Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

21
Tajuk : Memahami trend populasi Pengenalan : Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesis yang sama, habitat yang sama dan pada masa yang sama. Pertumbuhan populasi adalah perubahan pada saiz populasi (N) merentasi masa. Pertumbuhan populasi ini boleh dilihat berdasarkan nataliti (kelahiran), mortaliti (kematian), imigrasi dan emigrasi. Faktor pertumbuhan populasi ini boleh dilihat seperti formula berikut ; Nataliti bagi sesuatu organisma dapat menigkatkan saiz populasi sesuatu spesis. Setiap spesis mempunyai kadar kelahiran maksimum masing- masing. Kadar kelahiran maksimum apabila keadaan adalah ideal iaitu keperluan asas yang mencukupi. Ini dapat membawa kepada pertumbuhan eksponen. Faktor mortaliti pula akan mengecilkan saiz popluasi dan berlaku apabila keadaan tidak ideal. Hal ini mungkin disebabkan persaingan antara sesama spesis dan spesis lain serta jangkitan penyakit. Begitu juga, imigresen kepada penduduk menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar penduduk membuang individu. Kadar pertumbuhan penduduk yang positif apabila lebih ramai individu ditambah daripada penduduk yang keluar, negatif apabila lebih ramai individu yang keluar daripada ditambah, dan adalah sama dengan sifar apabila dengan jumlah yang sama individu yang bertambah dan dikeluarkan. Kajian bagi pertumbuhan populasi bagi organisma yang jangka hayatnya panjang dan pendek menunujukkan trend populasi boleh dilihat berdasarkan lengkungan graf pertumbuhan populasi iaitu graf masa (t) lawan saiz populasi (N). Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu; 1. Saiz populasi awal (N0) 2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan 1 Pertumbuhan Populasi = (Nataliti + Imigrasi ) – (Mortaliti + Emigrasi )

Transcript of Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Page 1: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Tajuk : Memahami trend populasi

Pengenalan :

Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesis yang sama, habitat yang

sama dan pada masa yang sama. Pertumbuhan populasi adalah perubahan pada

saiz populasi (N) merentasi masa. Pertumbuhan populasi ini boleh dilihat

berdasarkan nataliti (kelahiran), mortaliti (kematian), imigrasi dan emigrasi. Faktor

pertumbuhan populasi ini boleh dilihat seperti formula berikut ;

Nataliti bagi sesuatu organisma dapat menigkatkan saiz populasi sesuatu spesis.

Setiap spesis mempunyai kadar kelahiran maksimum masing- masing. Kadar

kelahiran maksimum apabila keadaan adalah ideal iaitu keperluan asas yang

mencukupi. Ini dapat membawa kepada pertumbuhan eksponen. Faktor mortaliti

pula akan mengecilkan saiz popluasi dan berlaku apabila keadaan tidak ideal. Hal ini

mungkin disebabkan persaingan antara sesama spesis dan spesis lain serta

jangkitan penyakit. Begitu juga, imigresen kepada penduduk menambah individu

baru sedangkan penghijrahan keluar penduduk membuang individu. Kadar

pertumbuhan penduduk yang positif apabila lebih ramai individu ditambah daripada

penduduk yang keluar, negatif apabila lebih ramai individu yang keluar daripada

ditambah, dan adalah sama dengan sifar apabila dengan jumlah yang sama individu

yang bertambah dan dikeluarkan.

Kajian bagi pertumbuhan populasi bagi organisma yang jangka hayatnya panjang

dan pendek menunujukkan trend populasi boleh dilihat berdasarkan lengkungan graf

pertumbuhan populasi iaitu graf masa (t) lawan saiz populasi (N). Bentuk

lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu;

1. Saiz populasi awal (N0)

2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan

1

Pertumbuhan Populasi =

(Nataliti + Imigrasi ) – (Mortaliti + Emigrasi )

Page 2: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.

Faktor yang mempengaruhi keupayaan muatan (K) ialah bekalan makanan,

jangkitan penyakit, persaingan dan pemangsa.

