PRABACAAN.pptx

9
NUR EFFAZATUL HANUM BINTI MATDIN @AG MATDIN HIDAYATULNASUHA BINTI MAHAMOOD JAZMINA FATIN BINTI JOHARI LITERASI BAHASA PRABACAAN -pengamatan penglihatan -pengamatan pendegaran -pengamatan mata dan tangan

Transcript of PRABACAAN.pptx

Page 1: PRABACAAN.pptx

NUR EFFAZATUL HANUM BINTI MATDIN @AG MATDIN

HIDAYATULNASUHA BINTI MAHAMOODJAZMINA FATIN BINTI JOHARI

LITERASI BAHASA

PRABACAAN-pengamatan penglihatan-pengamatan pendegaran

-pengamatan mata dan tangan

Page 2: PRABACAAN.pptx

PRABACAAN

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk

membaca di mana guruperlulah menyediakan

pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam

huruf.Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh

mendorong mereka dalammempertingkatkan ketajaman

penglihatan dan pendengaran serta koordinasi matadan

tangan. 

Page 3: PRABACAAN.pptx

PENGAMATAN

Gibson (1969) mendefinisikan pengamatan dari segi

fungsinya iaitu sebagai satu proses di mana maklumat

tentang dunia sekitar diperoleh secara langsung. Ia juga

mempunyai aspek gerak balas dan melibatkan proses

perbezaan dan pemilihan gerak balas terhadap

rangsangan.

Page 4: PRABACAAN.pptx

PENGAMATAN PENGLIHATAN

Dalam aktiviti pengamatan penglihatan terdapat

beberapa komponen yang dapat dijalankan bagi

membantu murid mengatasi masalah

pengamatan penglihatan antaranya ialah diskriminasi

penglihatan, ingat kembali dan turutan.

Page 5: PRABACAAN.pptx

PENGAMATAN PENDENGARAN

Aktiviti pengamatan pendengaran bertujuan

meningkatkan ketajaman pengamatan pendengaran

murid. Dalam aktiviti ini terdapat beberapa komponen

yang dapat dilaksanakan bagi menguji pengamatan

pendengaran murid seperti diskriminasi pendengaran

iaitu diskriminasi yang sama dan yang berbeza.

Page 6: PRABACAAN.pptx

PENGAMATAN MATA DAN TANGAN

Aktiviti ini bertujuan membantu murid menguasai

kemahiran asas pergerakan

tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. 

Aktiviti yang bolehdijalankan ialah menyambung titik dan

meniru atau menyalin corak.

Page 7: PRABACAAN.pptx

Aktiviti pengamatan penglihatan

AKTIVITI GELAS AJAIB1. Guru memperkenalkan aktiviti permainan yang melibatkan 

pengamatan penglihatan iaitu gelas ajaib.2. Guru memberitahu bahawa ketiga-tiga objek dalam gelas tersebut 

adalah sama tetapi salah satu daripadanya mempunyai warna objek yang berbeza.

3. Kemudian, murid perlu memerhati dan mengingat kedudukan gelas yang mengandungi bahan yang berbeza setelah dialih-alihkan oleh guru secara pantas.

4. Murid hendaklah memilih yang mana gelas yang mengandungi bahan yang berbeza untuk menguji sejauh mana pengamatan penglihatan mereka tentang kedudukan sesuatu objek. 

Page 8: PRABACAAN.pptx

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

AKTIVITI SIAPA AKU1. Guru memperkenalkan bahan-bahan yang mengahasilkan bunyi 

iaitu tin, kaca, botol plastik dan besi.2. Guru mengetuk setiap bahan untuk diperdengarkan perbezaan 

bunyi setiap bahan tersebut.3. Guru mengedarkan sehelai kertas kosong dan sebatang pensel 

kepada setiap murid.4. Guru menerangkan peraturan aktiviti kepada murid-murid.5. Murid dikehendaki menutup mata sebelum guru mengetuk bahan, 

kemudian murid perlu meneka bunyi bahan yang terhasil tadi.6. Akhir sekali, murid dikehendaki menukis jenis bahan yang diteka 

pada kertas yang telah diedarkan.

Page 9: PRABACAAN.pptx

Aktiviti Pengamatan Mata Dan Tangan

Aktiviti Lubang Cacing

1. Guru mengedarkan bahan aktiviti kepada setiap murid.

2. Setiap murid akan mendapat sehelai kertas corak dan

seutas tali.

3. Setelah itu, guru menerangkan peraturan aktiviti kepada

murid, murid diberi masa selama 30 saat untuk

menyelesaikan aktiviti tersebut

4. Aktiviti bermula.