesti disebut dalam teks sekurang-kurangnya sekali.

Perbincangan

26. Bahagian Perbincangan menerangkan hasil dan kesannya kepada kajian lanjutan. Ciri-ciri perbincangan yang baik adalah:

a. Tidak mengulang perkara yang telah dinyatakan dalam bahagian pengenalan atau dalam bahagian hasil kajian;

b. Mengaitkan hasil kajian dengan persoalan yang dinyatakan dalam bahagian pengenalan;

c. Memperlihatkan hubungan antara fakta yang dicerap semasa penyelidikan dijalankan;

Jurnal / 47

PPM Buku dn Jurnal.indd 47 16/12/2016 14:34:34

48 / Panduan Penyediaan Manuskrip

d. Menunjukkan bagaimana hasil kajian bertepatan atau tidak dengan hasil kajian yang telah diterbitkan sebelumnya;

e. Membincangkan implikasi kajian terhadap teori;f. Menyatakan kesimpulan dengan memberikan bukti-bukti kepada

setiap hasil kajian;g. Menyatakan kepentingan kajian;h. Mencadangkan penyelidikan lanjutan.

27. Bahagian perbincangan adalah bahagian paling sukar dalam penulisan sesebuah makalah serta merupakan bahagian yang memerlukan penyemakan rapi.

Kesimpulan

28. Dalam Kesimpulan, hasil kajian dibincang dalam konteks yang lebih luas dengan mengambil kira maklumat dalam Pendahuluan. Rujukan sepatutnya dielakkan dalam Kesimpulan.

29. Implikasi hasil kajian terhadap bidang penyelidikan dan saranan untuk kajian lanjutan yang spesifik diberikan dalam bahagian ini. Kesimpulan adalah bahagian yang selalu dibaca sepenuhnya oleh pembaca.

30. Kesimpulan ditulis dengan teliti bagi meyakinkan pewasit mengenai merit hasil kajian dan seterusnya menerima manuskrip untuk diterbitkan dalam jurnal.

31. Sekiranya kajian boleh dianalisis dari pelbagai sudut, gunakan Kesimpulan untuk memberikan pendapat yang logik daripada hasil kajian yang diperoleh.

32. Berikan maklumat yang mencukupi untuk menguatkan hujah tetapi tidak terlalu terperinci. Terdapat juga kajian yang hasilnya tidak dapat memberikan jawapan yang jelas terhadap objektif, soalan atau hipotesis yang dinyatakan dalam Pendahuluan.

33. Pengarang boleh menyatakan semula hipotesis dan bincangkan sama ada hipotesis tersebut masih boleh digunakan dan mengapa. Jika masih boleh digunakan, pengarang boleh mencadangkan kajian seterusnya secara spesifik.

PPM Buku dn Jurnal.indd 48 16/12/2016 14:34:34

Buku / 49

Penghargaan

34. Dalam bahagian ini, pengarang memberi penghargaan kepada mana-mana institusi atau orang perseorangan yang membantu dalam sesuatu kajian itu.

35. Penghargaan juga diberi kepada badan/firma yang memberi dana, makmal yang menyediakan ruang atau bahan, atau orang perseorangan yang turut memberi nasihat dan pandangan.

36. Sebaiknya mereka yang diberi penghargaan perlu dinyatakan terlebih dahulu. Ini diikuti dengan kod geran penyelidikan serta agensi yang membiayai penyelidikan tersebut.

Rujukan

37. Sila rujuk halaman 27, bahagian Sistem Pengarang Tarikh/Author Date System untuk format rujukan.

Senarai Semak

38. Sebelum menyerahkan sesebuah manuskrip kepada jurnal, semak setiap perkara yang berikut untuk memastikan manuskrip itu lengkap:

a. Halaman teks manuskrip dinomborkan berurutan bermula dengan halaman judul;

b. Ilustrasi dinomborkan mengikut susunan yang disebut di dalam teks;

c. Nyatakan nombor pada setiap ilustrasi;d. Setiap rujukan yang dipetik dalam teks, jadual atau peta

hendaklah disenaraikan di dalam senarai rujukan;e. Sumber rujukan yang disenaraikan dalam senarai rujukan

hendaklah dipetik sekurang-kurangnya sekali dalam teks, jadual atau peta;

f. Semua rujukan dalam manuskrip mestilah disahkan dengan sumber makalah;

Jurnal / 49

PPM Buku dn Jurnal.indd 49 16/12/2016 14:34:34

50 / Panduan Penyediaan Manuskrip

g. Surat-surat kebenaran hak cipta sumber gambar mestilah disahkan;

h. Alamat surat-menyurat hendaklah dinyatakan pada halaman akhir makalah.

Sistem Penghantaran Manuskrip Atas Talian

Online Journal System (OJS)

39. Penerbit UKM menyediakan sistem penghantaran manuskrip atas talian menggunakan online Journal System. Sistem ini digunakan untuk semua urusan termasuk penghantaran, pewasitan dan penerbitan makalah.

40. Pengarang perlu mendaftar dengan sistem ini untuk menghantar manuskrip. Alamat laman web ini adalah:

http://ejournal.ukm.my

Maklumat lanjut mengenai cara penggunaan sistem ini terdapat di laman web tersebut.

Rujukan

CBE Style Manual. 5th edition. 1983. Maryland: Council of Biology Editors, Inc.

Day, R.A. & Gastel, B. 2011. How to Write and Publish a Scientific Paper. 7th Edition. Santa Barbara: Greenwood.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Gaya Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hart’s Rules for Compositors and Readers at the University Press Oxford. 38th edition. 1978. oxford University Press.

Kamus Dewan (Edisi Keempat). 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maeve o’connor. 1986. How to Copy Edit Scientific Books & Journals. Philadelphia: ISI Press.

Nik Safiah Karim, farid M. onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. 1996. Tatabahasa Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PPM Buku dn Jurnal.indd 50 16/12/2016 14:34:34

Buku / 51

The Chicago Manual of Style. 16th edition. 2010. Chicago: Chicago University Press.

The Oxford Dictionary for Writers and Editors. 1984. oxford: Clarendon Press.

Roslan Abd Shukor. 2015. Rahsia Kejayaan Menulis Jurnal berimpak Tinggi Buku dan Tesis. Bangi: Penerbit UKM.

Jurnal / 51

PPM Buku dn Jurnal.indd 51 16/12/2016 14:34:34

PPM Buku dn Jurnal.indd 52 16/12/2016 14:34:34