2

Page 3: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Keputusan :

Tugasan 1

Selang masa (t) = generasi

Populasi Badak sumbu A Populasi Badak Sumbu B

Saiz Populasi

(N)

Faktor Pertumbuha

n (R)

Saiz Populasi

(N)

Faktor Pertumbuhan

(R)0 N0 = 30 N0 = 201 58 1.9 39 2.02 123 2.1 82 2.13 236 1.9 161 2.04 484 2.0 318 2.05 955 1.9 643 2.0

Jumlah 1886 19.9 1263 33.6

Langkah :

1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi

yang sama.

Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

3

Jadual 1: Populasi Badak Sumbu A dan B

Graf 1: Graf Saiz Populasi Badak Sumbu A dan B melawan selang masa, t

Page 4: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan

oleh populasi badak: eksponen atau sigmoidal?

Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi badak

ialah eksponen.

3. Faktor pertumbuhan (R) dikira untuk setiap populasi bagi setiap sela masa

dan lengkapkan Jadual 1.

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min

geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = t√Rt-1 Rt-2 ... R0.

Yang manakah populasi, A atau B, mempunyai faktor pertumbuhan yang

paling tinggi?

Berdasarkan pengiraan min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-

dua populasi populasi B mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi

berbanding populasi A.

4

Populasi A :

t1 = 58/ 30 = 1.9 t4 = 484/ 236 = 2.0

t2 = 123/ 58 = 2.1 t5 = 955/ 484 = 1.9

t3 = 236/ 123 = 1.9

Populasi B :

t1 = 39/ 20 = 2.0 t4 = 318/ 161 = 2.0

t2 = 82/ 39 = 2.1 t5 = 643/ 318 = 2.0

t3 = 161/ 82 = 2.0

Populasi A :

R = 5√(1.9 x 2.1 x 1.9 x 2.0 x 1.9)

= 5√28.8078

= 1.95

Populasi B :

R = 5√(2.0 x 2.1 x 2.0 x 2.0 x 2.0)

= 5√33.6

= 2.01

Page 5: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Soalan :

Kenapa ada perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi pada

sela masa 5, adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal,

faktor pertumbuhan, atau alam sekitar?

Perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi pada sela masa 5,

disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal iaitu bagi populasi A,saiz

populasi awalnya ialah 30 berbanding populasi B, iaitu 20 sahaja. Populasi awal A

lebih tinggi daripada B. Oleh itu, faktor nataliti lebih tinggi dan akan menghasilkan

ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi badak A.

Tugasan 2

Selang masa (t) = generasi

Populasi koala A Populasi Koala B

Saiz Populasi

(N)

Faktor Pertumbuha

n (R)

Saiz Populasi

(N)

Faktor Pertumbuhan

(R)0 N0 = 20 N0 = 201 36 1.8 31 1.62 63 1.8 47 1.53 118 1.9 66 1.44 212 1.8 103 1.65 375 1.8 150 1.5

Jumlah 824 19.9 417 8.1

5

Jadual 2 : Populasi Koala A dan B

Page 6: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Langkah :

1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi

yang sama.

Paksi-X : masa, t

Paksi Y : saiz populasi, N

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan

oleh populasi koala: eksponen atau sigmoidal?

Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi koala

ialah eksponen.

3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan

lengkapkan Jadual 1.

6

Populasi A :

t1 = 36/ 20 = 1.8 t4 = 212/ 118 = 1.8

t2 = 63/ 36 = 1.8 t5 = 375/ 212 = 1.8

t3 = 118/ 63 = 1.9

Populasi B :

t1 = 31/ 20 = 1.6 t4 = 103/ 66 = 1.6

t2 = 47/ 31 = 1.5 t5 = 150/ 103 = 1.5

t3 = 66/ 47 = 1.4

Graf 2: Graf Saiz Populasi Koala A dan B melawan selang masa, t

Page 7: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min

geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = t√Rt-1 Rt-2 ... R0.

Soalan :

1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi

saiz penduduk pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh

perbezaan dalam saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan, atau alam

sekitar?

Kedua-dua populasi koala, terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk pada

selang masa ke 5, ia disebabkan oleh faktor pertumbuhan. Apabila saiz

populasi semakin meningkat, ia akan mempengaruhi faktor pertumbuhan.

