Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

9
ISU - ISU PENDIDIKAN KHAS – PRA 3109 (a) Sokongan Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program pendidikan khas bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua.

description

isu pendidikan khas

Transcript of Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

Page 1: Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

ISU - ISU PENDIDIKAN KHAS – PRA 3109

(a) Sokongan Pihak Pengurusan dan Pentadbiran

Sekolah

Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan

pentadbiran sekolah adalah sangat penting dalam

sesebuah sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi

memandangkan pihak inilah yang paling hampir

dengan program pendidikan khas. Masalah pihak

pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan

kepada program pendidikan khas bukan sahaja menjadi

masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi

beberapa sekolah lain. Kurangnya sokongan pihak

pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak

pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas

sebagai golongan kelas kedua.

(b) Peruntukan kewangan

Page 2: Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

Kurangnya peruntukan kewangan bagi kelas

pendidikan khas untuk menambahbaik dari aspek

frasarana fizikal, peralatan dan kemudahan terutama

bahan bantu mengajar.

(c) Menduduki Peperiksaan

Sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid

pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam di mana

ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah.

Berhubung dengan isu murid bermasalah pembelajaran

menduduki peperiksaan awam, ada dalam kalangan

sekolah kurang senang akan keadaan tersebut. Ini

kerana murid pendidikan khas ini akan menjatuhkan

statistik markah peperiksaan awam sekolah dan

sekaligus memburukkan prestasi sekolah. Oleh itu,

murid pendidikan khas tidak perlu  mengambil

peperiksaan awam memandangkan perkara ini juga

tidak wajib untuk mereka.

(d) Pembangunan Fizikal

Page 3: Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

Aspek pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang

tidak mengikut keperluan murid pendidikan khas. Isu

ini boleh dilihat pada sekolah-sekolah lama dan juga

pembukaan program pendidikan khas semata-mata

untuk memenuhi keperluan pertambahan murid di

sesebuah kawasan sekolah itu. Secara fizikalnya

Program Pendidikan Khas Integrasi boleh dilihat dari

segi masalah ruang. Ruang yang diperuntukan adalah

satu baris blok bangunan sekolah di mana setiap satu

kelas atau lebih dikenali sebagai stesen menempatkan

tiga buah ‘kelas’ yang setiapnya terdiri daripada enam

hinggah lapan orang murid. Bilangan murid dalam satu

stesen adalah kurang sesuai dan agak sesak bagi murid

pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mana

ada di antara mereka mengalami masalah Hiperaktif,

ADHD dan bermasalah emosi. Murid – murid seperti ini

memerlukan satu ruang yang agak luas bagi

membantu mereka dari segi perkembangan emosi

serta perubahan tingkah-laku mereka. Semasa proses

pengajaran dan pembelajaran, ruang yang terhad

sedikit sebanyak membataskan bukan sahaja

pergerakan murid malah pergerakan guru. Batasan

pergerakan ini tidak memberi ruang dan peluang

Page 4: Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

kepada murid untuk melakukan aktiviti pergerakan

dalam bilik darjah. Contohnya, guru ingin membuat

pertandingan secara berkumpulan dalam menyiapkan

latih tubi matematik di papan putih. Aktiviti seperti ini

bukan sahaja menyeronokkan murid kerana murid

perlu bergerak tetapi meriah dengan sorakan rakan

lain.

(e) Kesediaan Guru

Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran,

kecekapan dan latihan dalam menangani murid

berkeperluan khas ini. Ada di antara guru tersebut

kurang berkemahiran atau tidak tahu bagaimana

menangani atau menyediakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang lebih spesifik kepada masalah

pembelajaran yang lebih spesifik bagi setiap murid

tersebut. Ini kerana kebanyakkan guru yang sudah

lama mengajar terdiri daripada mereka yang bukan

opsyen pendidikan khas dan hanya mengikuti  

beberapa kursus di awal penglibatan mereka dalam

program ini.

Page 5: Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

(f) Bahan Bantu Mengajar

Kurangnya bahan bantu mengajar yang sesuai serta

boleh mengembangkan kemahiran murid juga boleh

menjadi faktor kelewatan penerimaan murid terhadap

pembelajaran. Pada kebiasaannya guru hanya

menggunakan pendekatan seperti mana murid kelas

perdana cuma tahap pengajaran diubah sesuai dengan

murid. Pendekatan latih tubi ini sesuai bagi dalam

kalangan murid yang sudah boleh memegang pensel,

mengenal nombor atau huruf asas. Bagaimana pula

dengan murid yang tidak berupaya memegang pensel

atau bercakap.

(g) Peningkatan Profesionalisme Guru

Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap

guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah

bersifat ‘up to date’ terhadap bidang mereka. Di

samping itu, Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang

berkenaan yang sedia ada perlu melalui transformasi

yang lebih komprehensif seperti mana di Amerika,

Individual of Disability Education Act, 2004.

Page 6: Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

(g) Perkongsian Pintar

Kurang atau tidak wujudnya perkongsian pintar di

antara pihak Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran dengan Pihak Bukan Kerajaan (NGO)

seperti The National Autism Society of Malaysia

(NASOM), KIWANIS, Sri Mengasih serta pihak swasta

yang lain menyebabkan sekolah-sekolah tersebut

adalah tidak setanding dengan kemudahan,

infrastuktur serta kemahiran yang mereka miliki. Pihak

NASOM misalnya sebuah NGO yang pakar dalam

melatih kanak-kanak Autisme yang pada kebiasaanya

alat mereka lebih canggih dan terbaru. Perkongsian

kepakaran dan maklumat diantara pihak NGO dengan

Jabatan Pendididkan khas atau Jabatan Pelajaran Negeri

boleh membantu dalam mengurangkan masalah

kekurangan kepakaran serta kekurangan bahan

mengajar di sekolah-sekolah khas.  Perkongsian secara

berterusan ini juga perlu bagi pihak sekolah atau

Jabatan Pelajaran Negeri mendapatkan maklumat

untuk memberikan alternatif kepada ibubapa dalam

menempatkan anak mereka ke pusat latihan di NGO.

Ini kerana terdapat beberapa ibubapa hanya melihat

sekolah – sekolah kerajaan sebagai tempat mereka

Page 7: Pra 3109 - Topik Isu-Isu Pendidikan Khas

menyekolahkan anak mereka sedangkan anak mereka

memerlukan lebih perhatian serta terapi pertuturan

atau pergerakkan.

(h) Pandangan Ibu Bapa Terhadap Guru &

Sekolah Pendidikan Khas

Ada dalam kalangan ibu bapa yang memandang

rendah akan peranan dan profesion sebagai guru

pendidikan khas. Sikap sebegini akan memburukkan

hubungan kedua - dua pihak dan secara tidak langsung

akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana secara psikologinya guru akan

mula kurang bermotivasi dalam pengajarannya. Justeru

itu, kedua – dua pihak iaitu pihak guru dan juga ibu

bapa perlu bersikap professional akan peranan masing

– masing dan perlu ada “give and take”.