Populasi koala A dan koala B tinggal di persekitaran yang sama. Populasinya

semakin meningkat dari semasa ke semasa, namun disebabkan berlakunya

persaingan dari segi keperluan makanan, pasangan hidup dan tempat tinggal,

populasi koala yang lebih hebat akan mendominasi persekitaran bagi

memastikan pertumbuhannya. Maka, koala A telah bertambah berbanding

koala B.

2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di

bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B

adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa boleh ada perubahan pada

faktor pertumbuhan, R populasi tersebut?

(Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran - Kematian).

Perubahan alam sekitar seperti hujan dan kemarau terutamanya, dapat

mempengaruhi populasi sesuatu spesis. Hal ini kerana, ia akan

7

Populasi A :

R = 5√(1.8 x 1.8 x 1.9 x 1.8 x 1.8)

= 5√19.9

= 1.8

Populasi B :

R = 5√(1.6 x 1.5 x 1.4 x 1.6 x 1.5)

= 5√8.1

= 1.5

Page 8: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

menyebabkan keperluan asas spesis tersebut menjadi terhad. Oleh kerana

keadaan persekitaran yang kurang ideal untuk pertumbuhan maka ia akan

meningkatkan kadar emigrasi dan kematian spesis dan mengurangkan kadar

kelahiran dan imgrasi spesis.

Tugasan 3

Selang masa (t) = generasi

Populasi Kuda Belang 1 A Populasi Kuda Belang 1 B

Saiz Populasi

(N)

Faktor Pertumbuha

n (R)

Saiz Populasi

(N)

Faktor Pertumbuhan

(R)0 N0 = 20 N0 = 201 80 4.0 50 2.52 230 2.9 100 2.03 400 1.7 220 2.24 500 1.3 360 1.65 550 1.1 460 1.36 580 1.1 520 1.17 590 1.0 550 1.18 595 1.0 570 1.09 600 1.0 580 1.0

10 600 1.0 600 1.0Jumlah 4745 31.0 4030 27.7

8

Jadual 3: Populasi Zebra 1, A dan B

Page 9: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Langkah :

1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi

yang sama.

Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan

oleh populasi kuda belang: eksponen atau sigmoidal?

Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi kuda

belang ialah sigmoidal.

9

Graf 3 : Graf Saiz Populasi Kuda Belang A dan B melawan selang masa, t

Page 10: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan

lengkapkan Jadual 1.

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min

geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = t√Rt-1 Rt-2 ... R0.

10

Populasi A

t1 = 80/ 20 = 4.0 t6 = 580/ 550 = 1.1

t2 = 230/ 80 = 2.9 t7 = 590/ 580 = 1.0

t3 = 400/ 230 = 1.7 t8 = 595/ 590 = 1.0

t4 = 500/ 400 = 1.3 t9 = 600/ 595 = 1.0

t5 = 550/ 500 = 1.1 t10 = 600/ 600= 1.0

Populasi B

t1 = 50/ 20 = 2.5 t6 = 520/ 460 = 1.1

t2 = 100/ 50 = 2.0 t7 = 550/ 520 = 1.1

t3 = 220/ 100 = 2.2 t8 = 570/ 550 = 1.0

t4 = 360/ 220 = 1.6 t9 = 580/ 570 = 1.0

t5 = 460/ 360 = 1.3 t10 = 600/ 580= 1.0

Populasi A :

R = 10√(4.0 x 2.9 x 1.7 x 1.3 x 1.1 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0)

= 10√31.0

= 1.41 ~ 1.4

Populasi B :

R = 10√(2.5 x 2.0 x 2.2 x 1.6 x 1.3 x 1.1 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0)

= 10√27.7

= 1.39 ~ 1.4

Page 11: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Soalan :

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor

pertumbuhan yang paling tinggi?

Populasi yang menunjukkan faktor pertumbuhan yang paling tinggi ialah

populasi A.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang

perubahan yang berlaku pada R.

Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi populasi A, faktor pertumbuhan, R

semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 5, dan

kemudian tetap antara selang masa ke 5 dan 6 iaitu 1.1. Seterusnya menurun

ke 1.0 pada selang masa 7. Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 7

hingga 10 iaitu 1.0. Bagi populasi B, faktor pertumbuhan, R semakin

berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan kemudian tetap

antara selang masa ke 6 dan 7 iaitu 1.1. Seterusnya menurun ke 1.0 pada

selang masa 8. Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 8 hingga 10 iaitu

1.0.

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?

Keupayaan muatan bagi populasi A dan B ialah sama iaitu 600.

11

Page 12: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Tugasan 4

Selang masa (t) = generasi

Populasi Kuda Belang 2 A

Populasi Kuda Belang 2 B

Saiz Populasi

(N)

Faktor Pertumbuha

n (R)

Saiz Populasi

(N)

Faktor Pertumbuhan

(R)0 N0 = 20 N0 = 201 90 4.5 50 2.52 220 2.4 120 2.43 340 1.5 210 1.84 410 1.2 260 1.25 440 1.1 260 1.06 450 1.0 230 0.97 450 1.0 200 0.98 440 1.0 170 0.99 460 1.0 150 0.9

10 450 1.0 150 1.0Jumlah 3770 25.7 1820 8.50

Langkah :

1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi

yang sama.

Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

12

Jadual 4: Populasi Zebra 2, A dan B

Graf 4: Graf Saiz Populasi Kuda Belang A dan B melawan selang masa t

Page 13: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan

oleh populasi koala: eksponen atau sigmoidal?

Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi kuda

belang ialah sigmoidal.

3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan

lengkapkan Jadual 1.

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min

geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = t√Rt-1 Rt-2 ... R0.

13

Populasi A :

t1 = 90/ 20 = 4.5 t6 = 450/ 440 = 1.0

t2 = 220/ 90 = 2.4 t7 = 450/ 450 = 1.0

t3 = 340/ 220 = 1.5 t8 = 440/ 450 = 1.0

t4 = 410/ 340 = 1.2 t9 = 460/ 440 = 1.0

t5 = 440/ 410 = 1.1 t10 = 450/ 460= 1.0

Populasi B :

t1 = 50/ 20 = 2.5 t6 = 230/ 260 = 0.9

t2 = 120/ 50 = 2.4 t7 = 200/ 230 = 0.9

t3 = 210/ 120 = 1.8 t8 = 170/ 200 = 0.9

t4 = 260/ 210 = 1.2 t9 = 150/ 170 = 0.9

t5 = 260/ 260 = 1.0 t10 = 150/ 150= 1.0

Populasi A :

R = 10√(4.5 x 2.4 x 1.5 x 1.2 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0)

= 10√25.7

= 1.4

Populasi B :

R = 10√(2.5 x 2.4 x 1.8 x 1.2 x 1.0 x 0.9 x 0.9 x 0.9 x 0.9 x 1.0)

= 10√8.5

= 1.2

Page 14: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Soalan :

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor

pertumbuhan yang paling tinggi?

Populasi yang menunjukkan faktor pertumbuhan yang paling tinggi ialah

populasi A.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang

perubahan yang berlaku pada R.

Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi populasi A, faktor pertumbuhan, R

semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan

kemudian tetap antara selang masa ke 6 hingga 10 iaitu 1.0. Bagi populasi B,

faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga

selang masa 6, dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 dan 9 iaitu 0.9.

Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 10.

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A

berubah? Nyatakan mengapa.

Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah. Hal ini kerana berlaku

perubahan pada saiz populasi A. Semakin tinggi saiz populasi, semakin

besar keupayaan muatan populasi tersebut.

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang

sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain?

Kenal pasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi.

Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian

genetik, persaingan dan kemampuan untuk beradaptasi dengan

persekitaran.

14

Page 15: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Selain itu, faktor pertumbuhan iaitu kadar kelahiran populasi A dan B.

Daripada pemerhatian, kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi

daripada populasi B. Manakala, kadar kematian populasi B adalah lebih

tinggi daripada populasi A. Selain itu, faktor alam sekitar iaitu setiap haiwan

bersaing untuk mendapatkan sumber air dan makanan. Populasi B kurang

berdaya saing daripada populasi B. Maka, kadar pertumbuhan populasi B

adalah lebih rendah daripada populasi A.

5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup

berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang

hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua

populasi kuda belang?

Bagi Jadual 3, kesan persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah

rendah kerana perbezaan persekitaran bagi kedua- dua populasi. Bagi

jadual 4, kesan persaingan bagi R untuk kedua- dua populasi kuda belang

adalah tinggi kerana setiap penduduk bersaing sesama sendiri untuk

keperluan asas yang serupa di kawasan yang sama di mana sumbernya

akan menjadi semakin terhad. Maka, bagi Jadual 4, pertumbuhan populasi A

menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada populasi B kerana

daya saing yang lebih tinggi.

15

Page 16: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Perbincangan :

1. Apakah perbezaan diantara pertumbuhan eksponen dan logistik

(sigmoidal)?

Pertumbuhan eksponen ialah salah satu yang wujud apabila kadar

pertumbuhan penduduk adalah berkadar kepada jumlah yang sedia ada.

Untuk ini, penduduk memerlukan keadaan yang paling ideal. Pertumbuhan

jenis ini ialah apabila setiap penduduk mempunyai bekalan sumber kehidupan

tanpa had dan berkembang dengan pesat. Kadar pertumbuhan jenis ini

bermula dengan perlahan dan kemudian menjadi lebih cepat dengan

peningkatan penduduk. Populasi dengan pertumbuhan eksponen mempunyai

kadar kelahiran yang berterusan dalam satu tempoh masa dan tidak dihalang

disebabkan faktor kekurangan makanan dan jangkitan penyakit. Dalam

pertumbuhan jenis ini ia tidak mempunyai had. Tetapi dalam pertumbuhan

logistik, pertumbuhan adalah terhad. Apabila membandingkan dua

pertumbuhan ini, pertumbuhan logistik dianggap lebih realistik daripada

pertumbuhan eksponen.

Pertumbuhan logistik (sigmoidal) pula ialah kadar pertumbuhan yang

berkadar dengan jumlah yang sedia ada juga tetapi turut dipengaruhi sumber

yang terhad dan persaingan. Berbeza dengan pertumbuhan eksponen,

pertumbuhan jenis ini, pada awalnya kadar pertumbuhan adalah tinggi.

Kemudian, kadar pertumbuhan semakin berkurang kerana terdapat beberapa

penduduk yang bersaing sesama sendiri pada ruangan yang terhad untuk

keperluan hidup. Apabila penduduk mencapai keadaan yang seimbang, kadar

pertumbuhan adalah sifar. Jika gangguan tidak berlaku, maka nilai penduduk

akan kekal malar.

16

Page 17: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

2. Bagaimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?

Populasi sesuatu spesis itu boleh bertambah melalui peningkatan bagi kadar

kelahiran dan imigrasi masuk ke dalam habitat. Manakala, kehilangan individu

bagi populasi tersebut ialah peningkatan bagi kadar kematian dan emigrasi

keluar daripada habitat.

3. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar

intrinsik yang tinggi?

Populasi bagi penigkatan kadar intrinsik yang tinggi ialah kadar pertumbuhan

penduduk apabila penduduk semakin berkembang di bawah keadaan yang

ideal dan tanpa had, iaitu, secepat mana penduduknya boleh berkembang.

Kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang

tinggi ialah dapat membiak pada umur yang muda, bilangan anak yang

dilahirkan bagi setiap kelahiran adalah tinggi dan generasi mudanya dapat

memastikan kelangsungan hidupnya dengan baik. Populasi yang mempunyai

kadar peningkatan intrinsik tinggi pasti boleh membiak dengan mudah dan

dapat menyesuaikan diri dengan baik di dalam habitat. Ciri-ciri lain adalah

antibodi populasi yang kuat maka mereka tidak mudah jatuh sakit.

4. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan

pertumbuhan populasi dan (2) penurunan pertumbuhan populasi?

(1) peningkatan pertumbuhan populasi

Faktor persekitaran yang bertindak untuk peningkatan pertumbuhan populasi

dalam sesuatu kawasan ialah mempunyai ekosistem yan stabil antara

ekosistem air dan darat. Oleh itu, kadar imigrasi iaitu penghijrahan masuk

penduduk dan ini akan meningkatkan populasi. Selain itu, kadar kelahiran

akan meningkat apabila keadaan persekitaran adalah ideal kerana penduduk

berasa selamat untuk pembiakan berlaku.

17

Page 18: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

(2) penurunan pertumbuhan populasi

Faktor persekitaran yang menyebabkan penurunan pertumbuhan populasi

dalam sesuatu kawasan ialah berlaku gangguan ekosistem di kawasan

tersebut seperti bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, angin taufan dan

gempa bumi. Selain itu pencemaran terhadap air, udara dan tanah yang akan

menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau sebagai pembekal makanan

utama. Penurunan tahap kesuburan tanah disebabkan oleh aktiviti manusia

juga menjadi faktor utama. Oleh itu kadar emigrasi akan meningkat begitu

juga dengan kadar kematian.

5. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan

(carrying capacity)?

Jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan maka kadar kematian akan

meningkat sehinggalah saiz populasi kembali stabil. Kadar kelahiran juga akan

menurun sehingga kuantiti penduduk kembali stabil.

6. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller

2001 angka 7,5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun,

ia adalah rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang

tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk,

seperti pemburuan ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang

diperolehi. Sebagai contoh, nelayan komersial berlesen boleh manangkap

ikan mengikut berat tertentu ("kuota" mereka) setiap tahun. Oleh itu,

mengapa perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk

pengurusan populasi eksploitasi komersial liar?

Perubahan rawak keupayaan muatan,K dari tahun ke tahun menjadi masalah

untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar. Hal ini kerana,

pemberian lesen untuk aktiviti pengeksploitasian haiwan ini adalah

berdasarkan saiz populasinya. Semakin besar keupayaan muatan, semakin

tinggi saiz populasi. Maka, jika kapasiti muatan adalah rendah, pertumbuhan

18

Page 19: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

populasi turut menurun. Jadi pendapatan untuk perdagangan penduduk akan

berkurangan kerana pertumbuhan saiz populasi yang mengecil.

7. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun

dan pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan

muatan (kuota masing-masing ialah 2% daripada penduduk). Setelah

memahami konsep yang membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan

penduduk, apa yang anda akan lakukan jika populasi rusa untuk musim

akan datang diramalkan melebihi 20%?

Jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%, maka

kapasiti keupayaan muatannya juga akan turut menigkat. Namun begitu, rusa

adalah haiwan yang semakin berkurang kuantitinya dan boleh dikategorikan

sebagai haiwan yang terancam. Oleh yang demikian, lesen untuk pemburuan

rusa masih perlu dikawal pengeluarannya walaupun kapasiti keupayaan

muatannya akan menigkat. Tindakan untuk mengawal keadaan persekitaran

yang ideal untuk pertumbuhan juga hendaklah diambil supaya kadar

pertumbuhan penduduk semakin meningkat.

KESIMPULAN :

Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu;

1. Saiz populasi awal (N0)

2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan

3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.

19

Page 20: Praktikal 5 Memahami Trend Populasi

Rujukan :

Buku   rujukan :

Dr. Shakinaz Desa & Co. (2007). College Matriculation Biology. Dikeluarkanoleh IPTA

Publications; Subang Jaya, Selangor.

Laman   Web   :

 

Paul, C. (2007, May). PopulationThe Elephant in the Room. Diakses pada 12 September

2012, daripada peulchefurka.ca: http://www.paulchefurka.ca/Population.html

Rosmidzatul, M. (2007, September 14). Biodiversiti dan Peranannya Terhadap

Keseimbangan Alam Sekitar. Diakses pada 12 September 2012, daripada ikim.gov:

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1359&lg=1&opt=co

m_article&sec=

Timothy, E. (2010, Februari 10). Sustainability: Carrying Capacity & Ecological Footprints.

Diakses pada 12 September 2012, daripada overpopulation.org:

www.overpopulation.org/consumption.html

(t.p). Difference Between Exponential Growth and Logistic Growth. Diakses pada 12 September 2012, daripada differencebetween.net: http://www.differencebetween.net/language/words-language/difference-between-exponential-growth-and-logistic-growth/

20